"Hahaha kau kalah lagi, dasar lembab mata sepet. Otak udang!" kata Rayyan sebelum duit saidina palsu itu dibaling tepat ke arah muka Keith.
"Pergh mana aci lah siot, main tipu lah kau ni. Mana boleh letak 4 hotel satu slot" balas Keith tak puas hati. Dia menyangkan wajah cemberutnya sebelum mengutip kembali duit duit yang sudah diteraburkan oleh Rayyan.
"Kalau dah bodoh tu bodoh jelah wey, susah lah nak jelaskan dekat orang bodoh yang dia tu kurang berakal" jawab Rayyan selamba, dia turun daripada meja kerja abangnya itu.
Habis bersepah segala kertas yang ada di atas meja kerja Ray.
Sedang Keith mengemas ngemas kembali duit saidina yang berterabur itu, pintu bilik dibuka kasar daripada luar. Ray masuk ke dalam biliknya .
"What the fuck, apa yang korang tengah buat?" soal Ray dingin. Dia memandang ke arah Rayyan dan Keith bersilih meminta jawapan.
"Main masak masak lah, dah buta? Makin banyak dating makin bebal pulak aku tengok kau ni" balas Rayyan selamba.
Dia duduk dikerusi abangnya sebelum kaki disilangkan diatas meja. Rayyan memandang Ray dengan muka yang bersahaja.
"Blah!!" kata Ray geram, kemudian dia menolak Rayyan sehingga jatuh dari kerusi kerjanya itu.
Rayyan memandang dengan pandangan yang tidak puas hati.
Ray pantas menayangkan jari tengahnya kearah muka Rayyan.
"Sakit lah, orang dah tolong bukan nak cakap terima kasih" balas Rayyan sambil menggaru kepalanya yang sakit terhantuk lantai.
Habis sahaja dia mengemas segala duit palsu , Keith duduk semula di atas sofa yang berhadapan dengan meja kerja Ray.
"Kau okay tak ni Ray?" Soal Keith prihatin. Risau dengan keadaan bossnya itu.
"I'M FUCKING OKAY DUDE DON'T WORRY" kata Rayyan menjerit secara tiba tiba. Dia masih lagi bersila diatas lantai. Konon tanda protes sebab Ray menolaknya tadi. Mukanya sengaja dimasamkan.
"Diam bangsat! Aku okay Keith jangan risau, Khayra aku dah hantar balik rumah tadi" balas Ray mendatar. Kemudian dia mengemas sedikit fail fail yang tidak terurus diatas mejanya itu.
"Siapa tanya perempuan tu dah balik belum..." Bisik Rayyan sendiri.
Rayyan bangun kemudian berjalan ke arah Keith. Mata marenung muka Keith sebelum sebelah keningnya diangkat.
"Kau boss ke aku boss?" Soal Rayyan tiba tiba.
"Kau sumpah memang anjing" seperti tahu tahu apa yang disuruh oleh Rayyan, kini giliran Keith bangun kemudian duduk di atas lantai.
Rayyan pula duduk di atas sofa tersebut sambil kaki disilang tepat kearah muka Keith. Kemudian dia bermain dengan telefon bimbitnya seperti tiada apa yang terjadi.
"So siapa yang kejar aku tadi?" Soal Ray memulakan perbualan. Dia memandang muka Keith.
"Anjing terlepas" balas Rayyan selamba, mata masih lagi tertumpu pada telefon .
"Actually masa kau nak keluar makan, aku dengan Ayyan dapat tangkap sorang lelaki yang serang Ayyan masa dia lunch" jawab Keith.
"Tapi yang serang aku tu dua orang, so aku rasa yang kejar kau tadi kawan dia yang terlepas tu" sambung Rayyan pula. Jarinya pantas mencari sesuatu di dalam telefonya.
"Ouh itu je.. So kenapa sampai lebih 4 juta kau spend masa lunch tadi?" Soal Ray serius . Dia memandang adiknya yang masih lagi bermain dengan telefon di tangannya itu.
Rayyan tidak menjawab, soalan abangnya diabaikan.
Ray bangun kemudian melangkah ke arah Rayyan. Mata melihat ke arah telefon yang dipegang oleh Rayyan.
Candy saga?? The fuck?!
Terus dia mengambil phone itu sebelum dicampak ke arah dinding.
Habis berkecai phone berjenama buah buahan itu.
Rayyan memandang ke arah Ray yang sudah berdiri di hadapannya dengan pandangan membunuh.
"Kau pehal ! Period apa? Nak jadi perempuan pulak tetiba" soal Rayyan dengan nada yang tidak puas hati. Dia kemudian menyelok poket seluarnya dan tada ada satu lagi phone yang nampak lebih canggih daripada telefonnya yang sudah berkecai tadi. Aplikasi Instagram dibuka.
"Aku tanya elok elok ni Ayyan" kata Ray dingin.
"Ye... Abang ku yang bijak sana sini... sabar lah sikit, adikmu hendak mencari alasan soalan-soalan mu sebentar tadi.. " Nganjing Rayyan semula.
Dia kemudian menghulurkan telefonnya ke arah Ray.
Ray menyambut huluran tersebut, terpampang satu gambar sebuah restoran yang hangus rentung seperti baru sahaja berlaku kebakaran.
"Restoran ni" kata Rayyan. Jarinya menunjuk gambar di dalam telefonnya itu.
"Kenapa dengan restoran ni?" Soal Ray semula pelik. Dia melihat kembali gambar itu.
"Makanan macam sampah, so aku bakar restoran ni. Baik takpayah bukak restoran kalau masak macam makanan Johnny. Pelayan pun tah pape, nak jual diri ke nak jual makanan pun aku tak tahulah " jawabnya selamba. Kemudian dia merampas kembali telefonnya itu.
Johnny adalah nama haiwan peliharaannya yang berada di Spain.
"Jadi empat juta tu dia bagi ke pemilik kedai itu sebagai ganti rugi dia bakar kedai dia" celah Keith pula.
"HAH?!" Kata Ray sedikit kuat.
"Apahal dengan setan ni?? Dan kemana kau menghilang pagi tadi? Sampai dia boleh membabi macam ni sekali" soal Ray sambil mata tajam merenung ke muka Keith.
Keith mengangkat bahunya tinggi .
"Aku jumpa dengan budak budak aku pagi tadi. Settel kan masalah dekat Russia " balas Keith mendatar.
Rayyan yang mendengar hanya menjelingkan matanya. Konon acahlah nak busy segala.
"Ray aku dah siapkan jadual untuk balik ke France, lusa kita bertolak" sambung Keith lagi.
Ray hanya menganggukkan kepala. "Hah yelah nanti aku bagi tahu Khayra"
Keith bangun daripada lantai sebelum terus melangkah ke arah pintu bilik .
"Hah nak pergi mana pulak ni ?" Soal Ray mendatar.
"Balik bilik ah buat kerja, aku bukan macam si TAK GUNA tu tak tahu nak buat kerja" balas Keith selamba. Jari dan mulutnya dihalakan ke arah Rayyan. Kemudian dia terus sahaja keluar daripada bilik itu.
"Like I'm fucking care dude" balas Rayyan selamba matanya dijulingkan ke atas.
Ray mengambil tempat di sebelah sofa Rayyan.
"Hah dah kenapa pulak duduk macam orang nak kahwin ni?" Soal Rayyan pelik. Dia memandang kearah abangnya.
"Aku nak minta tolong sikit boleh?" Soal Ray lembut. Kalau perempuan yang dengar konfirm cair meleleh.
"Ray?! Kau dah nak mati ke?! Sejak bila kau minta izin dari aku bila nak minta tolong?" Balas Rayyan dengan mukanya yang dibuat buat terkejut. Kedua belah tangannya memegang bahu Ray sambil mengocangkannya kuat.
Ray tak menjawab dia hanya merenung ke arah muka Rayyan yang masih lagi dibuat buat terkejut itu. Riak mukanya dingin sahaja. Kenapalah aku ada adik sial macam ni. Ikut genetik siapa?
"Aku nak bila kita dah balik France nanti, kalau aku sibuk, atau apa apa yang jadi dekat aku, tolong tengok tengokkan Khayra. Boleh?" sambung Ray. Mukanya penuh dengan pengharapan.
Rayyan diam memandang abangnya itu. Dah agak dah. Mesti pasal Khayra. Abangnya memang akan lembut kalau berkaitan dengan Khayra.
"Kau jangan risau, selagi aku hidup, penting bagi kau, penting untuk aku juga" kata Rayyan semula. Kemudian dia menumbuk lembut bahu Ray.
"Thanks bro" balas Ray. Senyuman manis terukir .
"So kenapa kau masih dekat sini? Dah takda kerja nak buat?" Soal Ray kembali tegas. Tiada lagi senyuman dimukanya disaat ini. Berubah terus wataknya.
"Bilik aku ada najis, nantilah aku buat" balas Rayyan mendatar kemudian dia sambung bermain dengan iphonenya semula.
Ray bangun dan terus melangkah keluar daripada biliknya. Kaki dituju kearah bilik Rayyan. Pintu dibuka. Ray memandang keadaan bilik adiknya itu dengan wajah yang bersahaja. No telefon seseorang didail.
"Datang bilik Rayyan, dan tolong bersihkan sampai takda satu titisan darah pun yang tertinggal" kata Ray mendatar. Telefon dimatikan.
Kemudian dia terus sahaja melangkah keluar daripada bilik itu.
Hanif dan beberapa orang anak buahnya masuk ke dalam bilik Rayyan. Mukanya jelas terkejut melihat keadaan bilik itu.
Ada satu mayat ditengah tengah lantai bilik , dan terdapat beberapa anak panah yang tercacak dijasad tidak bernyawa itu. Badannya juga terkoyak koyak seperti ditoreh oleh pisau. Darah tercalit di merata-rata tempat.
Keadaan bilik itu sungguh meloyakan.
"Dah kenapa dengan boss aku ni?" Bisik Hanif perlahan, cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengar. Kemudian mereka mula membersihkan bilik itu seperti yang diarahkan.
Share this novel