Khayra memandang telefonnya. Tiada langsung mesej di terima. Sudah seminggu berlalu sejak daripada perbincangan hari pertunangan dan perkhawinannya. Namun dia tidak menerima satu mesej pun daripada Ray.
Lelaki memang macam ni ke? Sekejap je beria lepastu terus palau macam tak ada pape jadi.
Dengan malas Khayra bangun daripada katil sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai dia memakai baju, telefonnya berbunyi satu notifikasi mesej masuk. Cepat cepat dia membuka skrin iphonenya.
-Hey baby, you siap siap setengah jam lagi i sampai ambik you. - Ayyan si budak tak matang-
Khayra melepaskan nafas panjang. Ingatkan Ray yang mesej dia. Rupanya Rayyan.
-Okay - Khayra.
Khayra melihat jam di tangan. Sudah sepuluh minit berlalu daripada masa yang dijanji namun kelibat Rayyan masih belum kelihatan. Ini lah lelaki kalau berjanji memang susah nak tepati.
Pin ! Pin !
Khayra mencapai beg tangan di sebelahnya sebelum kaki melangkah keluar rumah.
Di luar rumah Rayyan elok sedang bersandar di pintu kereta Chevrolet putih sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia nampak begitu kacak dengan memakai baju kemeja hitam dan berseluar putih. Baju kemejanya itu pula dipakaikan vest coklat gelap dibahagian luar.
Khayra datang mendekati Rayyan sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"Hi baby, sihat?" Akhirnya Rayyan memulakan bicara setelah beberapa minit mendiamkan diri. Bibir mengukir senyuman manis sebelum kereta dipandu keluar ke jalan raya.
"Sihat, kita nak pergi mana ni?" Khayra menoleh ke arah sisinya. Rayyan memang sangat kacak kalau dilihat daripada dekat, lagi lagi dengan senyumannya yang mengoda itu. Fuh pakage. Tapi sayang, dia seorang pembunuh.
"Kita pergi cari baju tunang" balas Rayyan mendatar. Mata fokus ke arah pemanduannya.
Macam kau pulak yang nak tunang dengan aku. Khayra mengeluh perlahan.
"Kenapa mengeluh? Tak suka sebab bukan Ray yang teman ke?" Soal Rayyan lembut selepas mendengar keluhan Khayra.
"Takdalah. Mana ada" bohong Khayra laju. Padahal hatinya sudah mula rindu untuk menatap mata hijau lelaki yang bakal menjadi suaminya. pandangannya dibuang keluar tingkap kereta. Hari panas terik. Biasalah tu Malaysia. Bila je tak panas?
"Eleh tak payah tipulah cik oi, rindu cakap rindu, muka dah macam sabut kelapa aku tengok" sakat Rayyan sambil tergelak halus. Apa kena mengena dengan sabut kelapa? Entahlah. Dia ni memang bangang sikit kadang kadang.
"Mana ada rindu. Biasa je" bohong Khayra lagi. Tangannya menongkat dagu. Mata masih lagi memandang keluar.
"Hahaha hidup memang suka menipu eh. Tak baik tau nanti masuk neraka. Haha"
Khayra hanya diam. Kau membunuh tu bajet macam masuk syurga. Haih.
"Dia busylah siapkan kerja nanti dia tak busy dia datang lah jumpa you" balas Rayyan juga tidak jujur.
Khayra mendiamkan diri sahaja. Malas nak berbetah dengan Rayyan lama lama . Makin lama kadang kadang makin sakit hati dengar apa yang keluar daripada mulut dia ni.
Mereka sampai di butik pengantin ELLY DRESS. Tali pinggang di cabut sebelum mereka berdua keluar bersama-sama.
Khayra melihat baju baju yang tergantung di dalam kedai itu. Semuanya cantik, boleh rambang mata. Tetapi hatinya sedikit pun tidak tertarik untuk melihat baju baju itu, kerana sepatutnya dia memilih baju tunangnya bersama dengan Ray namun lelaki itu tidak datang malah tidak mesej bertanya khabarnya langsung. Dia tak rindu aku ke?
Wajah Rayyan dipandang sekilas. Rayyan duduk bermain phone di atas sofa yang disediakan dalam kedai. Huh ni lagi seorang, tak membantu langsung ! Kalau setakat teman jadi driver baik tak payah. Aku sepak karang !
Setelah puas melihat, akhirnya Khayra memilih dress berwarna merah. Dress itu tidak terlalu kembang namun sangat cantik dengan manik manik yang tersusun rapi. Boleh lah tu untuk tunang je, nikah nanti baju lain pulak.
Setelah selesai membayar mereka berdua melangkah keluar.
"Lepas ni nak pergi mana lagi" soal Khayra mendatar. Tangan menghalang mukanya agar tidak terkena cahaya matahari. Maklumlah Malaysia ni panas, kalau letak telur dekat luar boleh jadi telur goreng. Kalau letak plastik boleh cair plastik. So kepada wanita wanita plastik diluar sana, jangan duduk Malaysia. Thank you.
"Kita pergi Pavi " kata Rayyan mendatar, kaki melangkah masuk ke dalam kereta.
Khayra hanya mengikut.
Kereta dipandu ke Pavilion mall.
"Kita nak buat apa pergi Pavi?" Soal Khayra disisinya.
"Bunuh orang" balas Rayyan selamba.
Mata Khayra automatik membulat. Air liurnya ditelan beberapa kali. Betul ke ni?
"Hahaha i gurau jelah you, takpayah buat muka terkejut sangat lah. Pergi mall kita shopping lah takkan nak memancing pulak" gelak Rayyan sambil memandang muka Khayra yang tampak sedikit ketakutan.
Khayra menarik nafas lega. Haih susah kalau bergurau dengan pembunuh pasal bunuh bunuh ni ,kau tak tahu nak anggap gurau atau tak.
Masuk sahaja ke dalam mall mereka berdua terus melangkah ke arah kedai kasut.
"Hah you pilih je mana mana yang you nak untuk kasut tunang, nak ambik semua pun boleh i tak kisah" Rayyan mengukir senyuman sambil memandang wajah Khayra.
Khayra hanya tayang muka mendatar. Berlagak betullah ayat dia ni, tahulah kaya.
Rayyan duduk di kerusi kecil yang tersedia di sebelah rak. Lelaki kan memang macam ni, kalau masa perempuan shopping, jumpa kerusi tu bagaikan satu nikmat datang dari tuhan.
Setelah beberapa minit memilih Khayra datang mendekati Rayyan sebelum menunjukkan satu kasut bertumit tinggi berwarna hitam .
"Cantik tak?" Soal Khayra lembut bertanya pendapat Rayyan. Sebenarnya malas nak tanya. Tapi oleh kerana dia sunyi memperagakan kasut kasut itu sendiri. Jadi terpaksa tanya.
Rayyan mengangkat wajahnya dan melihat ke arah kasut yang dipegang oleh Khayra.
"Cantik, nice. Pandai you pilih. Tapi i lagi suka kalau you ambik warna dark maroon " balas Rayyan semula.
"Iya ke? Lawa ke kalau i pakai dengan baju tunang tadi?"
"You pakai apa apa pun tetap nampak cantik. Tapi lagi cantik kalau ambik dua dua warna tu. Hitam dengan dark maroon"
Hati Khayra mula berbunga. Tak sangka moodnya senang berubah walau hanya dengan satu pujian. Inilah perempuan yang dinamakan complicated.
"Boleh ke i nak ambik dua dua?"
"You nak satu kedai ni pun boleh" kata Rayyan sebelum dia meraba poket seluarnya dan mengeluarkan satu kad berwarna hitam.
"Nah bayar guna kad ni" kata Rayyan sebelum menghulur kad hitam itu kepada Khayra.
"Eh takpa i boleh bayar sendiri" tolak Khayra lembut.
"You, hidup ni jangan nak jadi baik sangat boleh? Kalau orang belanja tu, patutnya you habiskan je duit orang tu sampai licin, bukan tolak. Nah ambik ni. Lagipun bukan kad i, ni kad bank bakal suami you, dia kata habis kan je. I tunggu dekat luar" Rayyan memberikan Khayra kad hitam itu sebelum kaki melangkah keluar kedai. Dia naik rimas tengok perempuan di dalam kedai itu semua memandang ke arahnya. Tahulah kacak, bergaya, kaya, bercahaya. Tapi tak payahlah nak tenung lama lama sangat. Rimas tahu tak.
Khayra memandang kad hitam yang kini sudah berada di tangannya itu sebelum nafas dihela panjang.
"Kad tu pegang dulu, lepas ni bayar semua barang barang guna kad tu. Jom kita pergi cari barang lain pulak" kata Rayyan sebaik sahaja Khayra datang ke arahnya setelah selesai membayar dua kasut tadi.
Kemudian mereka berdua pergi ke kedai makeup, kedai beg, minyak wangi dan banyak lagi untuk barangan hantaran. Hampir penuh tangan Khayra membawa beg beg yang berisi pelbagai barang miliknya.
"Meh sini lah beg beg tu, i bawakkan. Tangan you macam nak tertanggal je i tengok " Rayyan merampas beg beg yang dipegang Khayra sebelum diletakkan ke atas bahu. Manakala tangan kirinya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Terima kasih" ucap Khayra mengukir senyuman.
"Nak pergi beli apa apa lagi tak?" Tanya Rayyan lembut.
"Tak da dah"
"Dah jom pergi minum, I haus" kata Rayyan mendatar. Kali pertama dia shopping lama macam ni. Selalunya dia ambik je barang dekat mall belakang rumah.
Sedang meraka berjalan, tiba tiba ada seorang perempuan melanggar bahu Rayyan dengan agak kuat. Perempuan itu terjatuh di hadapannya. Manakala Rayyan tidak beranjak langsung. Hanya berdiri tegak seperti batu.
"Aduh..." keluh perempuan itu. Pakaiannya sungguh ketat dan seksi dari atas hingga ke bawah.
Rayyan hanya melihat perempuan yang sudah terduduk di hadapannya dengan muka sebeku ais kutub utara. Kemudian mulutnya tersenyum sinis.
"Eh, cik tak apa apa?" Soal Khayra cuba membantu perempuan itu untuk bangun.
Perempuan itu bangun dan melihat ke wajah Rayyan.
"Hey, kenapa you langgar i hah?" Marah perempuan itu tiba-tiba.
Rayyan hanya memandangnya tidak bereaksi. Ewah perempuan bodoh ni, dia langgar aku dituduh aku pulak yang langgar dia. Pakai baju dahlah ketat macam sarung nangka. Kau pikir kau lawa ke hanat!
"Sorry cik dia tak sengaja" pinta Khayra memohon maaf bagi pihak Rayyan. Khayra memandang muka beku Rayyan yang jelas tidak berminat untuk memohon maaf. Dia tahu Rayyan memang benci terhadap perempuan.
"Apa maaf maaf. Sakit tau tak , bayar ganti rugi lah!?" jerit perempuan itu. Nada suaranya sudah naik seoktaf.
Khayra sedikit panik kerana orang sekelilingnya sudah mula memandang ke arah mereka bertiga.
"Maaf ye cik. Dia tak sengaja. Saya betul betul minta maaf" kata Khayra lagi.
Rayyan hanya diam memerhati. Takda mood nak layan drama bodoh. Dia tahu perempuan di hadapannya ini sengaja melanggarnya tadi. Lagipun dia sempat kebelakangkan sedikit badannya, kiranya tidak kuat mana pun mereka berlanggar. Perempuan itu sengaja menjatuhkan dirinya sendiri.
"Hey pompuan! You diam eh i tak cakap pun dengan you. I cakap dengan lelaki ni!? You siapa?! Girlfriend dia ke hah!!" Kata perempuan itu lagi. Jarinya menunding tepat ke muka Khayra.
Tiba tiba jari itu digengam kemas oleh Rayyan sebelum ditarik menjauhi muka Khayra. Mulutnya tersenyum sinis memandang perempuan itu.
Khayra sudah tidak senang duduk. Tolong lah jangan berlaku pembunuhan dekat sini. Rayyan mendekat ke telinga perempuan itu sebelum berbisikkan sesuatu.
Tiba tiba wajah perempuan itu bertukar menjadi takut sebelum dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua tanpa berkata apa apa. Rayyan menepuk sedikit tangannya yang memegang jari perempuan itu tadi.
Jijik bodoh !
"Apa yang you cakap dekat dia sampai dia terus je pergi macam tu?" Soal Khayra sambil melihat wajah beku Rayyan.
Rayyan memandang ke arah Khayra. Mukanya yang dingin tadi sudah dimaniskan semula.
"Takda apa, i tanya dia nak join minum Starbucks tak? Tapi dia terus je pergi. Maybe dia tak suka minum air Starbucks, kita mana tahu kan selera orang bodoh macam mana" jawab Rayyan selamba. Keningnya diangkat sebelah.
Khayra memandang Rayyan tidak percaya. Tak mungkin ayat itu yang dia kata sehingga perempuan itu pergi dengan wajah yang jelas ketakutan.
"Jom lah kita order drive thru je. I takda mood lah" kata Rayyan mendatar sebelum terus berlalu pergi. Khayra hanya mengekor dari belakang.
Kereta Chevlerot putih itu masuk ke dalam garaj rumah. Khayra keluar dari dalam kereta sebelum terus melangkah ke arah pintu.
"You" panggil Rayyan dari dalam kereta.
Khayra menoleh ke belakang.
"Apa apa hal telefon je i okay?" Kata Rayyan sebelum tersenyum manis memandang ke arah Khayra .
"Okay" balas Khayra ringkas.
"Kalau rindu pun call tau!!" Jeritnya lagi.
"Hahaha, okay" balas Khayra sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Rayyan memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah.
Khayra melompat di atas katil queen miliknya. Beg beg shopping sudah diletakkan di dalam almari sebelah meja. Kakinya penat setelah seharian berjalan. Telefonnya dilihat. Masih tiada mesej baru di terima. Nama Ray Mikayla dicari sebelum didail. Namun panggilan itu masuk ke peti simpanan suara.
Khayra mengeluh perlahan.
Lelaki itu tidak rindu dia ke? Langsung tiada berita daripada lelaki itu. Khayra berguling guling di atas katil beberapa kali sebelum kaki melangkah ke arah bilik air untuk mandi.
Rayyan menghempas badannya di atas kerusi sofa di ruang tamu. Kepalanya diurut perlahan. Otaknya ligat memikirkan perihal wanita yang bertembung dengannya di mall tadi. Pakaiannya yang sungguh seksi itu terlayar kembali di fikiran Rayyan. Wajah diraup kasar. Haih.
"Balik dah?" Soal Keith sebelum duduk mengambil tempat di sebelah Rayyan. Tangan memegang sebotol air mineral sebelum diteguk.
"Tadi dekat mall ada perempuan seksi langgar bahu aku" kata Rayyan mendatar dengan mata yang tertutup.
"Dah tu?" Soal Keith sebelum memandang ke arah wajah Rayyan.
"Rasa macam nak rogol" kata Rayyan selamba.
"Bana kau!!" Keith ketuk peha Rayyan.
"Abang aku macam mana?" Soal Rayyan tenang. Sepatutnya Ray yang harus menemani Khayra membeli barang keperluannya harini. Tak pasal pasal dia pulak yang menggantikan tempat abangnya itu. Lahai nasib.
"Hmmm macam tulah" kata Keith sebelum melepaskan nafas panjang.
Rayyan juga melepaskan nafas panjang. Harap harap tidak menjejaskan hari pertunangan mereka. Karang tak pasal pasal aku pulak kena ganti jadi pengantin lelaki.
Rayyan bangun daripada duduknya.
"Nak pergi mana?" Keith memandang Rayyan yang sudah berjalan menjauhinya.
"Masuk bilik"
Rayyan berbaring di atas katil. Bosannya duduk Malaysia, terlalu banyak undang undang . Dia tidak boleh membuat apa apa. Sudah seminggu abangnya pulang ke France bersama sama dengan Xavier. Manakala dia dan Keith dipaksa tinggal di sini untuk mengawasi keselamatan Khayra sehingga Ray kembali ke Malaysia semula.
Rayyan mengeluh panjang sebelum kaki melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
Masalah betul lah orang tua ni !
Share this novel