Ray dan Khayra masih lagi menyiapkan kerjanya yang bertimbun. Ray lagi kesian. Dia perlu membuat kerja Rayyan sekali. Sebab apa? Sebab mangkuk tu selalu sangat tak buat kerja. Last last nanti Ray jugak yang akan buatkan kerja Rayyan.
Fail ditutup. Khayra kemudian menoleh ke arah Ray. Lelaki itu masih lagi membuat kerja dengan tekun.
Khayra bangun sebelum berjalan mendekati meja kerja Ray dan duduk berhadapan dengannya. Dia memandang file yang ada pada tangan lelaki itu.
"Ray saya nak tanya something boleh?" Tanya Khayra kepada Ray.
"Hmm apa dia" balas Ray mendatar. Mata masih tidak lepas memandang laptop di hadapannya.
"Ini you buat apa. Macam bukan dari syarikat ni je?" Soal Khayra sebelum jari menunjuk ke arah file yang dipegang oleh lelaki itu.
Ray mengangkat wajahnya sebelum tersenyum mengoda.
Cepat cepat Khayra larikan anak matanya agar tidak bertembung dengan mata hijau milik Ray. Jantung mula berdegup laju. Aduhai anak siapalah yang hensem sangat ni.
"Ini sebenarnya kerja Ayyan. Ayyan handel syarikat dekat Spain. Kerja ni memang takde kena mengena dengan syarikat ni pun, sebab syarikat dekat Spain berbeza dengan syarikat dekat sini" terang Ray.
"Apa maksud you beza?"
"Contoh macam syarikat sini dengan dekat Malaysia pasal branded business, jenama beg, jenama baju, tapi di syarikat dekat Spain pulak ialah manufacture kapal terbang, syarikat tu hasilkan jet, kapal cruise. Macam Mikayla airline tu. Tu syarikat Rayyan punya" jelas Ray. Dia merenggangkan sikit badannya yang sedikit lenguh akibat duduk terlalu lama.
Khayra membuat mulut isyarat seperti 'ouhhh'. Walaupun sebenarnya dia agak terkejut mendengar kenyataan yang diterima.
"Kalau di USA pulak syarikat sana bekalkan alat senjata api. Macam senjata yang you nampak dekat rumah semua tu jenama sendiri. Syarikat dekat USA tu Keith yang handel. Dan begitu juga dengan syarikat di lain tempat lain, lain juga lah fungsi dia. Kalau nak terangkan semua sampai esok tak habis, nanti kita dah kahwin i cerita semua" kata Ray sebelum tergelak halus. Sempat dia mengenyetkan matanya ke arah Khayra. Tangannya kembali menekan-nekan laptopnya.
"You tak penat ke? Buat semua ni? Kenapa You pulak yang buatkan kerja Ayyan? Dah tu kerja you sapa nak buatkan?" Soal Khayra bertubi tubi. Perempuan kan memang suka banyak tanya.
"Bukan i handel semua pun. I ni kira macam pemilik je. Orang suruhan i yang uruskan semua. Tapi ada masa i kena masuk campur jugak. I buat kerja ni pun sebab dah nak deadline. Tapi seperti yang you tengok Rayyan menghilang tak kisah langsung nak buat kerja dia. Siapa lagi kena buatkan kalau bukan i" jelas Ray lagi. Suaranya mendatar sahaja.
Khayra mengangguk kepalanya beberapa kali. Kesiannya lahai dapat adik macam Rayyan.
"Kesian you " ucap Khayra mendatar.
"Nak buat macam mana dah dia memang macam tu. Lagipun Xavier ada tolong sikit sikit so i tak kisah sangat" terang Ray lagi.
"Kalau you ada semua ni, kenapa perlu membunuh?" Soalan maut dikeluarkan oleh Khayra. Ray berhenti menaip. Selang beberapa saat. Ray memandang ke wajah Khayra dengan mulut yang melebar dengan senyuman.
"Kerja you dah siap?" Soalnya lembut. Menukar topik.
"Dah, tu yang tengok tengok jugak apa yang you tengah buat, mana tahu i boleh tolong" jawab Khayra tenang.
Soalan tadi dibiarkan tak berjawab.
"Haha takpa. Dah nak siap dah ni" kata Ray mendatar sebelum menyambung semula kerjanya.
"Ray, boleh tak nanti you teman i beli phone?" soal Khayra perlahan. Mata memandang Ray penuh harapan.
"Beli phone? Kenapa tak ambik je dekat mall yang belakang rumah tu? Adalah kedai phone dalam tu , semua jenama ada" soal Ray hairan. Buat apa nak beli , kalau dah ada yang free betul tak. Ni spesis macam si kembar lah ni. Suka menyusahkan diri.
"Seganlah asyik ambik je barang dari mall Ayyan. Lagipun i nak beli sendiri" kata Khayra lagi.
"Eh mana iphone lama you?" Soal Ray kembali.
"Dah hilang masa i kena culik haritu"
"Lah kenapa tak kata awal awal, dah berapa hari dah ni. Kalau parents you call macam mana. Lain kali apa apa hal terus je bagi tahu i okay" ucap Ray lembut.
"Okay" jawab Khayra sambil membuat tangan berbentuk ok.
Ray melihat jam berjenama Rolex di tanggannya sekilas. 5.pm
"Okay, lepas siap ni kita pergi mall luar cari phone you. Bagi i masa dalam 10 minit lagi" jawab Ray sebelum menyambung kerjanya.
Khayra mengangguk faham sebelum berjalan ke arah mejanya semula. File file di atas meja dikemaskan sedikit supaya nampak tersusun dan cantik. Kemudian dia duduk diatas kerusi empuknya.
Khayra memerhatikan Ray membuat kerja dari jauh. Ray nampak sungguh kacak apabila mukanya serius. Baju kemeja hitam dan ber tie biru gelap itu nampak sungguh padan dengan kulitnya yang putih dan matanya yang hijau gelap. Rambutnya yang sedikit keperangan itu disisir kan rapi. Macam mana boleh wujud seorang lelaki sehensem ini. Kalau dah jadi suami nanti boleh tenung lama lama. Khayra menepuk pipinya. Apa benda aku merepek ni.
Ray yang perasan dengan tingkah laku Khayra dari sudut meja kerjanya hanya tergelak kecil.
Tepat 10 minit berlalu, Ray menutup skrin laptopnya. Kertas kertas di atas meja disusun agar tidak berterabur. Wajah Khayra dipandang.
"Dah siap?" Soal Ray lembut.
"Dah"
"Ok jom" sebelum dia melangkah keluar pintu bilik bersama sama.
Kereta dipandu laju. Forum des halles mall dituju. Selepas memakir dan mengunci kereta mereka berjalan masuk ke dalam mall tersebut.
Nampak sahaja Ray melangkah pada pintu utama, kesemua pekerja yang ada dalam mall itu menundukkan badannya separuh.
"Eh? Kenapa diaorang tunduk dekat kita?" Tanya Khayra yang kebingungan.
"Diaorang memang buat macam tu dekat semua pelanggan" bohong Ray tenang.
Khayra melihat sekelilingnya tidak berkelip. Mall ini jauh sungguh perbezaan dengan mall yang ada di Malaysia. Berganda ganda lebih besar dan berganda ganda lebih cantik. Kedai telephone dituju.
"You nak phone jenama apa?" Soal Ray kepada Khayra sambil mata membelek telephone yang ada dalam meja kaca.
"Iphone" balas Khayra ringkas
"Give me iphone X plus Gold 256gb please" kata Ray kepada pembantu kedai disitu. Selang beberapa saat pembantu itu datang membawa sekotak iphone yang masih baru.
Ray menghulurkan kotak itu kepada Khayra.
"Cuba tengok. You suka tak? Ni yang paling latest dekat negara ni" soal Ray lembut.
Khayra menyambut huluran itu sebelum membelek belek iphone yang berwarna rose gold di dalam kotak itu.
"Suka!" kata Khayra dengan nada teruja.
"How much miss?" Tanya Khayra kepada pembantu kedai itu sebelum mengeluarkan dompetnya dari dalam beg.
Ray memandang Khayra dari sisi sambil tersenyum manis. Tangan naik menongkat ke dagu. Alah comel betulah perempuan ni. Rasa macam nak cium. Sabar Ray sabar, bakal bini kau jugak ni.
Pembantu kedai itu memandang Khayra dengan pandangan pelik sebelum dia memandang pula ke arah wajah Ray. Ray membuat isyarat tangan menyuruh dia diam.
Khayra jadi serba salah apabila pembantu kedai itu tidak menjawab pertayaannya. Dia menoleh semula ke arah Ray.
"Ermmm Dia tak faham ke apa i kata?" Tanya Khayra kepada Ray yang berada disisinya.
"Entahlah you kejap I cuba tanya kan" balas Ray sambil tersenyum manis.
"Il suffit de l'envelopper" (bungkus kan) kata Ray ke arah pembantu kedai tersebut. Wanita itu mengangguk dan berlalu pergi. Seminit kemudian dia membawa satu plastik yang sudah berisi iphone X itu di dalamnya. Plastik dihulur ke tangan Ray.
"Ici, monsieur" (Nah ,sir)
Ray menyambut huluran itu. Kemudian pekerja itu menunduk hormat sebelum berlalu pergi.
"Berapa harganya Ray?" Soal Khayra kepada Ray ingin membayar.
"Free" ucap Ray sepatah sebelum dia berjalan melangkah pergi daripada Kedai itu sambil membawa plastik iphone. Pekerja pekerja disekitar kedai itu juga menunduk hormat ke arah Ray apabila dia lalu di setiap buah kedai.
Khayra memandangnya tidak percaya. Seriously free ?Dia ni biar betul.
Mereka masuk ke dalam kereta. Beg plastik diserahkan kepada Khayra.
"Serious lah Ray, iphone ni free?" Soal Khayra tidak percaya.
"Betul lah. You nampak ke i hulur duit tadi, mana ada kan. Maybe sebab saya ni kacak sangat kut, sebab tu dia bagi free huhu" ucap Ray tidak jujur. Kemudian dia tergelak kecil.
Khayra menyambut huluran itu. Iphone x itu dibelek. Yok sokmo lah free. Paling kurang 4 ribu ni. Khayra mendiamkan diri sahaja. Lantaklah orang dah bagi. Ambik je. Rezeki jangan ditolak.
Ray menghidupkan enjin kereta. Cermin mata hitam dipakai sebelum kereta dipandu keluar dari tempat parking.
Selang beberapa minit memandu phone Ray berbunyi panggilan masuk.
"Yup. Aah aku dengan Khayra ni dekat luar. Orait. Malam kita discuss " kemudian telefon dimatikan semula. Lelaki kalau berbual dengan lelaki memang macam tu. Paling lama pun 4 minit. Cuba kalau perempuan. Sampai 4 hari 4 malam tak habis, entah apa yang dibualnya tak tahulah.
"Siapa call?" Soal Khayra disisinya.
"Ayyan" balas Ray sepatah. Matanya fokus sahaja ke arah jalan raya.
"Dia tanya apa?" tanya Khayra lagi.
"Dia tanya i dekat mana, dia nak jumpa "
Khayra hanya membuat Isyarat mulut 'ouhh' sebelum pandangannya dibuang ke luar tingkap.
Masuk sahaja ke ruang tamu. Xavier, Rayyan, Keith dan Faiq sudah siap menunggu di sofa depan tv. Rayyan memandang Ray sebelum mata membuat isyarat menyuruh Khayra pergi naik ke atas.
"You naik atas dulu okay, kitaorang ada hal nak bincang." arah Ray lembut.
Khayra tidak berkata apa-apa, dia hanya mengangguk kepalanya sebelum berlalu pergi.
Ray mengambil tempat di depan Xavier.
"Ray, kita ada problem" kata Xavier memulakan bicara. Mukanya kelihatan sungguh serius. Tapi masih kekal kacak. Mereka masih lagi berbaju kerja. Masing masing baru balik dari syarikat.
"Problem apa?" Soal Ray kembali. Dia menarik longgar tie yang dipakai. Sut nya dilepaskan dan diletakkan atas sofa.
Rayyan mengeluh perlahan. Wajahnya nampak sedih.
"Kita kena balik Malaysia" ucap Faiq yang duduk di sebelah Rayyan.
Ray mengangkat keningnya
"Kenapa pulak kena balik Malaysia?" Soal Ray kembali.
Dia memandang muka Rayyan. Patutlah mangkuk ni sedih semacam. Rayyan memang tidak suka tinggal di Malaysia kerana dia tidak 'bebas' jika berada di sana. Sebab itu dia lebih suka tinggal di sini.
"Aku dapat rasakan parents Khayra dalam bahaya. Sebab anak Clara ada dekat Malaysia sekarang ni. Nak taknak kita kena singgah sana kejap untuk pastikan keadaan selamat" jelas Xavier lagi. Suaranya tenang sahaja.
"Anak Clara? Black Death?" Soal Ray mendatar. Dahinya berkerut memandang Xavier.
"Bukan, anak dia yang lain"
"Eh berapa banyak anak dia ni sebenarnya ni?" soal Ray kembali.
Rayyan membuat jari menunjukkan angka 3.
"3!? Serious lah!" Ray terjerit. Sejak bila pulak anak Clara tiba tiba boleh jadi ramai.
"Yelah bongok. Apa bendalah kau ni cousin sendiri pun tak tahu berapa ramai" kata Rayyan mengejek. Padahal dia juga baru sahaja mengetahui perkara itu tadi.
"Tapi aku rasa elok jugak kau balik sana. Kau boleh jumpa dengan bakal mak bapak mertua kau terus. Alang alang tu nanti merisik terus je sekali. Lepastu tunang, tak pun kahwin terus. Tak payah nak balik sana banyak kali. Haihh" kata Rayyan memberi cadangan dengan nada yang sedih dihujung ayat.
"Pikir Khayra tu anak ayam ke datang datang terus nak ajak kahwin. Sakit jantung parents dia dengar nanti" celah Faiq pula.
Kening Rayyan berkerut. Ayam kena kahwin dulu ke sial!
"Aku dah book flight esok pukul 11 pagi" kata Keith pula mencelah.
Walaupun kapal terbang itu Rayyan punya mereka tetap juga perlu tempah penerbangan terlebih dahulu, paling lewat pun setengah jam untuk menyusun jadual dengan penerbangan lain .
"Orait kejap lagi aku bagi tahu Khayra. Korang semua pun pack pack lah barang. Faiq kau tak perlu balik. Kau tinggal sini jaga parents aku" arah Ray sebelum dia bangun dari sofa untuk melangkah pergi.
Faiq sudah tersenyum gembira.
"Alaa biar aku jelah yang tinggal...." kata Rayyan meleret.
"Kau jangan nak mengada. Kau ikut aku" kata Ray dingin sebelum kaki melangkah ke arah lift.
"Isshhhh" balas Rayyan protes. Mukanya dimasamkan.
Share this novel