"Harini aku nak memperkenalkan personal assistant baru aku. Nur Khayra," kata Ray kemudian dia beranjak kebelakang sedikit,memberi ruang supaya Khayra memperkenalkan dirinya.
Khayra sedikit malu-malu. Dihadapannya kini terdapat kira kira 43 orang pekerja Ray, tetapi yang Khayra bingung kenapa semua lelaki?!
"Erm nama saya Nur Khayra Binti Mohd Raqif, saya berumur 24 tahun, saya disini sebagai Personal Assistants kepada Sir Ray. Ermmm diharap dapat memberikan kerjasama..selamat berkenalan semua"
Selesai sahaja Khayra memberi ucapan ringkas itu semua mengucapkan tahniah dan ada yang mengucapkan kata kata aluan.
"Aku nak korang semua hormat dia seperti mana korang hormat aku, peux tu?(Faham)?" Kata Ray tegas kepada semua pekerja yang ada disitu.
"Baik boss" jawab yang lain.
"Bersurai" ringkas dan padat. Kemudian dia mengambil secawan air di meja hidang dan diminum. Matanya tidak lepas memandang Khyara yang masih lagi kekok untuk bergaul dengan pekerjanya yang lain. Gila kau mana tak kekok semua lelaki.
Tak nampak seorang pun pekerja perempuan, padahal semasa Khayra menjejakkan kakinya kesini semalam, Khayra melihat ramai pekerja perempuan . Kemanakah mereka semua menghilang.
"You, " tegur seorang lelaki, dia mencuit sedikit bahu Khayra.
''Ingat i lagi tak?''
Khayra berpusing untuk melihat gerangan jejaka itu.
"Eh Ayyan! Hi , terima kasih tau sebab selamatkan Khayra semalam daripada perempuan tu" kata Khayra kepada Rayyan mesra.
Lelaki itu tampak sungguh kacak dengan memakai suit merah gelap dan berkemeja hitam didalam. Rambutnya yang agak keperangan sedikit itu disisirkan rapi.
"Haha hal kecik je, perempuan tu pun dah masuk syurga dah" kata Rayyan sambil tergelak. Kalau masuk lah, curi duit syarikat. Macam layak masuk neraka sebenarnya. Mulutnya terukir senyuman.
"Syurga??" Soal Khayra kembali. Keningnya diangkat sebelah.
"Hahaha takda apalah, just enjoy your time here. Tak lama lagi kita nak pergi jauh" kata Rayyan lagi kemudian dia terus berlalu pergi meninggalkan Khayra yang masih lagi terpinga pinga.
Ray datang mendekati gadis itu.
"Khayra jom naik atas, i tunjuk kan you tempat kerja" kata Ray sambil melangkah kearah lift yang terdapat tanda VVIP .
Mereka sekarang berada di tingkat 23 manakala bilik Ray pula berada ditingkat paling atas sekali iaitu di tingkat 39. Gila tinggi nasib baik Khayra tak gayat.
Tingg...
"Ini semua bilik siapa Sir?" Soal Khayra kepada Ray. Matanya memandang ke arah enam lagi bilik yang ada di tingkat itu selain daripada bilik Ray.
"Sebelah kiri ni bilik Zen Karlens, sebelahnya bilik Zariq Karlens dan sebelahnya bilik Xavier Macaire. Bahagian kanan ni pulak bilik Faiq sebelahnya bilik Keith Albert. Diorang semua tu pekerja-pekerja i yang paling penting. I dah anggap diorang macam keluarga sendiri nanti i kenalkan you dekat diorang dan sebelah bilik i tu bilik Rayyan" terang Ray panjang lebar.
Khayra mengganguk faham
"Diorang semua bukan orang Malaysia ke sir?" Soal Khayra. Pelik mendengar nama nama mereka.
"Haah, Faiq sorang sahaja yang asal dari Malaysia yang lain orang luar negara " balas Ray mendatar.
"Ouhh habistu saya kerja dalam bilik yang mana?"
"You PA siapa?"
"Sir Ray" jawab Khayra bengap.
"Dah tu kerja dekat dalam bilik saya lah, takkan bilik si Ayyan pulak, tak jadi hape kalau kerja dengan budak tu " jawab Ray selamba.
Mereka memasuki bilik yang paling hujung sekali iaitu bilik Ray.
"Okay ni tempat you , you ada pengalaman jadi PA kan sebelum ni" tanya Ray mendatar.
Khayra mengganguk . Dia pernah menjadi PA di syarikat ayahnya selama sebulan sebelum ini.
"Bagus, kerja sebagai PA ni sama je dekat mana mana pun. Nanti semua meeting i you tolong arrange dan ingatkan dekat i ok? Tetamu tetamu i, itu pun you yang kena arrange kan, kalau ada dokumen yang perlu tandatangan i, letak je atas meja bahagian kiri sana" kata Ray sambil tangan menunjuk ke arah mejanya di bahagian kiri.
"Baik Sir" Balas Khayra sambil menayangkan senyuman yang manis kepada bossnya yang kacak itu.
"Good girl" balas Ray mendatar kemudian berlalu kearah mejanya untuk melakukan kerja.
Namun baru sahaja 20 minit berlalu pintu bilik itu dibuka dengan kasar oleh seseorang.
Rayyan dengan selamba masuk dan terus melulu ke arah meja abangnya.
"Yo bro, Yo bro, Yo bro... , jom lunch aku lapar lah bro" kata Rayyan sambil duduk bersila diatas meja abangnya itu. Habis fail dan kertas kertas yang ada diatas meja berterabur ke lantai.
Khayra hanya memandang pelik perangai Rayyan.
"Jangan buat perangai Ayyan , sekarang baru pukul 9:30 pagi , LUNCH KEPALA HOTAK KAU?!!! Kau turun dari meja aku sekarang?!" Marah Ray kuat.
"Alaaa bro tapi aku lapar , kalau aku lapar nanti aku tak boleh buat kerja , jom makan please" rayu Rayyan sambil menggoyang goyangkan tangan abangnya.
Ya Allah kenapa aku ada adik sial macam ni. Ray membuka dompet duitnya sebelum menghulurkan kad berwarna hitam kepada Rayyan.
"Nah kau pergi makan , jangan ganggu aku. Ayam betul ! Pukul 2 ni aku ada meeting tahu tak!!! " Jawab Ray dingin.
"Alaaaaa tak best lah macam ni takda sesiapa ke nak teman aku makan" kata Rayyan lagi acah acah merajuk.
Dia kemudian turun daripada meja kerja abangnya itu.
"Pergi lah ajak Keith, korang kan memang sehati sejiwa..sehidup.. semati ..sekubur" kata Ray mendatar.
"Kalau dia ada takda lah aku nak ajak kau yang macam tunggul ni" balas Rayyan selamba.
Kemudian Rayyan memandang kearah meja Khayra.
"You. Jom teman i makan" kata Rayyan sambil matanya dikerdipkan beberapa kali.
Ray sudah menjulingkan matanya keatas melihat perangai Rayyan. Kau pikir comel ke hanat?
"Hmmm sorry Ayyan i dah makan tadi, kenyang lagi " balas Khayra jujur .
"Kau takpayah nak kacau dia boleh? Kau pergi lah makan sorang, duit aku dah bagi kan" marah Ray dingin. Tetapi wajahnya masih lagi kelihatan tenang.
Rayyan memandang semula ke arah Ray. Mata mereka bersabung.
"Okay aku habiskan duit kau... Bluwekkkk" kata Rayyan sambil menjelirkan lidahnya. Kemudian dia berjalan ke arah pintu bilik.
Sampai sahaja dia di hadapan pintu, kakinya berhenti. Badan dipusing semula menoleh kearah meja abangnya. Kemudian dia mengeluarkan sebilah pisau rembo daripada kocek seluar.
"AYYAN jangan nak jadi sial dekat sini boleh?" Marah Ray. Dia memandang Rayyan yang sedang berdiri di pintu biliknya itu.
Rayyan tayang senyuman sinis
ZASS....
Tepat pisau yang dibalingnya itu tercacak di tengah tengah skrin komputar Ray. Kemudian dia terus menutup pintu bilik dan berlalu pergi.
Ray menggelengkan kepalanya. Sumpah sial .
Khayra pula sudah tergamam. Wajahnya jelas terkejut dengan apa yang sedang berlaku.
Ray menekan butang interkom yang menyambungkan ke bilik Faiq.
"Faiq tolong hantar satu komputar baru dekat bilik aku, pastikan data aku sebelum ni tak hilang" kata Ray mendatar.
"Okay, ni mesti kerja Ayyan kan haha" jawab Faiq sebelum tergelak dihujung ayat.
"Macam kau tak biasa dengan perangai dia tu" balas Ray semula. Komputer yang kini dihiasi dengan pisau kombat itu dipandang kosong. Orang dah bagi duit bukan nak berterima kasih.
"Ermm sir... Nak tanya sikit boleh tak?" kata Khayra sekaligus mematikan lamunan Ray.
Shit! Dia terlupa yang Khayra juga berada didalam bilik itu sekali. Sudah pasti gadis itu melihat kejadian tadi. Ray menghela nafas panjang. Kau memang babi Rayyan.
"Tanyalah...Banyak pun takpa. Apa dia?" kata Ray pasrah. Matanya memandang ke arah tempat duduk Khayra.
"Adik Sir takda duit ke? lagi satu kenapa dia buat macam ni?" Soal Khayra kembali.
Ray terus ketawa terbahak bahak apabila mendengar soalan itu . Sehinggakan keluar air dari tubir matanya . Air mata dikesat menggunakan hujung baju.
"You kata dia takda duit?? Dia pemilik saham kedua terbesar dalam syarikat ini tahu tak ? Gaji yang dia peroleh dalam syarikat ini sahaja dah nak mencecah 3.4 juta seminggu. Tapi tu belum masuk lagi saham syarikat dia dekat Italy, Rusia, USA , Japan , Dubai, Canada, France dan yang paling besar sekali syarikat dia sendiri di Spain. Rasa - rasa duit yang dia peroleh di syarikat Spain tu cecah 1 billion USD sebulan. Dan dia salah seorang yang digelar billionaire dunia" jawab Ray sambil ada sisa gelaknya.
"Lagi satu perangai dia memang macam ni, nanti you akan tengok sendiri yang lebih dasyat daripada ni " terang Ray lagi sebelum dia sambung gelaknya semula. Kelakar wey dengar Rayyan takda duit. Lawak jenaka apa kah itu?
Khayra terkelu. Gila kaya! Bukan kaya biasa biasa. Ni dah tahap kaya raya! Tapi nak pergi lunch pun pakai duit abang.
"Kalau you nak tahu, andai kata you campur kan semua duit gaji yang dia dapat tiap bulan, i rasa lebih 7.8 billion usd. Itu you kata takda duit?" Sambung Ray lagi sambil mata memandang wajah Khayra.
Khayra jelas terkejut. Maknanya kalau adik dia sahaja sudah cecah 7.8 billion sebulan.... Jadi....
"Ya Khayra gaji saya lebih berpuluh billion sebulan" jawab Ray bagikan tahu isi hati Khayra saat itu.
"Gila... " jawab Khayra perlahan .
"Haha, Apa yang gila?" Soal Ray.
"Sir sir semua lah... Sir macam orang orang biasa yang Khayra kenal, tak sangka Sir semua kaya raya" jawab Khayra jujur.
"So lepas ni jangan tanya budak sengal tu ada duit ke tak, buat i tergelak je nanti" kata Ray sambil menyambung kembali menyusun kertas kerjanya yang sudah bersepah disebabkan Rayyan.
"Oh yah by the way, Khayra you tahu tak gaji you berapa?" Soal Ray sebelum memandang sekilas wajah polos wanita itu.
"Berapa?"
"Gaji you 100,000 usd sebulan" jawab Ray sambil senyum nipis.
"APAAAAA?!"
Share this novel