Bab 50

Action Series 36349

Selesai sahaja menikmati sarapan pagi , Khayra menyuruh mereka supaya kekal di meja makan.

Louis memandang mangkuk yang baru sahaja diletakkan di hadapannya dengan mata yang tidak berkelip. Ini maggi datang dari neraka ke? Kenapa merah semacam?

"Errr apa ni sayang?" Soal Louis. Maggi yang berwarna merah pekat itu dibelek dengan dahi yang berkerut seribu.

Khayra tersenyum senget.

"Harini kita buat challenge" satu lagi pinggan diletakkan pula di hadapan Rayyan.

"Yeayyyyy ramennnnnn" kata Rayyan teruja setelah melihat maggi merah itu.

Louis memandang Rayyan dengan muka yang pelik.

"Hah? Romen?" Soal Louis mendatar.

"Woi apa lucah lucah pagi buta ni! Ramen lah! Maggi ramen? Takkan tak tahu? Kuno betul kau ni. Hidup zaman purba ke?" Kata Rayyan selamba.

Khayra mengambil tempat di sebelah Louis. Pinggannya juga dipenuhi dengan maggi merah itu.

"Ok challenge kita harini ialah, kita kena makan sampai habis ramen ni tapi tak boleh minum air. Siapa minum air........ Kena denda" terang Khayra. Wajah Louis dan Rayyan dipandang.

Louis melihat maggi di hadapannya itu. Serious lah? Kenapa tak boleh minum air? Soalnya dalam hati. Pelik.

"Yeay on.. Hahha aku confirm. Louis mesti paling awal kalah" ejek Rayyan berlagak.

Louis membuat muka menyampah. Jom ah lawan tengok siapa yang menang. Ini Louis lah pantang dicabar.

"Okay kita tengok siapa menang nanti" balas Louis membantah kata kata Rayyan sambil tersenyum mengejek.

Khayra tersenyum.

"Okay rules dia senang je. Kita semua kena habiskan maggi ni dalam masa 3 minit dan tak boleh minum air selama 10 minit. Amacam?" Kening diangkat sebelah.

"Onzzz" Jawab Rayyan laju.

Louis mengangguk kepala.

"Okay.. Setttttt go" habis sahaja Khayra berkata, masing masing mula menyuapkan maggi itu ke dalam mulut. 

Masing masing fokus ingin menghabiskan maggi mereka. Bersungguh-sungguh betul. Padahal tiada hadiah yang dijanjikan hanya denda yang dikenakan bagi mereka yang kalah.

Suasana menjadi sepi hanya bunyi garfu yang berlaga dengan pinggan sahaja kedengaran.

"Yeah habis!" jerit Rayyan kuat setelah 2 minit berlalu. Pinggannya telah kosong.

"Done !" Ucap Louis pula. Pinggannya juga telah kosong.

"Yeahh i pun dah habis! Okay kita semua dah habis makan, sekarang kita kena tunggu 10 minit pulak untuk menjayakan challenge ni" ucap Khayra lembut. Magginya juga telah dihabiskan. Bibir dijilat.

Pinggan disusun ke tepi. Wajah masing masing ditatap.

Masa berlalu.

Wajah Rayyan mula memerah. Peluh merembes laju mengalir hingga ke pipi. Bibir Rayyan juga sudah seperti memakai gincu. Mulutnya sedikit terketar ketar menahan pedas. Setiap nafas yang ditarik bagaikan menyedut duri di udara.

Louis apa kurangnya. Bibir yang merah itu menjadi semakin merah. Rambut sudah beberapa kali disingkapkan ke belakang. Suhu badan mula meningkat. Tangannya mengibas ngibas ke muka.

Namun masing masing tidak mahu mengalah. Jam dinding ditilik. Baru dua minit berlalu.

Masing masing melayan kepedasan di mulut.

"OH FUCKKK!? AKU NAK AIR!!!" Kata Rayyan sebelum dia terus berlari ke peti sejuk. Peti sejuk dibuka kasar sebelum air yang berada di dalam diambil dan diteguk laju. Tapi bukan semua masuk mulut. Kebanyakkannya menjejeh-jejeh ke lantai rumah. Habis basah lantai.

Louis tersenyum senget melihat adiknya. Tapi tak lama. Sebelum dia juga berlari ke peti sejuk sebelum merampas air botol ditangan Rayyan. Air itu diteguk sehingga habis. Mak aih terbakar mulut.

Khayra yang berada di meja sudah tergelak-gelak melihat reaksi mereka. Hahaha ketua mafia ni tak tahan pedas rupanya. Yang lagi sorang tu lagilah, suka cakap besar je lebih. Last- last dia dulu berlari pergi ambil air.

Mereka berdua duduk semula di meja makan dengan lidah masing masing terjelir keluar dan ditekapkan dengan seketul ais.

"You gila eh!? Maggi apa you buat ni? Pedas lain macam" kata Rayyan. Wajah selamba Khayra dipandang. Gila pompuan ni. Relax je. Lidah dia dah takda deria rasa ke apa?

"Aah sayang, maggi apa yang sayang bagi aku ni? Pedas macam datang dari neraka" sambung Louis pula. Seketul ais dikemam dalam mulut.

"Aduh bongok ni, nak menipu pun agak-agak lah. Kau pernah rasa ke pedas neraka macam mana?" Tanya Rayyan sambil memandang wajah Louis.

"Pernah. Masa kutip kau dekat sana dulu. Kau kan memang datang dari sana sebab tu perangai pun ada iras-iras warga ahli neraka" balas Louis mendatar.

Rayyan mencebik. Malas nak melayan. Pedas dimulut tak hilang lagi.

Khayra tersenyum melihat mereka berdua.

"I buat maggi ramen 2x spicy"

Rayyan mermehatikan Khayra yang duduk di hadapannya itu.

"You tak pedas ke? Dari tadi i tengok tak minum air pun. Relax je" soal Rayyan kembali. Gadis itu daripada tadi asyik tersengih je.

"Aah sayang tak pedas ke?" Soal Louis di sebelah pula.

"Taklah.. Maggi ni tak pedas pun" kata Khayra tenang.

"Otak you lah tak pedas!!" Kata Rayyan kuat. Gila ke tak pedas macam ni. Matanya membulat.

Louis menggeleng kepala sebelum kepala Khayra diusap lembut.

"Jangan selalu sangat makan pedas-pedas tau, nanti usus cepat rosak" tegur Louis perlahan.

Khayra tersengih. Pinggan pinggan dikumpul. Kaki mula melangkah ke arah dapur. Namun baru sahaja beberapa saat dia masuk ke dapur.

Prang!!!!

"Rayyyyannnnn!!!!?" Jerit Khayra kuat. Badannya sudah jatuh menghempap lantai. Dia terlentang akibat daripada air yang Rayyan tumpahkan ke lantai semasa dia minum di peti sejuk tadi.

Louis yang melihat isterinya sudah terlentang itu, cepat cepat mendapatkan Khayra. Bahu gadis itu dipegang sebelum dibantu untuk bangun.

Rayyan sudah gelak terbahak bahak di meja makan.

"Hahahahahaha sapa suruh you jalan tak pakai mata, kan dah jatuh" kata Rayyan selamba.

Louis menjeling Rayyan tajam. Bagus. Kau dah buat orang jatuh bukan nak tolong makin digelakkan. Lahanat betul.

Berkerut kerut dahi Khayra menahan sakit yang sudah menjalar di badan belakangnya.

"Sayang ok?" Soal Louis prihatin.

"Of course tak! Sakit abang! Badan sayang sakit, huhuhu " adu Khayra minta simpati. Mukanya dibuat buat sedih. Tangan sudah memegang pinggang di belakang.

"Sayang tunggu kejap" Louis melepaskan tangan Khayra sebelum kaki melangkah ke ruang tamu semula.

"MEH SINI KAU!!!"

"ARGHHHHH !!? .... SAKIT !! SAKIT BODOH!! SAKIT!!!!" kedengaran suara Rayyan meraung dari arah ruang tamu.

Louis kembali semula ke dapur dengan wajah yang selamba.

"Aku dah pukul dia bagi pihak sayang"

Khayra tergelak halus. Padan muka kau Rayyan. Rasakan! Pikir aku takleh nak ngadu ke hah?

        Setelah selesai mengemas dan mencuci pinggan. Khayra melangkah semula ke ruang tamu. Louis dan Rayyan sedang duduk menonton tv. Khayra mengambil tempat di sebelah Louis.

"So seperti yang i kata tadi, siapa yang kalah akan dikenakan denda" wajah Rayyan dipandang sambil tersenyum senget.

"Hah, siapa yang kena denda?" Tanya Rayyan semula.

"Of course lah you, you yang minum air dulu" balas Khayra.

"Eh tapi Louis pun minum air jugak kenapa pulak i kena denda sorang?" Ujar Rayyan tak puas hati.

Louis tersenyum sinis. Haha dasar loser.

"Tak kira, dia orang first yang minum air je kena denda. I buat peraturan suka hati i lah. Hahaha" Khayra tergelak besar.

Rayyan mencebik. Tangannya disilang ke dada tanda protes.

"Apa denda dia?" Tanya Rayyan kembali. Mukanya dimasamkan.

"You cuci semua tandas dalam rumah ni.. HAHAHAHAHAHAHAHA" Khayra tergelak besar, sebelum diikuti juga dengan Louis.

"Woi muka aku punya lah hensem macam ni you suruh cuci jamban. Jadah dialah! Taknak aku!" Protes Rayyan. Khayra dan Louis dipandang geram.

"Banyak bunyi pulak! Dah kalah tu kalah jelah" kata Louis sebelum menyepak kaki Rayyan.

           "Hah cuci bersih bersih eh" kata Khayra sambil menutup pintu tandas.

Rayyan memberus lantai tandas dengan mulut yang tak berhenti menyumpah yumpah. Mukanya jelas tayang tak puas hati. Lantai bilik air itu disental sental kuat. Ada ke patut muka hensem macam dia ni disuruh berus tandas? Duit belambak ada, upahlah maid. Bingai betul orang dalam rumah ni.

Namun keluhan itu hanyalah didengar dalam hatinya sahaja. Akhirnya setelah 1 jam mencuci. Tandas tandas dalam rumahnya itu sudah pun siap dicuci oleh Rayyan. Nasib baik tandas di dalam rumah ini hanya ada 3 sahaja. Kalau disuruh cuci tandas di rumahnya yang berada di France mahu 2 hari 2 malam tak siap lagi. Rumah dekat sana tu ada 83 tandas.

Rayyan bangun daripada mencangkung. Peluh yang mengalir di dahi dilap menggunakan hujung baju. Lantai tandas itu dipandang bangga.

"Fuh bersih jugak aku cuci ek? Dah boleh apply jadi cleaner ni"

Pintu tandas dibuka, kaki terus melangkah ke arah ruang tamu sebelum badannya dihempas di atas sofa. Penat.

"Best cuci tandas?" Soal Louis sambil tersenyum sinis. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Rayyan.

"Fuck! Aku ingatkan dapat rehat harini, tak pasal pasal jadi tukang cuci jamban" bebel Rayyan tak puas hati.

Khayra datang mendekati adik iparnya yang sudah keletihan. Bibir mengukir senyuman senget. Padan muka. Buat lagi aku jatuh kan. Padahal denda sebenarnya lain. Tapi oleh kerana geram badannya sakit akibat jatuh maka di balas dendam dengan menyuruh Rayyan mencuci tandas.

"Oleh kerana you dah cuci tandas dengan bersih i nak bagi hadiah special untuk you" kata Khayra sambil menayangkan senyuman manis.

Rayyan mengangkat muka dan memandang sekilas.  Penat wey satu badan.

"Hmm hadiah apa tu" jawab Rayyan malas.

"Ok you nak makan apa? I masak semua yang you nak harini"

Terus segar mata Rayyan. Badan membangun tegak. Wajah Khayra dipandang suka.

"Yeahhh!! I nak lobster, ketam, udang, salmon, oysters, hmmm lagi ape eh... Hah! I nak king crab" ujar Rayyan teruja.

Khayra mengeleng sambil tersenyum. Sah. Adik ipar dia ni mesti bela saka.

"Kau makan ke kau melantak?" Perli Louis di sebelah.

Rayyan mengabaikan kata kata Louis. Biarlah. Bukan selalu dapat offer macam ni.

"Baiklah tuan muda. Saya menurut perintah" jawab Khayra sambil menundukkan sedikit badannya. Kaki trrus melangkah kedapur. Apron disangkut ke leher.

Rayyan sudah tersenyum lebar. Gembira betul dapat habuan macam ini. Akak iparnya itu memang pandai memasak. Kalau dapat upah macam ni, hari hari pun dia rela jadi tukang basuh jamban. 

Kepala dibaringkan semula ke sofa. Tak lama selepas itu dia mula terlelap.

       "Ayyan, bangun. Jom makan" ajak Khayra. Bahu Rayyan digoyang perlahan.

Rayyan tersedar daripada tidur. Matanya terpesat pesat sebelum mulut menguap perlahan.

"Dah siap eh?" Soal dia masih dalam keadaan separuh sedar.

"Dah, jom makan dah petang ni" ajak Khayra lagi.

Kemudian mereka berdua menuju ke meja makan. Louis memang sudah sedia ada menunggu di meja makan.

Matanya Rayyan membulat besar melihat meja makan yang kini penuh dengan pelbagai jenis seafood yang diminta olehnya tadi. Yeah! Makanan.

Cepat cepat dia mengambil tempat duduk di kerusi meja. Mulut sudah tersenyum lebar. Khayra duduk bersebelah dengan Louis.

"Hah baca doa" arah Khayra mendatar.

Mereka menadah tangan sebelum doa dibacakan oleh Louis. Habis sahaja mengaminkan doa, Rayyan terus menyumbat seketul udang besar ke dalam mulutnya.

"Kau memang tak boleh nak chill eh kalau bab makan, relax lah udang tu tak lari tak. Dah mati dah pun" kata Louis sambil mulut penuh mengunyah sotong goreng tepung.

Rayyan menjelir lidah. Dia peduli apa. Ini semua khas dimasak untuk dia kerana telah membersihkan segala jamban dalam rumah ni. Mulut laju mengunyah segala makanan yang ada disitu.

"You mum.. Pah.. You.. Ma.. fak.. sedap.. sangat" kata Rayyan dengan mulut yang penuh. Habis tersembur cebisan makanan yang dikunyah dalam mulut.

"Gosh Ayyan , stop it... Jangan makan sambil bercakap lah, habis tersembur" balas Khayra kembali.

Rayyan tersengih hingga menampakkan baris giginya yang putih.

Louis menggelengkan kepala melihat cara adiknya makan. Sumpah macam monyet yang kebulur.

"Sedap bang?" Soal Khayra disisi Louis.

"Hmm.. Sedap, boleh ta...." tiba tiba Louis terdiam. Kepalanya menjadi sakit secara tiba tiba. Belakang kepalanya terasa mencucuk cucuk. Sudu ditangan Louis terlepas ke dalam pinggan.

Khayra memandang Louis pelik. Rayyan juga berhenti mengunyah apabila melihat tiba tiba sudu Louis terlepas ke pinggan.

"Woi! Okay tak?" Soal Rayyan. Dahinya berkerut.

"Abang? Abang okay tak ni? Abang sakit ke?" Tanya Khayra prihatin.

Louis memandang wajah Khayra dan Rayyan silih berganti. Tangannya tiba tiba menggigil. Belakang tengkuknya dipegang. Sakit yang menjalar dibelakang tengkuk itu mula mencucuk-cucuk. Louis memejam matanya rapat. Nafasnya menjadi semakin tidak teratur.

'Ray, Ray' panggil Louis di dalam kepalanya. 

Namun tiada balasan.

"Woi... Kau peh..." . Belum sempat Rayyan menghabiskan ayat itu.

Louis bangun daripada duduknya secara mengejut. Tiba-tiba pandangannya menjadi semakin kabur dan kabur sebelum dia jatuh tidak sedarkan diri.

"Abang!"

"Fuck!" Cepat cepat Rayyan berlari mendapatkan Louis.

Share this novel

Monalissa Lissa
2021-06-25 12:24:48 

sambung please...


NovelPlus Premium

The best ads free experience