Bab 7

Action Series 36344

              "So nak makan dekat mana ni ? Cepat pilih saya belanja'' soal Ray memulakan perbualan.

               "Saya okay je dekat mana mana" jawab Khayra mendatar.

Ray kemudian memandu keretanya itu ke suatu tempat. Kereta ferrari hitamnya itu elok memakir di tempat letak kereta.

            "Okay dah sampai, jom turun" kata Ray kemudian dia keluar dari dalam kereta. Cermin mata hitam dipakai.

"Sini ke Sir? Macam mahal je tempat ni" kata Khayra . Membulat matanya memandang bangunan di hadapannya.

"Taklah sini murah" balas Ray selamba sebelum kakinya mula melangkah ke arah pintu utama restoren itu.

Khayra memandang kembali bangunan 4 tingkat di hadapannya. Murah ? The heck!?       

"Good evening Sir, only for two ?" tanya pelayan di kaunter hadapan .

Pelayan pelayan di restoren itu berpakaian sungguh formal dan kemas. Berkemeja hitam dan bertie merah.

' Murah ke tempat ni? ' bisik Khayra perlahan.

"Yes" balas Ray mendatar.

Kemudian mereka dibawa ke arah satu ruangan yang tampak mewah. Terdapat lampu yang diperbuat daripada kristal elok terletak ditengah tengah meja.

Baru sahaja mereka duduk. Dua orang pelayan mendekati meja mereka. Seorang memberikan menu manakala seorang lagi menuangkan air mineral ke dalam gelas yang berada diatas meja.

Khayra membuka buku menu. Blue lobster, King crab, truffle soup. Dan banyak lagi makanan makanan yang sememangnya susah nak dapat di kedai biasa. 

Cepat-cepat Khayra menutup kembali menu tersebut. Ini yang dia kata murah tadi? The heck?

"Kenapa, tak selera ke makanannya, kalau tak selera kita makan tempat lain?" soal Ray apabila melihat Khayra menutup buku menu.

"Eh takdalah, Sir pilihkanlah untuk saya, saya tak pandai nak pilih" jawab Khayra sambil tangan diletakkan di atas meja.

"Je veux un ensemble de zillion frittata au homard et une tourte au bœuf wagyu anglais pour deux personnes. ajouter deux thé glacé pour moi aussi. Ouh i also want The frozen haute chocolate ice cream sundae as a desserts for us" selesai sahaja dia memberi pesanan, Pelayan tersebut mengangguk dan terus beredar pergi.

"Sir cakap bahasa French dekat pelayan tu?" Soal Khayra.

"Aah kenapa?" Jawab Ray sambil meneguk sedikit air dihadapannya.

"Diorang faham ke?" soal Khayra lagi.

"Kalau tak faham mesti dia akan tanya saya balik, lagi satu kalau mereka semua ni tak boleh nak faham French. Mereka tak layak kerja dekat sini. Lagipun owner restoren ni orang France" kata Ray mendatar.

"Ouh" jawab Khayra ringkas. Kemudian masing-masing menyepi.

"You tahu berbahasa French?" Soal Ray tiba tiba.

"Tahu sikit sikit, tapi kalau laju sangat tak boleh nak tangkap sebab dulu I sempat belajar 2 bulan je" jawab Khayra jujur.

"Ouh baguslah" balas Ray mendatar.

Tak lama selepas itu makanan mereka sampai .

Betul ke murah? Nampak mahal je semua ni. Bisik hati Khayra.

"Ok jom makan" kata Ray.

Mereka mula menjamah makanan dan diselang-selikan dengan perbualan ringkas.

"Thank you Sir, belanja saya makan" kata Khayra sebelum mengelap sedikit tangannya yang comot.

"Anything for you dear. Dah jom " balas Ray mendatar. Kemudian dia terus sahaja bangun dan melangkah ke arah pintu.

"Eh Sir... Sir tunggu kejap" kata Khayra sambil mengejar Ray yang berjalan ingin keluar daripada restoran tersebut.

"Kenapa lari lari ni Khayra nanti jatuh lagi, air siapa lagi you nak curah atas tudung tu" jawab Ray sambil bergurau.

"Ishh sir ni tak habis lagi nak kenakan saya. Saya kejar sebab Sir belum bayar lagi kan?" Soal Khayra.

Dia sedikit termengah kerana mengejar Ray. Restoran tu terlalu besar.

Ray tergelak halus. Tangan sasanya naik menutup mulut.

"Khayra you ada baca tak nama restoran ni sebelum masuk tadi?" Soal Ray setelah berhenti gelak.

"Ouh ada Le restaurant de Mikayla" jawab Khayra mendatar.

"And then nama penuh i apa?" Soal Ray kembali.

"Ray Mikayla..Eh!!! Restoren ni sir punya ke?!" Kata Khayra jelas dia terkejut mengetahui kenyataan itu. Sekeliling restoran itu dipandang semula. Gila mewah.

"My generation name's Mikayla... So. I think yeah, this is my restaurant" balas Ray mendatar.

"Wow hebat ah Sir.." Puji Khayra ikhlas.

"You belum tengok Ayyan punya harta lagi... Lagi binawei mamat tu buang duit... Mentang-mentanglah kaya. Dah jom" balas Ray kembali.

Kemudian mereka masuk ke dalam kereta ferari hitam milik Ray.

Baru sahaja 5 minit diatas jalan. Ray memandang ke arah cermin sisi kereta. Air mukanya sedikit berubah sebelum cepat-cepat dikawal semula. Nombor telefon Rayyan didail.

"Ayyan tolong aku kejap"

"Malas, settel sendiri" jawab Rayyan laju. Seperti sudah mengetahui apa yang akan disuruh oleh abangnya itu.

"Aku ada dengan Khayra sekarang ni, nanti bawak Keith sekali. Diorang guna rover putih dan nampak macam ada dua orang tengah pegang ruger mini 14" balas Ray masih lagi dengan mukanya yang cukup tenang. Setenang air dilautan jangan disangka tiada buaya. Tiber.

Khayra disebelah sudah bingung mendengar perbualan mereka.

"Kau pakai apa sekarang ni?" Tanya Rayyan semula.

"Ferrari "

"So apa kau tunggu lagi, speed jelah, tak guna pakai kereta sport tapi bawak lembab" balas Rayyan selamba.

"Rayyan datang sini sekarang bawak Ketih sekali, kau tak datang mati kau aku kerjakan" jawab Ray mula dingin.

"Ok ok relax, chill man. Aku dah on the way lah ni ,saja je gurau tadi... Cau" balas Rayyan sebelum telefon terus dimatikan. Tahu takut bila abangnya sudah mula mahu mengamuk. Bukan abangnya yang ditakuti tapi....

Ray menekan minyak keretanya. Meter sudah melepasi garisan 150/km. 

Khayra yang duduk disebelah sudah meremang melihat Ray yang tiba-tiba sahaja membawa kereta dengan laju. Tahulah bawak kereta sport. Tapi tak perlulah bawak laju sangat. Dia ni nak terkencing ke apa?

Tak lama lepas tu terdengar pula bunyi rempuhan kuat daripada arah belakang. Khayra menoleh. Sebuah kereta hummer merah merempuh sebuah kereta rover putih ke tepi penghadang jalan. Kereta rover putih itu terbalik.

"Sir ada excident Sir dekat belakang!" Kata Khayra sedikit cuak.

"Ouh aah lah" balas Ray selamba. Cermin kereta sisi ditoleh sekilas.

'Sial kau Ayyan pakai kereta aku!'

"Ouh je?? Sir ada excident tu kita kena call ambulance !!" kata Khayra cemas. Telefonnya pantas dibawa keluar sebelum Ray menghalang.

"Nanti i call kan" balas Ray semula. Padahal sampai tak sudah dia tak call pun ambulance.

Ferrari itu laju meluncur membelah jalan meninggalkan kereta yang sudah terbalik dibelakang.

"You terus balik, tak payah masuk office lagi" kata Ray tenang.

"Tapi Sir sekarang baru pukul 4:30. Ada satu jam lagi waktu pejabat" jawab Khayra bingung . Mereka sudahpun sampai di halaman rumah Khayra.

Pelik juga Khayra melihat bossnya itu tahu dimana tempat tinggalnya. Namun perkara itu didiamkan sahaja.

"Takpa you balik rehat okay" balas Ray semula.

"Habis tu kereta i macam mana?" Soal Khayra.

"Esok je you ambik" balas Ray lagi.

Khayra hanya menurut. Dia melangkah keluar daripada kereta sport hitam itu.

Cermin kereta diturunkan.

"Khayra esok i ambik you dekat sini pukul 7:30 pagi okay!" Jerit Ray dari dalam kereta.

"Okay" balas Khayra mendatar.

Kemudian kereta sport itu meluncur laju bergerak ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience