"Yeay, yeay Barcelona!" Jerit Rayyan teruja di tempat duduk belakang.
Louis membuat muka menyampah. Matanya difokuskan ke arah jalanraya.
"Apasal kau pulak yang suka lebih lebih? Macam tak pernah pergi je Barcelona tu" perli Louis mendatar.
"Ayyan pernah pergi ke?" Soal Khayra pula di sisinya. Keningnya bertaut. Mata sudah memandang ke wajah adik iparnya.
"Hehe selalu pergi, alah.. tapi tu hal kerja. Bukan pergi bercuti. Asyik kerja kerja kerja je bila datang sini" adu Rayyan di belakang. Mulutnya mencebik.
"Kerja?"
"Yelah sayang, dekat Madrid kan ada satu company under nama Rayyan" jawab Louis mendatar.
Khayra terkejut memandang Louis di sebelahnya. Matanya terbuntang luas.
"Seriouslah? Kenapa abang tak pernah cerita pun?" Kata Khayra sedikit kuat.
"Lah... Tak tanya... Takda lah abang cerita" jawab Louis semula.
"Eleh you, i kan dulu pernah cerita yang kitaorang ada banyak company dekat serata dunia. Lupa lah tu" sampuk Rayyan di belakang. Wajah terkejut akak iparnya itu dipandang malas. Padahal dulu dia pernah cerita dekat Khayra. Rupanya akak iparnya itu tak ambik kisah pun. Buat penat je bazir air liur.
"Hehe... Yeke, i tak ingat lah..." jawab Khayra meleret. Mulut tersengih seperti kerang busuk.
"Habis company sini siapa yang jaga?" Tanya Khayra lagi.
"Ada anak buah Rayyan jaga, tapi kadang kadang Rayyan datang juga sini" jawab Louis.
"Kali ni kau jangan nak buat perangai tak tentu pasal eh. Kau buat perangai. Kat situ jugak aku sepak kau" larang Louis keras. Mukanya dingin sahaja. Sesekali mata akan mengerling di cermin atas melihat adiknya yang duduk di belakang.
"Hahaha harini tak perlu risau, sebab kali ni aku bawak ni... " Rayyan menyeluk kocek seluar belakangnya. Sepucuk pistol hitam dicapai sebelum ditunjuk kepada Khayra dan Louis yang berada di depan. " Sape buat hal aku tembak je terus, senang sikit. Bang!" kata Rayyan sambil mulut tersenyum senget.
"Rayyann!!"
"Ayyannn!!"
Jerit Khayra dan Louis serentak.
Rayyan tergelak besar melihat reaksi mereka. Mata masing masing sudah menikam ke arahnya. Eleh relax lah. Ini Rayyan lah.
Pandangannya dibuang keluar tingkap.
'Ini untuk langkah berjaga jaga'. getus hati Rayyan. Kejadian semalam kembali terimbau di memorinya.
Suara orang menjerit jerit menghiasi di segenap ruang. Ramai yang berkunjung ke tempat itu, ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang dengan pasangan kekasih dan ada yang membawa anak anak mereka.
Louis berjalan beriringan dengan Khayra.
"Seriously sayang? Kenapa pergi tempat macam ni? Sayang dah besar tau... Ini kan tempat budak budak" bebel Louis mendatar. Kau tahu dia dekat mana sekarang? Taman tema! Taman tema tahu tak!? The heck ketua mafia lepak taman tema. Ini semua rancangan Khayra dan Rayyan lah ni.
"Hahaha alaaaa, takpalah sekali sekala" ucap Khayra yang sudah tersenyum senyum seperti kera di sisi Louis.
"Lagipun......abang tengok tu adik abang" kata Khayra meleret sebelum tangannya dihalakan ke arah satu roller coaster yang sedang bergerak laju.
Siapa dekat situ? Semestinya Rayyan dikanak kanak tak matang.
"Woooooooohoooooooo!" Jerit Rayyan kuat. Tangan diangkat ke udara.
Louis sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Tak payah cakap, dia tu memang terencat sejak dalam kandungan lagi" kata Louis mendatar. Nafas dilepas panjang. Kemudian kakinya melangkah ke arah satu sudut untuk berehat. Dia mengambil tempat di salah satu kerusi yang disediakan di situ. Khayra juga mengambil tempat di hadapan Louis. Sedulang fries dan tiga air cawan coke diletakkan atas meja.
"Mak ai. Best siot naik binatang tu. Rasa macam boleh terbang" Rayyan mendekati mereka berdua setelah selesai sahaja menaiki roller coaster. Kemudian punggung dilabuhkan di sebelah tempat duduk Louis.
"Aah, sampai kan aku tak tahu mana satu kau, mana satu budak budak dekat situ" perli Louis mendatar. Fries disumbat ke dalam mulut sebelum dikunyah laju.
"Eleh... Jealous lah tu. Nak join cakap nak join. Pura-pura malu pula..." balas Rayyan meleret. Cawan yang berisi air coca cola diambil sebelum disedut.
Louis menjeling mata ke atas. Menyampah bodoh!
Khayra tersenyum memandang mereka bedua. Telefon dalam begnya dibawa keluar sebelum tangan laju menekan aplikasi camera.
"Jom kita selfie. Buat kenangan" ajak Khayra tiba tiba. Handphone iphonenya diangkat tinggi. Senyuman manis ditayangkan. Rayyan memaut leher Louis kuat sambil tersenyum. Louis juga mengukir senyuman paksa. Dan
Klik!
"Yeah, cantik!" Khayra melihat semula gambar itu di dalam gallery telefon. Gambar itu sangat cantik. Maklumlah camera iphone, mestilah cantik kalau tak cantik, dah boleh lempar iphone tu kelaut beli iphone baru.
Bibir tersenyum melihat skrin iphone miliknya. Mereka bertiga tampak sangat gembira dalam gambar itu. Kalau Avery ada dekat sini, mesti lagi seronok.
Iphone itu disimpan semula ke dalam beg tangan. Air minuman disedut lagi.
"Lepas ni kita pergi de...." belum sempat Khayra menghabiskan kata katanya. Louis tiba tiba menolak Rayyan sehingga terdorong ke belakang.
Tut...
Rayyan terjatuh ke lantai. Nafas Khayra seakan terhenti. Wajah adik iparnya dan wajah Louis dipandang dengan mata yang membulat besar. Air coke dalam cawan yang sudah berlubang itu jatuh mengalir ke bawah meja.
Dada mula membuat irama tidak sekata.
Fuck.
Dengan pantas Louis menarik kasar baju Rayyan dan tangan Khayra masuk ke dalam salah satu kedai yang berhampiran dengan mereka untuk berselindung.
Jelas Khayra bingung dengan situasinya sekarang. Kenapa? Apa yang dah berlaku? Orang di sekitar yang sempat menyaksikan kejadian tadi mula lari bertempiaran.
Dari dalam kedai itu, mata Louis tajam memerhati cawan air minuman Rayyan yang sudah ditembusi dengan satu peluru sniper. Mujur dia sempat menolak badan Rayyan tadi. Jika tidak pasti peluru itu sudah menembusi dada milik adiknya. Khayra ditarik bersembunyi di belakang badan.
"Abang apa yang jadi ni" soal Khayra cuak. Takut dengan situasinya sekarang. Muka Louis dingin sahaja. Mata merahnya meliar tajam memandang ke arah luar bangunan.
Dengan pantas Rayyan mengeluarkan pistol dari dalam kocek seluarnya sebelum bersembunyi di balik tiang. Kepala dijengah keluar mencari punca arah peluru itu datang. Namun tiada seorang pun yang mencuri perhatiannya. Musuh mereka sempat lari.
"Shit ah! Tak guna punya pengecut" marah Rayyan kasar. Tangan ditumbuk ke dinding.
Louis melepaskan nafas panjang.
"Dah jom masuk kereta kita tak boleh dekat sini lama lama" kata Louis dingin. Tangan Khayra ditarik laju keluar dari dalam kedai itu menuju ke tempat parking kereta. Rayyan mengikut dari belakang sebagai pelindung, matanya meliar kekiri dan kekanan melihat jikalau musuh mereka masih berada disitu.
Pintu kereta ditutup sebelum kereta dipandu menjauhi kawasan taman tema itu.
"Pergh! Nasib baik kau perasan peluru sniper tu kalau tak dah arwah dah aku tadi" kata Rayyan ditempat duduk belakang. Badannya disandar ke tempat duduk.
"Hmm" balas Louis malas.
Khayra masih lagi terkaku di tempat duduknya. Nafasnya laju turun naik. Masih keliru dengan kejadian tadi. Ada orang nak bunuh mereka! Wajah dingin Louis yang sedang memandu dipandang.
"Abang... A... Apa yang jadi tadi?" Khayra tergagap. Tangannya sedikit menggigil.
Louis memandang Khayra sebelum mukanya yang dingin tadi diganti pula dengan senyuman yang manis. Sempat tangannya mengusap kepala Khayra lembut.
"Biasalah tu, kitaorang ni mafia. Ramai musuh. Kena buru tu perkara biasa. Jangan risau" balas Louis mendatar. Malas mahu membicangkan hal tadi di hadapan Khayra.
'Jangan risau!? Kepale hotak dia lah, peluru sniper tu! Bukan kaleng kaleng!' Muka Khayra jelas tidak puas hati dengan jawapan Louis.
"You jangan risaulah, tadi tu sebab i tak dalam keadaan berjaga jaga, sebab tu terlepas pandang. Seronok sangat main binatang tu. Nasib Louis ada" sambung Rayyan di belakang pula.
"Kenapa pulak nasib Louis ada?" Khayra memandang mereka berdua. Kening sudah bertaut rapat.
"Sebab mata Louis cekap. Mata merah dia tu ermmm macam mata alien... Hahahahaha" ucap Rayyan sambil tergelak dihujung ayat.
Louis menjeling Rayyan geram. Daripada dulu mata merahnya itu digelar mata alien. Kenapa? Sebab antara salah satu kelebihan mata itu ialah, penglihatannya dua kali ganda lebih cekap dan boleh melihat benda dari jarak yang jauh. Buktinya. Dia dulu sudah nampak peluru sniper itu menghala ke arah Rayyan. Nasib baik tindakan reflexsnya juga pantas menolak badan adiknya itu. Kalau tidak, tak tahu lah jadi apa. Dah arwah agaknya budak bodoh ni.
"Mata alien?" Tanya Khayra pelik.
"Nanti malam aku cerita dekat sayang," Louis cuba ubah topik sebelum matanya fokus semula ke arah jalanraya.
"Sayang naik atas dulu. Aku ada benda nak bincang dengan Rayyan" arah Louis lembut. Khayra mengangguk laju sebelum kaki menapak ke arah tangga rumah. Louis sudah mengambil tempat di sofa.
Setelah pasti bahawa Khayra sudah naik. Wajah Rayyan di pandang semula.
"So siapa tadi tu? " Tanya Louis mendatar. Wajah dingin ditayang.
"Aku rasa mamat yang hodoh semalamlah. Aku dah agak dah, mamat tu mesti ada apa-apa muslihat. Kalau tak apasal tiba tiba dia nak pijak kasut aku yang harga beribu. Bodoh sangat tu" terang Rayyan bersungguh sungguh. Kaki melangkah ke dapur sebelum satu cawan diisikan air sejuk dan dibawa ke depan semula.
"Mamat hodoh mana pulak ni?" Soal Louis semula. Dahinya mula berkerut.
"Alah si bodoh yang pijak kasut aku semalam kat Plaza Mayor tu, aik takkan kau tak ingat?" Balas Rayyan sebelum air dalam cawan tadi diteguk separuh.
"Hah? Apa kena mengena dengan mamat tu pulak?"
"Haish kau ni makin lama makin bodoh aku tengok. Cuba kau pikir. Kenapa sebelum dia blah tu dia jeling Khayra, kau perasan tak? Padahal dia mana kenal kita semua. Unless memang dia kenal kita semualah" jawab Rayyan selamba. Badan disandar ke kerusi.
Louis menjeling Rayyan tajam. Sesukahati je kata dia bodoh.
"Tapi betul jugak... Aku pun perasan yang semalam dia sempat jeling Khayra sebelum dia blah" sambung Louis pula. Tangan elok menongkat dagu. Otak ligat berfikir. Ada betul apa Rayyan cakap. Macam mana dia tahu Khayra datang bersama mereka sedangkan orang ramai mengelilingi tempat tu semalam. Kenapa dia pandang Khayra? Kecuali memang dia tahu siapa mereka.
"Tapi kita takda bukti kukuh sekarang"
"Itulah masalahnya. Kita bertiga je pulak tu. Pastu yang pandai lawan kau dengan aku je. Khayra confirm- confirm mati awal" selamba Rayyan berkata.
"Babi kau!" Marah Louis.
"Aip marah ke? Kenapa? Hati sudah jatuh cinta?" Perli Rayyan. Mulutnya tersenyum senget. Matanya sengaja dikecilkan memandang Louis.
Louis menjeling tajam. Bodoh bingai ni. Tak pikir ke Ray mengamuk kalau Khayra mati.
"Tak lah bodoh, dah lah! Malas aku nak layan kau" balas Louis kasar.
"Hahahahahahah " gelak Rayyan terbahak-bahak . Suka dapat kenakan Louis. Tv diruang tamu dibuka. Mata fokus memandang ke arah kaca tv.
Kemudian suasana menjadi sunyi semula. Hanya suara tv dan kipas sahaja kedengaran.
"Aku minta maaf" ucap Louis tiba tiba.
Rayyan menoleh ke arah Louis dengan dahi yang berkerut seribu.
"Minta maaf?" soal Rayyan pelik. Tak pernah pernah dengar mamat alien ni minta maaf. Tiba tiba je. Dah nak mampus agaknya tu yang jadi baik. Selalu orang dah nak mati memang macam tu dia akan minta maaf dekat semua orang dulu.
"Sebab leher kau dulu" tangan Louis naik menunjuk ke arah leher Rayyan.
"Hahahahahah pehal pulak tetiba nak minta maaf. Dulu kau pernah nak bunuh aku pakai AWM relax je. Pehal dah taubat pulak tiba tiba ni?" Kata Rayyan sambil tergelak kuat. Kelakar tengok perangai Louis. Kemain lagi sekarang eh. Dulu tak payah cakaplah, membabi tak ingat dunia. Sampai adik sendiri pun dia main tibai je.
"Aku minta maaf dah kira untung bodoh! Kau taknak maafkan lantaklah kisah pulak aku!" Kata Louis dingin. Orang minta maaf dia boleh gelakkan pulak. Pikir senang ke nak minta maaf. Cibai punya adik.
"Hahaha yelah Louis. Apa apa jelah. Aku tak ambik hati pun sebenarnya. Dah tahu perangai kau memang macam cial sikit" air ditubir mata dikesat kasar. Petang petang macam nilah dia nak buat lawak pulak. Aduh...
Louis mendengus geram. Bodoh punya Rayyan. Matanya memadang ke kaca tv.
Entah apa yang ditengoknya. Mata je kat tv. Fikiran dah jauh melayang.
Selepas beberapa minit menyepi. Kedengaran seperti bunyi tapak kaki turun dari arah tangga.
"Abang dah habis bincang ke?" Soal Khayra mendatar. Kepala dijenguk ke ruang tamu.
"Dah, kenapa sayang?" Soal Louis lembut.
"Tak, sayang nak masak makanan dekat dapur untuk kita semua"
"Ouh pergi jelah" jawab Louis meleret. Mata memandang ke tv semula.
"Masak sedap sedap tau you!" Jerit Rayyan.
Khayra menapak turun sebelum terus menuju ke arah dapur. Bibirnya tersenyum sinis. Wajah adik iparnya dipandang sekilas.
"Mestilah kena sedap, harini i nak masak daging Johnny masak black paper" kata Khayra selamba sebelum tergelak dihujung ayat.
Membulat mata Rayyan apabila mendengar binatang peliharaannya akan dijadikan lauk.
"YOUUUUU!! "
Kemudian terdengar pula gelakan kuat dari arah dapur. Louis sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dua budak bingai.
Share this novel