"Ray bila kita nak bertolak ke France, makin lama kita dekat sini, company kat sana makin teruk" kata Zen salah sorang anak buah Ray.
"Aah Ray ,aku rasa dah lama sangat kita dekat sini, pulak tu semua datang kesini, pastu dekat sana tinggal ayam ayam yang jaga, sebab tu timbul isu" kata Xavier pula.
Dalam kumpulannya itu hanya 6 orang sahaja yang biasa memanggilnya menggunakan nama .
Keith , Faiq , Xavier, Zariq ,Zen, dan adiknya Rayyan. Pekerjanya yang lain memanggilnya dengan gelaran sir atau boss.
Ray hanya diam tangannya bermain-main dengan sebatang pen yang berukiran emas.
"Aah lah Ray, lagi pun aku bosan dekat sini, dekat sini aku tak boleh main, banyak sangat anjing. Jom lah balik rumah" kata Rayyan memujuk abangnya itu.
"Sedap kau cakap, Khayra macam mana?" soal Ray mendatar.
" Argh susah susah kau culik jelah pompuan tu bawak lari pegi France , pastu kau ugut suruh kahwin dengan kau. Tamat habis cerita. Semua orang bahagia" kata Rayyan dengan nada yang bangang .
"Dilarang bodoh disini Ayyan" kata Ray dingin.
" Dilarang bodoh disini Ayyan" ajuk Rayyan dengan membuat mimik muka yang hodoh. Kemudian dia menoleh pula ke arah anak anak buahnya yang lain.
"What? Aku bagi cadangan je" dengan menayangkan mukanya tak bersalah.
Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala melihat perangai ketuanya yang satu ini.
Ray memandang bilik mesyuarat itu. Hampir 29 orang anak buahnya lengkap memakai sut hitam dan bersenjata.
Setelah 10 minit berfikir dan berbincang dengan 5 anak buahnya yang berguna selain daripada Rayyan, dia pun membuat keputusan.
"Okay Écoute maintenant , aku dah buat keputusan, Aku, Rayyan, Keith, Zen, Faiq, Zariq dan Xavier akan ikut aku balik ke France 1 minggu lagi untuk handel company dekat sana, korang semua jaga syarikat dekat sini. Jangan buat hal yang aku tak suka, Faham!" Kata Ray cukup tegas.
"Baik boss" jawab anak anak buahnya serentak.
"Dah bersurai" kata Ray mendatar. Kemudian dia bangun dan terus sahaja melangkah kearah pintu utama.
Rayyan juga bangun dari kerusinya.
"Blah ah tunggu apa lagi! Dasar muka tak siap !" ujar Rayyan tiba tiba. Kemudian dia juga turut melangkah keluar daripada bilik itu.
"Keith kau stay sini ke malam ni?" soal Ray ketika berjalan bersebelahan dengan Keith.
"Aah kut. Ayyan ajak aku tadi" kata Keith sambil memegang fail yang dibawanya masuk ke meeting sebentar tadi.
Habis lah rumah aku malam ni , Ray hanya mengeluh lemah.
__________________________________
Selepas sahaja keluar daripada bilik meeting itu Ray berjalan masuk kedalam bilik latihannya.
Mesti pelik kenapa ada bilik latihan?
Sebenarnya diorang semua berada di dalam rumah Ray dan Rayyan, rumah itu pula dipecahkan menjadi dua bahagian, bahagian sebelah kanan adalah kawasan Ray dan bahagian sebelah kiri adalah kawasan Rayyan.
Kenapa asing?? Nanti korang tahu. Manakala tingkat bawah pula terdapat bilik gym, bilik mesyuarat, dapur, kolam renang .
Bahagian bawah tanah pula ada bilik latihan menembak, bilik senjata api, bilik penyeksaan, bilik hitam.
Kira besar lah tu duduk pun hanya dua orang . Bukan sepuluh. Kadang kadang sahaja anak buahnya yang lima orang itu akan menetap di sini atas arahan Ray.
Ray mencapai riffle kesayangannya yang tergantung elok di dinding bilik , kemudian dia mula berlatih menembak.
Kesemua yang ditembaknya tepat mengena sasaran. Tiada satu pun yang tersasar.
"Bila kita balik France nanti, Khayra ikut tak?" Soal Rayyan yang baru saja tiba di bilik itu.
Ray memandang adiknya.
"Semestinya" senyuman sinis ditayangkan.
"So betul ke kau setuju dengan cadangan aku tadi ,nak culik dia?" soal Rayyan tenang dan dengan muka yang penuh dengan selamba.
"Kepala hotak kau" Ray terus mangambil sehelai tuala untuk mengelap peluh.
"Hahaha aku gurau je.... Yeah yeah I'm coming home I'm coming home... I'm coming home... Tell the world I'm coming home " Rayyan bernyanyi kecil sambil mengelap pistol kesayangannya.
"Kalau kau nyanyi lagi macam tu, kau seorang tinggal sini "jawab Ray sambil menayang muka dingin.
"Yelah yelah whatever... Nak gembira pun salah. Serious je memanjang, apa benda entah yang dia dapat kalau serious je 24 jam. Mati agaknya kalau nak bergurau. Dah nak kahwin pun nak serious . Entah macam mana dia nak layan bini dia nanti agaknya. Pikir orang sukalah tu dengan perangai serious dia..... ." Bebel Rayyan tak henti henti.
Ray yang malas hendak mendengar bebelan Rayyan terus sahaja naik ke tingkat atas untuk mandi dan menukar baju.
Rayyan hanya memerhatikan abangnya dari ekor mata.
Sesudah mandi Ray merenung gambar seorang perempuan. Perempuan itu kelihatan sungguh cantik dengan senyumannya yang melebar .
"Khayra kalau kau kahwin dengan aku, kau bahagia ke tidak?" soal Ray dalam hati.
Soalan itu dibiar sepi . Dia kemudian berbaring di atas katilnya. Baru saja hendak melelapkan matanya, telinga menangkap bunyi letupan kuat kedengaran dari arah laman . Alarm rumah itu juga berbunyi nyaring .
"Emergency! Emergency! " Suara alarm memberi amaran.
"Haish apalah dua orang bala tu tengah buat" kata Ray dingin. Dia hanya memejamkan matanya cuba untuk tidur.
Sebab inilah dia tidak gemar jika Rayyan mengajak Keith bermalam dirumahnya.
Selepas itu kedengaran pula bunyi orang menjerit.
"Woi Keith apa kau buat ni aku suruh tembak ayam hutan tu , bukan baling bom sengal" jerit Rayyan.
"Kau kata bunuh je, tak kata pulak suruh guna apa." jawab lagi satu suara .
"Woi laman aku terbakar woi, ni semua kau punya pasal lah ni . Sialan! " Kuat suara Rayyan menjerit.
"Laman kau bukan laman aku" kedengaran lagi satu suara lain pula menjawab.
" Kau ni memang tak guna! meh sini kau! "
"ARGHHHH TOLONG! " Keith menjerit kuat.
Ray mengambil dua bantal dan menutup telinganya. Dua ekor binatang tu memang macam tu kalau berjumpa. Memekak macam badak hutan.
Sebab tu dia asingkan bahagian rumah, kalau tak dengan bahagian rumah dia sekali dibuat main bom. Bukan boleh kira budak dua ekor tu.
" WOi! Woi! Janganlah!" Jerit Keith lagi.
"Sial lah budak berdua ni . Aku nak tidur pun tak senang, esok aku ada meeting pagi..... " kata Ray sambil mukanya yang ditekup kedalam bantal.
Share this novel