Eh tempat apa ni???
Khayra melangkah keluar daripada lift. Rayyan menekan suis yang berada di dinding tepi di sebelah kirinya . Dengan serta merta tingkat itu terang benderang dengan bantuan nyalaan lampu. Yelah ini kan bawah tanah kena bukak lampu baru terang.
Di tingkat itu tidak banyak perabot. Di situ cuma ada satu hall yang sangat panjang dan beberapa papan yang diletakkan kain target arrow di berlainan jarak.
Khayra menoleh ke sisi nya pula, di dinding itu disangkutkan dengan pelbagai alatan untuk memanah. Daripada beg, kain, bow, arrow dan macam macam lagi.
Nafas lega dilepas. Ingatkan tempat apa lah tadi.
"You nak try tak?" Soal Rayyan mendatar. Dia memandang Khayra di sisinya.
Khayra menoleh sebelum tersenyum sinis.
"You nak lawan i ke?" Balas Khayra yakin.
"Takda hal lah bro, let's do it" Rayyan terus mengambil peralatan peralatan yang diperlukannya begitu juga dengan Khayra.
Keith menggelengkan kepalanya. Si bangang ni memang pantang dicabar. Kau tengok jelah.
Dia juga turut mengambil beberapa anak panah.
"So kita start 100 meter? Amacam ada bran?" Tanya Rayyan.
"150 meter lah Sir, you lawan dengan International kut" balas Khayra sedikit riak sebelum tersenyum senget.
Khayra merupakan bekas salah seorang pemanah antarabangsa dan sering mendapat tempat kedua di pertandingan pertandingan International ketiga zaman sekolahnya dahulu.
Dan Rayyan juga memang sudah tahu mengenai perkara itu.
"Come on baby" balas Rayyan sebelum dia merenggang-renggangkan tangannya.
Keith malas hendak masuk campur. Dia hanya berlatih di sebelah kanan mereka.
Daripada 150 meter menjadi semakin jauh dan jauh dan jauh hingga lah kini sudah 900 meter. Setelah beberapa minit mereka berlawan. Akhirnya Rayyan telah menjuarai pertandingan yang baru dibuat beberapa minit yang lalu.
"Alaaaa macam mana i boleh kalah ni" kata Khayra meleret sambil mencebikkan mulutnya sedikit.
"Haha come on lah baby, kalau i kalah i sanggup lari bogel keliling rumah" balas Rayyan dengan bangganya.
Mana tidaknya dia sudah berlatih memanah daripada kecil. Buat malu je kalau kalah lagi lagi dengan perempuan.
"So oleh kerana you kalah. You kena denda" sambung Rayyan sebelum dia mengutip kembali anak panah yang sudah ditembak .
"Denda? Denda apa?"
"I nak you bumping 100 kali hah, cepat mula" kata Rayyan selamba.
Keith datang medekati sebelum dia terus memukul kepala Rayyan dengan sedikit kuat.
"Kepala hotak kau, dia ni perempuan bahalol, bertimbang rasa lah sikit" jelas Keith sedikit geram.
Rayyan menggosok-gosok kepalanya yang baru dipukul.
"Apa babi? Aku bertimbang rasa lah ni, kita selalu kena denda dengan Ray seribu kali bumping relax je? Okaylah tu seratus, apa masalahnya?" Balas Rayyan semula dengan nada yang tidak puas hati.
Tangan masih lagi tidak berhenti menggosok kepalanya. Macam lah sakit sangat .
Keith memandang Rayyan sebelum dia membuat muka. Kenapa lah orang bebal seperti kau wujud?
"Nak kata bangang 4 flat sijil degree, master. Haih kita ni lain, kita memang dah tiap-tiap hari buat, Khayra lain dia perempuan , kekuatan dia dengan kita tak sama" jelas Keith sebelum memandang ke arah Khayra dan Rayyan bersilih ganti.
"Hold on, hold on guys even i perempuan dan lain, mana ada orang kena denda sampai seribu kali bumping" kata Khayra sedikit terkejut.
Mereka berdua memandang Khayra dengan muka yang pelik.
"Ada, kitaorang setiap hari kena" jawab mereka serentak sebelum menghalakan jari ke diri masing-masing.
Khayra menepuk dahi sendiri. Apa ke peliknya keluarga ni.
"Haih takpalah kalau macam tu.... Hmm denda you, you kena tolong i bersihkan sesuatu " sambung Rayyan sebelum dia tergelak halus.
Khayra tersenyum manis.
"Boleh , hah mana barang yang i nak kena bersihkan tu ?" soal Khayra semangat. Lengan bajunya sudah siap disinsingkan.
"Tu dalam robok sana" balas Rayyan sebelum jarinya dihalakan ke satu almari bersebelahan dengan dinding yang penuh dengan alatan memanah mereka tadi.
Keith sudah memandang Rayyan hairan. Kau biar benar anjing?
Khayra berjalan mendekati almari tersebut.
Almari ni bau sesuatu, bau hanyir yang kuat sangat, detik hati Khayra. Namun dia hanya mengabaikan sahaja. Baru sahaja separuh dia membuka pintu almari itu. Tiba tiba dunianya menjadi gelap kemudian badannya pula terasa berpusing kebelakang sebelum masuk ke dalam dakapan seseorang.
Ray memeluk dan menutup mata Khayra menggunakan tangan kirinya. Manakala tangan kanan memeluk kemas tubuh gadis itu supaya dia tidak boleh memusingkan badannya.
Ray memandang ke wajah Rayyan yang sudah tersengih sengih seperti orang bodoh ditempatnya.
"Rayyan, kau nak mati ke?" Tanya Ray cukup dingin.
Dia masih lagi tidak melepaskan tangannya. Rayyan di sebelah sudah melepaskan tawanya terbahak-bahak.
Sebenarnya dia sudah melihat lift di bilik itu menunjukkan bahawa ada seseorng yang turun ke tingkat ini. Sebab itulah dia sengaja menyuruh Khayra membuka almari tadi.
"Sir Ray?!" ucap Khayra sedikit terkejut.
Ray melepaskan tangannya dari menutup mata gadis itu. Matanya memandang ke dalam anak mata milik Khayra yang berwarna hazel cair.
"Hi... Miss me already?" soal Ray sebelum dia tersenyum manis.
Ray memandang semula Rayyan dengan pandangan tajam.
Rayyan tersengih sebelum mengangkat tangannya seperti orang bersalah kemudian dia melangkah dan menutup pintu almari itu rapat.
"You buat apa dekat sini Khayra?" Soal Ray mendatar.
Melihat Rayyan yang sudah menutup pintu almari dia pantas melepaskan tangannya daripada memeluk bahu gadis itu dengan lebih lama.
"Rayyan ajak i lawan memanah tadi. Tapi i kalah " jelas Khayra terselit sedikit nada sedih di hujung ayatnya.
"Sebab kalau dia yang kalah i denda dia 2 ribu push up and bumping. Sebab tu dia tak gentleman dan tak bagi chance untuk you menang. Dia penakut" kata Ray lembut sebelum tersenyum sinis memandang Rayyan.
Keith pula sudah tergelak kuat di tempatnya.
"Wow scary tapi amazing gila kalau dia boleh buat hahahaha" balas Khayra ketawa . Dia anggap itu adalah satu gurauan.
Padahal, Rayyan dibelakangnya sudah kejut perut mendengar ayat yang keluar daripada mulut abangnya itu.
"Jom naik, tempat ni tak sesuai untuk you, lagipun i ada dokumen yang nak suruh you check" kata Ray cuba mengalihkan topik.
Ini bukan masa yang sesuai untuk Khayra tahu segala galanya.
"Jom" balas Khayra mendatar sebelum mereka melangkah ke arah lift untuk naik ke tingkat atas.
Rayyan dan Keith menghantar pemergian mereka dengan pandangan mata sahaja.
"Aku sumpah terkejut masa kau suruh dia bukak almari tu, tapi aku malas nak masuk campur hal kau, sebab yang kena marah dengan Ray nanti kau bukan aku" jelas Keith panjang.
Dia meneruskan sesi latihan memanahnya. Rayyan pula masih lagi menyandar di pintu almari itu. Mata memandang ke arah Keith.
"Kau tak rasa ke Ray akan mengamuk jugak dekat kau sebab tak halang aku?" Soal Rayyan sebelum dia senyum mengejek ke arah Keith.
Terus tersasar panaha Keith selepas mendengar kata kata Rayyan. Keith menepuk dahinya sendiri.
"Hah ah lah. Apa bangang aku ni sah sah dia marah aku jugak nanti" bebel Keith.
Rayyan melepaskan gelakkan kecil sebelum dia membuka pintu almari itu dan melihat isi didalamnya .
"Sah sah baby i akan trauma bila tengok benda ni dekat sini dan of course kau terlibat. Hahaha dasar cetek akal" kata Rayyan sebelum dia mendail nombor anak buahnya untuk menguruskan 'barang' itu.
Keith berjalan mendekati almari itu sebelum mata melihat isi di dalamnya.
"Hmmm Takdalah trauma mana pun" balas Keith sambil membuat memek muka.
Dia kemudian kembali ke tempatnya semula untuk berlatih. Rayyan melihat kembali isi di dalam almari itu.
"Hah ah ek , takda lah trauma mana" katanya pula sambil membuat memek muka yang sama seperti Keith sebelum dia melangkah ke sisi lift untuk meng-scan tangannya agar anak buah yang berada di atas boleh turun ke tingkat bawah .
Sebab tingkat tingkat bawah tanah ini hanya boleh masuk menggunakan cop jari Rayyan, Ray dan orang orang atasannya sahaja seperti Keith, Zen, Zariq, Faiq dan Xavier.
Lima orang anak buahnya membawa satu plastik hitam besar dan meletakkan di hadapan almari. Rayyan membuka pintu almari itu.
"Hah bersihkan natang ni, darah-darah ni semua bersihkan sampai hilang" arah Rayyan cukup tegas.
Semua anak buahnya itu jelas terkejut melihat 'isi' alamari di hadapan mereka. Ada satu tubuh badan seorang lelaki yang penuh dengan darah. Kesemua kukunya sudah tertangal. Beberapa batang giginya juga ada yang sudah hilang dan di bahagian bawah dagunya dicucuk dengan sebuah kayu menembusi mulut dan lidahnya. Mana kala dimata kanannya pula penuh dengan kayu pencungkil gigi ditusuk ke dalam bola mata. Di bahagian pehanya pula dikoyakkan dari peha ke betis menggunakan pisau dan ada beberapa jari kaki yang sudah tertanggal dan patah.
Mereka menelan air liur melihat keadaan mayat di hadapannya itu. Gila . Itu sahaja yang terlintas di kepala mereka saat itu.
Rayyan kembali ke sisi Keith sebelum tangan mengambil beberapa anah panah.
"So kau nak lawan aku tak?" Soal Rayyan sambil tersengih.
Keith memandang muka Rayyan.
" Of course tak, siapa je yang boleh menang lawan kau?" Balas Keith kembali. Dia melepaskan panahannya, 9 point.
"Yekleh, abang aku selalu je menang lawan aku" jawab Rayyan semula.
"Apa je yang Ray pernah kalah lawan kita semua" Keith melepaskan lagi panahannya, 10 point.
"Hmm hah ah ek" balas Rayyan dia juga melepaskan panahannya 10 point.
Buktinya, sekejap sahaja dia sudah menjumpai siapa dalang di sebalik cubaan membunuh ibu bapanya itu.
Sebenarnya semasa Keith dan Khayra sedang berada di mall. Rayyan, Ray dan Xavier berada disini mengerjakan mangsa tadi. Kebanyakkannya Ray yang menyeksa mangsa. Dia dan Xavier hanya memerhatikan daripada tepi. Memandangkan "Ray" masih belum sedar sepenuhnya waktu tu so bagi lah dia main puas puas dengan mangsa malang itu.
Share this novel