Bab 38

Action Series 36344

"Okay as we plan, about our new brand, it will be launch at... "

Belum sempat Ray menghabiskan ayat, telefonnya berbunyi. Mereka yang lain sudah memandang ke hadapan.

"Hello sayang ada apa? Abang tengah meeting ni"

"Sorry ganggu abang. Tapi sayang nak tanya betul ke AL dra tu nak jumpa dekat lobi? Takda pun" kata Khayra yang berada di hujung talian.

"Aah dia kata jumpa dekat lobi je. Takpa sayang tunggu je dulu. Kalau lagi setengah jam dia tak sampai sampai jugak sayang naik je terus ke bilik okay" lembut sahaja Ray membalas.

"Okay bang"

Talian dimatikan.

Xavier memandang kearah muka Ray.

"Siapa?"

"My wife" balas Ray sambil bibir mengukir senyuman lebar.

"Ok sorry about that, we continue. We will launch our new brand at...."

Telefonnya berdering lagi sekali. Tetapi kali ini wajah Ray masam mencuka melihat nama si pemanggil.

Panggilan itu diangkat.

"Kau nak apa jahanam?" Katanya kasar. Muka? Takpayah cakap memang dingin habis.

"Haha sorry lah bro. Aku saja je nak cakap, aku tak masuk meeting harini ada hal yang aku na... "

Belum sempat Rayyan menghabiskan kata katanya Ray sudah meletakkan telefon kasar. 

"Siapa pulak kali ni?" Soal Xavier lagi.

"Syaitan dari neraka paling bawah" kata Ray tenang.

"Apasal dia tak masuk meeting?" Tanya Zen pula.

"Entahlah. Aku tak tahu dia ke mana"

"Dia pernah ke masuk meeting?" Faiq menyambung.

"Itulah tu" sokong Zariq.

Ray hela nafas panjang. Bila adiknya itu hendak berubah.

"Sorry guys, so where am i again? Hmmmm...Ouh ya about our new brand, it will be launch at..."

Telefonnya berbunyi lagi sekali. 

Rayyan is calling. Telefon diangkat kasar.

"Sumpah lagi sekali kau call aku, aku bunuh kau kejap lagi, cilaka!"

"Bro! Bro tak bro emergency ni bro. Khayra kena culik!"

"Kau jangan nak jadi sial Rayyan. Dia kan dekat lobi bawah je, siapa yang berani nak culik dia!" Marah Ray dingin. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

"Bro turun bro sekarang. ALbra ni ru... " tiba tiba talian terputus.

"Hello!? Hello!? Shit!" Kaki pantas melangkah ke arah pintu bilik.

"Ray kau nak kemana, tengah meeting ni" kata Xavier kuat dari mejanya. 

Yang lain sudah memandang antara satu sama lain dan berbisik perlahan.

Ray menoleh semula ke arah Xavier.

"Bawak budak budak turun bawah. Sekarang!" Arah Ray tegas. Pintu dibuka kasar sebelum dia keluar dari bilik itu. Kemudian diikuti pula oleh si kembar dan yang lain.

Xavier memandang ahli mesyuarat dalam bilik itu.

"Sorry guys we will continue this next time" katanya cukup tenang. Dia juga turut melangkah keluar dari bilik itu.

"What the hell apa yang dah jadi ni?" Ray melihat lobi syarikat miliknya itu yang kini sudah menjadi tunggang langgang. Peluru bersepah merata rata diatas lantai. Dinding juga kini sudah bercorakkan darah.

Xavier yang lain juga sudah sampai di lobi. Rayyan datang mendekati Ray.

"Bini kau kena culik" kata Rayyan selamba. Dia baru sahaja lepas berlawan dengan musuh yang tiba tiba datang entah dari mana ke syarikat nya itu.

"Apa! Siapa yang berani culik bini aku!?" Tanya Ray. Nada suaranya sudah naik dua oktaf. Mata tajam merenung Rayyan.

"AL bra tu rupanya adik Dylan. Dia dah tipu kita. Nama betul dia Alandra, tadi aku sempat jumpa dengan dia" jawab Rayyan sebelum menepuk habuk pada baju yang dipakai.

"Macam mana boleh jadi macam ni, apa budak budak ni buat?" marah Ray. Padahal ramai anak buahnya yang lain menjaga di lobi syarikat itu. Entah macam mana si Alandra ke alanbra ke nama dia lantak lah tak penting, boleh terlepas.

"Cuba kau tengok kiri kau sekarang" kata Rayyan mendatar.

Ray menoleh ke kiri. Bergelimpangan tubuh anak anak buahnya sudah tidak bernyawa.

"Sial! Macam mana boleh jadi macam ni" tanya Ray lagi. Mata masih memandang lobi syarikatnya yang sudah musnah, kaca kaca dinding pecah, ada yang dinding batu sudah berlubang. Darah berada dimana mana.

"Anjing dia ramai tadi lebih 50 orang. Aku syak diorang datang bawak bas, masing masing semua pakai senjata canggih canggih. Aku ada pistol sebijik je ni hah" kata Rayyan lagi sebelum pistol putih diangkat kemuka .

The hell?

"Faiq mana? Aku nak dia jejak kat mana Khayra sekarang!" Arah Ray dingin. 

Xavier hanya memerhati dari tepi.

Faiq yang memang sudah siap sedia dengan laptopnya itu terus melakukan tugasnya. Selang beberapa minit dia masih gagal menjejaki kedudukan Khayra berada.

"Sorry Ray aku tak dapat nak jejak dia, musuh kita sekarang terlalu bijak dia menyembunyikan diri" kata Faiq perlahan. 

Sebelum ini dia menjejak orang melalui cctv yang berada disepanjang jalan. Namun musuhnya kali ini begitu bijak mengelak dari setiap cctv yang ada. Seolah olah sudah tahu apa kelebihan kumpulan mafia ini.

Ray menumbuk dinding kuat sehingga mengalir cecair merah dari penumbuknya.

"Cilaka!! Kalau aku dapat dia memang aku cincang dia sampai mampus!?" Marah Ray. Tong sampah di sebelahnya pula ditendang. Habis berterabur semua sampah yang ada dekat dalam.

Mereka yang lain masing-masing mendiamkan diri. Takut tengok ketuanya bila dah mengamuk macam tu. Selalunya Ray seorang yang sabar, tetapi apa yang mereka lihat di depan mata sekarang ini sebijik macam perangai Louis.

"Bro sabar lah, kau marah marah macam ni bukannya dia boleh balik semula. Kau kawal sikit perasaan tu. Kau pun bukannya sihat sangat" Xavier cuba menenangkan keadaan.

Zen dan Zariq hanya jadi pemerhati. 

"Entahnya dia tu .... relax relax sudahlah ..." kata Rayyan sambil duduk mencangkung.

Keith turut mencangkung di sebelah Rayyan.

"Betul ke Khayra kena culik wey? Alandra culik dia?" Tanya Keith.

"Betul lah , aku sendiri nampak dengan mata kepala aku tadi..." jawab Rayyan.

"Sejak bila kau ada mata dan kepala ..." tanya Keith mendatar.

"Eh makhluk cilaka ni karang. Meh sini kau!" Kata Rayyan. Terus dia menendang dan memijak kepala Keith.

"Bro.. relax bro.."

Mereka berguling guling di lantai pejabat itu.

"Macam ni pun masih nak main -main ke hah!!" Marah Ray kuat.

Rayyan dan Keith terus berhenti daripada bergulilng. Masing-masing berdiri semula.

Ray melepaskan nafas panjang. Wajahnya sungguh kusut. Dia tidak tahu nak buat apa saat ini. Kaki berjalan mundar mandir di lobi itu.

Tiba tiba dia teringatkan kata kata adiknya tempoh hari.

"Along, Av dengar Kak Khayra kena culik hari tu. Lepas ni kalau apa apa jadi dekat Kak Khayra, abang bagi Faiq pen ni. Dalam pen ni ada maklumat tentang sistem Av buat untuk jejak Jak Khayra"

"Kau letak kat mana penjejak tu?" tanya Ray mendatar.

"Dekat subang telinga dia. Ehek. Sebab dia selalu pakai subang tu jadi senang nak jejak dia nanti. " balas Avery sambil kepalanya digaru .

"Ok Av, thanks."

Avery tersenyum.


"Pen!" Jerit Ray tiba tiba. 

Mereka yang lain sudah terkejut.

"Apa benda kau pen tiba tiba!?" Kata Rayyan geram. 

"Pen tu boleh jejak Khayra!" Kata Ray lagi. Kaki terus melangkah ke arah lift. Tingkat paling atas di tekan. 

Mereka yang lain sudah memandang antara satu sama lain pelik.

"The hell? Dia tinggal je kita dekat sini. Laki bini ni memang suka menyusahkan orang lah!" Kata Rayyan geram. 

"Sorang tak habis habis dengan kerja. Sorang lagi tak habis habis kena culik. Last sekali nanti semua aku yang kena. Babi betul" bebel Rayyan.

"Kau jeles sebab kau takda bini nak menyusahkan kau kan... " celah Keith tiba-tiba.

"Kau diam anjing!" Terus badan Keith disepak menjauhinya.

Xavier, Zariq, Zen dan Faiq sudah menggelengkan kepala. Dia orang berdua ni memang tak pernah nak serious langsung.

Selang beberapa minit Ray datang semula ke arah mereka. Satu pen berukiran emas dihulurkan kepada Faiq.

"Faiq dalam pen ni ada satu data yang boleh jejak Khayra, cuba kau tengok" arah Ray mendatar.

Pen bertukar tangan.

"Siapa yang bagi ni?" Tanya Faiq mendatar. Tangan laju membuat kerjanya.

"Avery" balas Ray ringkas.

Seminit kemudian lokasi Khayra sudah dapat dijejak. Faiq tersenyum bangga.

"Yes dah dapat ! Sekarang dia dekat .... Gudang..."

"Tak habis habis dengan gudang. Diorang semua ni takda duit ke nak beli rumah. Asal culik orang letak dekat gudang. Bodoh betul" sampuk Rayyan tiba tiba.

"Kau diam setan!'' Marah Ray. Mata menjeling Rayyan tajam sebelum memandang semula ke arah Faiq.

"Gudang mana Faiq?" Tanya Ray mendatar.

"Fourques jalan Av De Beaucaire"

"Mak aik laju gila diorang dah sampai sana. Naik jet ke apa?" Celah Zariq.

"Aku pun rasa diorang naik jet atau kapal terbang sebab tu aku tak dapat nak jejak lokasi Khayra guna cctv " balas Faiq mendatar. Dalam hati dia cukup kagum dengan tindakan Av. Bijak betul gadis itu. Walaupun mereka sama umur tapi gadis comel yang bermata biru cair itu sangat bijak jauh lebih bijak berbanding dengannya.

"Tapi tadi kau kata diorang naik bas?" Tanya Keith kepada Rayyan.

"Aku kata je , tak suruh kau percaya" balas Rayyan selamba.

Ray memandang mereka yang lain.

"Jom gerak, aku nak kita settel kan hal ni harini jugak. Aku nak harini jugak tiga ekor anjing tu mampus" kata Ray dingin. Tangan mengengam kuat. 

"Korang nak main sangat dengan aku kan. Harini kita main" guman Ray perlahan.

Setengah jam sebelumnya..

Khayra duduk di salah satu kerusi yang ada di lobi syarikat milik suaminya itu. File pada tangan diselak perlahan.

AL dra?

"Hmmm macam pernah dengar nama tu tapi lupa pulak dekat episod mana" bisik Khayra perlahan.

"Hi Khayra! Remember me?" Tegur satu suara di hadapannya.

Khayra mengangkat muka. Jelas terkejut melihat perempuan yang berdiri di hadapannya itu.

"Alandra...." panggil Khayra perlahan. Patutlah seperti dia pernah melihat nama AL dra tu. Baru dia teringat bahawa adik Dylan bernama Alandra.

Alandra duduk di hadapan Khayra. Kakinya disilang ke kanan. Bajunya yang singkat dan sendat itu menampakkan lagi betisnya yang putih melepak. Nasib baik putih kalau hitam tadi boleh termuntah.

"Seperti yang aku jangka. Mesti kau yang datang. Sebab aku tahu ' suami' kau tengah dalam meeting sekarang ni" kata Si Alanbra itu dengan angkuh. Rambutnya diselak ke belakang.

"Kau nak apa Alandra" kata Khayra geram. Mukanya berubah dingin.

"Hahaha relax lah, aku saja datang melawat kau. Jom ikut aku kita jumpa dengan 'exboyfriend' kau. Ops! suami kau tahu ke yang kau ni bekas kekasih musuh utama dia? Hahaha mesti kau tak cerita dekat dia lagi kan. Kalau tak mesti dah lama kau kena tinggal" Alandra tersenyum jahat. Macam dalam cerita sinetron nenek ahli sihir tersenyum jahat tu. Ok sila bayangkan muka dia seperti itu.

"Aku dengan Alanzo dah lama takda kaitan. Kenapa kau nak ungkit ungkit benda lama eh?" Tanya Khayra tak puas hati. 

Tiba tiba seorang lelaki bersuit hitam datang mendekati mereka berdua. Di tangannya ada riffle berwarna putih.

Khayra sudah menelan air liur. Ah mampus!

"Khayra apa kata kau ikut aku sekarang sebelum aku bunuh adik ipar kau tu" kata Alandra sambil tangan dan matanya menunjuk ke arah belakang Khayra. 

Khayra menoleh ke belakang. Matanya melihat ke arah Rayyan yang baru sahaja keluar daripada lift. Dia seperti sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

"Okay aku ikut kau. Kau jangan apa apakan adik ipar aku" dingin Khayra menutur.

"Good girl" mulut Alandra tersenyum jahat.

Baru sahaja mereka ingin melangkah pergi tiba-tiba terdengar suara Rayyan menjerit. 

"Woi anjing kau nak bawak pergi mana akak ipar aku!!" Jerit Rayyan kuat.

"Shoot them all!" Kata Alandra ke arah anak buahnya. 

"Alandra kau dah janji !" Khayra memandang Alandra tak percaya sebelum dia memandang pula wajah adik iparnya.

Seketika kemudian ramai lelaki bersenjata masuk ke dalam bangunan itu. Rayyan cepat-cepat berselindung dibalik tiang.

"Rayyan!! Jangan melawan! Panggil yang lain dulu!" Jerit Khayra kuat. Dia bimbang jika adik iparnya terbunuh di situ. Kedua tangannya dipegang oleh salah sorang anak buah Alandra.

"Alandra jangan tembak dia please!!" Rayu Khayra. 

"Kau diam lah betina!"

Pang!

Pipi Khayra ditampar.

"Take her!? Now!?" Arah Alandra kepada anak buahnya yang lain. 

Mereka membawa Khayra masuk ke dalam kereta sebelum berlalu pergi dengan laju.

Rayyan pantas mendail no telefon abangnya. 

"Sumpah lagi sekali kau call aku, aku bunuh kau kejap lagi" kata Ray di hujung talian.

" Bro tak bro! Khayra kena culik ni !"

Anak buah Rayyan yang berada di lobi itu mula melepaskan tembakan masing-masing.

"Kau jangan nak jadi sial Rayyan. Dia kan dekat lobi bawah. Siapa yang berani nak culik dia!!" kata Ray dingin. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

"Bro turun sekarang!! ALbra ni ru... " belum sempat dia habis berkata-kata. Seorang lelaki menembak telefon yang dipegang oleh Rayyan. Berkecai iphone 11 nya itu. 

Rayyan melangkah ke arah lelaki yang menembak iphonenya itu sebelum kepalanya ditendang. Lelaki itu terundur ke belakang. Rayyan membuat handstand sebelum tapak kakinya disepak kuat ke muka lelaki itu. Pistol yang dipegang tercampak jauh. 

"Bodoh !! Kau pikir murah iphone tu?!!" Jerit Rayyan.

"Babi! Candy Crush aku dah level 400 lah sial !" tembakan dilepaskan tepat pada dahi lelaki itu.

Seketika kemudian datang lagi anak buah Alandra yang lain. Makin lama jumlah mereka semakin ramai.

Anak anak buah Rayyan ramai yang sudah tumbang. Sedang Rayyan berlawan dengan anjing-anjing itu, tiba tiba mereka semua keluar cepat-cepat dari bangunan.

"Kau tunggu Alandra. Aku akan tuntut iphone 11 aku balik " kata Rayyan sambil memerhatikan mereka semua yang sudah pergi dari bangunan pejabatnya itu. Gila kau nak kejar? Diorang ramai. Macam tempah maut je nak kejar sorang sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience