Bab 30

Action Series 36344

Pintu bilik diketuk perlahan.

"Ray?" Soal Khayra di muka pintu. Kepalanya dibalut dengan towel mandi.

"Kita akan balik Malaysia. I ada benda nak settelkan dekat sana" ucap Ray mendatar. Ray memandang Khayra yang seperti baru sahaja selesai mandi.

"Yeke ke! Yeay! Bila tu?" tanya Khayra gembira. Ray tersenyum melihat gelagat Khayra. Padahal baru sahaja dua minggu mereka datang ke sini.

"Esok pagi pukul 12 kita bertolak" balas Ray mendatar.

"Okay" balas Khayra sepatah sebelum menutup pintu bilik. Ray pula terus melangkah kebiliknya untuk mengemas barang.

Mereka sudahpun selamat sampai di Malaysia pada pukul 8 pagi tadi. Beg disorong ke arah kereta rover putih milik Ray. Jelas Khayra kelihatan gembira dapat pulang ketanah airnya. Manakala Rayyan pula tak habis habis dengan mulutnya yang muncung sedepa seperti budak 5 tahun yang tak dapat gula gula.

Xavier masukkan beg ke dalam boot kereta sebelum enjin kereta dihidupkan. Rayyan duduk di sebelah seat pemandu. Khayra dan Ray pula duduk di bahagian belakang.

"Mana Keith?" Tanya Khayra kepada Ray.

"Dia kena pergi tempat lain dulu" jawab Ray mendatar.

Sampai sahaja di rumah Khayra, Ray membantu gadis itu untuk mengangkat beg bajunya.

"Ada siapa je kat dalam rumah?" Soal Ray pura pura bertanya. Beg beg Khayra disorong sehingga ke depan pintu rumah.

"Ada Kak Syira je pembantu rumah, mama dengan papa keluar kejap. Nanti diorang balik lah tu" terang Khayra mendatar. Lonceng rumah ditekan.

Kak syira membuka pintu rumah sebelum menolong Khayra mengangkat beg pakaiannya untuk diletakkan ke bilik. Selepas beberapa saat enjin kereta dimatikan, Rayyan dan Xavier keluar dari dalam kereta.

"Kenapa semua ikut keluar pulak ni?" Soal Khayra memandang ke arah Xavier dan juga Rayyan yang masih lagi murung kerana dipaksa balik ke Malaysia.

"Nak jumpa besan" balas Rayyan mendatar. Matanya sibuk melihat-lihat kawasan rumah Khayra.

Xavier turut memerhatikan kawasan rumah Khayra seperti mencari sesuatu. Khayra hanya memandang pelik perbuatan mereka. Dah kenapa pulak tengok tengok rumah orang ni?

Ray hanya mampu mengeluh panjang. Kalau ye pun jangan lah terlalu nampak sangat, dah macam nak mencuri pun ye dengan pakaian mereka yang serba gelap. Tak boleh nak behave betul.

"Korang serius ke nak jumpa parents I?" Bisik Khayra perlahan ke telinga Ray.

"Aah kalau boleh nak bincang pasal hal kahwin terus" jawab Ray bersahaja.

Khayra menelan air liurnya. Pasal hal kahwin eh. Matilah nak , apalah mama dan papa nya akan cakap. Baru kerja tak samapai sebulan terus balik bawak bakal suami.

"Masuklah dulu minum air ke, buat je macam rumah sendiri" pelawa Khayra sopan ke arah mereka bertiga.

Rayyan terus sahaja meluru masuk ke dalam rumah setelah dipelawa oleh Khayra. Kakinya terus sahaja melangkah ke arah dapur, peti sejuk dibuka dan diambil satu botol air mineral sebelum diteguk haus.

Ray sudah menggelengkan kepalanya. Seksa dapat adik babi macam ni. Memang betul betul dia buat macam rumah sendiri.

Khayra hanya mampu tersenyum. Mereka yang lain duduk di sofa ruang tamu. Beberapa minit selepas itu, Kak syira datang menghidangkan air.

"Terima kasih" ucap Ray lembut kepada pembantu rumah Khayra.

"Korang semua serius ke nak jumpa dengan mama dengan papa i ?" Soal Khayra lagi kepada Ray dan Xavier. Rayyan? Entah kemana dia pergi merayap. Dah macam rumah sendiri dibuatnya.

"Ye serious, kalau boleh nak minta restu terus" balas Ray mendatar sebelum mengambil cawan di hadapannya dan diminum.

Khayra mengaru kepalanya yang tidak gatal sebelum mulut tersenyun paksa. Dadanya berdebar. Tak sangka mereka akan berjumpa dengan ibu bapanya secepat ini. Padahal baru sahaja minggu lepas Rayyan memberitahu tentangnya hal kahwin. Tup tup harini dah bawak balik jumpa parents.

Selang beberapa minit Rayyan datang kembali sebelum duduk bersama mereka yang lain.

"Okay clean" bisik Rayyan perlahan ke arah Xavier.

"Lawa lah rumah you Khayra, boleh main sorok sorok" ujar Rayyan selamba.

Khayra hanya mampu tersenyum, nak marah lebih lebih ini semua orang atasannya, kang kena pecat tak pasal pasal. Tapi tulah bangangnya tak bertempat.

"Cuba perangai tu behave sikit dekat rumah orang" tegur Ray dingin. Rayyan membuat memek muka menyampah.

"Mendanya dia yang suruh buat macam rumah sendiri, kiranya ni dah macam rumah aku dah" kata Rayyan sambil tangan menepuk sofa beberapa kali.

Ray menghela nafas berat.

Serentak itu bunyi kereta kedengaran memasuki garaj. Bukak sahaja pintu, Puan Liana dan Dato Raqif sudah tercengang. Jelas terkejut melihat mereka bertiga yang berpakaian serba gelap. Kongsi gelap mana pulak yang datang ni?

"Lah Khayra bawak tetamu, kenapa tak cakap awal awal kalau tak boleh singah beli buah sikit tadi " ucap Puan Liana sebelum menutup pintu rumahnya.

Khayra bangun dan bersalaman dengan mereka berdua. Setelah itu Rayyan, Xavier dan Ray turut bersalaman dengan orang tua Khayra. Belum sempat mereka berkata apa apa. Tiba tiba lonceng rumah berbunyi.

"Syira pergi bukak pintu" arah Puan Liana kepada pembantu rumahnya.

"Hi guys, sorry lambat" kata Keith di muka pintu yang kini telah terbuka.

Dato Raziq melihat wajah Keith sebelum dahinya berkerut.

"Lah tetamu Khayra jugak ke? Patutlah dia ikut je kemana pakcik pergi. Ingatkan perompak mana lah tadi. Takut jugak pakcik" kata Dato Raqif sebelum menyambut huluran Keith untuk bersalam dengannya.

Ray menjeling Keith yang sudah tersengih seperti kerang busuk. Apa benda lah suruh tengok dari jauh pun kantoi, baik tak payah suruh. Keith kemudian mengambil tempat di sebelah Rayyan.

"Mama, papa kenalkan ni semua orang atasan dekay syarikat Khayra kerja. Sir Ray, Sir Rayyan Sir Xavier dan Sir Keith" ucap Khayra sambil menunjukkan jarinya satu persatu ke arah orang atasannya itu.

"Ya allah, yeke? Maaf lah ya pakcik tak kenal maklumlah baru first time jumpa" ucap Dato Raqif sebelum mengambil tempat di sebelah Khayra.

"Eh takpe Dato, lagipun memang baru pertama kali jumpa kan" bohong Ray tenang sebelum mulut mengukir senyuman manis. Padahal dia sudah lama mengenali mereka, cuma mereka sahaja yang baru mengenalinya.

Kak syira menghidangkan air untuk tuan rumahnya sebelum menunduk hormat dan masuk ke dalam dapur semula.

"Tak payah lah panggil Dato. Panggil uncle je cukup" kata Dato Raqif sebelum tersenyum manis memandang mereka semua .

"Baik uncle" Ray tersenyum menampakkan baris giginya yang putih.

"Ni semua ni boss Khayra lah ye?" Soal Dato raqif sebelum memandang ke arah Khayra yang duduk bersebelahan dengannya. 

Khayra hanya mengangguk perlahan. "Aah pa" jawabnya ringkas.

"Kamu semua ni dari airport?"

"Aah kami terus datang ke sini nak hantar anak uncle ni dan kami ada hajat lain juga datang ke sini...." kata Ray dengan tenang . Wajahnya manis sahaja tersenyum.

"Hajat apa nya tu?" Soal Dato Raqif mendatar.

"Kami datang ni nak merisik anak pakcik" balas Rayyan.

Ray menjeling Rayyan di sebelahnya sebelum mulut membuat isyarat 'Diam babi'. 

Takut si Rayyan ni tercakap bukan bukan. Bukan boleh percaya sangat budak budak ni.

Rayyan hanya membuat muka meluat. Cakap pun salah.

Puan liana dan Dato Raqif sedikit terkejut. Khayra pula sudah memandang tempat lain. Alahai malunya.

"Kamu betul betul ke atau kamu bergurau je?" Soal Dato Raqif tidak percaya.

"Kami serious Uncle" balas Ray tenang.

"Yang mana satu berkenan dengan anak uncle ni?" Tanya Dato Raqif semula sebelum memandang wajah mereka berempat. Semua muka pakej mat saleh. Pakai baju serba gelap pulak tu. Dah macam perompak pun ya.

"Saya uncle" balas Ray sebelum memandang sekilas wajah Khayra. Mereka yang lain mendiamkan diri membiarkan hanya Ray bersuara. Takut terlepas cakap nanti. Tak pasal pasal mati pulak karang.

"Kamu betul ke nak pinang anak uncle ni, uncle tak kisah kalau betul kamu berkenan nak dekat dia. Uncle restu." kata Dato raqif sebelum tersenyum bahagia.

"Ye saya betul betul serius nak halalkan anak uncle" Jawab Ray dengan tenang.

Rayyan sudah merah muka menahan gelak apabila mendengar abangnya berkata sebegitu. Kelakar bodoh! Ini boleh jadi bahan nanti.

Badan Rayyan disiku kuat.

"Kalau aku dengar kau gelak. Mampus kau aku kerjakan" ugut Ray di telinga Rayyan.

Cepat cepat Rayyan berpura pura batuk sebelum mukanya dikawal semula.

"Auntie pun tak kisah kalau kamu memang suka sama suka apa salah nya" Puan Liana pula mencelah sebelum menepuk peha Khayra.

Khayra tersenyum kekok. Tidak tahu hendak jawab apa.

"Cerita lah sikit tentang diri kamu, auntie nak tahu jugak perihal bakal menantu kami ni" ucap Puan Liana sebelum dia meneguk sedikit air yang sudah dihidangkan.

"Nama saya Ray Mikayla Bin Mohd Adrien Mikayla . Yang sebelah saya ni adik saya, Rayyan Mikayla. Saya bekerja sebagai pengurus syarikat di Mikayla's Holding" ucap Ray mendatar.

"Ouh CEO syarikat Khayra kerja sekarang ni lah ye?" Soal Puan Liana lagi.

"Aah auntie"

"Berapa umur kamu?" Kini giliran Dato Raqif pula bertanya.

"27 tahun, uncle"

"Kamu semua ni orang Malaysia ke?" Soal Puan liana memandang ke arah wajah mereka berempat. Semua muka putih melepak. Lagi lagi Ray dengan matanya yang hijau gelap. Sah sah bukan orang Malaysia.

"Tak auntie, saya dengan adik saya ni orang warganegara France, Xavier sebelah saya ni pun orang France cuma Keith sahaja yang asal dari Amerika" masing-masing menayangkan senyuman kecuali Xavier. Masih lagi kekal dengan wajah bekunya.

"Patutlah semua macam muka mat saleh" kata Puan Liana sebelum ketawa kecil dihujung ayat. "Parents kamu dekat mana sekarang ni?"

"Mereka dah takda, kami berdua anak yatim piatu, tapi kami ada keluarga angkat dekat France. Cuma sekarang mereka tak beberapa sihat untuk ke luar negara" jawab Ray tenang. Xavier memandang muka Ray sebelum melepaskan nafas panjang. Nasib baik dia okay.

"Fasih juga ye kamu cakap bahasa melayu"

"Saya pernah tinggal dekat Malaysia beberapa tahun. Uruskan company dekat sini"

"Yang adiknya ni kerja apa pulak?"

"Saya kerja..."

"Adik saya kerja dalam syarikat saya jugak. Tapi dia ada syarikat dia sendiri dekat Spain" celah Ray laju. 

Rayyan memandang Ray tidak puas hati. Ray menayang senyuman sinis sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Ouh yeke... jadi kamu dan Khayra dah tentukan tarikh nak bertunang dan bernikah?" Soal Puan Liana sebelum memandang Khayra dan Ray bersilih ganti.

"Belum lagi auntie. Kami nak minta restu auntie dengan uncle dulu" balas Ray lembut.

"Kamu betul ni nak kahwin?" Tanya Dato Raqif kepada anaknya pula.

"Nak..." balas Khayra perlahan. Pipinya mula berona merah.

"Kami merestui hubungan kamu, kamu berdua tentukanlah tarikhnya. Nanti bagi tahu kami bila berlangsung. Senang nak buat majlis" kata Puan liana sambil tersenyum manis.

"Errr kalau boleh saya nak mempercepatkan tarikh, 2 minggu depan tunang dua bulan lagi terus nikah. Sebab saya tak boleh lama-lama sangat dekat Malaysia kerana perlu menyiapkan kerja di France" kata Ray tidak jujur.

"Semua perbelanjaan nanti biar saya yang tanggung 100 peratus. Kenduri buat untuk tunang satu untuk kenduri nikah buat dua, satu di Malaysia satu lagi di tempat saya" jelas Ray lembut.

"Okay boleh. Kalau nak minta tolong apa apa bagi tahu je kami berdua ye" ucap Dato Raqif.

"Baik Uncle" jawab Ray sopan.

"Tak payah panggil Uncle lagi. Biasa kan je panggil kami Mama dan papa. Tak lama lagi kamu jadi sebahagian keluarga ni jugak" ucap Dato raqif mendatar sambil tersenyum lebar. Khayra hanya membiarkan sahaja mereka berbual.

"Baik pa. Kalau takda apa apa lagi kami minta diri dulu ye" pinta Ray sopan untuk beredar.

"Baiklah. Bila bila masa nanti datang je sini lagi" pelawa Puan Liana ramah.

"Baik ma" jawab Rayyan sebelum mereka semua mula beredar untuk pulang ke rumah.

Ray sempat memandang ke arah Khayra sebelum bibirnya mengukir senyuman. Pintu kereta ditutup.

Khayra melihat dua kereta rover putih yang sudah keluar daripada garaj rumahnya. Selang beberapa saat iphone x miliknya berbunyi notifikasi mesej.

-Hi future wife, start esok you takyah datang kerja k. Rehat je dekat rumah. Prepare apa patut minggu depan saya datang jumpa awak. Kita pilih baju tunang dengan cincin sekali. Take care. I Love you. Jangan rindu saya pulak tau. Bye.

Khayra tersipu malu membaca mesej daripada Ray. First time ni dia cakap i love you walaupun hanya dalam chat. Ni nak kena sreenshot buat frame ni. Berharga.

-Orait, take care, i love you too-

Puan Liana menepuk bahu anaknya kuat.

"Hah berangan apa ni senyum sorang sorang. Belum kahwin lagi dah berangan, mentang mentang dapat bakal suami orang puteh" gurau Puan liana sebelum tersenyum lebar memandang Khayra

"Ishh mana ada mama ni" mereka masuk ke dalam rumah sambil memeluk bahu masing masing melepaskan rindu.

Ray membaca mesej yang diterima sebelum bibirnya tersenyum lebar. Mesti Khayra sedang tersenyum sorang sorang.

Contact nama Khayra di telefonnya ditukar menjadi my wife.

Rayyan memerhatikan abangnya yang sudah tersenyum sorang sorang disebelah. Menyampah pulak tengok perangai dia ni macam ni. Rasa nak sepak pun ye.

Dia kemudian membuang pandangannya keluar tingkap. Kereta bergerak laju pulang ke rumah mereka yang berada di Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience