Bab 20

Action Series 36344

Selepas selesai sesi luahan hati ke hati jatuh ke jiwa lalu jatuh cinta. Eh tak gurau sesi luahan hati ke hati, mereka berdua melangkah untuk pulang ke rumah.

Baru sahaja masuk di bahagian belakang mereka terserempak dengan Xavier dan seperti biasa mukanya dingin seperti ice yang dijumpai dihujung bukit antartika.

"Kalau kau dekat sini siapa jaga abang aku bangkai?" Soal Rayyan kepada Xavier selamba.

Padahal si Xavier ni lagi tua daripada dia.

"Aku baru je nak panggil kau. Jom kita jumpa abang kau dia dah sedar" kata Xavier mendatar.

Rayyan menoleh ke arah Khayra.

"You pergilah mana mana you suka, i nak jumpa abang i kejap" kata Rayyan lembut. Dengan Khayra je dia lembut dengan orang lain? Macam setan.

Khayra mengangguk sedikit sebelum dia menyertai Keith yang berada di ruang tamu untuk menonton tv.

Kemudian mereka berdua naik ke tingkat atas. Buka sahaja pintu bilik, Rayyan melihat Ray yang sedang menyandarkan badannya di kepala katil. Mereka masuk ke dalam sebelum menutup pintu bilik rapat.

"Ray... Kau okay?" Soal Rayyan prihatin sebelum duduk disisi katil.

Ray menoleh. Pandangannya kosong. Mukanya tiada perasaan. Dia tidak senyum, tidak marah hanya kosong. Mata nya sudah kembali hijau. Tetapi hijau yang terang.

"Arthur?"

Rayyan memandang Xavier meminta kepastian. Xavier angguk kepala.

Nafas berat dilepas. Rayyan memandang semula wajah abangnya.

"Arthur.. Abang aku mana? Dia okay?" Soal Rayyan kepada Arthur.

"He not okay... Dia tengah sakit dalam ni" balas Arthur sebelum jarinya ditujuk ke kepalanya sendiri.

Berbanding Louis, Arthur boleh berbahasa 3 bahasa English, Malay dan French . Manakala Louis boleh berbahasa German, French , English, dan Spanish. Ray pulak tak payah cakap, lagi pelbagai lagi bahasa asing yang dia tahu. Dah kalau syarikatnya sahaja ada di pelbagai negara. Mesti lah dia kena pandai banyak bahasa.

"Kenapa dia taknak keluar?" Soal Rayyan lagi.

Arthur menggeleng kepalanya.

"Bila dia nak keluar?" Soal Rayyan lagi.

"Tak tahu" balas Arthur sepatah, bahunya diangkat sedikit.

"Boleh kau suruh dia keluar? Tell him, i want to see him" ucap Rayyan dengan penuh harapan.

"I try" balasnya ringkas.

Kemudian dia memejamkan matanya. Beberapa saat kemudian dia kembali membuka mata sebelum memandang ke wajah Rayyan.

"Dia tak nak" balas Arthur ringkas.

Rayyan menghela nafas panjang. Haih susah jugak nak jumpa abang aku ni. Macam nak jumpa artis. Bangkek betul, adik sendiri pun payah nak jumpa.

"Kenapa dia taknak keluar?" Soal Rayyan semula. Dalam hati sudah menahan marah.

Arthur diam sebelum dia menutup matanya kembali. Rayyan memandang sudah kehairanan. Pelik dengan cara diorang ni berkomunikasi. Cakap dalam hati ke maxam mana?

"Sebab dia takut" kata Arthur sebelum membuka matanya kembali.

Rayyan mula meraup wajahnya kasar. Babi lah ketua mafia depan aku ni. Nama je Pembunuh upahan , apa yang nak dia takut sangat entah. Bebel Rayyan dalam hati.

"Kau pergi panggil dia, cakap dengan dia adik kesayangan dia nak jumpa" kata Rayyan tenang. 

Arthur mengangguk kepala perlahan sebelum menutup matanya kembali. Beberapa saat kemudian tangannya mula menggigil dan air mata mengalir laju daripada matanya itu.

Ray membuka perlahan lahan matanya dan menoleh ke arah Rayyan yang berada di sisinya itu. Mata hijaunya basah dengan air mata. Tangannya masih lagi jelas menggigil.

"Aku... Ke yang... Buat ni... dekat kau?" Soal Ray tersekat sekat sebelum leher Rayyan disentuh lembut. Rayyan menggengam tangan abangnya.

"Tak.... Bukan kau yang buat" ucap Rayyan sebelum menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Ini Louis yang buat" sambungnya semula.

"I'm sorry... I'm sorry.... I'm sorry" ucap Ray berulang kali. Matanya dipejam rapat.

Rayyan yang mendengar terus memeluk erat badan abangnya.

"Tak da apa lah! Tak sakit pun!" Pujuk Rayyan.

Bahu Ray diusap. Kenapa otak dia boleh rosak sampai macam ni sekali.

Xavier di sebelah hanya memerhati. Ini kalau yang lain nampak ketua mereka seperti ni confirm mereka akan sedih. Selama ni Ray menjadi tulang belakang mereka semua namun di hadapannya kini bukan Ray yang satu itu. Ini adalah Ray yang sangat sangat rapuh terlalu rapuh hinggakan perlu seseorang di sampingnya.

"Dah... Dah... Aku tak marah kan" ucap Rayyan berkali kali seperti memujuk budak kecil. Ray memeluk Rayyan erat masih lagi menangis.

"Aku takut.... Aku takut... Rayyan aku takut..." kata Ray berulang kali sambil menutup mata.

"Kau takut apa? Aku kan ada ni hah" soal Rayyan berbisik perlahan melayan perangai abangnya itu.

"Aku takut... Aku takut" hanya itu sahaja diulang berkali kali.

Rayyan menepuk nepuk lembut badan abangnya. Rayyan tahu apa yang dilalui abangnya itu sangat perit akibat ingin pertahankan dirinya.

"Kau takut apa? Cuba bagi tahu aku" soal Rayyan kembali. Badan abangnya sudah berhenti menggigil pelukannya juga kian melonggar.

"Aku takut.. Aku mimpi aku kena seksa" sejurus sahaja dia berkata sedekimian badannya mula memberat dan rebah ke dakapan Rayyan.

"Ray! Ray! Kau okay tak ni?" soal Rayyan panik sebelum mengoyangkan badan abangnya itu.

Seketika kemudian matanya kembali terbuka. Hijau terang. Walaupun mukanya masih basah kerana air mata namun mukanya kini tampak kosong dan dingin.

"Arthur?"

Lelaki itu mengangguk.

"Mana abang aku pergi?" Soal Rayyan semula.

Arthur menggeleng.

"Lupakan, dia takkan muncul buat sementara waktu ni" balas Rayyan mendatar.

"Maksud kau?" Soal Rayyan pelik.

"Dia terlalu lemah sekarang, jangan risau Louis ada dengan dia" balas Arthur mendatar.

"Fuck lah... Tu abang aku, sepatutnya aku yang jaga dia. Apahal pulak mamat tu yang jaga dia" marah Rayyan tak puas hati.

Xavier memegang bahu Rayyan cuba untuk menenangkannya.

"Salah korang semua jugak sebab dia jadi macam tu" balas Arthur mendatar.

Terus Rayyan dan Xavier merenung anak mata Arthur .

"Apa maksud kau salah kitaorang!" Giliran Xavier pulak bersuara.

Arthur diam membisu.

Rayyan sudah memandang Arthur tidak puas hati.

"Apa maksud kau salah kitaorang!?" Tanya Rayyan kasar. Bahu Arthur dicengkam.

Arthur tidak menunjukkan apa apa reaksi. Senyum tidak marah pun tidak.

"Because you guys always want to keep us away. Then you give him all kind of drug. Salah siapa lagi kalau bukan salah korang" balas Arthur bersahaja.

Rayyan mengepal penumbuknya. Eyyy ini elak bila bila masa tetiba ada je yang makan tangan ni karang.

"Just because of that?" soal Xavier mendatar.

Arthur diam sebelum dia memandang sekilas wajah Rayyan.

"Wait a moment" katanya ringkas sebelum dia menutup matanya kembali. Selepas beberapa minit dia membuka kembali matanya.

"Ray tak akan bangun untuk beberapa hari. Aku akan ambik alih" terangnya kembali.

"You going to work?" Soal Rayyan lagi.

"Yes" balas Arthur sepatah.

"With that face?"

"Yes"

"You sure? " Soal Xavier kembali

"Yes" balas Arthur lagi.

Rayyan meraup wajahnya. Habis lah aku. Nasib baik Khayra sudah sedia maklum dengan benda ni. Dia kemudian bangun daripada duduknya.

"Kau rehat lah dulu, esok kita start pergi office" kata Rayyan kepada Arthur. Arthur mengangguk perlahan. Rayyan memandang ke arah Xavier.

"Kau duduk sini. Jaga dia elok elok, apa apa hal panggil aku" arah Rayyan ringkas sebelum dia melangkah keluar dan masuk ke dalam biliknya.

Arthur memandang Xavier begitu juga dengan dia. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Hmmm okay sekarang kita nak buat apa. Xavier mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Tidur jelah.

Dia berjalan ke arah suis lampu sebelum suis itu ditekan.

"Goodnight" kata Xavier sepatah.

Seperti biasa tiada jawapan kedengaran.

Well normal lah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience