3:45 am.
"ARGHHHH!!" Jerit Ray kuat sambil memegang dadanya sendiri. Matanya masih lagi tertutup rapat.
"Ray! Ray! Kau pehal ni?" Soal Xavier sambil menggoyang goyangkan badan Ray. Cuba untuk membangunkan lelaki itu.
Xavier yang sedang duduk di meja kerja sambil memeriksa dokumen dokumen syarikat terkejut apabila Ray yang tadinya sedang nyenyak tidur tiba-tiba sahaja menjerit mengerang kesakitan.
Xavier dan Ray berkongsi bilik atas arahan Ray sendiri. Jika apa apa berlaku ke atas dirinya, Xavier yang ditugaskan untuk menjaga Ray.
"ARGHHH! SAKIT!! TOLONG AKU!" Raung Ray lagi. Dia mengerang kesakitan sambil memegang dadanya sendiri. Badannya sudah basah berpeluh peluh. Mukanya berkerut kerut seperti menahan sakit.
"Fuck" Melihat keadaan itu Xavier cepat cepat mengambil sedikit air di dalam mangkuk sebelum dia meraup muka Ray dengan tangannya yang basah.
Namun Ray masih lagi tidak sadarkan diri.
"Ray wake up Ray! Kau okay, bukak mata kau... bangun Ray! Itu semua ilusi kau je... Wake up!!" Kata Xavier sedikit kuat.
Namun tiada respon positif. Ray masih lagi dengan keadaannya yang mengerang kesakitan.
Tanpa membuang masa Xavier terus berlari keluar daripada bilik itu dan menuju ke arah bilik Rayyan.
Pintu bilik diketuk kasar. Selang beberapa saat Rayyan membuka pintu biliknya sambil mulut menguap besar, matanya separa terbuka.
"Kau nak apa setan? Gila ke kejut aku pukul 3 pagi ni.... Aku ngantuk lah..." ujar Rayyan sebelum dia menguap untuk kali kedua.
"Tolong aku.... Ray.... Dia sakit...." ucap Xavier tercungap cungap.
Terbeliak mata Rayyan memandang Xavier. Cepat cepat dia berlari ke bilik abangnya itu.
Rayyan melihat Ray yang berada di atas katil, masih dalam keadaan tidak sadarkan diri.
Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh pagi pagi macam ni lah dia nak buat perangai.
"Ray, Bangun! Ni aku, Rayyan. Adik kau. Bangun Ray! Kau okay... Kau selamat Ray. Cuba kau bukak dulu mata kau!" Ucap Rayyan berkali kali. Namun hampeh tiada balasan.
"ARGHHHH.... SAKITTTT TOLONG AKU RAYYAN!" jerit Ray berulang kali. Mukanya berkerut mengerang kesakitan. Air matanya mengalir dipipi .
Rayyan yang melihat keadaan itu terus dia mengarahkan Xavier mengambil ubat yang diperlukan untuk abangnya.
Xavier dengan pantas membuka peti sejuk dan mengambil beberapa kotak ubat dan picagari. Satu botol ubat cecair diambil sebelum terus dimasukkan ke dalam picagari mengikut sukatan.
Ubat penenang.
"RA... YYAN.. PLEA... SE... HELP ME.... PLEASE..." Ucap Ray tersekat sekat merintih kesakitan. Tangannya terangkat seperti ingin mengapai sesuatu.
Rayyan memegang erat tangan Ray yang sedikit menggigil itu.
"Fuck... Fuck.... Fuck! Please lah jangan buat perangai sekarang! " Ujar Rayyan perlahan, dia sudah panik melihat kondisi abangnya itu.
Xavier datang mendekati sisi katil. Rayyan mengangguk laju memberikan kebenaran agar Xavier melakukan tugasnya.
Namun baru sahaja dia ingin menyuntik ubat itu ke bahagian lengan Ray, tangan Xavier pantas di rentap oleh seseorang.
"Don't give me that drug!" Ujar Ray keras. Dia membuka matanya perlahan sebelum memandang ke arah Rayyan serta Xavier. Matanya berwarna merah!
Tangan masih lagi kemas memegang tangan Xavier.
"It's hurt me! Don't you know that? Or else you deliberately give it to me?" Sambung Ray lagi.
Senyuman sinis terukir. Rayyan sudah kecut perut melihat abangnya. Tidak kurang juga dengan Xavier, lidahnya terkelu saat ini.
Ray bangun kemudian berjalan ke arah peti sejuk sebelum dia mengambil sebotol air mineral dan meneguk haus.
"Oh wow we're in France right now. So amazing, hmm so welcome back home ? I guess? Ha ha ha ha" kata lelaki itu kembali dengan tawaan yang dibuat buat .
Ray berdiri di sebelah tingkap sebelum memandang keluar. Rayyan hanya memandang lantai tidak berkelip manakala Xavier hanya mendiamkan diri sahaja.
Rayyan erat menggenggam penumbuknya.
Babi lah!? Kenapa time time macam ni dia ni nak muncul!?
"Come on you guys i miss you so much, why are you so afraid of me?" Soal lelaki itu kembali, dia mendepakan tangannya ke arah Xavier dan Rayyan sebelum dia tersenyum sinis .
Tidak, dihadapan mereka kini bukan lagi lelaki bernama Ray Mikayla tetapi dia ialah The most Heartless devil, Louis Rachel.
Sejak umurnya 17 tahun Ray menghidap penyakit split personality di mana di dalam badannya ada dua lagi personaliti lain dan dia akan merubah kepada watak lain jikalau berada di dalam keadaan yang terlampau tertekan dan stress.
Setakat ini Ray hanya mempunyai tiga personaliti.
Louis ialah personaliti yang sangat kejam sangat sangat kejam, mereka semua takut akan dengan sifat Louis, dia muncul jikalau Ray mula mengingati kisah silamnya yang perit dan cuba menyelamatkan Ray daripada mengigati perkara itu. Jika dia muncul mata Ray akan bertukar sepenuhnya merah gelap bercampur dengan sedikit hitam.
Manakala wataknya yang keduanya adalah Arthur dia seorang yang sangat dingin dan jarang berkata kata namun tidak sampai ke tahap kejamnya si Louis. Watak Arthur masih lagi boleh dibawa berbincang. Dia muncul jikalau keadaan Ray yang sangat marah seperti yang terjadi di pejabat dan kapal terbang.
Sewaktu hal ini berlaku anak matanya akan bertukar menjadi hijau yang lebih terang berbanding mata asalnya yang berwarna hijau gelap.
Dan akhir sekali adalah Ray. Dia adalah personaliti asal badan itu.
Louis berjalan mendekati Rayyan sebelum dia memegang pipi pemuda itu.
Rayyan hanya kaku seperti patung, dia masih lagi menatap lantai bilik dengan mata yang tidak berkelip. Tanggannya menggengam geram.
"I told you already, you guys just can't keep me away forever. Ray need me, it all for his sake, don't blame me" kata Louis sebelum dia memandang ke arah Xavier.
'Fuck... Fuck... Fuckkk kenapa mesti dia yang muncul!?' Jerit Rayyan dalam hati. Sungguh dia tidak gemar dengan personaliti abangnya yang satu ini. Tak ! Louis bukan abangnya. Abangnya hanya ada seorang sahaja, iaitu Ray Mikayla!
Louis bukan abangnya.
"Why you come out Louis?" soal Xavier mendatar memulakan bicara.
"Cause he need me" balas Louis sambil membuat memek muka sebelum berjalan dan duduk tepi birai katil. Kaki disilangkan.
"Why?" soal Rayyan kembali. Giginya diketap. Dia memandang ke dalam anak mata Louis. Merah gelap.
"Hmmm i don't know" balas Louis mendatar sebelum dia memandang ke arah tingkap bilik.
"All of sudden, his brain try to remember the traumatic incident, and he can't deal with it and pooof now I'm here hahaha" sambung Louis sambil mengangkat kedua bahunya.
"Kenapa pulak tiba tiba dia nak teringat kes dulu!? Benda tu dah lama dah pun jadi! Tak boleh ke kalau dia lupakan je semua tu!!" Bentak Rayyan sambil menumbuk kuat tilam katil sebelahnya.
"Chill dude... setan ni tak tahu bahasa melayu... Speaking please" kata Xavier tenang sambil memegang bahu Rayyan.
Dia kemudian memandang ke arah Louis yang sedang duduk di birai katil.
"Since when he being like this?" Soal Xavier mendatar.
"Hmmmm let me guess... Since i exist hahaha " balas Louis dengan suara yang sedikit garau.
Mukanya sangat dingin, auranya juga sungguh berbeza dengan Ray dan Arthur. Lagi lagi ditambah pula dengan senyuman membunuhnya itu.
"I'm so fucking gonna kill this shit" kata Rayyan geram sebelum dia bangun ingin mendekati Louis namun cepat cepat dihalang oleh Xavier.
"Eh yang kau ni sabar boleh tak!!" Kata Xavier sedikit geram.
"Chill men, this is your own brother hahahah also don't forget... This is also your fault" celah Louis mengejek.
Dia tahu bahawa Rayyan tidak gemar dengan dirinya. Kali terakhir Louis muncul 2 tahun lalu teruk jugak diorang bergaduh, kalau takda Xavier dan budak budak lain agaknya dah arwah dah salah sorang.
"Kau tu pun diam!!" Marah Xavier sambil memandang geram ke arah wajah Louis.
Konon tadi dia yang suruh speaking bagai.
Rayyan sudah menggepalkan penumbuknya sebelum menjeling ke muka Louis. Ini kalau hinggap muka mamat ni sekali sedap ni. Abang tak abang belakang kira. Yang pasti setan ni bukan abang aku.
"Relax lah bro... Kau masuk je bilik dulu. Aku try handel mamat ni. Since aku sorang je yang dia percaya, i will try handle situation ni. Kalau aku gagal. Aku akan lock dia dekat dalam bilik ni. Kau tak payah risau. Dah pergi balik bilik kau semula" kata Xavier tenang.
Rayyan tidak mengganguk dia terus sahaja berlalu keluar dari bilik Ray dengan menghempas pintu kuat.
"BABI!!!!!" Jerit Rayyan dari luar bilik kuat.
Xavier menggelengkan kepalanya. Macam budak budak betullah si magkuk ni. Terjaga lah nanti yang lain.
"And how about you?" Soal Louis kepada Xavier mendatar. Senyumannya meleret.
"You already know that i sleep in this room right" balas Xavier dingin.
Dia mengemas kembali kotak ubat ubatan sebelum disimpan semula ke dalam peti sejuk.
"Hahaha okay" balas Louis sambil tergelak kecil. Dia mengoyang goyangkan kakinya sambil bersiul.
Xavier berjalan mendekati Louis sebelum duduk bersebelahan dengannya. Mukanya masam mencuka.
"Now tell me what going on, where's Ray?" Soal Xavier serius dan mendatar sebelum dia menoleh ke arah Louis.
Louis memandang muka Xavier dengan senyumannya yang sinis. You know what going on man.
Share this novel