Bab 11

Action Series 36344

"Ladies and gentlemen, We hope you have enjoyed the in-flight entertainment. We are now preparing to land. We're approaching France where the local time is 10:00. At this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly, fastened. We hope...." belum sempat kapten tersebut menghabiskan ayatnya Rayyan sudah bangun daripada kerusi dan terus berjalan ke arah cabin dimana terletaknya telefon yang disambungkan ke telefon kapten kapal.

"Diamlah bangsat! Abang aku tu dahlah macam sial bila mengamuk, karang dengan aku aku sekali dia bantai. Aku tahulah nak buat apa bila kapal nak landing. Kau buat je kerja kau!" Kata Rayyan kasar. Dia kemudian meletak semula gagang telefon sebelum kembali duduk ditempat duduknya semula seperti tiada apa apa yang berlaku.

Keadaan menjadi sunyi sepi.

Khayra memandang Rayyan tak berkelip.

"Errr.... Yes Sir... I'm sorry Sir Rayyan" balas suara yang bergema di dalam kapal itu.

Faiq di belakang sudah ketawa terbahak-bahak. Manakala Keith hanya menggelengkan kepalanya. Zen dan Zariq pula terus terbangun daripada tidur akibat jerkahan Rayyan sebentar tadi.

Xavier pula hanya diam memerhati ke arah Arthur.

Arthur hanya duduk diam sambil memandang ke hadapan. Mukanya? Kosong, pandangannya kosong, matanya kosong. Okay lah tu daripada dia buat perangai.

Selepas beberapa minit pesawat itu pun selamat mendarat di lapangan kapal terbang .

Keluar sahaja mereka dari pada kapal itu. Ramai anak buah Rayyan yang memakai suit hitam sedia untuk mengambil barang barang mereka. Seramai lebih 200 orang yang tunduk hormat dihadapannya.

Khayra yang melihat sudah ternganga mulut. Jelas terkejut.

"Tutup mulut tu, lalat masuk nanti. Tak pernah tengok orang ramai ke?" Soal Faiq yang berdiri di sebelah Khayra sebelum dia tergelak kecil melihat gelagat wanita itu.

"Eh Sir Faiq. Terkejut saya " Khayra menoleh ke sisinya kemudian dia memandang kembali ke hadapan.

"Kan dah kata tak yah sir sir. I lebih muda dari you" jelas Faiq.

"Ermmm okay, Faiq. Faiq diaorang semua ni siapa?" Soal Khayra kebingungan.

"Diorang semua anak buah Ayyan. Tapi ni sikit je, yang lain ada kat office" balas Faiq mendatar.

"Sikit!? Mak ai berapa banyak anak buah dia ni" guman Khayra perlahan. Yang dia paling pelik, kenapa panggil anak buah? Bukan pekerja?

"Ermmm Faiq tadi tu, kenapa Ayyan marah sangat dengan kapten kapal masa dia buat pengumuman?" Soal Khayra kembali, hairan dengan tingkah laku adik bossnya itu.

"Ouh.. Hahaha tu sebab dia tak sedar diri" balas Faiq selamba sebelum dia ketawa kecil.

"Tak sedar diri? Maksud you?" Soal Khayra kembali.

"Yelah, kan Ray tengah rehat , si pilot tu sibuk-sibuk nak buat pengunguman bagai. Nampak je macam Ayyan jahat sebab tengking dia. Tapi sebenarnya dia dah selamatkan kapten tadi tu daripada berjumpa dengan malaikat maut terlebih awal. Believe me" balas Faiq mendatar sempat lagi dia mengenyetkan matanya ke arah Khayra sambil menayangkan senyuman.

Khayra sudah kebingungan. Banyak lagi persoalan yang bermain dimindanya ketika ini.

"Nanti lama lama you tahu lah, dah jom" sambung Faiq apabila melihat wajah Khayra yang tidak faham akan situasi sekarang.

"WOI KORANG TAKDE KERJA KE NAK BUAT?!! Got nothing to do idiots?! Pehal ramai ramai sambut aku ni. Tahulah dah lama tak tengok muka boss korang yang hensem, kacak dan bergaya ni. Masalahnya aku tak nak tengok muka korang yang tak siap tu! Go take my things , drop it at the office and then fuck off will you!" jerit Rayyan dengan kuat ke arah anak buahnya itu.

"YES SIR !!" Jawab mereka serentak.

Seminit selepas itu lapangan terbang itu mula kosong dan sunyi. Tinggallah hanya mereka berlapan.

Khayra memerhatikan sekeliling. Kosong?! Seriously lapangan terbang ni kosong wey. Mana manusia manusia lain yang sepatutnya wujud di lapangan terbang.

Khayra berjalan laju sedikit ingin memanggil Sir Ray yang berada dihadapannya.

Namun belum sempat dia memegang bahu Ray, Faiq terlebih dahulu sudah menarik lengannya dari belakang..

"Eh eh eh you nak buat apa?" Soal Faiq sedikit cuak.

"I nak tanya Sir Ray something" balas Khayra sebelum dia menoleh ke arah Faiq. Mereka berjalan ke arah bangunan dalam.

"You tanya je i. Buat masa ni you jangan berbual dulu dengan Ray. Nanti kalau dia mulakan dulu perbualan dengan you, baru you boleh berbual dengan dia. Faham? " kata Faiq sebelum dia menarik nafas lega. Nasib baik dia sempat menarik tangan Khayra tadi.

"Faiq kenapa dekat airport ni takda orang?" Soal Khayra. Mukanya dikerutkan. Dia melihat-lihat di sekeliling mencari manusia yang lain. Tetapi tiada, kosong.

"Kenapa pulak kena ada orang?" soal Faiq kembali dia pun kelihatan kebingungan dengan soalan Khayra.

"Yelah maksud i mana orang lain. Passengers yang lain?" Soal Khayra semula.

"Lah you tak tahu ke? Ini kan airport persendirian Ayyan. Kapal terbang tadi tu pun dia yang punya. Sebab tu takda orang lain" balas Faiq mendatar.

Khayra jelas terkejut. Dia memandang muka Faiq dengan matanya yang sudah membulat.

"SERIOUS LAH?!!"

"Nampak muka i ni macam muka penipu ke?" Balas Faiq dengan sisa sisa gelaknya. Mereka meneruskan perjalanannya lagi.

"HOME SWEET HOME YEAH?!! FRANCE 'S HOME I'M COMING BABY.!!" Jerit Rayyan setelah mereka tiba di hadapan pintu masuk bangunan. Terkejut segala staf yang berada di situ.

Khayra juga jelas terkejut dengan Rayyan yang tiba-tiba menjerit kuat. Dadanya diurut berkali-kali.

Keith mengetuk kepada Rayyan .

"Diam lah bodoh! Terkejut beruk hutan dekat depan sana dengar suara kau" kata Keith sebelum dia jalan ke arah salah satu 7 buah kereta lambo hitam yang tersusun cantik di hadapan pintu masuk.

"Ceh! Happy balik rumah pun salah" balas Rayyan tak puas hati. Dia mengusap sedikit kepalanya sebelum dia juga menuju ke arah salah satu kereta lambo hitam.

Masing masing sudah bergerak ke arah kereta masing masing. Khayra pula hanya diam membatu ditempatnya. Dia bagai mana? Dia perlu mengikuti siapa?

"Alah alah siannya anak mak..... Sian dia tertinggal.. Adik cari siapa? Cari mak ye? Kena tinggal dengan mak ye? Takpa takpa. Meh sini abang cari kan!" jerit Rayyan daripada pintu keretanya yang masih terbuka.

Khayra tersenyum kemudian dia berjalan mendekati kereta Rayyan. Dia seolah olah sudah terbiasa dengan perangai Rayyan yang suka bergurau. Entah bergurau atau perangainya memang macam sial. Author pun tak pasti. Huhu.

"Masuk pintu sana , baby" arah Rayyan ringkas. Tangannya menunjuk ke arah pintu penumpang. Mukanya manis sahaja dengan senyuman.

Khayra duduk bersebelahan dengan Rayyan. Tali pinggang dipakai.

"Yang you pakai tali pinggang tu kenapa?" Soal Rayyan sambil mata yang sudah menoleh ke arah Khayra .

"Hah? Kenalah pakai, kan keselamatan" balas Khayra bingung.

"You, kita dah sampai rumah dah, ini airport belakang rumah kitaorang. Cuma nak ke depan tu malas, besar sangat halamannya " jawab Rayyan selamba. Kemudian dia menghidupkan enjin kereta.

"Hah?! Serious lah? Ni belakang rumah korang?" Soal Khayra tak percaya.

"Iyalah baby. I mana pernah bohong you" balas Rayyan mendatar sebelum dia memakai cermin mata hitam dan terus memulakan pemanduannya. Cukup bergaya dan hensem.

Khayra sudah ditahap redha dah dengan kenyataan kenyataan yang diterima. Tadi kapal terbang dia punya. Airport ni pun dia punya pastu belakang rumah pulak tu. Gasak lah apa pun dia dengar, semua dia percaya.

Selepas 3 minit memandu Rayyan memberhentikan keretanya.

"Okay , Dah sampai. Turunlah" kata Rayyan sebelum dia melangkah turun daripada kereta tersebut terlebih dahulu.

Di belakang keretanya diparkir pula dengan kereta mereka yang lain.

"I'm coming home, I'm coming home tell the world that I'm coming home" Rayyan menyanyi kecil sambil memusing-musingkan kunci keretanya ditangan. Kaki melangkah ke arah pintu rumah utama.

Khayra juga turut turun daripada kereta sebelum mata melihat ke arah bangunan di hadapannya.

OMG?! WHAT THE FUCK?!! INI RUMAH DIORANG?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience