"Ayyan.... Ayyan..... RAYYAN!!" Jerit satu suara.
Rayyan yang terkejut mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah sisi. Semua mata di meja makan itu sudah tertumpu kepadanya.
"Bro... Kau okay tak ni? Jarang kau mengelamun waktu makan" Soal Zen dan Zariq.
Khayra memandang ke arahnya begitu juga yang lain.
"Hah?... Aku okay... Aku okay... " Jawab Rayyan laju sebelum dia menyuap kan beberapa sudu ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan.
Khayra sudah memandangnya pelik. Sudah beberapa hari dia bersama keluarga itu, jarang dia melihat Rayyan termenung waktu makan. Dia ada masalah ke?
"Ermm mana Sir Ray?" Soal Khayra memecahkan kesunyian.
"Haah dah pukul 7.30 pagi dah ni bilanya nak gerak ke Office?" Soal Keith sebelum melihat ke arah jam tangan.
Namun Rayyan tidak mendengar soalan Khayra dan Keith, dia masih lagi seperti dalam dunianya sendiri . Sekali lagi mereka memandangnya pelik.
"Bro" ujar Faiq sebelum memegang lengan Rayyan.
"Yes?" Balas Rayyan sebelum menoleh, wajahnya tampak sungul.
"Kau okay ke tak ni?" Soal Faiq prihatin.
"I'm okay, Sorry Khayra what's your question again?" Soal Rayyan sebelum memandang muka Khayra.
Belum sempat Khayra mengulang pertayaannya Xavier memasuki ruangan makan itu dengan muka yang dingin.
Like always. Muka beku dia tu.
"Guys harini kita tak jadi pergi office... So korang siapkan kerja dekat bilik masing masing... " Ucap Xavier mendatar sebelum dia memandang ke wajah Rayyan.
"Rayyan can i talk with you now?" Sambung Xavier.
Rayyan bangun dan terus berlalu pergi bersama dengan Xavier. Mereka yang lain sudah kebingungan memandang antara satu sama lain.
Xavier dan Rayyan berjalan ke ruang tamu.
"Abang kau tengah tidur" kata Xavier memulakan bicara.
"Who is he right now?" Soal Rayyan mendatar.
Xavier menggelengkan kepala.
"Still Louis... Tapi aku rasa lepas ni better kau pergi jaga dia" jelas Xavier tenang sebelum memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar.
"Kenapa pulak aku nak jaga mangkuk tu, taknak aku!" betah Rayyan tinggi.
Xavier menjelingnya geram.
"Mangkuk tu abang kau jugak" balas Xavier dingin.
"Nope! Abang aku terer cakap malay bukan macam mangkuk tu" balas Rayyan dengan nada yang tak puas hati. Tangannya disilang ke dada.
"Tapi kali ni dia tak macam Louis yang kita kenal sebelum sebelum ni" jelas Xavier sebelum melepaskan nafas berat.
"Maksud kau?" Soal Rayyan kembali. Dahinya berkerut memandang Xavier.
"Haih.... Nantilah kau tengok sendiri" balas Xavier mendatar.
Xavier mula melangkah ke arah ruang makan semula.
Mereka yang lain masih lagi dalam keadaan tertanya tanya .
Xavier mengambil tempat di sebelah Faiq selang beberapa saat Rayyan pula masuk ruang makan itu dengan wajah tak puas hati.
"Louis is back" kata Xavier ringkas.
Semua tayang muka terkejut kecuali Khayra.
Louis? Siapa tu?
Habis sahaja sarapan Khayra masuk semula ke dalam biliknya untuk membuat kerja.
Manakala mereka yang lain mengikuti Xavier ke bilik Ray. Rayyan membuka pintu perlahan. Kelihatan Ray yang sedang nyenyak tido diatas katilnya. Dia menoleh ke arah Xavier.
"Tak apa dia takkan bangun.... Aku masukkan ubat tido dalam air dia tadi" jelas Xavier.
Mendengar ayat Xavier mereka yang lain terus menarik nafas lega. Nampak sangat yang mereka semua takut dengan Louis kecuali Rayyan dan Xavier.
Selang beberapa minit mereka menyinggah yang lain mula beredar ke bilik masing masing untuk menyiapkan kerja syarikat.
Siapa kata tak pergi office boleh cuti. Setiap bilik ada meja kerja masing masing. Walaupun tak pergi pejabat tetapi mereka tetap kena siapkan kerja tau. Haih dunia.
Kini tinggallah Xavier dan Rayyan sahaja di dalam bilik itu. Xavier duduk di meja kerjanya membuat kerja. Manakala Rayyan duduk disisi abangnya sebelum menggenggam erat tangan lelaki itu.
"Ray.. I'm sorry.. This is all my fault" ujar Rayyan perlahan. Wajahnya tampak sungul sahaja.
Xavier hanya memasang telinga daripada meja kerjanya.
"Aku tahu ni semua salah aku... So please... Please... Jangan lah kau tanggung seorang. Aku tak suka tengok kau sakit macam ni" sambung Rayyan kembali sebelum tangan itu ditekapkan kedahinya.
"I'm sorry...." ucapnya beberapa kali . Air mata mengalir dan menitik di atas cadar.
Xavier hanya memerhati. Serious lah mamat ni? Sejak bila setan dalam badan dia dah kena ruqiah.
Selang beberapa minit dengkuran halus kedengaran. Rayyan tertidur di sisi abangnya dengan tangan yang masih menggenggam erat.
Xavier datang mendekati sebelum menyelimutkan badannya. Dia juga kesian melihat dua beradik itu. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Dia hanya mampu tolong setakat yang mampu sahaja.
Kemudian Xavier menyambung tugasannya kembali .
Selang beberapa jam dia menyiapkan kerjanya yang bertimbun dia menoleh ke arah katil Ray. Rayyan masih lagi dengan dengkuran halusnya namun mata Xavier tertumpu kepada satu tangan yang mengusap lembut di kepala Rayyan.
Dia cepat cepat bangun dan mendekati mereka berdua.
"Ray?" Panggil Xavier sepatah. Lelaki itu menoleh.
"Shushhhh quiet, don't make him awake, he's sleeping" kata lelaki itu perlahan. Matanya berwarna merah gelap.
Louis? Bingung Xavier melihat situasi itu. Setahunya Louis dan Rayyan seperti musuh, tapi...
"I always want to do this, but you know. He never accept me" kata Louis perlahan. Dia mengusap usap lembut kepala Rayyan yang masih lagi tidur di sisinya. Mulut Louis tersenyum nipis.
Xavier jelas terkejut melihat kelakuan Louis.
Beberapa minit kemudian Rayyan terbangun akibat terasa seperti ada seseorang menyentuh kepalanya. Dia memandang ke depan.
"Ray?" Soal Rayyan masih dalam keadaan mamai.
"No its me Louis" ucap Louis perlahan mukanya kembali dingin.
Rayyan dengan pantas bangun daripada kedudukannya sebelum matanya menikam ke arah Louis.
Louis hanya tersengih sinis sebelum dia menoleh ke arah tingkap sambil menghembuskan nafas berat. Badannya terasa lemah akibat suntikan yang diberikan oleh Xavier.
"Bro sampai bila abang aku tu nak jadi macam ni? Kau dah bagi ubat belum?" Soal Rayyan yang sudah mendekati meja kerja Xavier.
Tangan Xavier berhenti menaip.
"Aku dah bagi ubat, tapi dia masih bangun. Aku tak tahu kenapa bukan Ray yang bangun. Aku rasa dah sampai masa kita tak boleh kawal diorang guna ubat je" terang Xavier jujur. Rayyan melepaskan nafas berat sebelum dia jalan mendekati Louis semula.
"Did something happen to my brother?" Soal Rayyan dingin. Louis memandang Rayyan.
"Yes right now... Your brother don't want to wake up. He with Arthur right now. Inside this" kata Louis sebelum tangannya ditunjuk ke kepalanya sendiri.
Rayyan terkejut mendengar jawapan Louis. Macam senang je nak berbual dengan Louis ni. Kalau dulu haram jadah lah dia nak berbual dengan setan ni sebab Louis jarang menjawab soalan Rayyan dan selalu ikut kepalanya sendiri. Sebab itulah dia tidak menyukai Louis.
"Can you tell me why?" Soal Rayyan kembali.
"He start to remember everything but he can't handle it. That why I'm here" jujur Louis ringkas.
"Why all of this happen?" Soal Rayyan lagi.
"I don't know, why don't u ask him yourself when he get out from here" balas Louis. Tangannya ditunjuk ke kepalanya lagi sebelum dia menoleh kearah tingkap.
Rayyan melepaskan nafas berat. Fuck ah. Menyusahkan!
Dia cukup kecewa dengan Ray yang sentiasa berahsia dengannya.
Rayyan memegang kepalanya sendiri. Bingung. Dia tahu akan memori abangnya itu. Kerana dia ada bersama sama dengan Ray pada ketika punca semua ini terjadi. Namun dia tidak menolong. Dia hanya membiarkan sahaja Ray melaluinya seorang diri.
Semua ni salah aku guman Rayyan perlahan.
Share this novel