OMG?! WHAT THE FUCK?!! INI RUMAH DIORANG?!!
Di hadapan Khayra kini tersergan indah sebuah bangunan yang sangat besar. Begitu besar. Tersangat besar. Lebih besar daripada istana istana yang ada di Malaysia. Khayra terpaku melihat bangunan 4 tingkat di hadapannya itu.
Macam tak layak nak panggil rumah.
"Khayra you jangan lah asyik terkejut je. Nanti cepat tua. Masih banyak lagi benda lain yang patut you terkejut" celah Keith di sebelah mendatar.
Manakala di sebelah Keith pula ada Zen, Zariq dan Faiq.
Rayyan sudah berada di hadapan pintu rumah. Xavier pula berada di sisinya bersama dengan Ray.
Ray? Pandangannya masih lagi kosong seperti tadi. Sejak bangun daripada tidurnya tadi dia tidak bercakap langsung dengan sesiapa kecuali adiknya.
Rayyan scan mata dan jarinya di security pintu . Setelah beberapa saat pintu tersebut terbuka dengan sendirinya. Tak ini bukan magic atau kuasa setan. Pintu itu dilengkapi dengan sistem automatik yang hanya boleh dibuka oleh keluarga Mikayla dan orang-orang tertentu sahaja.
Masuk sahaja di muka pintu, lebih 50 orang butler yang berpakaian kemas bewarna hitam menunduk hormat dihadapan Rayyan dan Arthur.
"Bonjour monsieur, madame!" Kata semua butler yang ada dihadapan mereka serentak.
Beberapa orang butler mula mengangkat beg beg yang dibawa oleh anak buah Rayyan daripada airport tadi.
Mereka semua duduk di atas sofa yang berada di bahagian kanan ruang tamu rumah itu, kecuali Xavier dan Arthur mereka terus sahaja menuju ke arah lift untuk naik ke tingkat paling atas.
Rumah tersebut mempunyai 5 lift di berlainan tempat.
"Okay anak ayam semua. Aku nak jumpa dengan mummy and daddy aku. So korang pegilah memana korang nak pergi. Ta ta.. " kata Rayyan mendatar sebelum dia melangkah kearah lift.Â
"Oh ye. Woi Anak ayam tu jaga baby aku tu! Tunjuk dia dekat mana bilik dia. Pastu kau ajak dia jalan jalan. Calar baby, aku calarkan muka kau. Cau" kata Rayyan kepada Keith. Sempat jarinya membuat mini love ke arah Khayra sebelum dia menghilang masuk ke dalam lift.
Zen , Zariq dan Faiq pula masing-masing sudah melangkah ke arah lift bersebelahan dengan lift yang dinaiki oleh Rayyan sebentar tadi
Khayra melihat-lihat sekeliling ruang tamu itu. Cantiknya rumah ni. Macam dalam kayangan wey. Semua nampak mahal.
"Khayra" panggil Keith mendatar.
"Yes?" Balas Khayra dengan mulult yang terukir senyuman.
"Jom i bawak you pergi bilik, Err maksud i bilik you. Lepas you siap kemas kemas barang, kita jalan sekitar rumah ni kejap" sambung Keith sebelum dia berjalan menuju ke arah lift. Kekok juga dia hendak berbual dengan perempuan memandangakn ini kali pertama keluarga itu menjemput orang luar yang berjantinakan perempuan masuk ke dalam rumah itu.
Khayra hanya akur dengan arahan itu.
Tingkat 1 ditekan. Lift terbuka. Khayra sedikit terpana dengan hall di tingkat 1 itu. Mewah. Itu sahaja perkataan yang sesuai digambarkan untuk hall itu. Sangat cantik. Tingkat itu penuh dengan pintu pintu yang ukiran unik.
Dekorasi disepanjang tingkat itu juga sangat menarik dan classic. Dan of course nampak mahal.
Zen dan Zariq masuk di bilik yang paling berdekatan dengan lift. Manakala Faiq pula masuk bilik yang berhadapan dengan Zen dan Zariq. Keith melangkah ke arah hujung koridor dan berdiri di hadapan pintu yang tertulis my angel.
"Okay. Ini bilik you, you masuk dulu tengok apa apa barang yang tak cukup atau tak ada lepastu you siap-siap. Dah siap nanti you ketuk pintu bilik i. Bilik i sebelah dengan bilik Faiq yang tu" kata Keith ringkas, kemudian dia berjalan ke arah biliknya.
Khayra tidak berkata apa apa. Dia terus sahaja masuk ke dalam biliknya. Biliknya sahaja sudah sebesar sebuah rumah biasa di Malaysia. Ada satu katil besaiz king di tengah tengah bilik itu berwarna pink cair. Di dinding hadapan katil itu pula digantung tv bersaiz 65 inci. Dibahagian kirinya pula bersambung dengan bilik air yang cukup luas bersama bathtub yang boleh memuatkan 3 orang didalamnya.
Bilik air itu disambungkan pula ke bilik almari yang cukup serba serbi dengan pakaian wanita yang sangat cantik dan elegan. Bukan itu sahaja pelbagai jenis kasut, handbeg dari macam macam jenis jenama yang mahal dan pelbagai barangan kemas yang harga boleh mencecah ribuan ringgit.
Khayra ternganga melihat ini semua. Sumpah tak sangka ini adalah biliknya. Sampaikan naik bingung bagai mana mereka tahu saiz kasut baju dan pelbagai lagi miliknya?
Khayra keluar dari dalam bilik almari itu dan melangkah pula ke bahagian kanan. Di situ terdapat pula meja kerja yang dilengkapi dengan sebuah kerusi roda yang besar. Di sebelah kanan meja itu terdapat robok yang diisikan dengan buku buku dari pelbagai genre. Dan dibahagian kirinya terdapat sebuah peti ais setinggi 9 kaki.
Khayra membuka pintu peti ais itu. Setelah dia menilik peti ais tersebut dia menutup kembali. Hmm cukup lah sekadar tahu bahawa jika dia berkurung di dalam bilik itu selama seminggu dia tidak akan mati kerana kebuluran.
Setelah puas menilik dan memeriksa biliknya itu dia membersihkan diri dan memakai baju yang sudah tersediakan di dalam almari. Kasut pula dia mengena kan kasut biasa yang tiada heel. Cukup lah jalan dalam rumah je.
Rumah agam itu perlu memakai kasut. Hanya didalam bilik sahaja yang tidak perlu memakai kasut.
Setelah selesai, dia berjalan kearah bilik Keith.
Tok! Tok!
Pintu terbuka. Wajah Keith kelihatan segar seperti baru selesai mandi.
"You dah siap eh. Kejap eh i ambik topi" kata Keith mendatar. Selang beberapa saat dia keluar kembali bersama topi berwarna hitam. Dia memakai t shirt bewarna biru gelap dan berseluar gelap.
"Ok jom" ajak Keith.
Khayra memerhatikan orang atasannya itu. Kenapalah semua pekerja Ray ni kacak-kacak belaka. Muka semua taknak kalah. Macam bidadara jatuh dari langit.
Keith menutup pintu biliknya kemudian berjalan ke arah lift. Tingkat G ditekan.
"Ermm... Sir Keith boleh i tanya sesuatu?" Soal Khayra mendatar. Mereka sudah berjalan melepasi satu lorong yang mengabungkan rumahnya di bahagian hadapan dan bangunan belakang.
"Just Keith enough. Kita sebaya.. Apa dia? Tanya je apa apa kalau boleh jawab nanti i jawab" balas Keith mendatar. Dia menoleh sedikit ke arah Khayra.
"Hmmm actually rumah ni berapa tingkat? Sebab i nampak lift tadi ada banyak butang. Macam lebih 4 tingkat" soal Khayra kembali.
"Hmm rumah ni 4 tingkat atas 4 tingkat bawah" jawab Keith mendatar.
"4 tingkat bawah?" Soal Khayra pelik.
"Ermm yang itu nanti you tanya Ayyan boleh ? Kalau 4 tingkat atas i boleh terangkan apa yang ada dekat sana. Floor yang pertama tadi ada ruang tamu, 2 kitchen, meja hidang, bilik bilik butler dengan kat luar ada swimming pool" jawab Keith .
"Tingkat 1 pulak?" Soal Khayra kembali.
"Tingkat 1 ada, bilik you, bilik Zen, bilik Zariq, bilik Faiq, sebelah bilik you tu bilik Ray dan depan dia bilik Ayyan. Selain tu ada juga beberapa lagi bilik tetamu yang lain" sambung Keith.
"Ouh... Kiranya tingkat 1 semua bilik bilik, tingkat 2 pulak?" Soal Khayra lagi.
"Tingkat 2 ada snooker room, dart room, movie room, library, karaoke, bowling, dengan apa benda entah lagi , i dah tak ingat sebab banyak sangat. Lagipun i jarang kesana, tak ada masa" balas Keith, mereka masih lagi berjalan menuju ke arah bangunan belakang.
"Mak ai... Banyaknya benda boleh buat dalam rumah ni." kata Khayra.
"Tingkat 3 pulak hall untuk meeting anak anak buah or butler dan ada juga bilik medic"
"Bilik medic?"
"Aah tu bilik kerja Xavier" balas Keith mendatar.
"Hmm kalau tingkat 4 pulak you jangan naik" kata Keith sambil memandang ke arah wajah gadis di sebelahnya itu.
"Kenapa tak boleh naik?" Soal Khayra kembali.
"Tu floor parents Ray dengan Ayyan duduk. Bilik diorang dekat situ. Takda siapa boleh naik kecuali keluarga dan butler yang ditugaskan khas untuk jaga diorang je boleh naik tingkat tu. I pun tak boleh nak naik " balas Keith semula. Kemudian dia berhenti melangkah.
"Okay kita dah sampai" kata Keith mendatar. Khayra menoleh ke hadapan.
OH GOD, WHY THIS WORLD SO FUCKING INSANE?!!
Share this novel