Bab 37

Action Series 36344

Setelah mengemas barang barangnya, Ray dan Khayra keluar daripada bilik untuk turun ke meja makan sambil berpimpin tangan. Sampai sahaja ke ruangan makan, Ray terus mengambil tempat di sebelah kanan Khayra. 

"Halah halah, dua mangkuk hayun ni, dekat dapur pun nak bersweet sweet dah kenapa" kata Rayyan sebelum dia mengambil tempat di sebelah kiri Khayra. 

Khayra cepat cepat melepaskan tangannya apabila ditegur oleh Rayyan. Ray pantas menjeling Rayyan dengan tajam.

"Menda kau" kata Rayyan selamba. Dia kemudian mengeluarkan iphone 11 nya dari dalam kocek sebeluar sebelum dibelek.

"Mana yang lain?" Soal Khayra kepada Rayyan. Xavier dan yang lain masih tidak kelihatan di meja itu.

"Entah lah, dah mampus agaknya" kata Rayyan mendatar. Mata masih tidak lepas memandang iphone pada tangan.

"Apa kau cakap?" Tanya Ray dingin namun masih berwajah tenang.

"Hehe takda takda. Masih belum turun tuanku. Mungkin sekejap lagi diaorang akan turun" balas Rayyan menganjing.

Seketika kemudian mereka yang lain datang mengambil tempat masing masing. Pembantu rumah mula menghidangkan makanan.

"Kau tak pelik ke Ray?" Soal Rayyan tiba tiba. Mulutnya penuh disumbat udang goreng tepung.

"Pelik apa?"

"Majlis kahwin kau, berjalan lancar je"

"Bagus lah jalan lancar, apa yang nak dipelik nya?" Faiq mencelah.

"Yelah, mana anjing anjing Black Death tu. Kenapa diorang diam je"

Soalan Rayyan tidak berbalas. Ray hanya merenung makanannya. Dia akui jugak majlisnya berjalan dengan lancar walaupun dia sudah siap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Err guys actually i nak tanya?" Sampuk Khayra tiba tiba.

"Kalau korang kata Dylan tu adik Black Death kiranya Alandra tu adik Black Death jugak lah ye. Hmm kiranya Alanzo tu Black Death?"

Mereka semua sudah memandang wajah Khayra dengan mulut yang sedikit tenganga. Masing masing membulatkan mata. Jelas terkejut dengar ayat yang keluar dari mulut kecil gadis itu.

"Macam mana sayang boleh tahu?" Soal Ray lembut bertanya kepada Khayra.

"Lah kan i kata Dylan tu kawan university i. Mestilah i tahu" kata Khayra kurang jujur.

"Seriously you? You dah tahu tapi you diam je?" Tanya Rayyan pula.

"Dah korang tak tanya takda lah i nak cakap" balas Khayra bersahaja. Nasi disuap ke dalam mulut sebelum dikunyah.

"Bodoh jugak bini kau ni ek Ray" kata Rayyan selamba.

Ray menjeling tajam adiknya itu. Sesuka hati je nak kata bini orang bodoh.

"Habis selama you belajar, Dylan takda cuba cuba nak bunuh you ke?" Soal Rayyan lagi.

"Dah kenapa pulak dia nak bunuh i tiba tiba. I bukan kenal dengan korang semua pun masa tu. Dia okay je, siap berbual sama sama lagi" balas Khayra mendatar.

Ray sudah memandang antara satu sama lain. Apa yang sedang berlaku ni?

Kalau betul Black Death abang kepada Dylan, kenapa tak dari dulu je diorang culik Khayra. Kenapa baru sekarang? Mustahil adik beradik anjing itu tidak mengenali Khayra. Ray pening memikirkan hal itu. Dahinya dikerutkan. Apa yang sebenarnya Black Death nak?

"You" panggil Khayra. 

Ray yang sedang berbaring di atas katilnya sambil menonton kaca tv terus menoleh ke arah Khayra.

"Abang" Ray membetulkan panggilan. Sejak berkahwin Ray memang paksa Khayra memanggilnya menggunakan gelaran abang.

"Yelah, abang....." kata Khayra meleret sambil mulut yang sudah tersengih.

"Hmm ada apa sayang?" Balas Ray mendatar. Mata masih tidak lepas memandang kaca tv.

"Kita duduk sini selamanya ke?" Soal Khayra semula. Dia sedang duduk di depan meja solek menyikat rambutnya yang sedikit kusut.

"Kenapa sayang tanya?" Soal Ray lembut.

"Takboleh tanya ke? " Tanya Khayra semula.

"Kita duduk sini sampai majlis sanding je"

Khayra memandang wajah Ray laju.

"Lepas tu?"

"Lepas tu kita pindah lah" kata Ray tenang.

"Pindah kemana?" Soal Khayra lagi. 

Ray terus memandang anak mata coklat milik Khayra.

"Rumah kita sendirilah. Takkan you nak kita selamanya duduk dekat dalam rumah ni. Abang taknak duduk dengan bala tu lama lama" kata Ray selamba.

Khayra tergelak halus.

"Kita ada rumah sendiri ke?" Tanya Khayra lagi. Tangannya kembali menyisir rambutnya. 

"Ada lah sayang, i dah beli dari sebelum kita kahwin lagi. Tapi takdalah sebesar rumah ni sebab kita duduk pun berdua je kan, nanti sunyi pulak kalau beli besar-besar" jawab Ray lembut.

"Ouh, itulah sebenarnya rumah ni i bukannya selesa sangat, rumah ni terlalu besar. I terasa macam duduk dalam bangunan pejabat tak pun dalam istana" ucap Khayra sebelum tergelak dihujung ayat. Kaki sudah melangkah ke arah katil sebelum badannya dibaring di sebelah Ray. 

Ray terus menutup siaran tv. Badannya dipusing menghadap Khayra.

"Abis parents abang nanti macam mana?" soal Khayra mendatar. Memikirkan mertuanya itu yang masih belum sedar dari koma.

"Diorang yang lain abang memang suruh duduk sini jaga mummy dengan daddy" kata Ray sambil tangannya memeluk kemas pinggang Khayra.

Khayra baring membelakangkan Ray. Dia masih tidak selesa dengan suaminya itu. Yelah sebelum ni pangkat dia hanyalah seorang PA tiba tiba terus jadi isteri. Agak susah jugaklah dia ingin menyesuaikan keadaannya. 

"Tak baik tau tido membelakangkan suami" tegur Ray lembut. Khayra terus memusingkan badannya semula.

"Sorry" kata Khayra perlahan. Matanya dipejam rapat. Sesaat kemudian dia merasakan seperti nafas seseorang yang sangat hampir dengan mukanya. Matanya dibuka kembali.

Ray mencium lembut dahi Khayra. Gadis itu hanya membekukan diri. Tidak tahu hendak bereaksi apa.

"Abang tahu kita kahwin bukan atas dasar cinta. I takkan paksa sayang buat apa apa yang sayang tak suka. Jangan takut okay, tidolah. Dah malam ni " kata Ray lembut. Tangannya elok memeluk pinggang Khayra erat. 

Khayra mengangguk kepala sebelum membalas pelukan Ray. Kepalanya sudah dirapatkan kedada lelaki itu. Seketika kemudian dia terdengar dengkuran halus milik suaminya. Ray sudah tertidur.

Penat lah tu agaknya, dengan kerja syarikatnya lagi. Majlis sandingnya lagi. Sudah beberapa hari sebelum majlis, Ray tidur di dalam bilik pejabatnya kerana kerja yang terlampau banyak. Khayra dapat tahu pun sebab Rayyan yang memberitahu kepadanya tentang perkara itu.

"Selamat malam abang" kata Khayra perlahan sebelum dia juga lena dibuai mimpi.

Khayra membuka mata perlahan. Cahaya matahari berlumba -lumba masuk ke dalam bilik tidur itu.

"Good morning sayang" ucap Ray lembut. Baju kemeja berwarna purple gelap disarung ke badannya yang penuh dengan bekas parut lama. Coat hitam pula disarungkan di luar. Tangan sibuk membelek belek rambut di depan cermin.

"Morning" jawab Khayra sambil menguap. Mata digosok beberapa kali sebelum dia tersedar bahawa dia berada di dalam bilik suaminya. Cepat cepat dia bangun daripada katil bersaiz king itu.

"Ya allah, abang kenapa tak kejut saya!!!" Kata Khayra kelam kabut. Tangan laju membetulkan cadar katil. Rambut yang sudah serabai dibetulkan sedikit.

"Nak kejut tapi tak sampai hati tengok sayang tido, lena sangat" Ray tergelak melihat isterinya yang kelam kabut itu.

"Dah pukul berapa dah ni, kita dah lambat ni!!" Khayra kelam kabut mencapai tuala mandi sebelum kaki laju melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu dihempas kuat.

Ray tergelak melihat perangai isterinya itu. Kenapa perlu tergesa gesa. Dia sudah lupa ke suaminya sendiri ialah ketua syarikat. Siapa je nak marah kalau mereka lambat masuk pejabat sekali pun.

Setelah siap berhias, mereka berdua turun ke bawah untuk sarapan bersama-sama.

"Yeahhh! Itu dia pengantin baru kita! Baru keluar bilik, aku ingat kan nak rempuh je masuk bilik kau tadi, kalau lagi lima minit tak turun turun" kata Rayyan selamba. Tangannya ditepuk tepuk kuat. Hah ini lah bala yang dimaksudkan semalam.

Ray masih berwajah tenang. Malas hendak merosakkan moodnya pagi pagi buta.

Mereka berdua mengambil tempat di meja makan. Makanan yang sudah terhidang diletakkan ke pinggan . 

Rayyan memandang mereka berdua sebelum senyuman nakal terukir.

"Bro, amacam malam tadi best?" Itu dia. Soalan paling sial dikeluarkan oleh Rayyan. Mereka yang berada di situ masing-masing sudah tergelak.

"Jangan rosakkan mood aku pagi pagi ni boleh?" Kata Ray dingin. Namun wajahnya masih lagi tenang. Tangannya menyuap mee goreng ke dalam mulut. Apa pikir dekat France takda mee goreng ke?

"Lah, share lah sikit dekat kitaorang ni. Rahsia rumah tangga bahagia " Keith pula menyakat.

Ray mengabaikan mereka berdua. Rahsia rumah tangga kepala tok mu lah. Sibuk je nak tahu hal dalam bilik orang.

Rayyan sudah berhifive dengan Keith. Khayra hanya mendiamkan diri sahaja. Malas mahu masuk campur.

"Kitaorang ada tip kalau korang nak dapat anak kembar, alhamdulilah dulu sempat tanya dekat mak. Terbaik punya!" Si Kembar pula mencelah. Sengaja menambah panas. 

Yang lain sudah tergelak kuat. Macam babi masing masing perangai.

Ray mengetap gigi geram. Dia memandang ke arah wajah Xavier yang duduk di hadapanya.

"Aku boleh tolong kau kirakan waktu paling subur" kata Xavier mendatar. Yang lain apa lagi, makin besar lah diorang gelak. Khayra? Takyah cakap. Muka dah macam udang kena pangang atas kuali.

"Syaitan syaitan sekalian. Sebelum kepala korang semua aku humban dalam longkang. Baik korang diam" balas Ray dingin namun masih lagi berwajah tenang. 

"Halah relax lah bro, cerita hot ni mana boleh lepas....hmm ke bini period malam tadi? Moody semacam je, tak mendapat ke?" Usik Rayyan lagi. Yang lain sudah tergelak macam anjing.

Khayra sudah ditahap redha. Ni lah salah satu punca kenapa Ray nak cepat cepat keluar daripada rumah ni. Banyak sangat babi.


Ray dan Khayra melangkah masuk ke dalam bilik pejabat. Masing masing duduk di tempat sendiri. File file yang bertimbun di atas meja terus disemak. 

Khayra memandang sehelai surat di atas meja kerjanya.

"Ray kenapa you tak tanda tangan lagi surat ni? Surat ni daripada sebelum kita tunang lagi. You kata you balik sini dua bulan lepas" ucap Khayra mendatar. Matanya memandang ke arah wajah Ray. 

Namun Ray sengaja mengabaikan panggilan Khayra.

"You!" Panggil Khayra lagi.

Burung burung berkicauan, rumput berterbangan.

"Abang!" Jerit Khayra sedikit kuat.

"Ye sayang?" Balasnya lembut. Bibir mengukir senyuman manis.

The hell?

"Saya tanya kenapa abang tak tanda tangan lagi surat ni, dah lebih dua bulan dah ni" ulang Khayra mendatar. Tangannya memegang satu kertas putih yang tadi elok terletak di atas meja kerjanya.

"Ouh terlupa lah tu, tak perasan kut" balas Ray tidak jujur. Dia kembali menaip dilaptopnya. 

Khayra pandang tak puas hati. Lupa? Sejak bila suaminya ini seorang pelupa.

Khayra bangun sebelum melangkah ke arah meja Ray. Kerusi di hadapan meja itu ditarik sebelum diduduk. Mata tajam merenung wajah suaminya itu.

"Hey apa tenung tenung orang ni. Tahu lah abang kacak..." ucap Ray sambil tersenyum nakal. Memang kacak pun. Fakta tu fakta.

"Baik abang mengaku, mana abang pergi 2 minggu sebelum kita tunang, abang kata abang busy sampai tak sempat teman i beli barang. Ayyan pun kata abang busy buat kerja" soal Khayra meminta jawapan. Muka suaminya ditenung lama.

Ray mengalihkan laptop kerja ketepi agar dapat melihat muka isterinya itu dengan lebih jelas. Bibir mengukir senyuman.

"Ye abang mengaku abang memang balik sini, tapi abang bukan masuk pejabat" ucap Ray mendatar.

"Habis abang pergi mana?"

"Abang pergi berubat sayang" lembut sahaja suaranya menutur.

"Berubat?"

"Iya, abang pergi berubat untuk sembuhkan penyakit abang" kata Ray sebelum tangan Khayra dipegang lembut.

"Habis tu abang dah baik ke dari penyakit abang tu?"

Ray tersenyum sahaja. Tak tahu nak jawab apa. Dia dah baik atau belum. Susah nak cakap.

"Entahlah sayang, abang sendiri tak tahu. Cuma yang abang tahu. Sayang dah takkan jumpa Arthur lagi. Tapi pasal Louis abang tak boleh nak cakap apa apa masih dalam proses"

Khayra sedikit terkejut. Bermakna Louis masih lagi berada dalam otak suaminya. Nafas dihembus panjang. Bila bila masa sahaja satu hari nanti dia tetap akan berjumpa dengan suaminya yang lagi satu itu. Mampukah dia melayan suaminya sama rata?

Ray mengengam lembut tangan Khayra. Seolah olah meminta maaf. Minta maaf pasal apa? Pikir sendiri. Tak tahu kau bodoh. Cau

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar dari luar. Rayyan masuk ke dalam bilik dengan tanpa ketuk. Mereka jelas terkejut dengan kedatangan Rayyan yang tiba tiba. Tangan Khayra laju dilepas.

"Pagi petang siang malam nak beromen. Orang kahwin memang macam ni eh?" Soal Rayyan selamba. Satu file merah dicampakkan ke atas meja abangnya.

Ray sudah menjeling tajam. Selalu sangat syaitan ni kacau line tau. Khayra sudah melangkah ke mejanya semula. 

"Hah ada apa kacau aku pagi pagi ni?" Soal Ray takda mood.

"Ni hah client yang nak jumpa kau tu. Petang ni tau pukul 3" kata Rayyan. Dia nampak sangat segak dengan berbaju kemeja merah gelap dan berseluar hitam. Pulak tu di bahagian luar pula dipakaikan vest bewarna coklat gelap. Nampak sangat padan dengan dirinya .

"Tapi aku ada meeting pukul 2:30 sampai pukul 6 petang" keluh Ray. File merah itu dicapai.

"Macam aku kisah, pandai pandai kau lah. Kau kan boss" balas Rayyan selamba. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"I boleh tolong arrangekan dengan client tu" pelawa Khayra tiba-tiba.

Mereka berdua memandang wajah Khayra.

"Yok yok lah bini kau ni Ray, dia tahu tak client ni pasal apa?" Soal Rayyan kepada Ray.

"Betul ke sayang boleh handel sorang?" Tanya Ray mengabaikan kata kata bodoh yang keluar dari mulut Rayyan.

Khayra menganggukkan kepalanya.

"Okay, nanti pukul 3 sayang jumpa dia dekat lobi syarikat" balas Ray mendatar.

"Siapa nama client kita bang?"

"AL bra" celah Rayyan tiba tiba.

"Kepala hotak kau bra. Bra tu baju dalam yang bini aku pakai. Sesuka hati nenek kau je tukar nama client" celah Ray laju.

"Nenek aku nenek kau jugak..." balas Rayyan semula.

Khayra pula sudah menahan geram. Giginya diketap kuat. Ada jugak dua dua kepala ni kena hempuk dengan dia kejap lagi.

"Entahlah sayang dia tulis AL dra je. Abang pun tak kenal sangat sebab dia client baru"

 "AL dra? Kenapa aku macam pernah dengar je nama tu" guman Khayra sendiri.

"Okay gua cau dulu. Bro, jangan lupa meeting pukul 2:30 ni" kata Rayyan sambil kaki sudah melangkah ke arah pintu bilik.

"Ayat tu kau patut cakap dekat diri sendiri, Ayyan" balas Ray mendatar. 

Rayyan tergelak mendengar ayat abangnya itu. Macam tahu tahu je dia nak ponteng. Pintu bilik ditutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience