Bab 35

Action Series 36349

          Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum hari majlis perkhawinan Khayra berlangsung. Khayra diberi keizinan untuk bercuti dengan lebih awal oleh bakal suaminya itu agar menyiapkan keperluan yang dia perlukan untuk majlis mereka. 

Muka Avery kelihatan sedih sahaja. Dia memandang wajah bakal akak iparnya monyok. Kedua tangan dipegang erat.

"Akak, nanti jangan lupa tau send gambar kahwin banyak banyak " kata Avery sayu. Mereka sudah berada di Airport KL untuk menghantar pemergian Avery ke Sweden hari ini. 

"Iya nanti akak hantar. Jangan risau" ucap Khayra lembut. Tangannya memeluk bahu Avery kuat.

Mata Avery mula berkaca kaca. Dia ingin pergi ke majlis perkahwinan abang dan akak iparnya itu namun apakan daya. Tugasnya sebagai pengarah syarikat tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Gadis berjaket merah itu membalas pelukan Khayra kuat.

"Halah bukannya lepas kahwin nanti tak boleh nak jumpa. Perempuan memang kuat betul berdrama" kata Rayyan di sebelah dengan cukup selamba. Kedua tangannya disilangkan ke dada.

"Bluewwwk" Avery menjelirkan lidahnya ke arah Rayyan.

"Eh budak ni aku pijak karang" kata Rayyan sambil mengangkat kakinya tinggi.

Pelukan dilepaskan. Kemudian gadis itu menyorong beg rodanya masuk ke dalam bangunan.

"Bye akak cantik! Bye ahli neraka jahanam!" Kata Avery kuat, sempat dia menoleh ke arah mereka sebelum masuk ke dalam.

Rayyan mengetap giginya geram. Sempat lagi eh kau. Khayra di sebelah sudah tergelak kecil.

"Ray nanti majlis kahwin kau, budak budak lain boleh datang?" Soal Xavier kepada Ray.

Ray tekun sedang menyiapkan kerjanya yang entah bila nak siap. Tangan sibuk menyelak-nyelak helaian helaian kertas projek.

"Boleh tapi jangan ramai ramai lah, beberapa je" jawab Ray mendatar. Matanya masih merenung kertas kerja yang berada ditangan. Dia perlu menyelesaikan semua kerjanya ini sebelum majlis perkhawinannya berlangsung.

"Nak jemput siapa? TR sahaja?" Soal Xavier kembali. 

TR itu adalah pangkat di dalam kumpulan mereka. Pangkat itu diberi jika anak buahnya itu sudah bekerja dengannya lebih 5 tahun ke atas dan mempunyai disiplin yang sangat tinggi.

" Ye, jangan bagi yang bukan TR datang. Huru hara majlis aku nanti" balas Ray tenang. 

"300 orang?" Soal Xavier kembali. 

"100 je tak payah ramai-ramai. Nanti dekat France baru aku bagi yang lain datang" kata Ray mendatar.

Xavier mengangguk faham sebelum berlalu pergi. Pintu bilik ditutup rapat.

Ray mengurut keningnya perlahan. Dahinya berkerut. Sejak dia dan Xavier menjalankan sesi Psychotherapy ketika di France kadang kala kepalanya akan terkena migraine yang agak teruk.

Telefon bimbitnya dicapai. Nombor seseorang didail.

"Ayyan kau dekat mana?" Soal Ray mendatar, tangan mengurut pelepis matanya perlahan.

"Yo, dengan Khayra lah. Teman dia tengok tempat sanding" balas Rayyan mendatar.

"Avery dah hantar?" Soal Ray kembali.

"Dah, pehal ni bro?" Tanya Rayyan lagi.

"Takda apa, tengok tengokkan Khayra tu jangan tinggal dia. Apa apa jadi dekat dia nahas kau. Dah lah kerja kau aku buatkan" kata Ray dingin.

"Baiklah boss...." kata Rayyan meleret. Takut sangat bakal bini dia ni hilang. 

Talian dimatikan.

Ray kemudian bangun daripada kerusi rodanya sebelum kaki melangkah ke arah sofa dan terus berbaring di atas. Kepalanya terasa mencucuk-cucuk. Kantung matanya ditutup rapat.

'Tolonglah ... jangan pukul abang aku'

'Ray jaga adik adik ye'

'No!!'

'Mummy! Daddy!'

Xavier masuk ke dalam bilik Ray setelah tiada siapa yang menjawab ketukan pintunya sebentar tadi. Matanya terus tertumpu ke arah Ray yang sedang tidur di atas sofa bilik .

"Aik tidur? Kata kerja banyak lagi" kaki Xavier melangkah ke arah sofa.

Wajah Ray yang sudah berpeluh peluh itu dipandang. Dahinya juga berkerut seribu. 

"Eh pehal dia ni?'' Bisik Xavier sendiri apabila melihat Ray seperti dalam kesakitan. Bahu lelaki itu digoyang perlahan.

"Ray, bangun woi! Matahari dah terbit dari barat ni" kejut Xavier mendatar. Namun tiada respon. Ray masih juga tidak sedar kan diri. 

Xavier mengoncangkan bahu Ray dengan lebih kuat.

"Ray! Kau okay tak ni?" Kata Xavier sedikit kuat.

Tiba tiba Ray bangun secara mengejut.

"Hah Hah Hah" nafas ditarik laju seperti seseorang yang baru sahaja selesai berlari. Matanya terus sahaja memandang wajah Xavier di sebelah.

"Okay tak ni bro?" Soal Xavier prihatin. 

Ray meraup wajahnya kasar.

"Aku okay"

Xavier yang mendengar hanya melepaskan nafas berat. Okay ke bendanya macam ni.

"Aku tahu kau tak biasa lagi dengan memori memori tu. Aku harap kau kuat" kata Xavier mendatar. Kemudian dia melangkah ke arah meja Ray dan meletakkan beberapa buah fail.

"Ini, nak harini jugak" sambung Xavier kemudian kaki melangkah keluar bilik.

Ray menongkat dagunya. Sejak daripada therapynya itu. Sedikit demi sedikit dia sudah mendapatkan kembali memori lamanya, termasuklah ketika dia dan keluarganya diculik. Dia juga semakin pulih dari penyakitnya itu .

Ray bangun sebelum kaki melangkah ke arah meja kerja. Fail hitam yang baru sahaja dihantar oleh Xavier itu diselak. 

Sial! Ni kerja Rayyan!


"You nanti kalau you dah kahwin dengan Ray, you tak kisah ke ikut dia pergi mana mana?" Soal Rayyan tiba tiba. 

Mereka berdua sedang menikmati air di kedai minuman Boost. Mata Rayyan tajam merenung ke wajah Khayra yang duduk di hadapannya.

"Ikut dia pergi kemana?" Soal Khayra kembali. Mulutnya sibuk menyedut minuman strawberry smoothie di tangan.

"Kitaorang selalu pindah randah. Yelah company kitaorang bukan satu je. Ada yang dekat Russia, dekat England ada satu, dekat Dubai ada dua, dekat Sweden ada, dekat UK ada, dekat Australia, dekat Spain pun ada. Banyak lagi lah negara ada. So kitaorang selalu jugak fly ke syarikat lain untuk handel kalau ada masalah" jelas Rayyan panjang lebar.

"Hmmm kalau dah kahwin tu kena lah ikut kan. I dah jadi isteri dia" balas Khayra mendatar.

"Untunglah orang tu ada suami" kata Rayyan semula. Matanya memandang ke arah lain.

"You?" Giliran Khayra pula bertanya.

"Apa?"

"Taknak cari isteri?"

"Hmm nanti nanti jelah cari malas nak pikir" balas Rayyan acuh tak acuh. Dia sikit pun takda nafsu nak bercerita pasal kahwin kahwin ni.

"You kan hensem, kacak, kaya pulak tu. Sekali petik mesti ramai yang nak. You tak teringin ke nak kahwin?" Pacing Khayra.

Rayyan tersenyum mendengar pujian Khayra.

"You tak cakap pun i dah tahu. I memang hensem, kaya kacak, bergaya, bercahaya, baik sopan, berbudi bahasa." balas Rayyan menambah-nambah.

Khayra terus menoleh ke arah lain. Menyampah pulak rasa. Orang puji sikit je, sibuk nak melebih-lebih. Ni kalau kena pijak jangan tanya kenapa.

"Tapi i pembunuh" sambung Rayyan mendatar. 

Khayra memandang kembali wajah lelaki itu.

"I ni pembunuh, i tahu tu. Bukan senang orang nak terima pembunuh kejam macam i"

"So what? I redha je kahwin dengan abang you" balas Khayra semula.

"Ray lain, dia dah lama berhenti membunuh. Dia berubah sebab dia ada pasang niat nak kahwin dengan you. Dia nak bimbing you elok elok. Kalau dia sendiri membunuh memang taklah dia dapat bimbing you kan. Kelaut cerita dia. Sebab tu dia dah berhenti" jelas Rayyan tenang. 

Khayra memandangnya tidak percaya.

"Habis tu yang masa i kena culik? Banyak manusia yang mati dekat luar gudang tu ?"

"Itu semua kitaorang yang buat. Dia tengok je dari tepi."

"Kenapa dia tak bagi tahu i!? I selama ni anggap dia pembunuh tahu tak! Dah berapa kali i tuduh dia macam macam " marah Khayra suaranya naik seoktaf.

"Sebab dia sorang je yang berhenti, Louis dengan Arthur masih lagi membunuh. Sebab tu dia rasa macam diri dia masih lagi seorang pembunuh" balas Rayyan tenang.

"Bila kali terakhir Ray membunuh?" Tanya Khayra semula.

"6 tahun lepas. Sejak tu dia pasang niat satu hari nanti dia nak jadi suami you yang baik. Dia try elakkan diri dia daripada buat kerja kerja macam tu"

Khayra melepaskan nafas panjang. Selama ni dia dah salah kerana menuduh lelaki itu. Dia patut minta maaf pada Ray.

"Habis you? Taknak berhenti?" Tanya Khayra lagi.

"I ni lahir dalam family mafia tau. Daripada kecik lagi kitaorang semua diajar cara berlawan, menembak, cara membunuh. Pikir senang ke nak buang habit daripada kecik. Ray dia boleh berhenti sebab dia sayang gila mati dekat you. Dia taknak you nampak dia sebagai seorang pembunuh yang kejam. You pikir iman dia kuat sangat ke kalau dah tiap hari nampak pistol senapang dekat rumah tu. Dia ada matlamat dia bukan macam i " jelas Rayyan, masih lagi berwajah tenang.

"Avery pun?" Soal Khayra lagi.

"You pikir budak kecik tu innocent sangat ke? Dia tu muka je nampak macam comel tapi...."

"Tapi apa?" Soal Khayra apabila Rayyan berhenti ditengah ayat.

"You tahu tak Keith tu pakar pengendali bom?" Soal Rayyan serious memandang muka Khayra.

"Tak"

"Keith tu pakar gila bab bab main bom ni. Semua jenis bom dia boleh active dan deactive-kan balik" kata Rayyan jujur.

"Serious lah!? Habis apa kena mengena dengan Avery" Soal Khayra sedikit terkejut.

"Avery tu lebih pakar daripada Keith. Dia boleh buat bom sendiri. Cipta sendiri bom ikut suka dia. Bom yang dia buat kadang kadang tak nampak pun macam benda bahaya. Kadang kadang bentuk lipstik, pen, jam, kerongsang tuding" jelas Rayyan lagi. Air di tangannya disedut sehingga habis.

"Serious lah?" Tanya Khayra jelas tidak percaya.

"Ye, bukan tu je, dia dengan i memang dari kecik diajar berlawan menggunakan alatan dan badan berbanding dengan Ray. Dia awal awal dulu belajar menembak dan seni mempertahankan diri je"

Khayra sudah terkelu. Keluarga ni memang gila. Cukup gila lah senang kata. Macam manalah aku boleh tersesat masuk sekali.

