Bab 15

Action Series 36349

          Sampai di tingkat 3, Khayra dan Ray melangkah keluar dari dalam lift.

"Khayra, dokumen - dokumen yang i perlukan you dah bawa sekali kan?" Soal Ray lembut.

Mereka sekarang berada di dalam bilik meeting di mana terletaknya semua file file dan dokumen tentang syarikatnya dari pelbagai negara.

"Ya Sir Ray, saya dah kumpulkan semua dokumen penting yang Sir perlukan sepanjang berada dekat sini" balas Khayra sambil tersenyum halus.

"You know what, you can just call me Ray, Ray sahaja tak perlu Sir Sir, orang orang atasan dekat sini pun you anggap je macam family you, Sir tu terlalu formal untuk family lah. Diorang yang lain pun panggil saya Ray je " pinta Ray lembut sebelum dia memandang Khayra.

"Ouh..... Errr.... Ok Ray... Hmmm .. Alaaa Sir Nampak macam biadap lah pulak. Sir kan boss saya, Darjat Sir lebih tinggi daripada saya" balas Khayra teragak agak sebelum dia menutup mukanya .

"Kalau you malu nak panggil nama i sebab i ni boss you, Then be my wife, i tak kisah" jawab Ray cukup selamba. Dia kemudian memandang sekilas wajah Khayra sebelum dia terus membelek - belek dokumen ditangannya.

Terus merah muka Khayra apabila mendengar ayat Ray.

"Ha ha ha Sir ni pandai buat kelakar" kata Khayra sambil mengibas ngibas mukanya seakan akan panas. Dalam hati dia sahaja yang tahu bagaimana jantungnya yang berdegup dalam kadar tidak normal saat ini.

"I don't think i made one, by the way Khayra, mana file stock market Malaysia" balas Ray mendatar sebelum matanya tercari cari dokumen pasaran saham malaysia.

"Saya letakkan file tu dengan dokumen stok produk syarikat di Malaysia... R-Ray... " kata Khayra teragak agak sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lantai.

Ray memandang wajah Khayra yang sudah mula memerah.

"That sounds better" balas Ray. Kemudian senyuman nakal terukir di bibirnya.

Tok... Tok... Tok..

Pintu bilik terbuka, muncul wajah Xavier yang tidak berperasaan seakan akan sudah hilang semua gula di dunia ini.

"Ray don't forget your medicine" kata Xavier ringkas dan padat sebelum dia terus menutup semula pintu bilik itu semula.

"Ray... You sakit ke?" Soal Khayra prihatin.

"Hmm... Taklah kenapa?" Bohong Ray bersahaja dia masih membelek belek dokumen di tangannya.

"Sebab muak you nampak pucat masa dalam perjalanan ke sini"

"Yeke? Hahaha tak adalah i okay je"

Melihat Ray seperti tidak berminat dengan soalan itu, Khayra tidak lagi bertanya dan mendiamkan diri sahaja.

Selang beberapa minit kesunyian melanda tiba tiba terdengar suara Rayyan dan Keith menjerit jerit dari arah swimming pool di tingkat bawah.

"Ray i nak tanya something boleh?" Soal Khayra kembali.

"Hmm... Apa dia" balas Ray mendatar.

"Betul ke mall sebelah rumah ni dan airport belakang rumah ni Ayyan punya?" Soal Khayra seolah tidak percaya.

"Haah betul lah tu, mall tu dia bina khas untuk pekerja - perkerja dalam rumah ni sebab nak masuk dalam rumah ni kena ada akses cop jari orang tertentu sahaja, so Ayyan senangkan kerja pembantu rumah ni kalau nak beli apa apa, airport tu pulak sebab dia tak suka tempat sesak ramai perempuan" terang Ray panjang. Matanya masih lagi tertumpu pada kertas - kertas ditangannya.

Khayra angguk kepala tanda faham. Patutlah di syarikat, di atas kapal semalam di rumahnya dan di Airport dia tidak melihat satu pun makhluk yang berjantinakan perempuan. Ops kecuali di tingkat bawah syarikat di Malaysia. Kejadian di mana tertumpahnya air kopi.

"Ayyan tak suka perempuan?" Soal Khayra kembali.

"Bukan tak suka lebih kepada benci" balas Ray.

"Habis tu dengan i dia okay je, siap panggil baby lagi"

"Sebab dia dah lama kenal de...Ehem! You mana dokumen senarai harga yang sepatutnya attach dengan stok produk ni?" Soal Ray tiba-tiba sahaja seolah-olah ingin mengubah topik.

Khayra seakan faham bahawa bossnya itu tidak mahu berkata tentang hal itu. 

Mana taknya dokumen tu ada je pada tangan Ray dan dia tengah tengok dokumen itu sekarang.

"Ada dekat tangan you" balas Khayra kemudian dia tergelak halus.

"Ouh.." balas Ray sedikit kekok. Kepalanya digaru sedikit. Terserlah kebodohan. Malunya huhu.

Tok... Tok... Tok...

Pintu bilik meeting itu diketuk lagi sekali.

Zen dan Zariq sedang elok berdiri di balik pintu. Muka masing-masing masam mencuka.

"Ray apa kata kau pergi turun bawah sekarang, Ayyan dengan Keith tengah bakar halaman rumah kau, sebelum kita semua mati rentung better kau pergi tengok " kata mereka selamba.

Membulat mata Khayra dengar. Bakar? Serious ah mamat tu. Dah tak ada kerja sangat ke sampai nak pergi bakar halaman rumah?

"Haih si bala dua ekor ni tak reti nak duduk diamlah, tak pernah nak tengok aku senang, ada je masalah yang dia buat" bebel Ray geram sebelum meletak kembali dokumen di tangannya di atas meja. Dia kemudian terus melangkah ke arah lift.

Khayra dan kembar pula hanya mengekor di belakangnya.

Sampai di tingkat bawah kelihatan Rayyan sedang menari nari mengelilingi sebuah sofa yang marak api terbakar bersebelahan dengan kolam renang. Keith pula sedang membuka lagu sekuat kuat alam.

Khayra terkejut melihat mereka yang sedang mengelilingi sofa yang sudah marak api.

"Seronok bakar sofa?" Soal Ray yang sudah berdiri di belakang mereka .

"Seronok, jom lah jo-" Rayyan terdiam. Kemudian dia menoleh ke arah abangnya di belakang sebelum mulut tersengih seperti kera bodoh.

"Oleh kerana kau takda kerja nak buat sampaikan boleh buat perangai macam ni, kau pergi turun training sekarang!" arah Ray keras sebelum dia menoleh ke arah Keith pula.

"Oleh sebab kau pun turut menjayakan kebabian ini kau pun ikut dia training sekali !" Kata Ray cukup tegas sebelum tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Keith dan Rayyan sudah berwajah murung memandang ke arah lantai.

Zen dan Zariq menepuk tangan mereka membuat hi-five sambil tersenyum mengejek. Yeay padan muka diorang kena training .

"Apa yang korang buat ni? Habis bau asap satu rumah !" Soal Xavier yang baru sahaja memasuki ruang itu. Tangannya mengibas mukanya yang terkena asap.

"Pangang sofa" balas Keith dan Rayyan serentak.

Ray memandang Xavier. "Kau pergi jaga diorang training, 4 JAM! " arah Ray tegas.

"Okay" balas Xavier sepatah. Mukanya tenang sahaja, dia kemudian mendekati Rayyan dan Keith sebelum memiat telinga mereka.

"Okay anak anak ayam jom kita turun training bersama coach Xavier" kata Xavier selamba sebelum menarik mereka berjalan dan masuk ke dalam lift.

Zen dengan Zariq cepat cepat memadam api sofa yang semakin marak.

"Haish stress lah aku jaga budak kecik berdua ni" ngomel Ray geram.

Ray memandang ke arah Khayra.

"Sorry diorang memang macam ni sikit, otak terencat " terang Ray selamba kemudian dia mengurut ngurut kepalanya yang mula terasa pening.

"Hmm takpa" balas Khayra sebelum tersenyum halus memandang ke arah sofa yang sudah rentung itu. Dalam hati, hatinya tercuit sedikit melihat gelagat Rayyan dan Keith. Nampak kebudak-budakkan walaupun umur masing-masing sudah besar.

Mereka berdua berjalan memasuki halaman rumah.

"You pergilah masuk bilik rehat. Makan malam nanti kalau you lapar , you turun makan sekali dengan diorang, cakap je dekat pembantu rumah ni you nak makan apa. Esok pukul 7 sharp turun bawah kita breakfast sama sama lepastu baru gerak ke office" arah Ray lembut.

Khayra mengangukkan kepalanya kemudian melangkah ke arah lift begitu juga dengan Ray.

Tingkat dua ditekan. Selepas Khayra melangkah keluar, tingkat - 2 pula ditekan dan jari discan. Lift turun ke bawah. Dia ingin melihat Xavier menjalankan sesi trainingnya bersama dua anak ayam itu.

Khayra baring di atas katil. Badannya terasa sungguh penat. Dia melihat ke arah jam dinding, sudah pukul 4.30 petang. Dia kemudian bangun dan pergi menunaikan solat asar ( waktu solat sana beza dengan Malaysia, pukul 5 dah magrib tetapi oleh kerana hendak memudahkan pembaca faham saya ambik waktu solat di Malaysia sahaja)

Selepas itu dia melelapkan matanya hingga ke malam. Badannya penat setelah seharian berjalan di mall dan memanah bersama Rayyan.

Apabila malam menjelma Khayra tersedar kerana perutnya yang berbunyi kuat meminta untuk diisi makanan.

Dia bangun dan melihat jam di dinding. 8.45 pm. Dia kemudian solat terlebih dahulu sebelum turun ke bawah untuk mengisi perutnya.

Tiba sahaja di meja makan dia sudah melihat Faiq bersama dengan laptop kerjanya. Manakala Rayyan dan Keith pula sedang meletakkan kepalanya di atas meja. Manakala Zen dan Zariq pula sedang elok mengelakkan mereka berdua.

Khayra datang mendekati.

"Ahhaha padan muka korang, sedap training dengan Xavier?" Tanya Zariq sambil mentertawakan mereka.

"Diam babi! Aku penat ni !" Kata Rayyan takda mood.

"Tulah sapa suruh tak reti duduk diam" sambung Faiq pula. Kemudian dia terperasan dengan kehadiran Khayra yang baru sahaja memasuki ruang makan .

"Yow" sapa Faiq kepada Khayra.

"Meh sini duduk sebelah i" sambung Faiq sebelum dia menepuk nepuk kerusi di sebelahnya.

Khayra menarik dan duduk bersebelahan dengan Faiq. Bibirnya terukir senyuman manis. Kemudian dia memandang pula ke arah Keith dan Rayyan yang masih lagi... Hmm kepenatan? Mungkin.

"Ayyan dengan Keith kenapa?" Bisik Khayra di telinga Faiq perlahan.

"Ouh diorang baru lepas dapat training tempah khas daripada neraka hahaha" balas Faiq sambil tergelak, matanya masih lagi tidak lepas memandang laptop.

"Hah? Ouh Hahaha ni mesti sebab diorang bakar sofa petang tadi. By the way, Faiq buat apa?" soal Khayra bingung nombor nombor dan huruf yang banyak tidak tersusun di skrin laptop Faiq.

"Hmm tengah Hack cctv syarikat dekat Russia nak tengok ada problem ke tak" balas Faiq bersahaja.

Mata Khayra automatik membulat besar. Gila ! Dia ni biar betul. Dia kemudian melihat Faiq yang masih lagi tekun menatap skrin laptop.

Lantak lah. Gasak lah korang nak kata apa lagi. Aku percaya je semua.

"Ouh ye, Ray kata tak payah tunggu dia, makan je dulu dengan kitaorng" jelas Faiq mendatar.

Khayra angguk kepala.

Selang beberapa minit, beberapa pembantu rumah itu datang menghidangkan pelbagai makanan di atas meja. Dan semestinya Rayyan punya makanan yang paling paling paling banyak.

Nampak sahaja makanan sudah dihidangkan terus dia bangun daripada tidur dan makan dengan gelojohnya.

Khayra hanya mampu tersenyum melihat perlakuan Rayyan. Macam budak budak, siapa sangka perangai budak budak macam ni ialah seorang billionare yang kaya raya. Ouh ya tak lupa juga dengan gila. Kaya raya tapi gila. Kesian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience