Bab 25

Action Series 36344

Rayyan melihat wajah Khayra yang jelas ketakutan memandang ke arahnya. Nafasnya dilepas perlahan. Ah, pasti gadis itu takut melihat dirinya saat ini. Entah mengapa dia terasa sedikit berkecil hati.

"Ermm...You okay?" tanya Rayyan lembut.

Khayra mengangguk lemah.

"Ermm sorry kalau i nampak menyeramkan tadi..." tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Khayra memaksa mulutnya untuk mengukir senyuman.

Ray mencabut jaket hitam yang dipakai sebelum meletakkan di atas kepala Khayra. Kesian aurat gadis itu dilihat mereka yang lain.

"I'm okay" balas Khayra kepada Rayyan. Badan masih lagi mengigil.

Mereka berdua berjalan ke arah pintu utama gudang itu.

"Kejap" kata Ray sebelum dia menghalang Khayra daripada terus berjalan.

"Pehal?" Tanya Rayyan tak ada mood.

"You tutup mata dulu boleh? Dekat luar ni bersepah mayat dengan darah, i taknak u tengok semua tu" balas Ray lembut sebelum memandang wajah Khayra. Cukup lah gadis itu melihat mayat kepala lelaki tadi bersepai dikerjakan oleh Rayyan, jangan menambah pula dengan yang dekat luar ni.

Rayyan sudah menjeling menyampah. Halah halah time ni lah nak romantik bagai. Ey geramlah aku!

Khayra mengangguk perlahan sebelum menutup mata rapat.

Perlahan-lahan Ray memimpin Kahyra melangkah melepasi mayat mayat yang sudah bersepah diluar gudang. Darah berada merata-rata. Ni kalau Khayra tengok mahu demam seminggu.

Ray memimpin tangannya hingga masuk ke dalam Ferrari hitam yang elok terparkir di sudut jalan. Khayra duduk di seat penumpang. 

"Korang settel kan dekat sini, aku bawak Khayra balik dulu. Apa apahal call aku" kata Ray kepada Rayyan mendatar sebelum dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Orait" balas Rayyan sebelum membuat isyarat tangan berbentuk ok.

Kereta meluncur laju hilang dari pandangan. Rayyan melangkah masuk semula dimana lelaki misteri tadi dibunuh. Xavier sedang mencangkung disisi mayat tersebut.

"Macam mana? Betul ke dia Black Death?" Tanya Rayyan kepada Xavier yang baru sahaja selesai memeriksa mayat itu tadi.

Nice kan, bunuh dulu baru check. Biasalah, Rayyan. Siapa je tak kenal perangai dia.

Xavier mengeluh panjang sebelum menggelengkan kepala.

"Tak, ni bukan dia. Dia ni orang upahan je" ucap Xavier mendatar sebelum dia bangun daripada duduknya. Seluarnya ditepuk membersihkan habuk yang melekat.

"Hmm aku dah agak dah, jaranglah orang bijak buat benda bodoh macam ni" Rayyan menyepak perlahan serpihan daging kepala yang berada dikakinya.

"Lagi pun dia dah lama tak serang kita kan? Dah bertahun. Kenapa baru sekarang?" Celah Keith pula mendatar.

"Dia bosan kut" komen Zariq.

"Tak pun dia ada sebab lain..." sambung Zen.

"Hidup tak ingat tuhan macam tu lah" balas Faiq pula.

Krik. Krik. Krik. Krik

Masing-masing sudah memandang ke arah Faiq.

"Apa?" Soal Faiq yang masih lagi blur.

"Dah lah jom ah cau. Nak lama lama dekat sini nak buat apa" pintas Keith menukar topik.

"Habis diorang ni semua?" Soal Faiq sebelum memandang mayat lelaki misteri itu. Tu tak termasuk lagi dengan jasad jasad di luar gudang yang bersepah dimerata-rata.

"Bakar jelah" cadang si kembar. Masing masing sudah tersenyum lebar.

Rayyan memandang mereka berdua. Senyuman sinis terukir.

"Nice idea, jom buat bbq" ucap Rayyan teruja. Laju kaki melangkah keluar gudang.

Bonet kereta dibuka. Tong minyak dikeluarkan.

Keith juga sudah tersenyum lebar.

Xavier hanya memerhatikan sahaja daripada tepi. Hmm layankan jelah budak-budak tak ada akhlak ni.

Kereta yang dipandu Ray laju membelah jalan. Setelah hampir setengah jam mereka sudah sampai di halaman rumah agam.

Kereta diparkir betul-betul di hadapan pintu rumah.

Ray keluar dari dalam kereta dan melangkah ke bahagian pintu penumpang sebelum membukakan pintu untuk Khayra. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam.

Khayra duduk di atas sofa ruang tamu, masih lagi dalam keadaan terkejut. Baru kali pertama tengok orang mati kena tembak depan mata. Ganas pulak tu. Siapa je yang tak takut. Silap haribulan boleh termimpi mimpi.

Ray menuangkan secawan air suam sebelum dihulurkan kepada Khayra. Kemudian dia mengambil kotak first aid dan menyapu ubat perlahan di bahagian bibir Khayra yang sudah bengkak. Setelah selesai dia mengemas kembali kotak tersebut sebelum diberikan kepada pembantu rumah.

"I'm sorry Khayra disebabkan i, you terpaksa lalui ni semua. I minta maaf sebab tak jaga you baik baik" kata Ray cukup lembut dan perlahan. Mata hijaunya memandang tepat ke dalam anak mata coklat milik Khayra.

"It's okay Ray. Im okay, cuma terkejut je tadi" bohong Khayra perlahan sebelum mengambil cawan yang berisi air suam pada tangan Ray dan dicicip perlahan.

"Ermm Ray" panggil Khayra perlahan.

"Ye?"

"Korang membunuh ni tak apa ke? Tak kena tangkap?" Soal Khayra risau. Wajah Ray dipandang.

Ray terdiam. Ingatkan Khayra takut melihat mereka membunuh macam orang gila. Rupanya dia takut kalau mereka kena tangkap sebab membunuh. Hatinya sedikit tersentuh. Nak cium belum kahwin lah pulak. Akhirnya dia hanya tersenyum tipis.

"Duit mainkan peranan" jawab Ray mendatar.

Khayra hanya memandang lantai mendengar bicara lelaki itu. 

"You naik bilik pergi rest okay, kalau you nak apa apa panggil je i" kata Ray perlahan. Bahu Khayra ditepuk lembut.

Selepas dia menghantar Khayra masuk ke dalam bilik, Ray turun ke ruang tamu semula. Mereka yang lain sudah berada dan berkumpul di bawah. Ray melangkah mendekati mereka.

"So macam mana?" Soal Ray sambil mata memandang ke arah Rayyan yang duduk berhadapan dengannya.

"Macam mana apa, semua aku dah buat Babi-q" balas Rayyan dengan nada teruja .

"Bukan tu, betul ke dia Balck Death?" Soal Ray semula sebelum duduk di salah satu sofa yang kosong.

Xavier menggelengkan kepalanya.

"Tak tu bukan dia" kata Xavier mendatar sebelum mengela nafas panjang. Susah jugak nak cari musuhnya itu. Dengan keadaan Ray lagi macam ni.

Ray menongkat dagunya berfikir .

"Kau kahwin jelah cepat cepat dengan Khayra, senang sikit. Sekarang ni si laknat tu pun dah target Khayra. Bahaya wei, kita semua sendiri tahu macam mana kebolehan musuh kita kali ni. Bila bila masa je dia boleh muncul dan huru harakan keadaan" jelas Rayyan panjang lebar sebelum dia memandang ke arah wajah Ray yang duduk berdepan dengannya.

"Aku tengah sakit, aku nak aku pulih dulu baru aku khawin dengan dia. Aku taknak Louis cederakan Khayra " balas Ray mendatar. Musuh mereka kali ini bukan sahaja Black Death, malah Ray juga berlawan dengan dirinya sendiri. Louis. Dia tak yakin personalitinya yang satu itu akan menjaga Khayra seperti mana dia menjaga gadis itu.

"Bab tu aku boleh tolong" celah Xavier tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya.

"Dah tu memang kerja kau bangkai" kata Rayyan selamba.

Xavier menjeling geram. Kemudian Ray melihat Zen dan Zariq bersilih ganti.

"Korang jadi tak fly ke England?" Soalnya prihatin.

"Jadi , esok kitaorang bertolak" balas kembar itu serentak.

"Naik apa?"

"Mikayla airlines"

Rayyan terus memandang mereka pelik.

"Apa ke bangang kembar dua ekor ni. Yang korang pergi sesakkan diri naik yang biasa kenapa? Habis kapal belakang rumah ni aku beli untuk apa? Buat museum negara?" Tanya Rayyan berkerut memandang Si kembar. Keningnya diangkat sebelah.

Zen dan Zariq hanya tersenyum lebar.

"Saja nak feel feel miskin sikit sekali sekala" kata mereka berdua serentak sebelum tersenyum dan tergelak dihujung ayat.

"Kepala hotak kau feel miskin, nak rasa miskin sangat pergi ambik ekonomi class sana. Acah nak feel miskin tapi ambik first class jugak" balas Rayyan mendatar. Badannya disandarkan pada sofa.

Ray mengelengkan kepala melihat perangai mereka. Setelah itu dia bangun berjalan ke arah lift untuk naik ke bilik. Xavier pula hanya mengekor dari belakang. Maklumlah bilik kongsi.

Faiq juga melangkah ke arah lift. Nak rehat katanya. Penat apanya tak tahulah padahal dia yang paling sikit bergaduh tadi. Alasannya nanti tangan sakit tak boleh nak buat kerja. Babi betul alasan tak boleh pakai.

Si kembar tu pulak awal awal lagi dah naik untuk mengemas barang. Flight mereka awal pagi esok. Memang saja suka susahkan diri. Tak faham betul jenis orang macam ni.

Maka tinggallah Rayyan dan Keith berada di ruang tamu itu.

"Hah kau tunggu apa lagi jom ah lawan mobile legend" kata Rayyan sebelum dia mengeluarkan Iphone 8plus gold dari dalam kocek seluarnya.

"Siapa kalah kena denda cuci tandas seminggu, amacam?" Balas Keith tersenyum mengejek. Dia juga turut mengeluarkan iphonenya.

"Takpayah, sapa menang dapat kereta Audi TT putih Ray"

"Orait bring it on man" kata Keith teruja.

The heck, apa kena mengena kereta Ray dalam pertaruhan mereka. Ah lantak !

Setelah malam menjelma Khayra turun ke meja makan untuk makan bersama sama.

"Hi Ayyan, hi korang" sapa Khayra lesu tidak bersemangat seperti sebelum sebelum ini. Kemudian dia mengambil tempat bersebelahan dengan Rayyan.

"You okay tak baby? Macam nak mati je i tengok" tanya Rayyan prihatin.

"Okay, sakit sakit badan sikit" balas Khayra sebelum tersenyum halus.

"Alah baru kena culik, belum kena tembak lagi" ucap Rayyan selamba. Semua mata di meja itu sudah menjeling ke arahnya.

"Apa? Betul apa aku cakap" kata Rayyan tanpa rasa serba salah.

Beberapa saat kemudian Ray dan Xavier masuk ke ruang makan sebelum mengambil tempat masing masing.

"You okay?" Kini giliran Ray pula bertanyakan soalan. Matanya memandang bibir Khayra yang sudah mula kelihatan bengkak.

"I'm okay" jawab Khayra perlahan.

"Lepas ni rest cukup cukup okay?"

"Okay" kata Khayra perlahan.

"Terima kasih semua sebab selamatkan i tadi. Kalau takda korang, tak tahu lah apa jadi dekat i tadi" kata Khayra sambil memandang satu persatu wajah mereka semua.

"No hal lah!" Jawab Rayyan.

Yang lain hanya membalas senyuman.

Kemudian mereka mula menjamah makanan yang sudah terhidang. Dan semestinya, makanan Rayyan yang paling banyak dihidang.

Setelah selesai makan mereka mula masuk ke bilik masing masing. Manakala Keith , Rayyan dan Khayra duduk di ruang tamu untuk menonton tv bersama. Walaupun bilik masing-masing sudah dilengkapi dengan tv sebesar 65 inci.

"Ayyan siapa sebenarnya Black Death?" Soal Khayra tiba tiba sahaja sebelum mata memandang wajah mereka berdua.

"Mamat psiko yang bodoh" balas Keith mendatar. Matanya masih lagi memandang tv di hadapannya.

"Black Death tu anak Clara, perempuan yang culik kitaorang sepuluh tahun lepas" ucap Rayyan tenang.

"Kenapa dia dendam dengan korang?"

"Entahlah. Sebab Louis dah bunuh mak dia kut" balas Rayyan semula.

"Lah memang patut pun Si Clara tu kena bunuh kan, diorang yang mulakan dulu" balas Khayra bersahaja.

Rayyan terus memandang gadis itu. Sejak bila dia ni dah jadi jahat macam aku.

"By the way apa alasan Clara culik korang masa dulu?" Soal Khayra lagi.

"Tak Ayyan je, aku tak kena sekali" ucap Keith membetulkan ayat 'korang' itu.

"Sebab dulu dia nak kumpulan Mafia kitaorang sekarang ni. Dulu daddy kitaorang ialah ketua group mafia ni" jujur Rayyan.

"Hah daddy korang pun ketua mafia?" Soal Khayra jelas terkejut mendengar kenyataan itu.

"Yelah baby, kalau tak kumpulan ni datang dari sapa?" Jawab Rayyan meleret.

"Ouhhh, kalau dia dapat bunuh korang pun, boleh ke kumpulan ni jadi hak milik dia?" Soal Khayra semula.

"Boleh, sebab Clara tu sebenarnya akak tiri daddy" ucap Rayyan mendatar.

Khayra membulatkan matanya. Serious lah?

"Hah!? Habis kenapa dia bunuh adik dia sendiri!?"

"Semua sebab harta you, zaman sekarang ni semua manusia tamak dengan harta sampai sanggup bunuh adik beradik sendiri"

"Kiranya Black Death tu cousin korang lah ye!?" Jerit Khayra sedikit kuat.

"Aah" balas Rayyan selamba.

"Gila" kata Khayra sepatah.

"Habis tadi tu YOU BUNUH COUSIN YOU SENDIRI?"

Rayyan menggelengkan kepala.

"Taklah tadi tu orang suruhan dia je" balas Rayyan mendatar. Mata masih lagi tidak lepas memandang tv.

"Habis Black Death sebenar dekat mana sekarang ni?" Tanya Khayra lagi.

" Entahlah i pun tak tahu dia dekat mana sekarang. Takda siapa tahu dia dekat mana , lagipun kitaorng pernah jumpa dia sekali je dulu, itupun masa kecik" jujur Rayyan.

Keith di sebelah hanya diam mendengar.

"Korang membunuh ni tak takut kena tangkap ke?" Soal Khayra lagi.

"Janganlah sampai kena tangkap" kata Rayyan selamba. Mata memandang ke wajah Khayra.

"You, takut dekat i eh?" Tanya Rayyan mendatar.

Khayra terdiam untuk beberapa saat sebelum kepalanya digeleng. Mulut mengukir senyuman manis.

"Taklah, i tak takut pun" jawab Khayra.

"Huh, yelah tu" balas Rayyan sebelum memandang tv semula. Mulutnya tersenyum nipis.

Khayra mengeluh perlahan.

"Ada apa apa lagi tak you nak tanya i?" Soal Rayyan tenang.

" Setakat ni takda, nanti kalau ada i tanya you lagi" balas Khayra mendatar.

Skrin tv dilihat. Kata kata Rayyan tadi terngiang kembali dikepala. Clara memang gila. Sanggup bunuh adik sendiri demi harta. Adakah begitu mudah untuk mereka mengambil nyawa seseorang?

Mereka bertiga kembali menonton tv bersama sama. Namun setelah beberapa minit Keith mengajak Rayyan bermain ps4 memandang kan Khayra susah untuk faham cerita yang disiarkan. Khayra bukannya faham sangat pun bahasa ibunda mereka itu. Masih dalam proses belajar. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience