Bab 13

Action Series 36344

WHY THIS WORLD SO FUCKING INSANE?!!

Khayra melihat bangunan di hadapannya. Bangunan ini adalah sebuah pasaraya. Yup bila aku sebut pasaraya ianya adalah sebuah pasaraya kalau di malaysia ia seperti SOGO atau AEON mall. Dan kenapa terkejut? Sebab bangunan ni belakang rumah je wey, belakang rumah sebelah dengan airport yang aku baru je singgah tadi.

Dalam mall tu lengkap semua kedai. Handbeg? Baju? Makanan? Perabot? Barang kemas? Perfume? Semua ada. Sebab ianya memang sebijik macam mall di luar sana. Bezanya di sini khas untuk keluarga Mikayla dan butler di rumah ini untuk membeli belah.

Sebab itu lah mereka tidak boleh keluar daripada sini. Atau mungkin mereka tak nak pun keluar dari sini. Semuanya lengkap.Terlalu lengkap.

Khayra sedikit terpana melihat bangunan setinggi 5 tingkat itu.

"Ehem ehem.. Hmm So Khayra, barang apa yang you takda lagi?" Soal Keith memulakan perbualan sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Ermm i rasa, i nak pergi pharmacy dulu lepas tu i nak pergi bahagian pakaian boleh?" jawab Khayra mendatar.

Keith hanya mengangguk.

Mereka jalan menaiki lift ke tingkat 1 di mana pharmacy berada. Sebenarnya Khayra mahu membeli pad wanita dan pakaian dalamnya. Ya, hanya dua itu sahaja yang tidak mencukupi. Barang yang lain sudah terlebih cukup rasanya.

"Keith mana cashier?" soal Khayra sambil matanya tercari-cari di dalam pharmacy itu. Beberapa kotak pad sudah berada di dalam pegangannya.

"Sini semua free . You ambik jelah mana mana you suka. Ini mall Ayyan " jawab Keith mendatar dan cukup selamba.

~Baby tell one more time that u lo....~

"One minute please" kata Keith sebelum dia berlalu keluar daripada pharmacy itu untuk menjawab panggilan telefonnya.

"Mak ai serious lah diorang ni, ni dah tahap kaya sangat, berapa banyak duit diorang sebenarnya ni?" guman Khayra perlahan. Dia menyimpan kembali dompet duitnya.

Selepas beberapa minit Keith kembali mendapatkan Khayra.

"Okay you jom pergi kedai pakaian lepas tu kita balik dulu, Ayyan suruh lunch sama sama" ajak Keith. 

Khayra hanya mengangguk setuju dan terus mencari barang keperluannya yang tidak mencukupi.

Setelah setengah jam dikedai itu mereka mula melangkah untuk pulang ke halaman rumah semula.

Masuk sahaja di bahagian ruang tamu. Dua orang pembantu lelaki hmmm mungkin butler di rumah tu mengangkat beg beg yang dipegang oleh Khayra untuk diletakkan di dalam biliknya.

"Terima kasih" ucap Khayra sambil tersenyum halus.

Pembantu itu menunduk hormat dan terus berlalu pergi. Manakala Keith dan Khayra berjalan ke arah meja makan.

Di meja makan hanya ada Zen, Zariq, dan Faiq. Rayyan Xavier dan Ray masih tidak kelihatan.

"Hai Sir Sir sekalian" ucap Khayra ramah. Dia kemudian mengambil tempat duduknya bersebelahan dengan Faiq.

"Tak payah panggil Sir Sir lah, panggil je kitaorang guna nama. You're one of us" kata Zen dan Zariq serentak. Mereka duduk berdepan dengan Khayra.

"Okay" balas Khayra sambil menatap wajah mereka lama.

"Zen dengan Zariq kembar ke?" soal Khayra ingin tahu.

Mereka saling memandang antara satu sama lain. Sebelum senyuman nakal terukir.

"Cuba teka mana satu Zen dan mana satu Zariq " balas mereka serentak. Kedua duanya memandang ke arah Khayra.

"Hmmm kiri Zen dan kanan Zariq betul tak?" jawab Khayra sambil tersenyum .

"Wow brilliant" jawab mereka serentak.

"Macam mana you boleh bezakan kami dalam masa yang singkat? Even Keith dengan Faiq ambik masa sebulan untuk bezakan kitaorng " soal Zen pelik.

"Rah - si- a" jawab Khyara kemudian dia tergelak kecil.

"Okay mana satu abang dan mana satu adik pula?" Soal Faiq yang berada di sebelahnya.

"Ouh yang itu i tak tahu, sebab tu i tanya tadi korang kembar ke?" Soal Khayra kembali matanya memandang ke arah dua beradik di hadapannya itu.

"Haah kami kembar" balas mereka serentak.

"Zen abang beberapa saat" sambung Zariq pula kemudian mereka membuat hi five.

Khayra tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Selang beberapa saat Rayyan tiba di meja makan itu. Dia terus sahaja meluru ke arah Khayra sebelum tangannya membelek - belek kepala gadis itu.

"Baby you tak pape baby?" dibelek belek muka Khayra ke kiri ke kanan.

"Lelaki jahat tu ada sentuh you tak baby? Kalau dia apa apakan you, you bagi tahu i nanti i terus tanam dia hidup hidup" sambung Rayyan lagi.

Keith di sebelah Faiq sudah membuat muka meluat , malas hendak melayan, perutnya sudah lapar.

"Eh takda lah Ayyan, Keith baik je dengan i" balas Khayra sebelum memandang ke arah belakang lelaki itu.

Xavier dan Arthur melangkah keluar daripada lift sebelum mengambil tempat di meja makan.

"Cis baru je nak tanam dia hidup hidup" guman Rayyan perlahan tetapi boleh didengari oleh semua orang sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah Khayra.

Really?? Nigga?? Motif??

Xavier duduk berhadapan dengan Rayyan. Manakala Arthur duduk ditengah menghadap semua orang. Dia masih lagi diam membisu. Pandangannya juga masih kosong seperti tadi. Makan tengah hari itu hanya ditemani oleh perbualan perbualan yang ringkas serta lawak lawak bodoh yang keluar dari mulut Faiq dan Rayyan.

Setelah selesai makan mereka semua bangun dan berjalan meninggalkan meja itu, yang tinggal hanyalah Khayra, Rayyan dan Keith. Rayyan masih lagi dengan makanannya.

Sungguh dia makan seperti badak yang tak jumpa makanan sebulan. 

"Hah kau. Dah takda kerja nak buat? Duduk termenung tengok aku yang hensem ni pehal?" Soal Rayyan kepada Keith. Mulutnya penuh disumbat dengan nasi.

"Aku nak tanya ni, parents kau okay tak?" Soal Keith prihatin. Dia memandang ke arah Rayyan.

"Okay je , biasa lah orang tua bila excident, luka luka sikit, tapi diorang tengah koma sekarang. Doktor kata maybe ambil masa sebulan dua. Aku risau abang aku tu je hah bila entahnya dia nak bercakap, membisu je. Yang si tenuk tu pun satu , setia betul ikut je kemana mana abang aku pergi, dah macam qarin dia dah aku tengok, takut sangat abang aku tu lari " jawab Rayyan panjang lebar. Qarin yang dia maksudkan ialah Xavier.

Selesai makan dia mengelap mulutnya sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat notifikasi mesej.

"Hmm baguslah diorang okay" balas Keith kemudian dia bangun dari tempat duduknya, belum sempat dia ingin melangkah pergi Rayyan memanggilnya kembali.

"Woi setan! Jom training. Aku bosan lah" kata Rayyan mendatar.

"Okay lah jom, aku pun tengah takda apa nak buat ni" balas Keith semula.

Rayyan pantas memandang ke wajah Khayra pula. Khayra di sebelahnya masih lagi dalam mood diam membisu. Atau lebih tepat dia terasa kekok dengan mereka.

"Eh aah you nak join tak? Jom lah sekali sekala you join kitaorang training " sambung Rayyan.

"Training apa?" Soal Khayra. Jelas kelihatan bingung.

Rayyan memandang ke arah wajah Khayra yang sedang kebingungan.

"Jom lah you ikut. Alah training biasa biasa je macam bersukan. Kitaorang training dekat tingkat bawah" balas Rayyan kemudian dia melangkah ke arah lift. Tangannya elok menarik tangan Khayra seperti anak kucing.

"Sukan atok dia lah" bisik Keith perlahan. Dia juga melangkah ke arah lift.

Dahi Khayra berkerut.

"Tingkat bawah?" Soal Khayra kembali.

Dia hanya menurut sebelum berjalan mengikuti Keith dan Rayyan .

Pintu lift tertutup, tingkat -1 ditekan, kemudian Rayyan membuat imbasan jarinya di bahagian bawah butang lift yang ada lambang rose.

Selepas cahaya biru keluar dari skrin lift itu barulah terasa lift itu seperti turun ke bawah.

Pintu lift terbuka.

"So welcome to the hell baby" kata Rayyan mendatar.

Khayra memandang ke luar lift.

Eh tempat apa ni???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience