Selesai sahaja Xavier, Faiq, Keith dan yang lain memberi ucapan. Kini tiba pula giliran ketua mereka itu untuk memperkenalkan diri di hadapan semua pekerjanya di syarikat France ini.
"Hello and good afternoon, I'm your boss. My name is Ray Mikayla. I will work here with you guys from today. Nice to meet you all" habis, ringkas, padat dan tidak membazirkan masa.
Arthur terpaksa mengaku sebagai Ray kerana tidak semua pekerjanya tahu tentang perkara ini. Hanya orang terdekatnya sahaja yang maklum tentang penyakitnya.
Kemudian, ramai ahli ahli lembaga datang berjumpa dengannya dan bersalaman memperkenalkan diri masing-masing .
Setiap kali mereka bertukar tempat kerja mereka akan memperkenalkan diri terlebih dahulu kepada pekerja-pekerja yang baru . Walau hakikatnya , semua orang sudah mengenali ke semua boss mereka itu . Gila tak kenal, kau nak mati?
Khayra hanya memerhati daripada tepi.
Arthur kelihatan sungguh kekok untuk memberikan senyuman. Dia seolah olah memaksa dirinya untuk tersenyum.
Khayra tergelak kecil. Geli hati melihat gelagat bossnya itu.
" Amboi bahagia nampak" tegur Rayyan sambil berdiri disisi Khayra. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek sebelum badannya disandarkan ke dinding.
"Wahhh Ayyan first time i nampak you jejak meeting syarikat, takut dengan Sir Arthur ke?" Perli Khayra mendatar. Kemudian mereka sama sama tergelak.
"Ouh dah pandai eh kenakan i sekarang. Hahaha" Rayyan memandang sekilas figura abangnya yang sedang bersalaman dengan pekerjanya lain.
"I bukan takut dekat Arthur," sambung Rayyan kembali.
Khayra melihat wajah Rayyan tidak bereaksi.
"I takut kalau Louis keluar, Ray tengah tak sihat lagi, staff yang lain tak maklum dengan perkara ni. So i risau.. " jelas Rayyan mendatar. Dia kemudian melepaskan nafas berat.
Khayra mendiamkan diri. Mereka berdua hanya memerhatikan Arthur yang sedang berbual bual ringkas bersama staf. Rayyan lega walaupun Arthur selalu dingin dan sedikit kejam, namun dia masih boleh dipercayai untuk menghandel syarikat abangnya itu buat sementara waktu, tapi kalau Louis yang muncul, memang hancurlah jawabnya.
"You, I ada 1 permintaan" ucap Rayyan tiba-tiba.
"Hmm... Apa dia? " Tanya Khayra. Matanya teralih semula pada Rayyan.
"If, one day Louis came out infront of you... Jangan duduk dekat dengan dia. Lari je tinggal kan dia. Jangan dengar apa apa pun yang dia cakap" kata Rayyan serius.
Dahi Khayra berkerut.
"Can i know the reason?" Soal Khayra tenang.
"Macam yang i cerita dekat you semalam, yang ada memori waktu dia kena culik ialah Louis, Louis tu sangat kejam tak berhati perut, dia boleh buat apa je untuk puaskan hati sendiri. I taknak you jadi mangsa. Kalau Louis muncul, you panggil I atau Xavier cepat cepat," arah Rayyan sebelum dia menoleh dan memandang kearah Khayra.
"Xavier? kenapa dia?" Soal Khayra kembali.
"You tak tahu ke? Dia kan study bidang kedoktoran, dia doktor peribadi Ray, Mesti you tak tengok lagi bilik medic dekat tingkat 3 tu kan" jelas Rayyan mendatar.
"Aah i tak sempat pun naik tingkat atas. Ouh patutlah i tengok Xavier asyik melekat je dengan Ray. Okay I'm promise" Khayra tersenyum manis.
"Lagi satu kan you, kalau you nak kenal Louis, mata dia merah gelap pastu dia tak boleh cakap bahasa melayu" sambung Rayyan kembali.
"Okay i will remember that" Khayra mengangguk kepalanya perlahan.
Sesudah Arthur berbual ringkas bersama staffnya dia meminta izin untuk pergi dan terus jalan mendekati Khayra dan Rayyan .
"Khayra, I'm done here. Let's go" dingin sahaja suaranya.
Rayyan memandang Arthur sebelum menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Well done batu" kata Rayyan sambil tersenyum senget.
Arthur mengabaikan sahaja Rayyan sebelum terus melangkah ke arah lift.
Sampai di tingkat atas mereka melangkah keluar dari dalam lift. Khayra dan Rayyan pula hanya mengekor dibelakang.
Tombol pintu dicapai, namun belum sempat Arthur membuka pintu biliknya tiba tiba badannya terkaku. Khayra dan Rayyan yang berada di belakangnya sudah berkerut dahi.
"Dah kenapa pulak nak jadi pak guard pintu ni?" Tanya Rayyan mendatar. Melihat tiada jawapan daripada Arthur, Khayra juga bertanyakan soalan yang hampir sama.
"Arthur are you okay?"
Jeda. Tiada respon .
Lelaki itu masih lagi terkaku di hadapan pintu. Tiba tiba kepalanya diserang rasa sakit yang amat dasyat. Arthur memegang kepalanya sebelum terduduk di hadapan pintu. Mukanya berkerut menahan sakit. Nafasnya serta merta menjadi laju.
Rayyan dan Khayra automatik panik melihat keadaan lelaki itu.
"Woi! Batu kau okay tak ni, jangan buat drama sinetron dekat sini wey!" Tanya Rayyan cemas, dia turut melutut di sisi Arthur.
"ARGHHHHHH" jerit Arthur kuat, tiba tiba dia mengerang kesakitan. Tangannya menggigil memegang kepalanya sendiri.
Rayyan semakin panik. Xavier dan yang lain cepat cepat keluar daripada bilik apabila mendengar jeritan Ray.
Khayra pula hanya berdiri kaku di tempatnya. Tangan kecilnya mula menggigil. Kenapa ni? Apa yang jadi?
"Arthur tarik nafas, relax... kawal penafasan kau" kata Xavier mendatar sebelum memegang bahu Arthur namun lelaki itu masih lagi menggigil-gigil memegang kepalanya sendiri.
Arthur terbaring di atas lantai karpet pejabatnya itu.
Cepat cepat Rayyan mengangkat kepala Arthur sebelum diletakkan di atas pehanya sediri.
"TAK NAK! SAKIT! SAKIT!" ulangnya berkali kali seperti mengalami kesakitan. Nafas sudah tidak teratur.
Rayyan memegang pipi abangnya sebelum memaksa dia membuka mata.
"Arthur!! Buka mata kau. Tengok aku! Kau ok! Aku ok! Kita selamat! Takda siapa pun yang sakitkan kau sekarang ni" kata Rayyan separa menjerit.
Arthur terus membuka matanya perlahan lahan apabila mendengar suara Rayyan yang agak kuat di telinganya.
Selang beberapa saat nafasnya menjadi semakin teratur. Tangannya berhenti menggigil. Dia memandang tepat ke wajah Rayyan yang sedang memangku kepalanya. Wajahnya sudah basah dengan peluh.
"Hah.. Hah...Hah.. Aku minta maaf..." ucapnya perlahan. Seketika kemudian dia memegang tangan Rayyan yang sedang melekap dimukanya.
"Aku minta maaf" kata Arthur lagi nafasnya juga semakin teratur.
Rayyan menghela nafas lega.
"Kau pehal bangang, terkejut aku tau!!" Kata Rayyan geram sebelum dia mengangkat bahu Arthur untuk duduk.
Mereka yang lain disuruh masuk bilik semula. Kini hanya tinggal Xavier, Khayra dan Rayyan di sisi lelaki itu.
"Kenapa ni Art? Macam mana kau boleh jadi macam ni?" Soal Xavier mendatar. Raut mukanya jelas tampak kerisauan.
Arthur memandang Rayyan dan Xavier bersilih ganti sebelum menggelengkan kepala.
"Aku tak tahu" pandangannya dibuang ke lantai.
Xavier mengelap dahi Arthur yang sudah dibasahi peluh sebelum menarik tangannya untuk berdiri.
"We going home now" arah Xavier kepada Arthur.
Dia bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik Arthur untuk mengambil barangnya. Arthur pula hanya menurut. Begitu juga dengan mereka yang lain.
"You!" Tegur Rayyan kepada Khayra yang masih lagi berdiri di tempatnya.
"Hah?"
"You okay?"
"O-okay I'm okay" jawab Khayra laju sebelum mulut tersenyum paksa.
Sampai sahaja di rumah, Xavier dan Arthur terus masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Kau rehat sini diam diam" arah Xavier dingin.
Kemudian dia menarik tangan Rayyan ke keluar bilik.
"Aku rasa memang ada yang tak kena dengan Ray. Boleh tak kau tinggalkan kitaorang sekejap. Aku nak bagi fikiran dia tenang dulu" pinta Xavier mendatar.
"Okay apa apa hal panggil aku" balas Rayyan sebelum kaki melangkah ke arah biliknya untuk membersihkan diri.
Xavier pula masuk semula ke dalam bilik Ray. Kakinya melangkah mendekati katil.
"Boleh kau cerita dekat aku apa yang jadi tadi?" Soal Xavier tenang. Anak mata hijau terang itu direnung meminta jawapan.
"Aku ternampak memori Louis " jelas Arthur mendatar. Tangannya ditenung lama. Baru sahaja tadi dia melihat tangan itu terkoyak dan berdarah. Dia pasti Itu bukan memorinya.
"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Xavier meminta kepastian.
"Aku tak tahu" balas Arthur ringkas.
Xavier memandangnya tidak berkelip. Apa yang jadi sebenarnya. Macam mana memori diorang boleh jadi kacau bilau ni? Semalam Louis tiba tiba berperangai macam Ray harini Arthur pulak ternampak memori Louis. Dia mengaru kepalanya. Bingung tak tahu nak buat apa. Kemudian nafas berat dilepaskan.
"Ray okay?" Soal Xavier tiba tiba.
"Dia okay" balas Arthur perlahan.
"Baguslah dia okay, kau duduk diam diam, rehat dulu. Apa apa hal panggil aku" ucap Xavier sebelum dia melangkah ke arah almari bersebelahan dengan meja kerjanya.
Satu file bewarna hitam diambil.
Medical Record Ray Mikayla.
File itu diselak dan dibaca. Selepas beberapa minit dia keluar daripada bilik tu. Pintu bilik Khayra pula diketuk.
"Yes Sir Xavier? Ada apa apa yang saya boleh tolong?" Soal Khayra yang baru muncul di pintu biliknya. Dengan Xavier je dia masih memanggil gelaran Sir sebab takut dengan mukanya yang sentiasa dingin.
"I nak tanya, sebelum kejadian dekat pejabat tadi jadi, Arthur ada keluar pergi mana-mana ke?" Soal Xavier mendatar.
"Aah dalam pukul 12 tengah hari macam tu, sebelum meeting kitaorang pergi lunch sama sama. Kenapa Sir?" Jujur Khayra dia memandang lelaki itu pelik.
Dahi Xavier berkerut. Sejak Khayra bekerja dengan Ray semua benda menjadi kacau bilau. Hmmm takkanlah.
"Takda apa. By the way just Xavier enough.Tak perlu panggil Sir" balasnya ringkas sebelum dia terus berlalu pergi.
Khayra memandangnya pelik sebelum dia menutup semula pintu bilik.
Xavier membuka pintu bilik Ray perlahan. Terkejut dia apabila melihat katil bilik itu kosong. Arthur tidak ada di atas katil itu.
"Aduh mana pulak dia ni pergi" bisik Xavier perlahan.
Bilik mandi dan bilik baju dicari namun kelibat Arthur masih juga tidak kelihatan. Baru sahaja dia hendak keluar dari bilik itu. Kedengaran bunyi pintu peti sejuk ditutup.
"Wei, kau ni buat aku risau lah, aku suruh duduk diam diam kan tadi" kata Xavier sedikit tegas sebelum melangkah ke arah Arthur yang sedang minum segelas air sejuk.
"Kau cari aku ke? Sorry, aku haus lah" balas lelaki itu sebelum mulutnya tersenyum manis.
"Ray?" tanya Xavier bersama kerutan di dahi.
Anak mata terus dicari. Hijau gelap. Ray tersenyum halus. Kepalanya digaru sedikit.
"Ray!? Bila masa kau sedar" kata Xavier sedikit kuat sebelum memegang kedua belah bahu Ray.
"Baru je kejap kenapa?" Soal Ray sebelum meneguk kembali air ditangannya sehingga habis.
"Kau tunggu kejap aku panggil adik kau" kata Xavier sebelum melangkah laju keluar daripada bilik itu.
Beberapa saat kemudian pintu bilik terhempas kuat. Rayyan berlari mendapatkan abangnya sebelum memeluk erat.
Ray tergamam.
"Kau ni babi betul buat aku risau!!" Kata Rayyan kuat. Haih, sempat lagi dia ni nak mencarut.
Ray tersenyum sebelum mengusap kepala Rayyan perlahan.
"Sorry," dia juga membalas pelukan adiknya itu.
Rayyan memandang ke dalam anak mata Ray. Hijau gelap. Sah itu abangnya .
Mata Ray teralih pula pada lingkaran biru yang jelas dileher Rayyan.
"Kenapa dengan leher kau ni!?" Soal Ray sedikit terkejut. Leher Rayyan disentuh lembut.
"Tanya anak tapir yang acah tak reti cakap malay tu. Sampai hati dia cekik aku, sampai nak mampus aku tau. Tengok leher aku ni habis bengkak" kata Rayyan menerangkan apa yang sudah dibuat oleh Louis dengan nada dan muka yang dibuat buat sedih.
Serta merta wajah Ray bertukar dingin. Giginya diketap.
Hati Rayyan mula melonjak gembira. Yes benci mamat tak guna tu. Mulut sudah tersenyum kemenangan. Rasakan. Suka suka je cekik aku kan. Pikir aku tak boleh nak mengadu ke hah.
Xavier mengelengkan kepala melihat perangai Rayyan. Entah apa yang Rayyan benci sangat dengan Si Louis tu. Hah lantak!
Share this novel