Khayra melihat makhluk yang berdiri di sebelah Rayyan.
"Arghhhhhhhhhhhh!!!!" Jerit Khayra kuat. Badan mengundur ke belakang beberapa tapak sebelum dia tersandung atas lantai.
"Auuuuuuuuuuu" jerit makhluk itu.
"Easy boy easy" pujuk Rayyan menenangkan haiwan peliharaannya yang agak terkejut apabila mendengar Khayra menjerit kuat.
"RAYYAN!! Kenapa you pegang anjing!! Dosa lah haram!!" Marah Khayra. Mukanya jelas ketakutan melihat haiwan itu. Anjing ke tu. Macam terlalu besar je. Anjing tu setinggi pinggang Rayyan.
"Mana ada anjing, ini serigala lah. You pun janganlah jerit macam tu kesian Johnny tau, terkejut dia" kata Rayyan selamba. Tangan mengusap usap lembut serigala yang berbulu lebat itu.
What? Serigala? Johnny? Johnny kepala hanggek dia lah!
"Hah?! You dah takda kerja ke pergi bela serigala!? Kalau dia makan kita semua macam mana!?" Soal Khayra yang sudah menjauhi Rayyan dan serigala yang bernama Johnny tu. Adik iparnya memang sudah gila. Dalam banyak banyak haiwan peliharaan dia boleh pergi bela serigala dalam rumah. Apa dia pikir ini zoo ke?
"Hahaha takda maknanya dia nak makan you. You bukannya sedap pun. Betul tak Johnny baby sayang bucuk" kata Rayyan sebelum dia mencangkung di hadapan Johnny dan menggosok kepalanya beberapa kali.
"Auuuuuuuuuuu" sahut serigala itu.
"Tengok dia pun setuju cakap i" balas Rayyan sebelum dia tergelak halus.
"Sayang kenapa jerit jerit?" Tanya Louis yang baru sahaja memasuki ruang belakang rumah itu apabila mendengar jeritan Khayra yang kuat sebentar tadi. Terus terjaga dia daripada tidur.
"Abang! Abang tengok Rayyan ni bang! Dia pergi bela serigala dalam rumah!" Kata Khayra ke arah Louis yang berdiri di sebelah Rayyan.
"Lah, apa salahnya" balas Louis selamba sebelum dia juga turut melutut di hadapan Johnny dan mengusap kepala serigala putih itu.
"Kan Johnny hensem kan" ucap Louis pula. Mulutnya tersenyum lebar memandang serigala itu.
Khayra sudah menggelengkan kepala beberapa kali. Gila! Diorang memang gila! Keluarga ni memang gila lah senang citer. Daripada first dia masuk dalam keluarga ni takda satu benda pun yang kelihatan normal. Semua abnormal!
"Auuuuuuu" bunyi serigala itu kuat.
"Alololo Johnny lapar eh?" Soal Rayyan kepada haiwan peliharaannya.
Khayra hanya memerhati dari tepi meja. Tangan menyuap laju makanan ke dalam mulut. Sesekali dia akan mengerling ke arah binatang liar itu.
"Kenapa? Sayang tak suka ke dengan Johnny?" Tanya Louis apabila dia melihat Khayra yang asyik menjeling haiwan berbulu lebat itu.
"Bukan tak suka bang. Tapi binatang tu bahaya. Dia carnivore makan daging. Dia sejenis binatang liar. Sayang takut kalau dia cederakan kita nanti" balas Khayra. Louis tersengih mendengar bebelan isterinya itu. Mungkin isterinya tak suka Johnny. Tapi Johnny comel apa.
Rayyan memandang Khayra.
"Ewah ewah suka suka you je kata Johnny liar eh... Johnny baik ok, tak pernah dia gigit i. I jaga dia i tahu lah" balas Rayyan tiba tiba.
Khayra menghela nafas panjang. Lantak lah. Malas dia nak peduli. Pernah ke si ayam ni dengar cakap dia?
"Mana you jumpa Johnny ni?" Soal Khayra mendatar.
"I jumpa dia tepi jalan" balas Rayyan selamba. Kemudian tangan mengusap usap leher binatang berbulu lebat itu.
"Hah! Tepi jalan? You biar betul?" Soal Khayra yang jelas kelihatan terkejut. Gila ke tepi jalan. Binatang ni gigit orang tau. Takkan lah dia meliar sesuka hati kat jalanraya.
"Ye... Takkan lah i nak tipu. I jumpa dia tepi jalan masa tu i ingatkan dia ni kucing sebab tu bawak balik rumah. Tapi rupanya dia serigala.. Hahaha" balas Rayyan dengan gelak tawa yang kuat.
What? Kucing? Kau ni bangang jenis apa?
"Nah cuba you tengok muka dia time kecik. Macam kucing, kan" tangan Rayyan menghulur iphone 11 nya kepada Khayra. Phone baru tu, phone lama dah kena tembak. Huhu
Iphone itu diambil sebelum dibelek.
"Kepala hotak you kucing! Sah sah nampak macam serigala!" Kata Khayra kuat. Apa bangang sangat tak dapat beza kucing dengan serigala ni. Tapi comel lah pulak Johnny time kecik kecik. Bulu putihnya itu lebat sehingga menutupi muka.
"Hahaha lah yeka. Entahlah i ingat kan kucing, i siap tanya Ray lagi. Dia pun kata tu kucing" balas Rayyan dengan sisa gelak tawanya.
Khayra menjeling Louis di sebelahnya.
"Apa? Yang dia tanya tu Ray okay, bukan aku. Kalau aku sah sah aku tahu tu serigala" balas Louis membela dirinya sendiri apabila direnung tajam oleh gadis itu.
"Haih lantak korang lah. Kalau dia jinak takpa. I tak kisah, sukahatilah you nak bela buaya ke, singa ke rimau ke selagi dia tak makan kita semua, sukahati you lah" Khayra mengalah. Cakap banyak banyak pun tak guna jugak. Dah perangai mereka sudah sememangnya begitu.
"Hah lepas ni i nak bela singa pulak lah" sakat Rayyan.
"RAYYYANNNNN! "
"AUUUUUUUU"
"Hahahah sama lah you dengan Johnny nampak ada chemistry disitu"
Khayra duduk di hadapan meja solek. Tangan sibuk membelek belek rambutnya sebelum disapukan dengan minyak. Kemudian tangannya pula disapukan dengan losyen baby.
"Sudah sudah lah tu membelek tangan tu, dah lima minit aku tengok asyik membelek je tangan tu. Bukan boleh lembut pun" kata Louis dari arah katil. Katil bersaiz king yang berwarna peach itu terletak di tengah tengah ruang bilik.
Khayra tersengih mendengar teguran suaminya itu. Kamudian kaki melangkah ke arah katil sebelum badan dibaringkan di sebelah Louis.
"Hehe takpa lah. Nanti kalau tangan saya lembut untuk abang jugak" balas Khayra dengan mulut yang tersengih seperti kerang busuk.
"Sukahati kaulah... Ni kita nak duduk sini berapa lama?"
"Sampai sayang puas bercuti" jawab Khayra laju.
"Amboi, mentang mentang suami boss. Sesuka hati je nak cuti lama lama eh" kata Louis.
"Itu semestinya, habis bila lagi saya nak gunakan pangkat abang tu haha " balas Khayra kembali sebelum dia tergelak halus.
"Habis tu... Esok kita nak pergi mana? Kau dah ada plan ke?" Soal Louis lagi. Dia langsung tak tahu apa apa tentang perancangan mereka. Walaupun negara Spain ini pernah dilawati tetapi kali ini dia datang bersama dengan isterinya bukan kerana hal kerja.
"Esok kita pergi Plaza Mayor!" Ucap Khayra teruja. Bibirnya tersenyum lebar. Nampak kegembiraannya terselah di wajah. Seronok sangatlah tu bercuti.
"Yang sayang suka sangat ni kenapa?" Soal Louis pelik melihat perangai Khayra yang teruja lain macam.
"Mestilah sayang suka, sayang baru pertama kali pergi sini. Pastu pergi dengan abang pulak tu" balas Khayra. Dia kemudian memeluk pinggang Louis sebelum mukanya dibenamkan ke dada lelaki itu.
"Haha kiranya ini honeymoon kita lah ni?"
"Yup! Ini honeymoon kita" kata Khayra semula.
Louis membalas pelukan Khayra sebelum perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman manis.
'Terima kasih sayang'
Khayra dan Louis terjaga daripada tidur apabila terdengar ketukan pintu yang kuat membingitkan telinga.
"Woi, bangun lah!! Dah pagi ni, kata nak bercuti!!! Woiiii!! Sudah sudah lah tu beromen dalam bilik!! Dah pagi ni!!" Jerit Rayyan dari luar.
Pintu diketuk lagi tetapi kali kali ni dengan lebih kuat.
Bam! Bam! Bam!
"Fuck" guman Louis. Giginya diketap. Sakit kepala dia akibat daripada dengar suara Rayyan yang terpekik terlolong seperti anjing. Jam bilik dilihat. 6:59am.
"Yeeee!!! Bangunlah ni" balas Khayra juga dengan nada yang menjerit. Mukanya masam mencuka. Gila kau pagi pagi lagi dah bising macam pasar. Siapa je yang ada mood pagi buta?
"Abang pergi lah mandi dulu, sayang nak turun buat sarapan" kata Khayra dengan mata yang masih separa terbuka. Mulut menguap beberapa kali.
"Okay" balas Louis sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Hmmm sedapnya bau masak apa tu?" soal Rayyan dari belakang. Dia memakai t-shirt putih bersama dengan jaket kulit hitam diluar.
"Mee goreng basah je. You makan tak mee goreng basah?" Soal Khayra sambil tangan sibuk mengaul gaul mee panas di dalam kuali.
"Mestilah makan, cara cakap macamlah i ni tak pernah jejak Malaysia"
"Manalah tahu kan..." Khayra menghidangkan mee goreng basah yang baru sahaja selesai masak itu ke dalam pinggan.
Rayyan awal awal lagi sudah mengambil tempat di meja.
"Louis mana?" Tanya Rayyan kepada Khayra.
"Kejap lagi turun lah tu, dia mandi tadi"
"Habis you tak mandi? Busuk lah nanti mee ni" kata Rayyan selamba.
"Eh sorry sikit eh, i pagi pagi dah mandi tau. Pagi subuh lagi " bidas Khayra sebelum dia juga mengambil tempat di hadapan Rayyan.
"Sayang masak apa?" Tanya Louis yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Bahu Khayra dipeluk dari belakang sebelum dicium umbun umbun Khayra lembut.
"Duduk lah bang, sayang masak mee goreng basah" pelawa Khayra kemudian kerusi di sebelahnya ditarikkan untuk Louis.
Louis mengambil tempat sebelum mee goreng basah diceduk ke dalam pinggan.
"Wah mesti sedap ni!" Ucap Louis teruja. Kemudian dia menyuapkan beberapa suap ke dalam mulut.
"Sedap tak?" Khayra menyoal dengan mata yang tak lepas merenung suaminya di sebelah. Excited nak tengok reaksi suami sendiri. Maklumlah first time dia masak unutk suaminya. Sebelum sebelum ni pembantu rumah yang masak.
"Wah sedap lah, kalah chef dekat rumah" Louis menyuapkan lagi mee goreng ke dalam mulut.
Makin melebar senyuman Khayra apabila dipuji oleh Louis. Dia juga menyuapkan makanan itu ke dalam mulut.
"Aah lah Khayra lepas ni you boleh lah berhenti jadi PA, you jadi bibik je dekat rumah" sampuk Rayyan.
Laju Louis menayangkan jari tengahnya ke wajah Rayyan.
"Kepala otak kau! Sesukahati je suruh bini aku jadi bibik" Marah Louis tak puas hati.
Khayra tergelak halus.
"Ayyan, Johnny mana?" Soal Khayra tiba tiba. Dari tadi dia tidak nampak serigala berwarna putih itu. Selalunya ada je duduk dekat dapur.
"Dalam rumah dia dekat belakang. Pagi pagi tadi i dah bagi dia makan" balas Rayyan. Mee dipinggannya sudah habis. Tangan mula menceduk lagi mee yang berada di dalam mangkuk depan. Untuk kali yang ketiga ye gais. Bukan dua.
"Ouh" balas Khayra mendatar.
"Dia makan apa?" Tanya Khayra kembali.
"Makan orang" selamba Rayyan membalas.
The fuck???
"Harini kita pergi Plaza Mayor eh sayang?" Louis cepat cepat ubah topik. Wajah Khayra di sebelahnya dipandang lembut.
"Yup!"
Rayyan sudah tersengih sinis mendengar kata kata akak iparnya.
"Kau jangan nak senyum senyum sangat. Ingat eh! Sini dekat Spain bukan dekat France. