Keesokan paginya mereka semua makan bersama sama di ruangan meja makan. Sedang mereka menjamu selera, Arthur dan Xavier melangkah keluar dari dalam lift dan turut menyertai mereka.
Rayyan memandang Arthur dari atas ke bawah.
Hmmm sebijik macam batu bergerak.
"Kau ok tak ni? Dah macam tiang aku tengok" Soal Rayyan prihatin. Prihatin anjing dia lah.
Arthur hanya mengangguk. Dia mula menjamah makanan yang sudah dihidang begitu juga dengan Xavier. Khayra melihat ke arah majikannya itu.
'Sah ni bukan Sir Ray' sebab Ray sentiasa murah dengan senyuman jika bertemu dengannya. Manakala lelaki di hadapannya ini tidak menendahkannya langsung bahkan seperti dirinya tidak wujud.
"Ray kau ok?" Soal Faiq memecahkan kesunyian.
Arthur memandang sekilas sebelum mengangguk perlahan. Mereka berasa janggal ketika itu dengan suasana yang agak tegang. Hanya bunyi sudu garfu berlaga sahaja kedengaran.
Selesai sahaja makan. Arthur terus sahaja melangkah ke arah pintu rumah dan keluar. Mereka yang lain memandang ke arah Xavier dan Rayyan meminta jawapan.
"Seperti yang korang nampak, si batu tu Arthur bukannya Ray, so pandai pandai lah jaga diri jangan sampai mati, huhuhu... tata" kata Rayyan sebelum dia juga turut melangkah pergi.
Yang lain melepaskan nafas panjang. Selang beberapa saat Xavier datang mendekati Khayra.
"Khayra, you naik kereta i hari ni" katanya mendatar sebelum berjalan keluar rumah. Khayra pula hanya mengekor dari belakang.
Setibanya di syarikat itu mereka memakir kereta di tempat kawasan khas VVIP. Khayra keluar daripada kereta dan melihat bangunan di hadapannya.
Seriously diorang ni kaya tahap apa actually?
Bangunan tu tak payah cakap lah 5 kali ganda bangunan syarikat di Malaysia agaknya. Besar, cantik, mewah dan gah fullstop.
Mereka sama sama melangkah masuk ke dalam bangunan. Mata Khayra tidak lepas daripada melihat sekeliling. And yeah seperti yang dijangka manusia yang berjantinakan perempuan seperti sudah pupus ditelan dek zaman.
Dia mengekor sahaja kemana Xavier pergi. Tiba disatu tingkat Xavier melangkah keluar dan masuk ke dalam satu bilik tergantung papan kecil berukiran emas di hadapannya bertuliskan Ray Mikayla.
Xavier mengetuk pintu tiga kali.
"Come in" sambut satu suara dari dalam.
Xavier membuka pintu sebelum dia terus masuk begitu juga dengan Khayra yang mengekor di belakang.
"Art, ni PA kau tau. Yang kita duduk makan semeja tadi, nama dia Nur Khayra, jaga dia elok- elok" kata Xavier mendatar.
"Ouh, Dia PA Ray ke? I thought a new maid" balas Arthur mendatar dan selamba. Mukanya kosong sahaja. Dia kemudian menyambung semula melihat laptop di hadapannya.
"Okay you buat je kerja you macam biasa, apa apa hal panggil i atau Rayyan dekat bilik sebelah, got it?" Jelas Xavier yang sudah memandang ke arah Khayra.
Khayra mengangguk perlahan sebelum Xavier pergi melangkah keluar daripada bilik. Khayra duduk di tempat meja yang disediakan untuknya dan mula menyemak jadual dan dokumen syarikat itu.
Selang beberapa jam menyepi dan mendengar bunyi kicauan burung lalu terbang tinggi diawan. Ok gurau.
Tiba tiba Arthur bangun dan berdiri di hadapan meja Khayra. Khayra terasa takut untuk mengangkat muka melihat wajah Arthur. Matanya masih terpaku pada kertas di tangan.
Arthur mengetuk meja Khayra beberapa kali apabila gadis itu tidak langsung memandang ke arahnya.
"Yes Sir Arthur, y-you need anthing?" Soal Khayra sedikit cuak. Mulutnya juga disenyum paksa.
Arthur hanya diam memerhati wajah Khayra. Gadis itu sudah tidak senang duduk.
"I hungry. I wanna eat. Kau nak makan tak?" Soal Arthur mendatar. Muka? Jangan cakap lah. Serupa berbual dengan dinding yang boleh bercakap.
"Errr ahhhh okay boleh jugak" balas Khayra sedikit gagap. Sempat matanya melirik pada jam ditangan.
Sudah 12pm .
Arthur kemudian terus berjalan keluar bilik. Khayra pula cepat cepat mengambil beg tangan dan mengikutinya dari belakang.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan terus meluncur keluar daripada perkarangan itu.
"Ermm, Sir Arthur.. Kita nak makan mana?" Soal Khayra takut takut.
Arthur memandangnya sekilas.
"Somewhere quiet but nice place" jawab Arthur mendatar dan beku.
Dia meneruskan pemanduannya. Suasana sepi sahaja di dalam kereta itu sehinggalah mereka tiba di satu restoran makan. Arthur melangkah keluar terlebih dahulu dan diikuti dengan Khayra sebelum seseorang mengambil kunci keretanya untuk diparkir.
Khayra melihat di sekelilingnya. Okay memang betul tempat ni nice and quiet. Tapi kosong. Bukak ke tak bukak kedai ni. Desis hati Khayra.
Arthur masuk ke dalam bangunan itu sebelum diikuti oleh Khayra di belakang.
Tak ada orang weh!
Seorang pelayan menyambut mereka dengan sangat ramah. Sebaik sahaja mereka duduk di meja makan, lama Arthur merenung wajah Khayra tanpa berkelip.
"Aku dah tempah satu restoren ni, kau makan je apa kau nak. Tak payah risau" kata Arthur cukup dingin sebelum dia melihat menu ditangan.
"Kenapa?" Tanya Khayra mendatar.
"Hmm, aku tak suka tempat ramai orang. Dan aku taknak tengok kau kekok"
Selepas memesan makanan masing-masing, mereka berdua hanya senyap sahaja memandang antara satu sama lain.
"Kau kenal aku?" Soal Arthur memecahkan kesunyian.
"Kenal sikit je, Ayyan ada cerita tentang Sir semalam" jujur Khayra sebelum matanya dikalihkan ke bawah meja. Tidak berani hendak bertentangan mata dengan mata hijau terang milik Arthur.
"Okay baguslah kalau kau dah tahu. Tak perlu aku nak terangkan lagi"
"Sejak bila kau kerja dengan Ray? Dah lama?" Tanya Arthur semula.
"Baru beberapa hari yang lepas Sir. Tak sampai sebulan lagi" jawab Khayra perlahan. Mata masih tidak lepas memandang ke arah lantai .
"Kenapa kau tengok lantai bila bercakap dengan aku? Muka aku macam lantai ke?" Soal Arthur dingin.
Aah memang macam cakap dengan lantai.
Khayra takut takut mengangkat wajahnya.
"Sorry Sir" balas Khayra perlahan sambil memandang ke wajah lelaki itu.
"Don't worry i don't eat people. Setakat ni aku cuma makan nasi" kata Arthur mendatar.
"Sorry kalau aku buat kau rasa tak selesa" sambungnya lagi. "I try my best right now, lagi satu tak perlu panggil aku sir, Arthur je cukup" katanya perlahan.
Lambat-lambat Khayra mengukir senyum. Dia ni tak adalah menyeramkan sangat pun rupanya. Lelaki ini tetap sama walaupun diri yang berlainan.
Khayra menayangkan senyuman manis.
"Okay sir" balas Khayra sambil tersenyum lebar. Arthur tidak bereaksi. Well normal lah tu.
Selepas beberapa minit makanan pun sampai dan mereka mula menjamah makanan masing masing dengan suasana yang sepi.
Selepas makan mereka, pulang ke pejabat semula.
Baru sahaja Khayra ingin melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerja, telinga menangkap bunyi ketukan dari pintu bilik.
"Come in" kata Arthur sedikit kuat.
Rayyan memasuki bilik itu dengan wajah yang bersahaja. Tak pernah pernah dia ketuk pintu sebelum masuk. Tiba tiba nampak macam budak beradab pula hari ini.
Rayyan berjalan mendekati meja Khayra.
"You jom lunch dengan i. Dah pukul 2 lebih ni" ajak Rayyan. Dia menoleh sekilas ke arah Arthur yang duduk di meja kerjanya. Nice masih batu.
"Sorry you i dah makan tadi" jujur Khayra.
"You pergi dengan siapa?" Soal Rayyan pelik. Kening sebelahnya diangkat. Setahu Rayyan , Khayra masih lagi tidak tahu kawasan sekitar France ini untuk keluar makan berseorangan.
"Dengan Arthur" ucap Khayra perlahan.
"You biar betul. Dengan si batu tu?!" Soal Rayyan kuat sebelum jari dihala ke arah Arthur. Matanya dibulatkan .
Khayra menangguk kepalanya. Muka Rayyan jelas terkejut sebelum dia jalan mendekati Arthur.
"Betul ke korang pergi keluar makan tadi?" Soal Rayyan kepada Arthur.
Arthur mengangguk kepalanya perlahan.
"Kenapa?" Soal Rayyan tak percaya.
Kini giliran Arthur pula membuat muka pelik. Orang bawak pergi lunch pun kena soal siasat. Cukup untung aku tak biar dia mati kebulur.
Arthur berhenti menaip dilaptop sebelum wajah Rayyan di hadapannya dipandang .
"Kenapa? Kau nak ajak aku lunch jugak ke?" Soal Arthur dingin.
"Wow amazing sial! Tak pernah pernah kau ajak orang lain lunch dengan kau. Lain kali ajak lah aku sekali" kata Rayyan sedikit teruja. Tangannya ditepuk beberapa kali.
Arthur hanya memandang tidak berkelip.
"Ray yang suruh" balas Arthur ringkas dan mendatar sebelum menyambung kembali tugasannya.
Rayyan memandang lelaki itu tidak percaya. Yok yok lah tu entah entah dia memang terpikat dengan Khayra. Maklumlah otak sama, mata sama, hati sama. Kalau abangnya itu minat Khayra, boleh jadi dia juga sama terpikat.
Rayyan melangkah semula ke arah pintu bilik.
"Okay tak apalah you kalau you dah pergi lunch, i pergi dulu otay. Tata! Jumpa dekat meeting nanti" katanya sebelum menutup pintu rapat.
Arthur melihat ke arah pintu yang sudah tertutup. Kemudian dia memandang pula ke arah meja Khayra.
"Lepas ni ada meeting perjumpaan staff kan?" Soalnya kepada Khayra.
"Aah pukul 3:30 petang nanti" balas Khayra lembut. Dia melihat jam ditangannya 2:30 masih berbaki 1 jam sebelum mesyuarat bermula.
Selang beberapa saat terdengar suara perlahan seakan akan berbisik daripada meja Arthur. Khayra curi curi memandang majikannya .
"Hi everybody my name is Ray, nice to meet you" kemudian Arthur tersenyum kecil, dan membetul-betulkan cara senyumannya. Hahaha hambek kau jarang sangat nak senyum depan orang, sampaikan dah lupa cara nak senyum.
Khayra pula sudah menahan gelak melihat kelakuan Arthur dari meja kerjanya.
Comel!
Share this novel