Khayra membetulkan tudungnya yang kelihatan senget. Kemudian dia mengambil beg tangannya yang berada di atas kerusi sebelum melangkah keluar bilik. Kaki melangkah turun ke tingkat bawah.
Ruang makan itu riuh sekali dengan suara Rayyan dan juga Keith bergurau senda serta membuat lawak bodoh.
Khayra mendekati mereka sebelum duduk bersebelahan dengan Rayyan.
"Morning semua" kata Khayra dengan senyuman manis.
"Morning" jawab mereka serentak.
"Morning baby" kata Rayyan sebelum mengenyitkan matanya ke arah Khayra.
Khayra hanya tersenyum. Comel betullah adik boss ni.
Selepas beberapa saat Ray masuk ke ruangan makan dan duduk ditempatnya. Dia memandang Khayra sebelum memberikan senyuman.
"Ray?!" kata Khayra separa jerit kerana terkejut. Anak mata hijau gelap itu ditatap.
"Hi miss me?" Soal Ray sebelum tersenyum manis ke arahnya.
Khayra terkaku, matanya mula berkaca kaca. Entah mengapa dia terasa senang melihat bossnya itu. Rindu kut?
"Kahwin jelah, kan senang, nanti scene ni boleh bertukar menjadi adengan memeluk rindu sambil menangis" kata Rayyan selamba sebelum memasukkan buah potong ke dalam mulut dan mula mengunyah.
Ray buat tak endah. Tak ada mood nak layan jenaka bodoh Rayyan pagi pagi ni.
Khayra tertunduk malu sebelum perlahan lahan bibirnya menguntum senyuman.
Mereka mula menjamah makanan yang sudah terhidang di atas meja.
"Ray, aku dengan Zariq kena fly pergi England untuk beberapa minggu" kata Zen memecahkan kesunyian. Mata memandang ke wajah ketuanya itu.
"Sebab?" Tanya Ray mendatar sebelum tangan menyapu jem di atas roti bakar.
"Ada rusuhan sikit" jawab Zariq sambil mulut penuh dengan roti bakar.
"Rusuhan apa?" Soal Rayyan menyampuk, mata sudah memandang ke arah kembar .
"Dekat company England. Ada timbul isu dalam kalangan lembaga pengarah" balas Zen dan Zariq serentak.
"Bila korang pergi?" Soal Ray prihatin.
"Mungkin esok atau lusa" jawab Zen mendatar.
"Okay, Jaga diri apa apa hal inform dekat aku" kata Ray tenang. Mulut mula mengunyah roti perlahan.
Zen dan Zariq menganggukkan kepalanya.
Rayyan memandang Keith dan abangnya bersilih ganti sebelum senyuman jahat terukir di bibir.
"Ray, aku dengan Keith tak dapat nak datang companylah hari ni" kata Rayyan tiba tiba.
Keith memandang Rayyan pelik. Eh? apa kena mengena dengan aku? Dahi mula bertaut. Jelas tidak mengetahui apa-apa.
"Yang kau kenapa pulak?" Soal Ray dingin, mukanya berkerut. Malas nak melayan sebenarnya. Dia tahu kalau Rayyan konfirm hal tu tak penting.
"Aku nak buat rusuhan dekat company lain" kata Rayyan selamba.
"Kepala hotak kau, jangan nak buat perangai eh!! Kerja kau berlambak dekat company tu!" Marah Ray geram sebelum dia mengetuk kepala Rayyan di sebelahnya.
Khayra hanya menahan gelak melihat dua beradik itu.
Dan seperti yang sudah dijangka Rayyan dan Keith memang betul-betul menghilang dari radar pada pagi itu. Rayyan biasalah, apa yang dia cakap memang dia buat.
Sedangkan Ray bertukus lumus untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh syarikatnya .
"Ray, boleh i check jadual jadual you 2 bulan sebelum i mula bekerja dekat syarikat ni tak?" Soal Khayra meminta izin.
Wajah kusut Ray dipandang. Kesian, pasti dia sedang serabut menyelesaikan masalah syarikat. Ditambah pula dengan kerja Rayyan yang ditolak kepadanya.
Haih. Apalah malang sangat nasib boss aku ni?
Ray mengangkat mukanya sekilas.
"Yes you may, you mintak dekat Faiq sebab dia yang uruskan semua jadual i sebelum you datang." balas Ray mendatar sebelum memandang semula kertas kerjanya. Tangannya ligat menyelak nyelak helaian kertas ditangan.
"Okay" balas Khayra sepatah sebelum dia menunduk sedikit badannya dan berlalu keluar bilik dari itu.
Bilik Faiq terus dituju. Pintu diketuk.
"Yes?" Jerit Faiq sedikit kuat dari dalam.
"It's me Khayra"
"Come in!" Balas Faiq ringkas.
Tombol pintu dipulas sebelum Khayra melangkah masuk. Itulah kali permata dia memasuki bilik Faiq. Bilik itu sedikit kecil berbanding dengan bilik Ray namun bilik itu nampak sungguh kemas dan cantik. Sangat tersusun.
"Faiq boleh tak i dapatkan jadual Ray 2 bulan sebelum I mula bertugas? I nak check balik semua client dia" soal Khayra sebelum memandang tepat ke arah muka Faiq yang berada di meja kerja.
"Boleh" balas Faiq mendatar sebelum dia menarik laci mejanya dan mengeluarkan sejumlah fail fail bewarna hitam.
Khayra ternganga melihat kesemua fail hitam tersebut.
"Ini semua Jadual Ray 2 bulan lalu, all the meeting, siapa client dia, company mana, tarikh, waktu semua ada dalam ni. You tengok lah " jelas Faiq sebelum menepuk fail yang setinggi sepuluh inci itu dengan mulut yang tersenyum bangga.
Khayra melepaskan nafas panjang sebelum mengambil fail yang bertimbun itu.
"Thanks Faiq" kata Khayra perlahan sebelum berlalu keluar daripada bilik itu dan melangkah semula ke arah bilik kerja Ray.
Fail diletakkan di atas meja kerjanya.
"Got it what u want?" Tanya Ray dari tempat duduknya.
"Yeah kinda" balas Khayra mengeluh berat sambil melihat fail fail yang bertimbun itu.
Seriously how someone can be this busy? In 2 months. Jadi Ceo bukan senang cik adik. Apa pikir goyang kaki tiap hari dapat duit berjuta juta hell no. You better stop dreaming.
Ouh yah kecuali Rayyan.
Khayra mula memeriksa fail fail itu. Tanpa dia sedar, dirinya lama diperhatikan oleh seseorang.
Suasana bilik itu sunyi sepi. Hanya bunyi helaian kertas diselak. Kadang kala bunyi papan keyboard kedengaran.
"I lapar lah Khayra, you lapar tak?" Soal Ray setelah berjam jam dia menghadap laptop kerjanya. Mata memandang ke arah Khayra yang sedang membuat kerja.
"Boleh lah jugak" balas Khayra, tangan masih lagi menaip kerja di laptop. Gila tak lapar sekarang dah pukul 3 petang.
"Jom kita keluar makan dulu" ajak Ray sebelum dia berdiri dan melangkah ke arah meja Khayra.
"Okay, one second" Khayra pantas mengemas sedikit meja kerjanya yang sudah berselerak. Beg berjenama gucci di atas kerusi dicapai laju.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta Lamborghini Aventador milik Ray yang terletak di parking lot VVIP. Ramai mata mata yang mencuri pandang ke arah mereka berdua atau lebih tepat ke arah Khayra. Mungkin mereka pelik kerana orang atasannya ada yang berjantinakan perempuan.
"So kita nak makan mana?" Tanya Khayra sebelum dia mencapai tali pinggang kereta kemudian dipasang.
"Somewhere nice but quiet place" balas Ray sebelum dia juga memakai tali pinggang dan memulakan pemanduan.
Khayra pantas menoleh ke arah Ray dengan wajah yang agak terkejut.
Somewhere nice but quiet place ...
"Arthur?" Khayra berbisik perlahan sambil memandang dashboard kereta.
"Huh?" kata Ray pelik sebelum berpaling ke wajah Khayra. Keadaan menjadi janggal untuk beberapa saat.
"Huh? Takda apa i cakap sorang sorang tadi" ucap Khayra laju menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum membuang pandangan keluar tingkap.
Ray mendiamkan diri. Dia tak salah dengar kan?
Selepas beberapa minit mereka sampai di satu restoran yang agak mewah. Hmmm sangat mewah senang kata. Dan yang pasti restoren itu adalah miliknya.
Mereka berdua keluar dari dalam kereta sebelum melangkah ke arah pintu masuk restoran mewah itu.
Tiba tiba bahu Khayra dilanggar dengan kuat oleh seseorang. Lelaki itu bermata hazel dan memakai penutup mulut berwarna hitam.
"I'm sorry madam" ujar lelaki misteri itu sambil menundukkan sedikit badannya .
"Watch your step dude" ujar Ray sedikit keras. Mata tajam merenung ke arah lelaki itu.
Khayra memegang lengannya. " It's okay" gumannya perlahan kemudian dia melangkah masuk meninggalkan lelaki itu.
Lelaki itu pun melangkah pergi, Picagari yang berada ditangannya disimpan ke dalam poket baju.
"Bodoh" kata Ray sedikit keras. Wajahnya bertukar dingin.
Khayra pantas melihat ke arah Ray.
"Are you okay? Sakit ke dia langgar? Nak i langgar dia balik tak?" Tanya Ray dengan nada suara yang lembut sebelum dia memandang lengan gadis itu.
"Eh eh tak payah, i okay je ni" balas Khayra laju. Eh? Dia sebut apa tadi? Langgar? Dia nak langgar guna apa?
"Jom lah masuk" ajak Ray kembali.
Mereka berdua masuk dan duduk di meja yang ditempatkan khas untuk mereka. Dan seperti biasa oleh kerana restaurant tu kepunyaan Ray, semestinya mereka mendapat layanan istimewa.
"Ray i nak pergi toilet kejap" pinta Khayra sebaik sahaja mereka duduk di sofa meja makan.
"Okay hati-hati" kata Ray ringkas. Mata masih merenung buku menu ditangan.
Ray mula memesan makanan untuk mereka berdua. Setelah beberapa minit Khayra masih lagi tidak kembali. Makanan yang dipesan sudah sampai.
Ray melihat jam tangannya lagi. Sudah 20 minit berlalu. Ray terus sahaja bangun sebelum melangkah ke arah toilet perempuan. Badannya disandar pada dinding.
Berak ke? Lama betul.
Selepas beberapa minit Ray menunggu namun kelibat Khayra tidak juga kelihatan. Malah tiada bunyi air langsung.
"Khayra are you there!" Jerit Ray sedikit kuat sebelum dia menjenguk kepalanya ke dalam toilet itu. Hatinya mula risau.
Sunyi.
Pengsan ke?
Ray cepat cepat masuk ke dalam dan memeriksa tandas itu.
Namun kelibat Khayra tidak juga kelihatan. Matanya tertangkap pada tingkap kaca tandas yang sudah berkecai menjadi serpihan serpihan yang kecil .
Ray mengetap gigi geram. Sebaik sahaja dia ingin melangkah keluar kakinya terpijak satu kad bewarna hitam.
~Congratulations, your girlfriend with me now :)~
- Black Death -
Shit!
Terus kertas itu direnyukkan dan baling kuat ke arah dinding tandas. Mukanya berubah dingin. Nombor seseorang didail.
"Rayyan, Khayra kena culik" kata Ray mendatar. Matanya tajam merenung tingkap tandas yang sudah pecah itu.
"What the heck bro?! Macam mana dia kena culik sedangkan dia melekat dengan kau 24 jam. Kau ni reti jaga bini ke tak?" Kata Rayyan dengan nada dibuat buat terkejut. 24 hours kepala otak dialah. Dia ni kalau cakap selalu tak guna otak.
"Kau dekat mana ni?" Soal Ray mendatar. Dia melangkah keluar daripada restaurant mewah itu dan terus menuju ke arah kereta.
"Aku dengan Keith dekat Grenelle" jawab Rayyan selamba.
"Kau buat apa pergi situ bodoh! Kau balik sekarang!?" tengking Ray dingin.
"Lah kan pagi tadi aku kata aku nak buat rusuhan dekat company lain" balas Rayyan selamba .
"Kepala hotak kau! Kerja dah lah tak buat, lepastu pergi ranapkan company orang lain" marah Ray. Enjin keretanya dihidupkan .
"Alahai asyik lah kerja kerja kerja, kita ni jangan mengejar dunia sangat, sekali sekala kejarlah akhirat pulak. Karang nanti masuk neraka sebab kurang pahala. Semua duit tu bukan boleh bawak masuk kubur pun" balas Rayyan mendatar.
Keith yang berada di sebelah mengetuk kepala Rayyan.
"Kau bodoh apa!" dahlah baru bunuh orang tapi cara sembang macam baru lepas kumpul pahala dekat majlis ceramah agama.
"Aku kata balik!! Datang jumpa aku dekat office, lima minit lagi aku sampai" kata Ray cukup tegas sebelum dia mematikan panggilan telefon itu. Wajah diraup wajah kasar.
"Fuck!!" telefonnya dibaling kuat ke arah tepi seat pemandu .
Kereta lamborghini Aventador hitam itu laju membelah jalan.
Dia dah dapat Khayra.
Tak guna.
Share this novel