Suasana di dalam bilik pejabat Louis sangat tegang. Sesekali Khayra akan mengangkat wajahnya untuk melihat pekerja yang tampak sungguh ketakutan berdepan dengan ketua di syarikat itu.
"Why!?" Terdengar jerkahan kuat daripada suaminya. Louis. Pekerja di hadapannya itu hanya menundukkan pandangan ke bawah. Tidak berani menatap muka bossnya yang sudah seperti kerasukan setan itu.
"I'm sorry boss" ucap pekerja lelaki itu perlahan.
"When i talk, look at me!? Why you look at the floor?! You think my face at down there!?" Nada Louis sudah naik seoktaf. Paling pantang dalam dirinya jika dia sedang bercakap, orang lain memandang ke lantai. Fikir muka dia dekat lantai ke?
Pekerja itu mengangkat wajahnya. Peluh didahi mula mengalir. Nafas ditarik sedalam dalamnya. Kedua tangan dipegang erat. Entah kenapa ketuanya ini bertukar menjadi panas baran seperti ini, sebelum sebelum ini ketuanya sangat baik dan sopan. Tapi di hadapannya ini sungguh berbeza, dia seperti makhluk yang datang dari neraka. Tiada secalit senyuman pun ditayangkan.
Louis mengambil kertas projek yang berada di atas mejanya itu sebelum direnyukkan dan dibaling kasar.
"Get the fuck out!? Do it again, i want it today! But if you do the same mistake again! Then pack your thing and fuck off!? I don't need a workers like you!?" Tegas, Louis berkata. Nafas dilepas kasar. Tie di leher sudah dilonggarkan. Stress dapat pekerja babun macam ni.
Pekerja itu mengangguk laju sebelum menunduk untuk mengutip kertas yang sudah direnyukkan oleh bossnya itu. Dia kemudian cepat-cepat berlalu pergi.
"Abang kenapa marah marah? " Soal Khayra lembut.
"Mana ada marah" ucap Louis mendatar. Kepalanya disandarkan ke kerusi.
"Habis tadi tu apa? Mengaji?" Perli Khayra sebelum tersenyum nipis.
"Stress aku dapat pekerja macam ni, aku suruh buat benda simple pun salah. Dah lah hantar lambat, lepastu hantar sampah dekat aku. Budak nerd ni memang bangang ke? Ada ke patut pekerja macam tu dia ambik? Kalau aku dah lama aku pecat pekerja macam tu, bazir duit aku je bayar gaji mahal mahal satu habuk tak boleh nak buat. Bodoh " bebel Louis panjang lebar. Pelepis matanya diurut .
Khayra hanya tersenyum mendengar bebelan Louis. Dia bangun sebelum kaki melangkah ke arah dapur kecil yang sememangnya tersedia di ruangan kanan di dalam bilik itu. Teh ais dibancuh sebelum diletakkan di atas meja Louis.
"Nah, minum ni. Boleh lega kan sikit hati abang yang panas tu" kata Khayra lembut.
Louis membuka mata. Wajah gadis di hadapannya itu dipandang bersilih ganti dengan secawan teh ais yang baru dibancuh untuknya.
"Lega kan? Apa kau letak dadah ke dalam ni?" Soal Louis dengan wajah yang sudah berkerut.
"Ishh abang ni... Tak adalah, mana ada saya letak apa apa. Saya buat air ni untuk lega kan hati abang, biar sejuk sikit. Dari tadi sayang tengok abang asyik marah marah je, nanti cepat tua kang baru tahu" balas Khayra yang sudah melangkah semula ke arah meja kerjanya.
"Tua tua pun kau sayang jugak kan" kata Louis selamba. Louis mengambil secawan teh yang berada di hadapannya itu sebelum diteguk perlahan sehingga habis.
"Sedap, pandai sayang buat" puji Louis ikhlas. Untung dapat bini pandai pujuk ni. Marah marah je pujuk, merajuk je pujuk.
Khayra tersenyum mendengar pujian itu. First time ni dapat pujian daripada Louis. Patut tadi rakam.
"Sayang nanti balik rumah dengan Rayyan, aku balik lambat sebab nak kena tunggu kerja daripada babun tadi tu" kata Louis. Tangannya mula menaip di papan keyboard laju.
"Memang nak harini jugak ke bang?" Soal Khayra.
"Ye sebab tu aku marah sangat tadi. Benda tu nak kena settel harini jugak. Tak pasal pasal aku kena balik lambat" bebel Louis dingin.
"Abang taknak sayang tunggu?"
"Tak perlu, aku boleh balik sendiri"
"Betul ni?"
"Ye"
"Betul ni?" Soal Khayra lagi.
"Ya!"
"Betul betul ke ni?"
"Kau tanya lagi sekali dengan kau kau aku humban masuk loji" jawab Louis geram. Perempuan memang banyak cakap eh? Menyusahkan betul.
Khayra menganggukkan kepalanya. Sukahatilah, dah offer nak teman dia yang taknak. Kemudian dia kembali melakukan tugasnya.
"You may go" ucap Louis dingin. Pekerjanya itu menunduk hormat sebelum berlalu pergi. Nafas keluhan dilepaskan. Pejabatnya sudah sesunyi kubur. Jam ditangan ditilik. 11:20 pm.
Khayra awal awal lagi sudah pulang ke rumah bersama dengan Rayyan pada petang tadi. Yang lain juga mungkin sudah pulang. Barang barang di atas meja dikemas sedikit sebelum tangan mencapai beg case nya.
Louis masuk ke dalam perut lift. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Seketika dia termenung. Dia terfikirkan kembali bagaimana pada awalnya dia dipaksa untuk membuat kerja syarikat Ray. Dan sekarang hampir 2 bulan dia mengendalikan syarikat itu. Hairan juga dia begitu patuh arahan orang lain sedangkan dulu sikapnya tidak sebegitu. Adakah disebabkan gadis yang bernama Khayra yang kini sudah menjadi isterinya, atau disebabkan oleh rawatan yang diberikan oleh Xavier penyebab dia patuh kepada orang lain. Atau mungkin kerana dendamnya selama ini sudah pun terbalas? Entahlah dia tidak tahu. Yang dia tahu sekarang dia terpaksa dan dipaksa menyambung tanggungjawab Ray di syarikat itu.
Dahinya berkerut. Kalau boleh ingin sahaja dia memaksa Ray untuk kembali mengambil alih badannya. Buat apa lagi dia wujud jika dendamnya sudah terbalas. Tapi oleh kerana budak nerd tu masih lagi tak berupaya, dia pula yang perlu menangung semua ni. Dah lebih 2 bulan pulak tu. Tak pernah lagi setakat ini dia keluar selama itu. Paling lama 2 hari itupun masa 2 tahun yang lepas.
Pintu lift terbuka. Kaki melangkah keluar menuju ke arah keretanya yang terparkir diluar bangunan. Namun belum sempat dia ingin membuka pintu kereta, tiba tiba ada sebilah pisau melingkari di lehernya.
"Give me all your money" ucap satu suara garau betul betul di belakangnya.
Louis tersenyum sinis. Perompak? Seriously?
Badan dipusing menghadap lelaki yang berani beraninya mengugut ketua mafia di negara itu. Tangan diangkat ke udara. Beg case sudah dilepaskan ke bawah.
"But i don't have any money" kata Louis mendatar. Namun wajahnya masih kekal dengan senyuman sinis.
"Don't fucking lie to me!? You can't afford such a nice car if you don't have money!?" Gertak perompak itu. Sesekali matanya mengerling ke arah kereta hitam yang berada di sebelah lelaki ini. Lamboghini Centenario. Fuh. Kalau dia merompak 10 tahun pun belum tentu dia dapat memakai kereta sebegitu canggih ini.
"Hmm well it's a nice car " kata Louis sebelum tergelak di hujung ayat.
"But i have a nice weapon too" dengan pantas Louis mengambil pistol yang berada dikocek seluar belakang sebelum diacu tepat ke muka perompak itu.
Riak wajah perompak itu berubah dengan serta merta apabila melihat pistol hitam yang dipegang oleh Louis. Sungguh malang nasibnya. Dia sudah silap memilih mangsa. Keringat peluh mula hadir disekitar dahi. Kini giliran dia pula mengangkat tangan ke udara.
Kesian perompak itu, perompak yang dirompak kembali.
Louis tersenyum sinis.
"Why? Are you scared?" ejeknya. Mata tajam menikam lelaki itu.
"I'm sorry, I'm sorry please just let me go" kata perompak itu ketakutan.
"But just a few moment ago you want to rob me" balas Louis sinis.
"I'm sorry, bro just let me go please" kata perompak itu sedikit merayu. Tangan sudah menggigil teruk. Haih tadi confident sangat nak rompak ketua mafia ni, kan dah mendapat.
"But what if i want to rob you back?" Tanya Louis bermain kata.
"I don't have money bro, please let me go"
Louis gelak lagi.
"Who said that i want your money? I want to rob your life" bibir mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Sinis? Manis? Lebih kepada senyuman seorang psycho.
Tiba tiba Louis memegang kepalanya sendiri.
'Please let me go'
'Clara, please don't kill my son, pleasee I'm begging you'
Kepalanya menjadi berat. Dunianya seakan akan berpusing. Badan mula hilang keseimbangan. Namun sempat dia memegang sisi keretanya untuk bertahan.
Perompak itu sudah memandang Louis pelik.
'Please, Rayyan.... No!'
'Mummy daddy don't die'
'No, please!'
'Rayyan help me....'
"Arghh!!!" Jerit Louis kuat. Kedua tangan memegang kepalanya yang saat ini terasa seperti dicarik dengan pisau yang tajam. Darah dalam badan sudah mengepam laju. Nafasnya menjadi tidak teratur. Pandangannya semakin berbalam.
Perompak itu mengundurkan beberapa tapak ke belakang perlahan lahan berkira kira untuk melepaskan diri.
Bang!
Tembakan dilepaskan tepat dikepala lelaki itu. Badannya rebah ke tanah. Darah laju mengalir keluar. Louis mendekati mayat itu sebelum badan lelaki itu dihempap. Pisau yang berada ditangan lelaki itu diambil dan dibuang jauh jauh.
'Kau memang patut mati!'
'Rayyyyyy!'
'Clara jangan sentuh abang aku! Jangan sentuh dialah sial!'
'Ray jangan tutup mata kau. Bangun!'
"Shut up. Shut up! SHUT UPPP!?" Jerit Louis. Bergema sekeliling kawasan bangunan itu. Tangan ditekap ke telinga. Cuba untuk menghentikan suara suara yang hadir dikepalanya. Dia sudah hilang arah.
Kemudian lelaki di hadapannya itu dipandang. Sebelum wajah Clara bermain diminda.
"Kau memang tak guna Clara!?"
Bang! Bang! Bang!
Louis menembak mayat itu lagi. Semakin banyak darah yang keluar melalui lubang lubang yang terhasil daripada peluru pistol. Habis baju tangan dan seluarnya sudah terkena darah milik lelaki itu.
Selang beberapa saat nafasnya mula teratur kembali. Louis melihat sekelilingnya sebelum nombor seseorang didail.
"Clean some trash in front of my office right now!" Arah Louis dingin.
Dia mengagahkan dirinya untuk bangun menjauhi mayat tersebut sebelum kaki perlahan lahan melangkah masuk ke dalam kereta. Tidak peduli dengan bajunya yang sudah lencun. Enjin kereta dihidupkan sebelum padel minyak ditekan meninggalkan kawasan kejadian.
Pintu bilik diketuk dengan agak kuat. Cepat cepat Khayra membuka pintu biliknya apabila terdengar ketukan yang bagai nak roboh itu.
"Ya allah abang!? Apa dah jadi ni bang? Kenapa abang berdarah darah ni?" Jelas Khayra terkejut melihat keadaan Louis yang berlumuran darah berdiri tegak di hadapan pintu.
Louis mengabaikan soalan Khayra sebelum dia terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air. Pancuran air dibuka sebelum dia berdiri di bawah air tanpa membuka bajunya yang sudah dipenuhi darah. Air yang mengalir di lantai berubah menjadi warna merah pekat.
Khayra masuk ke dalam bilik air.
"Abang! Abang okay tak ni? Nak sayang panggil kan Xavier tak?" Soal Khayra risau.
"Out!" kata Louis dingin. Wajah Khayra tidak dipandang.
Khayra terkaku.
"I said out! Get out?!" Nada suara dinaikkan seoktaf.
"Tapi saya risau keadaan abang" ucap Khayra perlahan. Matanya sudah berkaca kaca. Dia risau melihat suaminya yang pulang dalam keadaan baju yang berlumuran darah. Darah siapa? Khayra risau jikalau darah itu milik suaminya.
'Hahaha kau memang patut mati'
Imbasan wajah Clara sekali lagi bermain di mindanya. Louis memegang kepalanya yang mula kembali sakit. Suara itu lagi. Memori itu. Badannya mula hilang keseimbangan.
"Get out!? Out!? Now!" jerit Louis kalini lebih kuat. Nada suara sudah naik dua oktaf. Dia risau jika dia akan menyakiti gadis di hadapannya ini seperti mana dia membunuh lelaki tadi.
Khayra pantas mendekati suaminya apabila melihat dia seperti sedang kesakitan.
"Abang! Abang kenapa ni?" Soal Khayra cemas. Bahu Louis dipegang.
Louis memandang Khayra. Bayangan wajah Clara dan Khayra mula bercampur aduk. Louis terjatuh ke atas lantai yang sudah kebasahan dengan cecair merah darah.
"CALL XAVIER NOW!? CALL HIM NOW!? " Arah Louis kasar. Pandangannya jadi tidak stabil. Bayangan wajah Clara semakin jelas. Dia semakin hilang daripada dunia realitinya.
Khayra cepat cepat berlari ke arah bilik Xavier apabila diarah oleh Louis .
Seketika kemudian Xavier masuk ke dalam bilik air itu.
"Louis, asal ni wey!" Soal Xavier cuak melihat keadaan lelaki itu yang seperti dalam kesakitan. Dia memangku kepala Louis agar tidak mencecah ke lantai bilik air.
Nafas Louis semakin berat. Dia tidak sempat untuk berbicara apa apa kerana semakin lama pandangannya semakin kabur sebelum mata terus tertutup rapat.
"Louis! Louis! " Xavier menampar sedikit muka Louis bagi menyedarkannya.
Khayra sudah tidak senang duduk. Apa yang sedang terjadi? Apa yang berlaku ni?
Xavier membalut tubuh Louis dengan beberapa helai kain tuala sebelum diangkat dan diletakkan ke atas katil. Kemudian dia memandang wajah Khayra sekilas.
"Jangan risau dia pengsan je tu. You tukar kan baju dia, baju dia lencun ni. Takut nanti dia demam pulak. I pergi panggil Rayyan kejap" arah Xavier mendatar sebelum kaki melangkah keluar.
Khayra tergamam. What? Aku? Tukar kan baju dia? The hell!
Cepat cepat dia menggelengkan kepalanya beberapa kali untuk menghilangkan rasa malu yang mula hadir dalam dirinya sebelum baju yang tergantung di dalam bilik almari diambil. Pantas tangannya laju menukarkan pakaian Louis yang kini sudah lencun dengan air dan darah.
Beberapa kali juga Khayra hampir termuntah dengan bau hanyir itu.
Selang beberapa minit Rayyan dan Xavier masuk pula ke dalam bilik.
"Khayra apa yang dah terjadi sebenarnya tadi? Kenapa dia berlumuran dengan darah? Tu darah siapa?" Xavier bertanya sebaik sahaja mengambil tempat di sisi katil Louis.
Khayra memandang wajah suaminya sebelum kepala digeleng beberapa kali.
"I tak tahu. Dia balik balik memang baju dia dah penuh dengan darah, lepastu dia terus je masuk dalam bilik air. I risau sebab takut dia cedera ke apa. I ikutlah dia masuk dalam. Tapi dia suruh i keluar. Pastu tak lama lepas tu tiba tiba dia pegang kepala dia dan suruh panggil you cepat cepat. Tapi masa i tukar baju dia tadi takda pulak kesan atau luka apa apa yang boleh menyebabkan dia berdarah. I rasa tu bukan darah dia" jelas Khayra panjang lebar.
Xavier melepaskan nafas panjang. Dia sendiri buntu hendak membuat apa. Louis perlu bangun untuk dia tahu keadaan sebenar. Entah darah siapa yang berlumuran di baju dia tadi.
Rayyan memandang wajah abangnya itu sebelum wajah Khayra pula dipandang bersilih ganti.
"Contact lens dia you dah cabut?" Tanya Rayyan kepada Khayra.
Khayra mengangguk perlahan.
"Dah masa i tukar baju dia sekali tadi" balas Khayra. Tangan Louis digengam erat.
"You yang tukar baju dia?" Soal Rayyan lagi. Senyuman nakal terukir dibibir.
"Aah"
"Habis tu?"
"Habis tu apa?"
"Tergoda tak tengok suami you bogel" kata Rayyan selamba sambil tergelak besar dihujung ayat.
Xavier memukul bahu Rayyan kuat. Manakala Khayra tajam menjeling adik iparnya itu. Orang tengah risau. Sempat lagi dia dengan lawak bodoh dia tu.
Share this novel