"Sebab tu lah i kata bukan senang kitaorang nak berhenti membunuh. Lagipun i bukan bunuh suka suka. I cuba lindungi keluarga i"

"Lindung keluarga you?"

"Yelah musuh kitaorang bilaersepah. Bila bila masa je diorang boleh buat jahat dekat keluarga i. Siapa lagi kalau bukan i yang kena selamatkan keluarga ni. Ray dah berhenti buat benda benda ni semua.... "

"Tak semestinya kena bunuh" balas Khayra semula.

Rayyan tersenyum sinis.

"Musuh kitaorang bukan cikai cikai Khayra. Dia juga terlatih seperti kitaorang. Kalau tak bunuh dia macam mana kitaorang nak selamatkan diri" soal Rayyan dengan kening sebelah yang diangkat.

Khayra melepaskan nafas panjang. Tak tahu nak cakap apa lagi. Bukannya dia tak tahu mereka membunuh untuk lindung keluarga sendiri. Tetapi dia tetap tidak gemar dengan cara mereka. Membunuh itukan satu dosa besar.

Minumannya disedut lagi. Haih, lantak korang lah.


Pintu bilik dibuka kasar sebelum Rayyan masuk kedalam bilik Ray dengan selamba.

"Bro, ni aku datang bawak bidadari kau" kata Rayyan sebelum dia duduk di atas sofa bilik kerja Ray.

Khayra masuk ke dalam sambil mulut yang tersenyum manis.

"Hi.." sapa Khayra malu malu.

"Kenapa you datang sini?" Soal Ray lembut. Tangan yang dari tadi menaip terus berhenti. Wajah Khayra dipandang.

"Saja kitaorang baru lepas beli barang, nak tengok jugak you tengah buat apa. Tak boleh ke i datang?" kata Khayra lembut sebelum mengambil tempat duduk di depan meja Ray.

"Dia rindu kau!" Jerit Rayyan selamba. Tangannya sibuk membelek telefon bimbit miliknya.

Khayra sudah menjeling Rayyan tajam. Ishh dia ni sibuk je menyampuk.

Ray sudah tersenyum nakal.

"Haha rindu i eh. Takpa nanti lepas kita kahwin you tenung lah muka i sepuas hati you" kata Ray tenang. 

Muka Khayra mula berona merah.

"Mana ada rindu, saja je nak lawat you" kata Khayra tidak jujur. Matanya dialih ke arah laptop kerja Ray.

"Banyak lagi kerja?" Soal Khayra menukar topik.

"Banyak lah jugak, nak siapkan projek baru ni" balas Ray mendatar. Tangannya kembali menaip.

"Tak habis habis dengan projek baru..." bisik Rayyan sendiri.

"You dah siap preparation?" Soal Ray kepada Khayra.

"Dah, semua dah lengkap tinggal hari majlis je" balas Khayra mendatar. Tangannya sibuk bermain -main dengan sebatang pen di atas meja.

"Preparation lain?" Soal Ray mula tersenyum nakal.

"Lain apa?"

"Malam pertama kita" kata Ray selamba. Dia kemudian mengenyitkan matanya sebelum tergelak di hujung ayat.

Khayra cepat cepat mengalihkan pandangan ke lantai.  Sejak bila tunangnya ini berperangai miang !

"Agak agak lah bro, nak citer pasal preparation malam pertama pun. Jangan lah dekat pejabat!" Jerit Rayyan sedikit kuat dari arah sofa.

Muka Khayra sudah semakin merah. Menyesal datang sini. Kalau tahu tadi balik je rumah terus.

"Ah kau semak. Sukati aku lah nak citer pasal apa pun. Kau tu hah sibuk je dekat sini mengganggu kitaorang" balas Ray juga kuat. Dia kemudian kembali menyambung tugasnya.

Khayra hanya diam memerhati dua beradik itu memekak.

Itu perkara normal dalam hidupnya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience