Bab 34

Action Series 36344

Pen di tangan dipusingkan beberapa kali. Mata bertentang mata tanpa berkelip memandang antara satu sama lain. Sesaat selepas itu mata Rayyan terkelip.

"Hahaha abang pejam mata, abang kalah" ucap Avery sambil menggelakkan Rayyan.

"Eleh ada anginlah tadi" kata Rayyan membuat alasan.

"Angin tak angin bak sini kad kau" kata Avery sambil menghulurkan tangan .

Rayyan mendengus geram. Tangan laju mencapai poket seluar sebelum memberikan kad banknya yang berwarna emas kepada Avery. Duit di dalam kad itu cecah sehingga 3 billion USD.

Avery tersenyum gembira. Yeah dapat satu lagi kad.

Khayra hanya memerhati dari tepi. Keluarga diorang ni memang pelik. Ada ke manusia dalam dunia ni lawan mata, tapi siapa yang menang dapat kad bank? Ada? Bak sini bagi tahu. Ini sebab kes duit dah berlambak tak tahu nak buat apa lah ni.

"Abang long, abang dengan kak Khayra bila nikah?" Soal Avery tiba tiba.

"Dua bulan lagi, maybe 20 haribulan tujuh. Kenapa?" jawab Ray mendatar. Matanya masih tidak lepas memandang laptop di hadapan.

Rayyan? Dah terbongkang atas kerusi.

"Ouh takda, sebab Av rasa macam tak boleh datang je, time tu " ucap Avery sedih. Khayra memandang Avery yang duduk di lantai bilik abangnya itu.

"Kenapa tak boleh datang?" Tanya Khayra lembut.

"Sebab time tu syarikat dekat Sweden ada perlantikan jawatan jawatan pengarah bahagian" kata Avery lagi.

"Takpa lah, nanti majlis dekat France Avery datang lah" Khayra tersenyum manis memujuk Avery.

"Aah, tak dapat pergi yang dekat sini datang masa dekat France punya" sambung Ray pula. Tangan masih laju menaip kerja di komputer berjenama Applenya itu.

"Hmmm"

"Takpa nanti akak ajak Avery shopping, kita cari baju sanding akak sama sama nak?" Kata Khayra cuba menceriakan Avery yang masih berwajah sedih.

"You taknak pilih dengan i ke?" Ray mencelah. Matanya sudah beralih pada gadis itu.

"Alah takpelah, i pergi dengan Avery. Nanti baju sanding kenduri dekat France i beli dengan you okay?" balas Khayra lembut.

"Yeah! Thanks akak, nanti kita cari baju kahwin sama sama" kata Avery sambil mulut yang tersenyum gembira. 

"Sukati you, i okay je mana mana" jawab Ray tenang sebelum dia kembali membuat kerjanya.

Tok! Tok!

"Come in" kata Ray sedikit kuat.

Xavier masuk ke dalam, di tangannya memegang beberapa fail yang agak banyak. Fail fail itu kemudian diletak di atas meja kerja Ray.

"Ray ini semua yang kau kena check dan tandatangan, nak siap harini jugak" ucap Xavier mendatar. Muka? Jangan risau masih lagi beku. 

"Seriouslah!? Bila masa aku nak balik kalau macam ni banyak dia?" Kata Ray separa menjerit. Matanya membulat memandang ke arah fail fail yang diletakkan oleh Xavier sebentar tadi. Mampus sekarang sudah pukul 3. Nak siapkan semua ni mahu sampai ke malam.

"Tak boleh nak buat apa, kita dah tangguh 2 minggu tak masuk kerja" kata Xavier mendatar.

Khayra pantas memandang ke arah mereka berdua.2 minggu tak masuk kerja? Padahal Ray kata dia busy menyiapkan kerja selama 2 minggu lepas.

Ray yang menyedari hal itu terus membuat isyarat mata kepada Xavier.

"Je suis désolé, je n'ai pas remarque (Maaf, aku tak perasan) " kata Xavier cepat cepat menukar bahasa apa bila dia sedar bahawa Khayra sedang curi curi mendengar perbualan mereka.

"C'est bon, tu peux y aller maintenant(Takpa , kau boleh pergi sekarang )" kata Ray mendatar. Muka diraup kasar. Haih banyaknya kerja perlu disiapkan. "Ouh , Et j'ai besoin de votre aide."( ouh, and i need some help from you) kata Ray semula.

"Qu'est-ce que c' est" ( apa dia?) balas Xavier mendatar. Ray menoleh ke arah Rayyan yang sedang tidur di atas kerusi biliknya.

"Kau kejut makhluk sial atas kerusi tu" kata Ray dingin.

Xavier berjalan ke arah Rayyan. Kemudian dia menarik telinga Rayyan kuat .

"ARGHH! BABI BABI, tanggal lah telinga aku sial !" Jerit Rayyan yang terus terjaga apabila telinganya ditarik kuat.

Avery tergelak melihat abangnya yang kena piat telinga dengan Xavier. Ray sudah tersenyum puas. Mana boleh dia sorang sahaja yang sengsara. Adiknya perlu merasa jugak. 

Khayra pula hanya tersenyum di tempat duduknya.

Mata merenung tajam gambar seorang perempuan yang bermata biru cair bertoncang satu sedang tersenyum manis ke arah Khayra. Kemudian gambar itu direnyukkan kasar sebelum dibuang ke lantai.

"Scott!!" Jerit lelaki itu kuat. Lelaki yang bernama Scott datang menghadapnya.

 "Aku nak kau rogol perempuan mata biru tu " bibir Dylan mengukir senyuman sinis. 

"Baik boss"

Dylan bangun daripada kerusinya sebelum melangkah keluar bilik dengan muka yang tersenyum jahat.


Mereka berdua asyik melihat lihat baju ada di dalam butik pengatin itu.

"Akak nanti nak sanding pakai baju warna apa?" Soal Avery mendatar. Matanya tidak lepas melihat baju gown yang tergantung di almari itu. Sudah tinggal sebulan sahaja tarikh pernikahan Ray dan juga Khayra .

"Putih kut, lagipun Abang Ray kata haritu macam nak sanding guna warna putih" jawab Khayra mendatar. Matanya sibuk mencari cari baju yang disukai. 

Avery mencapai satu gown putih yang besar. Butir butir manik yang timbul bercorakkan bunga dikedua lengan itu menambahkan lagi kecantikan gown tersebut. Kain yang digunakan juga sangat lembut dan tidak panas.

"Akak yang ni, Av rasa akak sesuai sangat kalau pakai baju ni" kata Avery sambil tangan menghulurkan sehelai gown kepada Khayra.

 "Cantiknya! Akak suka! Pandai Av pilih" kata Kahyra sambil tersenyum lebar. Tangannya menghelus lembut kain gown putih itu.

"Okay kejap eh" Avery terus memanggil pembantu kedai yang sememangnya daripada tadi merenung ke arah mereka berdua. Merenung pelanggan sehingga menyebabkan rasa tidak selesa tu adalah satu perkara wajib yang dilakukan oleh setiap pembantu kedai.

"Kitaorang nak tempah baju ni untuk 20 haribulan 7" Gown tersebut bertukar tangan.

"Sekejap ye cik" wanita itu menuliskan sesuatu ke dalam resit.

"Ini harga deposit, masa nak ambik nanti bayaran kena full" kata pembantu kedai itu. Avery mengambil resit itu. Resit bertukar tangan.

"Takperlu, saya bayar full je terus, swap guna kad ni" kata Avery berwajah beku, tangan menghulurkan sebuah kad bank berwarna emas yang dia dapat setelah menang berlawan mata dengan abangnya tempoh hari. Ehek.

"Baiklah cik" kad itu bertukar tangan. 

Setelah membuat bayaran, pekerja itu menghulurkan satu kad kepada Avery. " Nah, kad ni bawak masa nak ambik baju, baju siap dalam masa dua minggu lagi, boleh ambik setelah baju siap, okay" kata pembantu kedai itu ramah.

Avery mengambil kad itu. Wajahnyanya dingin sahaja. Kemudian pembantu kedai itu mula mengukur badan Khayra.

Jangan salah faham ya, mereka bukan menyewa gown. Tetapi mereka menempah unutk membeli gown, kiranya pilih design dan mereka akan membuat gown yang khas dengan saiz yang tepat.

Avery melihat resit yang diterima. RM45,000. Hmm murahnya gown dekat Malaysia.

Mereka berdua jalan keluar daripada butik itu. Hari panas terik. Muka Avery sudah mula memerah. Maklumlah dia sudah biasa duduk di negara sejuk.

"Okay lepas ni kita pergi mall pulak cari cincin" ujar Avery dengan nada yang teruja. Excited dapat shopping dengan bakal akak iparnya. Khayra pula hanya ikutkan sahaja. 

Kaki melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta Chevrolet Camaro merah itu kemudian meluncur laju menuju ke Starhill Galery. Mall tujuh tingkat yang agak mewah di bukit bintang.

Kedai cincin terus dituju.

"Akak nak cincin yang macam mana?" Soal Avery ke arah Khayra yang berada disisinya. Matanya masih memandang meja kaca yang penuh dengan cincin pelbagai saiz dan harga.

"Akak nak yang simple dan tak terlalu besar" ucap Khayra lembut.

"Saya nak yang paling mahal tapi nampak paling simple. Pastikan paling mahal tau" bisik Avery ke arah tukang kedai cincin itu. 

Seketika kemudian tukang kedai itu membawa satu kotak yang berisikan dua pasang cincin yang bewarna silver dan bertatah berlian pink yang sangat cantik.

Khayra mengambil cincin itu dan membelek.

"Cantik, akak suka" kata Khayra lembut sebelum tersenyum lebar. 

"Tapi tak mahal sangat ke Av harga cincin ni?" Tanya Khayra.

"Berapa harga cincin ni?" Bisik Avery kepada pekerja kedai itu pula.

"Lapan ratus sebilan puluh enam ribu cik"

"Takde yang lagi mahal ke?"

Pekerja itu menggeleng.

"Takde kak, ni yang paling murah" kata Avery kepada Khayra.

"Saya ambil cincin yang ni, Nah swap guna kad ni" ucap Avery mendatar. Wajahnya bertukar dingin jika bercakap dengan orang lain. Bak kata Khayra, macam adik Xavier.

"Takpa ke Avery bayarkan semua untuk akak?" Tanya Khayra lembut sebaik sahaja mereka berjalan keluar daripada kedai cincin tadi.

"Alah takpalah kak, duit Av ni kalau buat mandi hari hari pun tak habis, apa salahnya kita berkongsi. Lagipun akak nanti jadi akak ipar Av jugak" kata Avery sambil mulut terukir senyuman manis.

Khayra menghela nafas panjang. Lantak mu lah dik. Susah nak jumpa orang baik hati bak ahli syurga ni. Mereka kemudian meneruskan lagi sesi mengores kad di kaunter. Habis ke semua tingkat mall itu dijelajah.

"Av, akak nak pergi tandas sekejap. Av jangan pergi mana mana tau" kata Khayra setelah hampir 2 jam mereka bershopping.

"Okay" balas Avery sambil tersenyum sebelum melihat Khayra yang semakin hilang dari pandangan. Hmm dah nak terkucil sangat lah tu.

Avery bersandar di dinding kaca. Matanya tajam merenung orang ramai yang lalu lalang disitu. Ramai betul orang datang ke sini untuk menghabiskan duit. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang bersama pasangan kekasih. Huh entah entah kena kikis tu haha padan muka, perempuan sekarang bukan boleh kira.

Tiba tiba ada seorang lelaki berbadan tegap mendekati Avery. Avery menoleh ke kiri sebelum tersenyum sinis memandang kearah lelaki bertopeng hitam itu. 

Hello motherfucker.


Rayyan memandang Ray yang sedang fokus membuat kerjanya di laptop.

"Kau bagi pulak Khayra keluar, takde siapa jaga dia. Xavier dengan Keith balik US kan harini?" Tanya Rayyan sambil membaling dart ke arah papan dart di dalam bilik abangnya itu.

Ray mengangkat wajahnya sebelum tersenyum sinis.

"Takpa dia keluar dengan Avery" ucap Ray tenang. Tangan kembali menaip kerjanya di laptop.

Membulat mata Rayyan memandang ke arah abangnya.

"Kau gila! Kenapa takde sapa teman diorang?" kata Rayyan sedikit kuat sebelum menyambung kembali membaling dart. Red point.

"Mampus lah, siapa yang berani kacau diorang, aku harap takda mana mana mall yang meletup harini" kata Rayyan berbisik sendiri. Kemudian nafasnya dilepas panjang.

"Okay dah siap, jom" ajak Khayra yang baru sahaja keluar dari tandas. 

Avery tersenyum manis sebelum mereka berdua melangkah ke kedai lain pula. Banyak lagi yang perlu dibeli. Kalau boleh dia ingin membelanjakan sehingga lebih berjuta-juta untuk akak iparnya itu. Tangannya memaut lembut lengan Khayra sambil kepalanya elok dilentokkan ke bahu.


Dylan memandang tajam ke arah anak buahnya yang kini muka sudah penuh dengan lebam dan bengkak. Tangan kirinya patah teruk. Dan 3 tulang rusuknya juga turut patah.

"Boss, kenapa boss tak bagi tahu yang budak tu pandai berlawan" ujar Scott perlahan sambil terbatuk batuk. Muka? Takpayah cakap, dah tak serupa muka. Teruk dia dikerjakan oleh gadis bermata biru bertoncang satu itu. Gadis itu nampak comel dan lemah tapi baru sahaja dia menyentuh bahu gadis itu. Beginilah kesudahan nasibnya.

Dylan mendengus geram. Takguna! Adik perempuan mereka itu juga pandai berlawan. Tapi tak hairanlah, mereka semua keturunan Mikayla. Pasti masing-maisng mempunyai seni mempertahankan diri.

"Yang kau tak pukul dia kenapa?" Soal Dylan dingin.

"Macam mana nak pukul boss, saya baru nak sentuh dah jadi macam ni. Teruk saya kena belasah" ucap lelaki itu. Bibirnya yang sudah bengkak dan berdarah itu dipegang. Malu gila kalah dengan perempuan. Lagi lagi perempuan yang lebih pendek darinya.

"Lagi satu boss, perempuan tu bahaya. Dia bukan sebarang perempuan boss"

"Asal?"

"Dia bawak bom. Bom tu kecik je sebesar lipstick. Takut saya tengok boss. Nak melawan pun tak senang" kata lelaki itu lagi. Matanya memandang ke arah lantai.

Dylan menumbuk mejanya kuat. Takguna! Rosak plan aku.

Dia fikirkan dengan menculik adik mereka itu, dia dapat menjadikan gadis itu sebagai tebusan malah sebaliknya pula yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience