Bab 40

Action Series 36344

Sudah dua hari berlalu sejak Khayra diculik oleh tiga adik beradik Black Death. Arwah dulu setan perangainya. Tiber.

Khayra duduk di sisi katil mengengam erat tangan Ray. Tangan gagah itu diangkat sebelum dilekapkan ke dahi lama.

Muka Khayra sedikit lebam kebiruan. Kesan daripada ditumbuk oleh Alanzo masih jelas kelihatan. Di hujung bibir juga terdapat sedikit kesan darah kering . 

Pintu bilik di buka secara tiba tiba. Rayyan masuk ke dalam bilik abangnya itu dengan wajah yang selamba. Biasalah, wajah itik hodoh dia tu.

"Sudah sudah lah. Kalau you pegang tangan dia sampai putus pun, bukan dia boleh bangun" kata Rayyan sebelum melangkah ke sisi katil menggunakan tongkat. Lupa? Dia kena tembak dua hari lepas.

"Kenapa dia tak bangun lagi?" Tanya Khayra mendatar. Matanya jelas nampak merah. Mesti dia menangis siang malam.

"Manalah i tahu i bukan Xavier, dan i bukan doktor" kata Rayyan tenang. Mata memandang wajah Ray yang masih belum sedarkan diri. Tapi pelik jugak kenapa abangnya masih belum bangun. Nak kata kena tembak dia sendiri takda lah pengsan sampai berhari hari. Ini sudah masuk hari ke 2 Ray pengsan.

Khayra pula masih setia disisi. Sudah dua hari berlalu, sudah dua hari juga dia sentiasa berada di sisi suaminya. Rasa serba salah menyelubungi hati. Kalau lah awal awal lagi dia memberitahu tentang perkara sebenar. Perkara ini mungkin boleh dielakkan.

"Dah jom, Xavier dengan yang lain ajak turun makan. Dah berapa hari you makan dekat dalam bilik ni. Makanan sejuk beku pulak tu. Asyik terperap je. Jangan nak jadi ayam perap. Jom turun" ajak Rayyan yang nampak tak beberapa nak ikhlas sebelum dia menapak keluar dari bilik.

Khayra mengangguk kepalanya sebelum kaki juga melangkah mengikut Rayyan. Pintu bilik ditutup perlahan.

Suasana di meja makan sunyi sepi tidak seperti selalu. Selalunya riuh dengan suara Khayra serta lawak bodoh yang datang dari Rayyan. Tetapi kalini sunyi sepi.

"Khayra you janganlah sedih sedih sangat. Ray tak apa apa lah. Nanti dia bangun lah tu" kata Xavier tenang. 

"Haah Khayra janganlah sedih je, Ray pun mesti tak suka kalau tengok you macam ni" kata Keith prihatin.

"Betul tu nanti Ray bangun lah tu" pujuk Faiq pula.

"Betul. Lagipun Xavier kan kata dia tak apa apa. Nanti-nanti dia bangunlah tu" Si kembar pula mencelah.

"Entah, takpayah nak risau mana. Tak mati lah dia tu, tadi aku check bernafas lagi" sambung Rayyan disisinya. Mulut penuh disumbat roti bakar.

Ok Rayyan sangat tak membantu. Makin mengeruhkan lagi hati yang sudah sedia ada keruh adalah. Seolah olah memijak kasut putih ke dalam lopak kotor. Apa kena mengena. Hmm entahlah.

Khayra mengabaikan kata kata adik iparnya. Roti disumbat ke dalam mulut sebelum dikunyah perlahan. Dalam diri masih lagi terpukul rasa serba salah. Semua ini berpunca darinya. Ray jadi macam ni gara gara dia.

Rayyan menghantar Khayra hingga ke bilik tidur. Takda lah hantar mana pun. Dia pun hendak ke biliknya tapi dah alang alang kan, so why not.

"Apa apa hal you panggil i okay" kata Rayyan.

Khayra mengangguk perlahan. Pintu ditolak ke dalam.

"Abang!?" jerit Khayra kuat. Terkejut apabila melihat Ray yang kini sudah sedar. Kaki pantas mendekati katil.

Rayyan juga melangkah masuk ke dalam bilik Ray apabila mendengar Khayra memanggil nama suaminya. Lambat sikit, sebab dah cacat. Huhu.

"Sejak bila pulak aku ada adik perempuan lain?" Tanya Ray mendatar. Mukanya berkerut memandang Khayra. Kepalanya menyandar di kepala katil.

Khayra dan Rayyan sudah memandang antara satu sama lain. Melihat respon Ray yang tidak indah seperti diinginkan, Rayyan pantas menarik tangan Khayra mengundur kebelakang beberapa tapak.

"Siapa kau!?" Tanya Rayyan dingin.

Ray tersenyum sinis memandang mereka berdua.

"Hi, miss me?"

Dahi berkerut seribu. Pantas anak mata abangnya dilihat. Merah gelap.

What the hell !

"Louis?" Rayyan ragu ragu.

"Why? Dah lupa dekat aku ke?" Tanya Louis sebelum bibirnya tersenyum senget. Nampak sangat kacak.

"Kenapa kau boleh cakap bahasa melayu?" Tanya Rayyan pelik. Kerana setahu dia Louis tak pandai berbahasa melayu. Namun dihadapannya kini bermata merah seperti Louis tapi dia berbahasa melayu. The hell. Cerita hantu apakah ini.

"Entah aku pun tak tahu. Aku bangun bangun je aku terus boleh guna bahasa ni" balas Louis semula.

Rayyan memandang tidak percaya. Kalau tak kerana matanya yang merah gelap itu, lelaki dihadapannya ini persis seperti Ray. Adakah ini berpunca daripada kes culik haritu? Ataupun berpunca daripada rawatan Xavier?

Louis memandang Khayra yang berdiri di sebalik badan Rayyan.

"Hey girl, kita berjumpa lagi. Remember me?" Tanya Louis mendatar. Bibir mengukir senyuman nipis.

Khayra tidak berkata apa apa senyum tidak, ek tidak, hi tidak. Hanya diam. Dia melihat anak mata Louis yang berwarna merah gelap itu. Kaki terpaku ke lantai. Kenapa bukan suaminya yang keluar? Kenapa Louis? Dia mahu berjumpa dengan Ray. Bukan Louis.

Louis cuba mengangkat tangan kanannya namun gagal mungkin kerana beberapa urat yang terputus akibat daripada luka tembakan.

"What the hell this man!? Apa yang dia buat dekat tangan dia?!" Kata Louis kuat. Mata sibuk membelek belek tangannya yang kini sudah berbalut. Dahinya berkerut menahan sakit yang menjalar di bahagian tangannya apabila dia memegang luka yang masih kelihatan segar itu.

"Dia kena tembak" jawab Rayyan selamba. Khayra masih berada di belakangnya. Takut hendak mendekati lelaki bermata merah itu.

"The fuck!? Siapa tembak aku?" Soal Louis semula. Dahi berkerut. Serious lah ketua mafia kena tembak? Siapa yang berani sangat tu? Tempah maut ke?

"Heh kau lupa ke yang kau ditembak anak si jalang tu kelmarin" kata Rayyan lagi. Bercerita seolah olah seperti Louis yang berada di tempat kejadian.

Nampak tak bangang dia? Nampak tak? Kalau tak nampak kau bodoh.

"Black Death? Tak guna ! Aku sumpah akan bunuh sialan tu satu hari nanti" kata Louis kasar. Mukanya nampak sangat marah. Tangan kiri menumbuk cadar tilam kuat.

"Hahaha kau nak bunuh apanya, dah mampus dah pun tiga ekor makhluk bodoh tu" kata Rayyan selamba sebelum tergelak dihujung ayat. Kelakar jika teringat kembali peristiwa kelmarin. Bagaimana Alandra mati ditembak olehnya. Dan bagaimana Dylan mati dalam keadaan muka yang hodoh.

"What!? Siapa yang bunuh! Hah! Siapa yang rampas mangsa aku tu!?" Jerkah Louis geram. Timbul urat di dahinya. Sudah lama dia berdendam dengan keluarga Clara.

"Kau sendiri lah babun! Kau sendiri yang tembak dia semalam! Dekat muka pulak tu, headshot! Ish ish ish kejam sungguh kau nak" Rayyan menggelengkan kepala beberapa kali. Mukanya dibuat buat sedih memandang ke lantai. Padahal dia juga menembak Alandra di bahagian muka, tiga tembakan pulak tu. Lagi kejam. Dasar tak sedar diri.

"Ray? Sejak bila mamat nerd ni start membunuh balik?"

"Sejak bini dia kena culik dan diraba oleh makhluk hodoh bernafsu unta" kata Rayyan selamba. 

Khayra memukul bahu Rayyan kuat. Mata menjeling tajam. Mulut dia ni memang takda insuran langsung. Pikir dia tak malu ke? Tubuhnya dilihat oleh semua anak buah Ray. Walaupun mereka buat tak tahu je pasal hal itu. Tapi dia tetap terasa malu .

"Bini?" Louis toleh ke arah Khayra yang menyorok di belakang Rayyan. Mungkin dia takut kerana suaminya bermata merah, atau mungkin kerana bukan suaminya di hadapannya kini, atau mungkin kerana Louis yang tiba tiba pandai berbahasa melayu. 

Entahlah dia sendiri kurang pasti.

"Ouh sweet girl, kau dah jadi isteri aku sekarang? Hahaha" sambung Louis sebelum tergelak halus.

Wajah Rayyan terus bertukar bengis sebelum pantas mendekati tubuh abangnya itu. Koler baju Louis di tarik kasar.

"Listen here, memang betul dia isteri kau sekarang. Tak! Dia Isteri Ray. Tapi kalau aku dapat tahu kau sakitkan dia. Jangan harap kau dapat tengok dunia ni dengan mata merah kau tu lagi" koler dilepaskan kasar.

Louis tergelak halus.

"Why? Takut aku apa apakan dia ke?" Tanya Louis dengan senyuman psiko.

"Mark my word !" Kata Rayyan cukup tegas. Dia kemudian memandang wajah Khayra di belakangnya.

"You ikut i kejap" kata Rayyan sebelum tangan Khayra ditarik keluar bilik.

Khayra hanya menurut. Sebelum keluar sempat dia menoleh ke arah wajah kacak suaminya. Louis hanya tersenyum senget memandang Khayra.

Pintu dihempas kuat. 

Xavier yang baru sahaja keluar dari dalam lift terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang boleh mengegarkan alam semester. Tiber.

"Woi pecah jugak karang pintu bilik tu" tegur Xavier mendatar. Kaki melangkah ke arah mereka berdua.

"Xavier, we got problem" kata Rayyan serius.

"Problem apa lagi?" Tanya Xavier tenang. Muka? Agak agak lah sendiri.

"Louis datang balik. Tapi dia pandai cakap bahasa melayu doh. Hahahahha sumpah berdekah. Kelakar pulak aku tengok, tak jadi nak marah marah dekat dia" gelak Rayyan tiba tiba. Mukanya yang dingin tadi sudah bertukar dengan gelak tawa yang tak henti henti.

Khayra memandang adik iparnya itu dengan pandangan pelik. Apa yang kelakarnya tak tahu lah. Sudah gila ke orang orang dalam rumah ni?

Pak!

Kepala Rayyan diketuk Xavier.

"Apa yang kelakarnya bodoh!" Kata Xavier geram. Benda serious dia boleh pulak buat gelak.

Khayra pandang Xavier. Thanks Xavier. Tapi kalau boleh lepas ni ketuk lagi kuat.

Rayyan berhenti ketawa. Mukanya kembali serius. Air mata yang bertakung di tubir mata dikesat menggunakan hujung baju.

"Habis macam mana ni? Aku pun tengah pening. Lagi satu macam mana status Khayra? Dia kahwin dengan Ray tapi Louis tu dalam badan Ray. Jadi Khayra ni ada dua suami ke? Atau Ray je suami dia? Habis takpa ke kalau Louis sentuh dia? Aduh pening aku. Cornflake sungguh" bebel Rayyan panjang lebar.

"Konflik. Bebal" kata Xavier tenang.

"Khayra masih isteri Ray yang sah, walaupun sekarang ni Louis yang ambik alih badan dia. Tapi itu tetap Ray. Dia tetap suami Khayra" sambung Xavier semula sebelum memandang wajah gadis di sebelahnya yang muka jelas tampak kebingungan dengan situasinya sekarang.

"I'm sorry Khayra but Ray still your husband. You kena layan dia macam seorang suami" sambung Xavier lagi. Nafas panjang dilepaskan.

"Wah untunglah you, dapat dua suami" Rayyan masih lagi dengan lawak jenakanya yang nampak bodoh. Orang tengah risau boleh pulak dia main main.

Khayra menghela nafas panjang. Dia tidak menafikan. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Xavier. Lelaki itu masih suaminya yang sah.

Lagipun ini juga salah dia sampai menyebabkan Louis keluar. Mungkin juga Ray sudah tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

"Habis kenapa dia boleh cakap bahasa melayu?" Tanya Rayyan kepada Xavier.

"Tu mungkin akibat rawatan yang aku buat. Sebenarnya sejak daripada hari rawatan haritu, banyak yang berubah dalam diri dia. Arthur dah takda, Ray dah dapat balik memori lama dia. Dan mungkin sebab tu jugak Louis tiba tiba boleh berbahasa melayu" terang Xavier panjang lebar.

Bahu Khayra disentuh lembut.

"Takpa. Apa apa hal atau Louis cuba sakitkan you ke, you panggil je i dengan Rayyan cepat cepat. Atau you panggil je i. Sebab i boleh check terus keadaan Ray" jelas Xavier mendatar. Matanya memandang kea rah Khayra.

"Err, Louis tak bahaya ke?" Soal Khayra takut takut. Memorinya teringat kembali di saat dia melihat lingkaran biru yang jelas kelihatan di leher Rayyan ketika Louis mengambil alih badan suaminya itu.

"Habis lah you...." kata Rayyan meleret sebelum kaki kirinya dipijak oleh Xavier.

"Argh! Sakit babi! Apa salah aku?"

"Takda lah dia okay je. You jangan lah buat dia marah, kalau taknak dia mengamuk " kata Xavier mendatar.

Khayra mengangguk faham. Mata melirik ke arah pintu bilik suaminya.

Rayyan mula melangkah ke arah biliknya dengan tongkat yang masih setia di tangan.

"Kau pulak nak pergi mana ni? Taknak teman Khayra?" Tanya Xavier.

"Taknak! Nak buat apa. Dia bukan bini aku pun. Aku nak masuk bilik. Nak buat solat taubat" balas Rayyan selamba.

Xavier menayangkan jari tengah kepada Rayyan. Pak hang dia lah solat taubat. Solat fardu pun lopong. Dasar kaki kencing.

Rayyan tergelak kuat sebelum pintu biliknya tertutup rapat.

Khayra duduk di sebelah suami barunya aka Louis. Matanya dikalihkan ke arah lain. Tidak selesa untuk menatap mata Louis yang kemerahan itu. Perasaannya bercampur baur saat ini. Gembira, sedih, serba salah semua menjadi satu.

"So kau dah jadi isteri aku lah sekarang ni?" Soal Louis setelah beberapa minit mereka menyepi. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

'Kau?'

Khayra memandang wajah suaminya. Kalau tidak kerana panggilannya yang beraku kau dan juga mata merahnya itu. Louis mirip dengan Ray. Rajin menayangkan senyuman. Tidak seperti Arthur yang memang susah untuk sedekahkan senyuman.

"Yup" balas Khayra sepatah.

"Siapa nama kau?"

"Nur Khayra Binti Mohd Raqif" balas Khayra ringkas.

"Bila kita kahwin?"

"Baru je semingu" jujur Khayra.

Louis tersenyum sinis sebelum mukanya didekatkan dengan muka Khayra. Sangat hampir. Hanya berjarakkan beberapa inci sahaja.

"Si budak nerd ni dah sentuh kau belum?" Tanya Louis sinis.

Khayra menggelengkan kepala perlahan.

"Habis tu kau rela ke kena sentuh dengan aku?" Soal Louis lagi. Tapi kali ni dengan tawa halus keluar dari bibirnya.

Khayra tidak menjawab. Angguk tak. Geleng pun tak.

Louis menjarakkan semula mukanya.

"Huh! Memang padan lah korang berdua kahwin. Sama sama nerd" jawab Louis sebelum matanya memandang semula ke arah tv.

Khayra mendiamkan diri. Sabarlah wahai hati, ini suami kau jugak.

"Tapi kau tak takut ke kalau aku terkam kau malam malam? Sebab aku bukan Ray si budak nerd tu, dan aku bernafsu normal" Louis mula menyakat.

Khayra terdiam. Mata memandang cadar katil. Dahi mula mengeluarkan peluh yang sejuk. Matanya dikedipkan beberapa kali. Tidak tahu apa yang ingin dia ucapkan kepada Louis. Dia risau jika dia tersalah kata, lelaki ini akan mengamuk. Dan dia seboleh bolehnya ingin mengelakkan daripada perkara itu terjadi.

Louis tergelak melihat reaksi Khayra.

"Haha relax lah. Kau cuak kenapa? Aku takkan sentuh kaulah. Lagi satu untuk pengetahuan kau dan juga untuk keselamatan aku supaya aku tak kena bunuh dengan adik ipar kau yang bodoh tu. Sejak dari rawatan haritu, aku kadang kadang tak dapat nak kawal diri sendiri atau aku akan hilang kawalan. Aku nak kau sentiasa berjaga jaga dengan aku. Apa apa hal panggil je Xavier. Deal?" kata Louis mendatar.

Khayra mengangguk laju.

"Kau ni memang tak banyak cakap ke? Angguk angguk. Suara kau mana?" Tanya Louis yang mula geram melihat respon Khayra.

"Bukan, saya cuma.... Saya tak tahu nak panggil awak guna panggilan apa " jawab Khayra perlahan.

"Budak nerd ni suruh panggil dia apa?" Soal Louis semula. Mata sudah tertumpu ke wajah Khayra.

"Abang... Dengan sayang..." balas Khayra tapi kali ini dengan nada suara yang lebih rendah.

"Okay teruskan je guna panggilan tu aku tak kisah" kemudian bibirnya mengukir senyuman yang lebar.

Khayra terkejut melihat senyuman itu. Nampak sangat ikhlas. Sama seperti senyuman yang selalu diberikan oleh Ray setiap kali berjumpa dengannya.

Kemudian keadaan menjadi sunyi semula. Masing masing mendiamkan diri.

"Abang suami saya. Tapi saya tak tahu apa apa pun tentang abang. Jadi boleh tak kalau saya nak tanya sesuatu?" Kata Khayra tiba tiba dengan nada yang masih rendah. Takut nak cakap kuat kuat.

"Tanyalah" balas Louis sepatah. Siaran di kaca tv ditutup. Matanya sudah fokus ke arah Khayra.

"Hmm boleh saya tahu siapa abang? Bukan abang Ray tapi awak. Louis. Siapa awak?"

"Kenapa kau nak tahu?" Tanya Louis kembali.

"Sebab awak suami saya, walaupun bukan secara zahirnya. Tapi saya akan tetap anggap awak suami saya"

Louis memandang wajah Khayra tidak berkelip. Mata bertentang mata. Seminit. Khayra mengalihkan pandangan. Tak sanggup nak menatap mata merah tu lama lama.

"Tak payah nak ambik tahu. Aku tak penting pun" kata Louis dingin. Dia agak terasa apabila Khayra melarikan pandangan tadi.

"Tapi kenapa? "

"Diam"

"Tapi..."

"Diam! Jangan banyak tanya! Aku tak suka" Jerkah Louis tiba-tiba.

Khayra sedikit tersentak apabila di tengking Louis. Matanya dialih ke tilam. Penglihatannya muka berkaca-kaca. Tak pernah lagi suaminya itu menengking dia.

Dia Louis, Khayra! Bukan Ray. Apa yang kau harap dari dia?

Louis baringkan kepalanya di atas bantal. Mata dipejam rapat. Permintaan Khayra tadi diabaikan. Nak tahu tentang diri dia? Pfft jangan buat lawak bodohlah. Anggap sebagai dia seorang suami konon. Huh! Pikir dia akan percaya dengan semua kata kata itu?

Tidak! Dia yakin gadis itu sengaja ingin memperdayakan dirinya. Sama macam mereka yang lain.

Dengan keadaan Ray yang sekarang sedang tenat, bila bila masa sahaja lelaki itu boleh hilang dan tak akan muncul kembali.

Louis melepaskan nafasnya panjang. Bodoh punya budak nerd. Tak habis habis nak menyusahkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience