Bab 33

Action Series 36344

Avery memandang wajah Khayra tak berkelip. Mata bertenang mata.

"Errr you adik Ray?" Tanya Khayra setelah beberapa minit mereka hanya merenung antara satu sama lain.

Sejak bila pulak Ray dan Rayyan ni ada adik perempuan. Diorang tak pernah cerita pun selama ni. Tolong lah jangan bertukar cerita ni jadi macam drama sinetron petang petang hari. Aku anak mu anak mu anak ku juga.

Avery mengangguk kepala sebelum memeluk badan Khayra erat.

"Tahniah akak" ucap Avery dengan nada suaranya yang kecil dan comel.

Khayra memandang wajah Rayyan dan Ray silih berganti meminta penjelasan.

"Kau terang, aku malas" kata Rayyan ringkas sebelum kaki pantas melangkah ke ruang tamu semula. Avery melepaskan pelukannya. Dia juga turut melangkah ke ruang tamu sebelum duduk bersebelahan dengan Rayyan.

"I boleh explain," kata Ray lembut setelah melihat Khayra yang sudah merenungnya meminta jawapan.

Keningnya diangkat sebelah. Tangan disilang ke dada. "Okay explain lah" kata Khayra mendatar.

"Avery ni adik kandung kitaorang .Tapi dia duduk dekat Sweden, kadang kadang dia merantau ke England, Russia dan Canada untuk uruskan syarikat dekat sana dengan si kembar. Sebab tu you tak pernah nampak dia dekat rumah, ni dia datang sebab i suruh teman you dekat rumah ni, takkan lah you nak tinggal dengan semua lelaki kan" terang Ray panjang lebar.

"Kenapa you tak pernah cerita pun sebelum ni?" Soal Khayra.

"You tak tanya, takkan tiba tiba i nak cakap" Kata Ray.

"Umur Avery 23 kan?" Soal Khayra lagi meminta kepastian.

"Aah, tapi tu yang i pelik macam mana korang boleh kenal" kata Ray lembut.

"Dulu i selalu jumpa Avery masa pertandingan memanah international. Sejak dari tu kenal, tapi tak sangka pulak dia adik you. I pulak tak perasan anama belakang dia Mikayla" jelas Khayra. Tangan menyambung kembali membasuh pinggan.

"Ouh, bagus lah kalau you dah kenal Av. Takdalah nanti you kekok dengan dia. Ada lah jugak kawan nak berbual" Ray mendekati Khayra sebelum mengambil pinggan yang telah dicuci dan diletakkan ke dalam almari kaca. 

Khayra memandang wajah kacak Ray.

"Boleh lah rapat, tapi adik you tu bukan banyak cakap pun. Perangai dia sebijik macam Xavier, beku je. Kalau sekarang you cakap dia adik Xavier pun i percaya" Khayra mengelap tangannya yang basah.

"Aah dia memang kurang bercakap sikit dengan orang luar, tapi dia ramah kalau dengan keluarga. Nanti lama lama dia rapat lah tu dengan you. Boleh lah kalau setakat nak buat kawan. Errr tapi mulut dia bisa sikit tau, you jangan ambik hati pulak ..." Kata Ray sambil tangan yang mengaru kepala yang tidak gatal.

"Ouh. Tapi i kerja, nanti dia nak duduk dengan siapa?" Soal Khayra kembali. Mereka mengambil tempat di kerusi meja makan.

"Ikut jelah sekali, dia pandai lah buat kerja. Selama ni pun dia yang uruskan syarikat dekat Sweden tu sorang sorang"

"Ouh ya ke..."

"Abang bodoh! Busuk macam anjing!! Mati jelah kau !" kedengaran suara Avery yang comel menjerit dari arah ruang tamu.

"Alah kau pun apa kurangnya!? Bacin macam ikan kering!?" Suara Rayyan pula memetir.

Ray sudah menepuk kepala. Baru je cakap tadi, mulut dia ni bisa sikit. Sebab ni lah diorang disuruh duduk jauh jauh satu dekat Spain satu lagi dekat Sweden. Tengoklah ni, baru jumpa berapa minit dah bertekak.

"Sorry diorang memang macam ni" kata Ray lembut.

Khayra hanya tersenyum halus. Tak sangka mulut Avery agak berbisa, selama ini Av nampak comel je dengan rambutnya yang diikat toncang. Sekali dia bukak mulut, hah memang sah sama keturunan dengan si Rayyan ni.

Pintu bilik diketuk kuat. Khayra yang sedang membetulkan tudung memandang ke arah pintu bilik.

"Yes !" laung Khayra dari dalam.

"Akak, abang kata cepat sikit dia dah tunggu dekat bawah" balas Avery dengan suara yang comel. Khayra membuka pintu bilik.

Avery nampak sangat cantik. Dia memakai blouse paras peha berwarna merah hitam dengan rambut yang ditoncang satu. Mukanya yang putih itu sangat padan dengan rambutnya yang agak keperangan. Bibirnya di pakaikan gincu berwarna merah hati.

Mereka turun ke bawah bersama-sama. Ray dan Rayyan awal-awal lagi sudah berada di dalam kereta masing masing. Khayra memasuki kereta Ferrari hitam milik Ray. 

Laju kereta itu menuju ke syarikat Mikayla's Holding.

"Wah rindunya dengan bilik ni" kata Khayra teruja. Ray menutup pintu pejabatnya sebelum kaki melangkah ke arah meja.

"Haih, baru sebulan tak jumpa dah rindu? Nanti kalau dah kahwin kita duduk sana tau, lagi lama" kata Ray lembut. Badannya dihempas ke atas kerusi berodanya.

"Lepas kahwin kita duduk sana ke?" Soal Khayra mendatar. Dia juga duduk di kerusi meja kerjanya.

"Iya, kita duduk sini sampai majlis kenduri je. Lepas tu terus fly sana balik. Tak boleh lama lama dekat sini. Bahaya. Kita tak tahu musuh dekat mana. Dan i tak boleh nak jaga you sangat kalau dekat sini" jelas Ray panjang. Laptop dibuka. Kerjanya bertimbun setelah dua minggu tidak menyentuh langsung laptopnya itu.

"Maksud you tak boleh nak bunuh orang sesuka hati?" Perli Khayra pedas. Dia juga membuka laptop kerjanya. Jari Ray berhenti menaip sebelum mata memandang wajah tunangnya itu. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Janganlah cakap macam tu sayang" kata Ray dengan penuh mengoda sebelum tergelak halus dihujung ayat.

Terus meremang bulu roma Khayra mendengar ayat Ray. Mukanya mula berona merah. Jantung berdegup kencang. Mulutnya di kawal supaya tidak tersenyum. Jangan senyum! Jangan senyum!

Ray tergelak melihat reaksi Khayra yang terus mendiamkan diri selepas dia memanggilnya sayang. Malu lah tu kena panggil sayang.

Itu baru sakat sikit.

Sedang mereka membuat kerja masing masing, suasana di luar bilik pejabatnya menjadi sangat bising seperti sedang berlaku pergaduhan. Khayra melihat ke arah wajah Ray sambil membuat isyarat 'kenapa bising bising kat luar tu'

Ray hanya mengangkat kedua bahu menandakan tidak tahu. Mereka berdua bangun dan melangkah ke arah pintu bilik.

"Kalau ada babun sebelah kau, orang tak dapat bezalah mana satu babun mana satu kau!" Kata Rayyan separa jerit. Dia menjeling tajam ke arah wajah Avery yang jelas lebih pendek daripadanya. Dia dilahirkan dengan ketinggian 185cm manakala ketinggian Avery baru mencecah 171cm. Walaupun umur mereka hanya setahun beza.

"Kalau aku pergi tandas, aku pun tak dapat nak beza mana satu jamban mana satu kau. Sebab kau dengan jamban tak ada beza!" Balas Avery juga dengan nada suara yang sudah naik seoktaf. Kemudian mereka mula menarik rambut masing masing dan berguling di atas lantai pejabat.

Ray dan Khayra hanya memerhati dari pintu biliknya melihat pergaduhan itu.

"Rayyan, boleh tolong diam tak!?" Marah Ray tegas. Matanya tajam menjeling seperti pisau.

"The hell ! Budak ni yang mulakan dulu apasal aku pulak yang kena marah!" Kata Rayyan tak puas hati. Tangan melepaskan rambut adiknya yang kini sudah serabai.

"Kau abang kau mengalah sikit tak boleh!?" Kata Ray tegas. Tapi wajahnya masih lagi kekal tenang. 

Rayyan mendengus. Avery di sebelah sudah menjelirkan lidahnya ke arah Rayyan. Rambut yang sudah serabai dibetulkan balik. Melihat keadaan sudah tenang Ray masuk semula ke dalam biliknya. Namun baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, kedengaran seperti bunyi pasu pula pecah diluar.

Prangg!!

"Woi setan otak kau letak mana hah!?" Kata Rayyan .

"Yang setan tu kau!? Dasar ahli neraka!?" Kedengaran suara Avery pula dengan nada yang mengajing.

"Habis kau tu ahli apa? Syurga!?"

"At least aku bukan ahli neraka!!"

Ray meraup mukanya kasar. Dia menyambung kembali tugasnya. Lantak korang lah nak pecah kan pasu ke, nak masuk jamban ke, nak bakar sampah ke. Lantak! Malas aku peduli ! Masih banyak lagi kerja yang aku kena siapkan.


"Abang jom kita makan nasi lemak ikan bakar, dah lama Av tak makan. Dekat Sweden susah nak jumpa" kata Avery dengan suaranya yang kecil. Kepalanya menjengah di tengah tengah ruang antara seat memandu dan penumpang depan. ( Cara sebutan nama  A - v )

"Ah kau! Aku nak makan nasi ayam" kata Rayyan yang duduk di sebelahnya pula.

"Eleh kalau nak makan nasi ayam siapa suruh ikut sini, sini semua nak makan nasi lemak betul tak kak?" Tanya Avery memandang ke arah wajah Khayra yang duduk di sebelah pemandu. 

"Akak tak kisah Av nak makan apa pun. Akak ikut je. Janji dapat makan" ucap Khayra lembut.

"Yeah! Sayang akak!" Avery memeluk bahu Khayra.

Rayyan sudah mencebik. Tangannya ditongkat ke dagu memandang keluar tingkap.

"Hah manja kan lah budak ni, biar sampai dia mengada" bebel Rayyan sendiri. Mukanya jelas tayang menyampah.

Ray hanya diam memerhati. Malas nak cakap apa apa. Makan pun nak bergaduh. Duduk serumah pun bergaduh. Kerja sama-sama pun bergaduh. Senang kata tiap masalah kalau boleh asyik nak bertekak je.

Mereka singgah di kedai Nasi lemak ayam berempah. Avery duduk di sebelah Khayra manakala Ray duduk berhadapan dengannya. Rayyan pula duduk di sebelah Ray.

"Apasal kau duduk depan aku? Hilang selera makan aku tengok muka taik kau tu" kata Rayyan dengan muka tak puas hati.

"Selalu kalau duduk depan orang cantik memang hilang selera makan, sebab terlampau mengoda" balas Avery mendatar. Rambut toncangnya diflip ke belakang acah acah pelakon iklan shampoo.

"Sama jugak kalau duduk depan tong sampah, boleh hilang selera makan" balas Rayyan semula.Tak mahu kalah.

"Dah dah lah tu, asyik nak bertekak je pening kepala aku tau!" Ray mencelah.

"Pening lagi kepala aku nak layan badut muka tak siap ni" bebel Rayyan perlahan.

Khayra di sebelah hanya mampu diam. Huhu tak tahu nak cakap apa.

Seketika kemudian pelayan restoran itu datang menghantar makanan mereka berempat. Masing-masing mula membaca doa makan sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Hi Khayra tak sangka jumpa you dekat sini " sapa Dylan yang tiba tiba sahaja berdiri di sebelah Avery.

Takde angin takde ribut tiba tiba muncul.

Rayyan dan Ray merenung tajam lelaki itu. Muka masing masing berubah dingin. Pistol di belakang kocek seluar pantas dicapai. 

Hanya Avery sahaja yang masih lagi berwajah selamba sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Kewujudan Dylan diabaikan 100%.

"Err hi Dylan, you buat apa dekat sini?" Balas Khayra. Hatinya gugup melihat musuh tunangnya itu di depan mata. Kalau dulu dia gembira berjumpa dengan rakan se- universitinya itu, kini tidak lagi.

"I singgah nak beli makanan ni, tak sangka pulak boleh jumpa you dengan tunang sekali" kata Dylan kemudian dia tersenyum memandang mereka berempat. Hah kan nampak menipunya tu, punya lah banyak kedai nasi lemak dalam dunia ni, dekat kedai tu jugak dia nak beli.

Mengaku jelah dia memang ikut Khayra dasar stalker tak bergaji.

Khayra mula tersenyum kekok. Errr nak buat apa ni. Jelas sekali muka tunangnya dan Rayyan sudah siap seperti ingin membunuh orang.

Khayra memandang ke arah Avery di sebelahnya. Gadis itu masih lagi berwajah selamba menikmati nasi lemak yang diidamkannya itu.

"You adik tunang Khayra kan?" Tanya Dylan sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rayyan. 

Rayyan tidak menyambut . Dia hanya memandang sinis ke arah tangan itu. Sangat sinis.

"Who the fuck are you!? Don't you fucking dare touch my fucking brother, you little shithead!? Lay one finger on him, and i will make sure you regret to born into this fucking world! Fuck off!" kata Avery senada namun cukup dingin. Mukanya tenang sahaja membicarakan kata ugutan itu.

Khayra sudah tidak senang duduk dengan suasana cukup tegang ini. Dylan tersenyum senget sebelum tangannya ditarik kembali.

"Hmmm takpa lah Khayra i pergi dulu, bye" ucap Dylan sebelum kaki melangkah pergi. 

Setelah Dylan hilang dari pandangan, Khayra terus menarik nafas lega.

Rayyan dan Ray mengeluarkan tangan masing masing dari dalam kocek seluar. Muka kembali tenang.

"Memang kena eh bawak pistol ke mana-mana?" Perli Khayra setelah menyedari bahawa mereka berdua memegang pistol di dalam kocek seluar masing masing.

Ray tergelak mendengar kata kata Khayra.

"I punya takda peluru, you patut marah Rayyan. Dia punya dah siap isi penuh" Ray memberi alasan.

Khayra menjeling wajah Rayyan tajam.

"Apa! You patut marah budak sebelah you tu hah!?" Kata Rayyan tak puas hati. Jari menunjuk kepada wajah innocent Avery di sebelah Khayra.

"Hah kenapa pulak i nak marah Avery, apa kena mengena dengan dia" kata Khayra pertahankan Avery yang sibuk menyumbat mulutnya penuh dengan nasi lemak.

"Innocent apa nya. Dalam jaket baju dia penuh dengan bom" kata Rayyan mendatar.

Membulat mata Khyara memandang Avery di sebelahnya. 

Avery hanya tersenyum manis sambil membuat simbol peace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience