Bab 2

Action Series 36344

"Meet me at my office right now" dengan suaranya yang cukup tegas itu mampu membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya takut untuk menjawab apatah lagi hendak melawan.

Miss Anis tidak berkata banyak. Dia hanya menganguk dan terus sahaja melangkah ke arah lift staff untuk naik ke tingkat atas.

Khayra yang masih disitu sudah kaku , keliru hendak membuat apa. Hendak masuk kesesi temuduga badannya sudah berbau coffee. Hendak balik ke rumah, maka hancurlah impiannya selama ini untuk bekerja di syarikat ini.

Rayyan memandang Khayra sebelum mulutnya tersenyum nipis.

"Takpa boss takkan marah kalau you minta kerja dengan berpakaian macam ni" lelaki tersebut menjawab seperti tahu isi hati Khayra yang sedang gelisah itu.

"Seriuslah? I punya baju dah bau coffee, i punya kasut dah patah sungguh tak proper nak jumpa boss dengan keadaan macam ni" jawab Khayra yang masih tidak pasti samada mahu meneruskan sesi temuduga itu ataupun pulang kerumah sahaja.

"I'm absolutely sure. Dia takkan marah.. come i show you the way" kata Rayyan mendatar . Kemudian dia terus melangkah kearah lift yang terlulis for vvip only dihadapannya.

Khayra hanya berdiri tegak diluar lift. Dia agak berkira kira hendak menggunakan lift tersebut. Dalam hati dia juga tertanya tanya siapakah lelaki disebelahnya ini kerana sudah jelas dia sedang menggunakan lift yang hanya orang atasan sahaja boleh menggunakannya.

"Ermm takpa ke you naik lift ni... Ermm i takut boss marah.. Lift ni tulis untuk vvip je" soal Khayra takut takut.

"Hahaha berani sangat boss tu nak marah i.. dah cepatlah masuk, lenguh dah tangan i tekan butang lift ni" jawab lelaki tersebut. Khayra hanya mampu mengalah dan terus masuk kedalam lift tersebut.

Sementara itu di hall. Ramai orang yang sudah mula berbisik sesama sendiri. Yelah mana pernah sebelum ini ada perempuan yang menaiki lift VVIP. Ini lah kali pertama mereka melihat perempuan menggunakan lift tersebut. Yang sudah jelas lagi nyata hanya untuk VVIP sahaja dan setakat ini tiada lagi orang atasan mereka yang berjantinakan perempuan.

Di dalam lift itu Khayra hanya terdiam kaku di hujung sudut. Gementar pun ya, malu pun ya dengan keadaannya yang sudah agak serabai. Tudungnya yang putih itu sudah jelas nampak kesan curahan coffee tadi.

Lelaki tersebut tergelak melihat Khayra yang seperti takut-takut.

"I rasa boss mesti ambik you kerja dekat sini" kata Rayyan memecahkan kesunyian didalam lift itu.

"Kenapa pulak?" soal Khayra pelik. Matanya memandang kearah lelaki disebelahnya itu.

"Sebab dia suka perempuan macam you ni" balas Rayyan semula.

Khayra tidak menjawab dia hanya memandang dengan perasaan tertanya-tanya.

"Sebab dia suka perempuan kalut macam you. Hahahahahaha" gelak Rayyan kuat.

Terus merah muka gadis itu apabila diketawakan oleh Rayyan.

Khayra hanya diam sambil mulut yang mengukir senyuman kelat.

"By the way i forget to introduce myself. My name is Rayyan Mikayla but you can just call me Ayyan.. Pfft macam nama perempuan kan" kemudian Rayyan tergelak lagi .

Khayra naik pelik dengan lelaki tersebut. Kenapa dia ni happy semacam je. Ambik dadah ke apa?

"My name is Khayra. Sir boleh panggil saya Khayra atau Ayra" balas Khayra dengan senyuman.

"Tak payah bagi tahu aku dah tahu, parce que tu seras sa femme " ( you are his girl ). Kata Rayyan sebelum pintu lift itu terbuka dan dia terus sahaja melangkah keluar meninggalkan Khayra dibelakang.

Khayra yang masih berada di dalam lift tersebut sudah kebingungan sendiri. Dia tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Rayyan sebentar tadi.

Kemudian dia juga turut melangkah mengekori Rayyan. Khayra sedikit tergamam memerhatikan dekorasi di seluruh tingkat tersebut. Ianya sangatlah berlainan dengan tingkat di bahagian bawah tadi.

Tingkat ini sangat cantik dengan pasu bunga yang tersusun sebaris di sepanjang jalan dan terdapat pelbagai bingkai gambar tergantung di dinding yang sememangnya kelihatan sungguh mahal. Dan dinding di tingkat ini juga dipasangkan wallpaper yang berwarna emas hitam. Ditengah tengah ruang tingkat itu pula terdapat pancuran air yang kelihatan sungguh unik.

Rayyan mengetuk pintu yang paling hujung dan antara yang paling besar sekali ditingkat itu .

"Masuk" sahut satu suara daripada dalam.

Apabila pintu tersebut dibuka, sekali lagi Khayra tergamam melihat ruang dalam pejabat itu yang sangat kemas dan sungguh cantik sampaikan ternganga mulut kecilnya.

Rayyan yang melihat wanita kesayangan abangnya itu hanya tergelak kecil.

Khayra begitu asyik melihat seluruh ruangan itu sampaikan lupa tujuan asalnya kesini.

Tiba tiba Khayra terdengar ada satu suara yang tergelak kecil. Matanya memandang kehadapan.

Oh shit scene klishe kedua, BOSS HENSEM NAK MATI!

Dan untuk kali yang ketiga dia terkedu melihat lelaki yang sungguh kacak dimatanya sedang duduk di atas kerusi yang nampak sangat mewah. Lelaki itu memakai sut berwarna hitam dan berjacket biru gelap didalam. Berseluar hitam dan berkasut kulit coklat. Sangat kacak.

Di hadapannya pula terdapat sebuah meja kerja yang sangat besar dan cantik ukirannya. Terletak satu papan kecil yang tertulis RAY MIKAYLA di atas meja itu.

Meja itu sungguh kemas. Sebuah laptop berjenama apple terletak elok dihadapan lelaki kacak tadi . Buat masa ni laptop itu masih lagi terletak elok. Buat masa ni.

Mata Khayra tidak lepas dari memandang wajah lelaki di hadapannya. Sungguh terpaku. Mata hijau gelap yang menghiasi wajah putih bersih itu, bibirnya yang sedikit kemerahan.

"Dah puas tilik muka abang i? Hahahaa" tegur Rayyan sambil tergelak. Rayyan berdiri bersandar ke dinding sambil kedua tangan dimasukkan kedalam kocek selular.

Khayra terus mengalihkan pandangannya ke arah lantai. Mukanya yang putih itu jelas mula memerah.

Ray juga geli hati melihat gelagat gadis dihadapannya, tetapi sekejap sahaja sebelum matanya beralih ke arah tudung yang dipakai Khayra.

Senyuman dibibirnya terus mati. Matanya tajam menoleh ke arah Rayyan dengan muka yang dingin. Mata mereka bersabung.

"Woah woah, bro rilek bro ... Bukan aku yang buat okay... ada problem sikit tadi dekat bawah... Kejap lagi aku settel kan dengan minah yang dah tumpahkan coffee atas kepala pekerja istimewa kau ni" kata Rayyan laju. Takut betul dia dengan abangnya itu.

Khayra yang mendengar kata kata Rayyan terus memandang ke arah nya...abang?! Lah adik boss ke. Patutlah selamba badak dia je guna lift VVIP tadi.

"Haih scene klishe ketiga, yang tolong aku tadi adik boss, pastu apa? Boss jatuh cinta dekat aku? Pftt" bisik Kahyra sendiri.

Khayra meghela nafas lega. Sekurang kurangnya tidaklah dia dikenakan tindakan tata tertib akibat menggunakan lift tadi.

"Have fun bro.... Cau" kata Rayyan sebelum dia terus sahaja keluar daripada bilik itu.

Khayra menjadi tidak tentu hala apabila ditinggalkan bersendirian sahaja bersama ketua disyarikat itu.

"Ehem... you may sit Khayra" kata Ray cukup tenang. Khayra dengan takut takut duduk di atas kerusi berhadapan dengannya.

Yelah dengan tudung yang dah tak serupa tudung. Kasutnya pula sudah patah. Sekarang kena duduk depan boss pulak tu. Dah lah muka boss hensem nak mati! Haduih malu woi. Jatuh saham!

"So, i will start the interview okay" kata Ray dengan nada yang cukup tenang dan mendatar.

Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan cair. Sudahlah berwajah kacak, bermata hijau gelap, rambutnya yang sedikit keperangan ditambah pula dengan suara yang penuh mengoda. Full package beb.

Khayra menganggukkan kepalanya laju.

"Can you tell me about yourself , What kind of hobby you do... What type of animals you love..Your name . Your age. Everything. Saya nak dengar" kata Ray mendatar . Matanya tidak lepas memandang kewajah Khayra dengan kedua tangan yang sudah menongkat ke dagu . 

Khayra yang sudah ditenung oleh jejaka kacak itu sudah mula tidak keruan. Jantungnya bagai nak gila waktu ini namun cepat-cepat dikawal semula.

"My name is Nur Khayra Binti Mohd Raqif. Saya berumur 24 tahun. Saya baru je tamat graduasi ijazah dalam bidang management. Saya tinggal bersama dengan ibu dan bapa saya sekarang ni. Saya anak tunggal . Ermm hobi saya pulak menyanyi dan memasak. Setakat ini saya tidak membela sebarang haiwan peliharaan . " jawab Khayra panjang lebar. Seketika dia terdiam. Eh betul ke interview tanya natang ni?

Ray hanya senyum sahaja melihat wajah Khayra.

"Okay, awak diterima kerja disini! Esok awak dah boleh mula. Harini balik dululah tukar tudung baju semua. Dah bau kopi" jawab Ray sambil tersenyum manis.

Khayra tayang muka terkejut. Like seriously , kau baru cakap pasal hobi dan beberapa benda yang langsung tak penting dan tiada kaitan langsung dalam skop kerja kau, kau dah diterima. What the fish.

"Betul ke Sir?" Soal Khayra sedikit terkejut.

Ray menganggukkan kepalanya.

"Betulah... Awak nak position apa? Saya sendiri bagi awak pilih... Daripada cleaner company ni sampai lah personal assistant saya" jawabnya tenang.

Lagilah terkejut Khayra. Dahlah pakai selekeh. Lepastu kau datang setakat terangkan hobi je tetiba dapat pilih position apa kau nak kerja. Scene klishe apakah ini?! Aku berada dalam novel cerita ke sekarang ni?

"Apa kata Sir je yang pilih kan position saya.. Saya tak kisah mana-mana pun" kata Khayra mendatar.

"Kalau saya yang pilih saya suruh awak jadi isteri saya. Haha" gurau Ray penuh makna.

Pipi Khayra terus berona merah. Kakinya pula sudah menguis guis ke lantai. Gatal. Okay sumpah nampak macam perempuan miang.

"Okay okay, it's just a joke." kata Ray kembali serious. Serious atau tidak mukanya tetap kacak.

"Esok awak dah boleh mula kerja as my PA lagipun awak apply interview sebagai personal assistant kan. So, tahniah. Awak diterima di syarikat saya" kata Ray cukup tenang.

"Baik Sir. Terima kasih Sir" kata Khayra. Dalam hati tak henti henti mengucap syukur kerana tak sia sia dirinya disimbah dengan air coffee, dia terus sahaja dapat kerja. Akhirnya impiannya tercapai juga hendak memasuki syarikat ni. Klishe tak klishe tu belakang kira.

"Ok kalau dah tiada apa apa awak dah boleh balik mandi... Haha" usik Ray lagi. Khayra hanya mengangguk malu kemudian dia melangkah ke arah pintu keluar.

"Oh yah sebelum saya lupa.. Esok awak pakai baju formal sikit sebab saya nak kenalkan diri awak kepada semua staf. Lagi satu awak boleh guna lift VVIP tu tak payah pakai lift biasa , Lift biasa sesak sikit. Dan tak payah cari si mangkuk hayun tu..balik je terus" laung Ray sedikit kuat dari meja kerjanya.

Walaupun Khayra pelik mendengar gelaran yang digunakan oleh bossnya itu dia hanya menganguk sambil mulut mengukir senyuman. Kemudian dia terus sahaja melangkah keluar.

Di dalam pejabat Ray masih lagi tersenyum apabila teringat gelagat Khayra sebentar tadi. Cute doh..

Selepas lima belas minit termenung wajahnya bertukar kembali menjadi serius, dia melangkah kearah bilik adiknya, Rayyan yang berada bersebelahan dengan biliknya.

Pintu dibuka dan dia terus masuk kedalam. Dia melihat Rayyan sedang duduk diatas meja kerjanya sambil bermain-main dengan sepucuk pistol bewarna emas ditangannya.

Di lantai biliknya itu pula terdapat seorang wanita yang sudah tidak bermaya . Matanya bengkak, bibirnya pula mengalirkan cecair bewarna merah manakala dilehernya pula terdapat lingkaran berwarna biru gelap.

Ray cukup kenal dengan perangai adiknya yang sangat benci kepada perempuan itu. Sudah pasti wanita itu dikerjakan oleh adiknya.

Rayyan yang perasan kehadiran abangnya itu terus berhenti bermain dengan pistolnya.

"Ray.. Inilah perempuan yang nak tampar bakal bini kau tadi" kata Rayyan sambil menjuihkan bibirnya kearah Anis yang sudah tidak bermaya.

"Ah ya aku dengar cerita dia pernah curi duit syarikat" sambung Rayyan lagi.

Ray jalan mendekati wanita tersebut. Kini tiada secalit senyuman pun dimukanya . Matanya juga seakan lebih cerah berbanding tadi . 

"Kau dengar sini eh perempuan. Kau tu tak layak nak tampar dia. Nak sentuh kulit dia sikit pun kau tak layak apatah lagi kau nak tengking dia, kau ingat tu sampai kau mampus" kata Ray sambil memegang kuat rahang perempuan bernama Anis itu.

Kemudian Ray menampar pipi perempuan itu sekuat hati.

Perempuan itu mengerang kesakitan. Ray memandang adiknya sekilas.

"Ayyan kau buat lah apa pun kau nak buat dekat dia ni" kata Ray sebelum dia terus melangkah kearah pintu.

"Oh yess jadi aku boleh tembak dia?" soal Rayyan dengan nada yang penuh teruja.

"Buatlah apa kau nak buat yang pasti aku tak nak tengok muka dia lagi...nanti malam ni kumpulkan budak budak, bagi tau sekali dengan budak tak guna tu. Suruh dia balik cepat" kata Ray sebelum hilang disebalik pintu.

Rayyan hanya memerhatikan Ray dari ekor matanya sehingga dia keluar daripada biliknya itu. Baru sahaja Rayyan hendak memulakan kerja, pintu pejabatnya dibuka semula.

"Oh and one more thing... Rayyan, please next time tolong datang meeting, lahanat... Menyusahkan orang lah kau ni. Baik mati jelah!" Kata Ray sedikit geram sebelum dia menutup kembali pintu tersebut.

Rayyan hanya menayang senyuman .  Kemudian dia memandang pula kearah Anis dengan pandangan tajam.

Maka bermulalah sesi salam perkenalan Rayyan dan Anis.... Its play time bitch.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience