Bab ini diceritakan semula bagaimana Khayra dan Ray berjumpa buat kali pertama.
"Abang, cepat lah sikit aku dah lenguh kaki tau tunggu kau daripada tadi" ucap Rayyan dengan muka yang masam mencuka. Umurnya baru sahaja 13 tahun namun dirinya sudah diheret ke sana ke sini menguruskan hal syarikat the heck?! Baru sahaja semalam dia menaiki flight penerbangan untuk ke Malaysia dari negara Dubai. Dengan assignment universitinya lagi. Dimanakah kebebasan seorang budak kecil yang berumur 13 tahun.
"Yelah yelah sabar lah" jawab Ray geram. Panas telinga mendengar adiknya itu membebel. Sudah lah hari di Malaysia ni sudah sedia ada panas terik.
Peluh di dahinya dilap kasar.
Ayahnya pun satu, ada ke patut ditinggalnya dia bersama Rayyan kat Malaysia ni sorang sorang. Kut ye pun nak suruh berdikari janganlah sampai kena tinggal macam orang bodoh dekat sini.
Jam tangan ditilik. 2:56pm
"Aduh lama lagi ke bang? Panas ni?" Kata Rayyan lagi. Mulutnya sudah muncung seperti itik hodoh.
"Hish sabar lah, Apa kau pikir dalam otak aku ada Aircond? Aku pun panas ni bukan kau sorang" jawab Ray geram.
Orang yang lalu lalang diperhatikan sebelum lengan seorang lelaki memakai kot hitam dicuit.
"Abang, tumpang tanya. Mana satu jalan nak menghala ke bangunan Mikayla holdings?" Soal Ray kepada lelaki itu.
"Adik terus jalan ni, lepas tu ada simpang belok kiri dua kali bangunan tu belah kanan" jawab lelaki itu sebelum pantas meninggalkan Ray yang masih terpinga-pinga.
Jalan sesak yang ditunjukkan lelaki tadi sebentar tadi dipandang. Kiri mana? Banyak simpang ni. Aduh bodoh betul lah. Nak taknak terpaksa dia meredah sahaja simpang yang berada dikiri.
Tangan Rayyan dipegang. Kang hilang budak ni satu kerja pulak nak mencari. Sudahlah KL ini sesak dengan pelbagai makhluk.
Cilok punya cilok diantara manusia-manusia yang berada disini tiba - tiba Ray melanggar seorang budak perempuan sehingga terjatuh. Lutut budak perempuan itu mula berdarah.
"Huarghhhhhhhh!!!" Jerit budak itu mula menangis kuat.
Ray sudah menjadi tidak tentu arah. Kaki nya duduk melutut dihadapan budak itu.
"Maaf dik, abang tak sengaja" rayu Ray meminta maaf.
"Ayok bang tak tahu! Baru datang sini dah buat hal. Tah pape betul. Jalan tu pakai lah mata" balas Rayyan disisinya.
Ray berdecit geram. Budak perempuan itu masih lagi tidak berhenti menangis. Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan berharap agar ibu bapa budak ini datang dengan segera. Namun hampeh.
"Adik, parents adik mana?" Soal Ray lembut.
Budak itu mula berhenti menangis namun kaki yang berdarah itu masih lagi berasa pedih.
"Tak tahu... Huarghhh... Saya pun sesat ni sebenarnya" jerit budak itu kembali meraung.
Ray sudah meramas rambut kasar. Aduhhhhh. Kepalanya menoleh ke bangunan di sebelah kiri. Nama yang terpampang besar itu dibaca.
Mikayla Holdings.
Yes. Nasib baik dah jumpa. Cepat cepat dia menampung budak perempuan itu sebelum dibawa masuk ke dalam syarikat milik bapanya.
Budak perempuan itu diletakkan di atas sebuah kerusi sofa.
"Tuan muda, tuan muda ada apa- apa yang perlu saya bantu?" Soal seorang pekerja perempuan di lobi syarikat itu.
"Tolong bawakan aku kotak first aid" Arah Ray lembut.
Kemudian pekerja itu beredar pergi. Seminit kemudian dia datang kembali bersama sekotak first aid ditangan sebelum dihulurkan kepada Ray .
"Adik tahan sikit eh? Abang nak cuci luka ni" Ucap Ray lembut.
Budak perempuan itu mengangguk perlahan takut-takut.
"Erghhh sakit nya... "
"Alah tahan lah sikit, jatuh sikit pun nak menangis dasar cengeng betul" kata Rayyan di sisi Ray celupar.
Ray menjeling adiknya itu.
"Eleh sukahati lah, dah memang sakit. Nangislah, takkan sakit nak gelak pulak" balas gadis itu berani.
"Ouh kau berani pulak menjawab. Tadi asyik melalak je" balas Rayyan mendatar. Tangan disilang ke dada sambil membuat muka menyampah.
"Sorry eh dik, adik abang ni memang macam ni. Otak dia tak betul sikit. Nama adik siapa?" Soal Ray lembut. Tangan sibuk mencuci luka di kaki budak itu.
"Khayra. Nur Khayra" balas Khayra perlahan.
"Ouh cantiknya nama. Adik umur berapa?"
"13 tahun"
"Lah sebaya dengan adik abang ni" Ray memandang Rayyan yang masih mencebik di sebelahnya.
"Mak bapak adik dekat mana? Kenapa jalan sorang sorang dekat KL ni. Nanti kalau kena culik susah" kata Ray lagi.
"Saya sesat, tak jumpa dengan diorang. Tadi diorang ada. Pastu tengok tengok dah hilang" Air mata dihujung mata dilap menggunakan lengan baju.
"Ouhh, takpa kejap lagi abang tolong carikan diorang eh. Ok dah siap" ucap Ray. Kaki yang sudah dibalut cantik itu dipandang bangga.
"Wah! Abang doktor ke? Cantik nya abang balut" soal Khayra teruja.
"Taklah, abang bukan doktor. Abang belajar bidang bisnes. Ni bangunan yang besar ni. Ni semua jadi milik syarikat abang satu hari nanti" jawab Ray bersungguh-sungguh cuba untuk menceriakan budak itu.
"Wah, kalau macam tu abang pinang lah Khayra dah besar nanti?" Soal Khayra lagi.
Ray tersenyum hambar. Serious lah nak kahwin dengan dia. Kalau lah budak ni tahu yang dia juga adalah pewaris kumpulan mafia daddynya satu hari nanti. Konfirm terkejut beruk. Hah lantaklah janji budak-budak je ni.
"Boleh, dah besar nanti abang kahwin dengan adik eh"
"Janji?" Jari kelingking diangkat.
"Ye abang janji" dua jari kelingking bertaut bersama. Mengungkapkan kata kata janji manis yang tidak pasti.
"Kau ni kecik kecik dah gatal eh budak" celah Rayyan selamba.
"Budak, budak, kita sebaya okay!" Balas Khayra tak mahu kalah.
"Sayang! Ya allah jenuh mencari kat sini rupanya kamu" jerit satu suara.
Khayra menoleh ke sisi.
"Mama!!" Khayra berlari mendapatkan mamanya sebelum badan dipeluk kemas.
"Khayra pergi mana? Penat mama dengan papa cari tau"
"Khayra jumpa dengan doktor hensem" ucap Khayra teruja.
Ray datang mendekati sebelum menyalami orang tua Khayra.
"Terima kasih ye tolong tengok tengok kan anak auntie. Jom khayra. Papa dah tunggu dari tadi" kata Puan liana lembut.
"Bye abang kacak hensem. Jangan lupa tau janji tadi..." ucap Khayra sambil melambai-lambai tangan keudara.
"Bye bye" kata Ray perlahan.
Kemudian setelah mereka mula menjauh Rayyan berdiri di sebelah abangnya dengan kedua tangan elok dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Hmmm abislah kau. Dah besar nanti kena kahwin dengan budak cengeng tu" perli Rayyan.
"Hmm apa salahnya. Dia comel apa" balas Ray.
"Yok yok lah comel. Serabai je aku tengok. Dahlah cengeng pulak tu. Menyampah betul aku" balas Rayyan mendatar.
Ray tergelak halus mendengar komen adiknya itu. Apa pulak serabai. Comel apa budak tu tadi.
"Ah kau pandang Lucia je kan. Orang lain semua kau kata hodoh"
"Taklah! Mana ada!"
"Nanti kita siasat tentang budak tu nak?" cadang gila Ray.
"Hah! Nak buat apa! Takde kerja aku! Banyak lagi benda lain aku nak buat!" protes Rayyan.
"Saja, mana tahu dia memang jodoh abang" jawab Ray sambil tergelak.
Rayyan mencebikkan mukanya. Entah apa apa abangnya ni tau. Sepak karang saje je.
Kemudian mereka mula melangkah ke arah lift pejabat itu sebelum butang lift VVIP ditekan untuk ke tingkat paling atas.
Share this novel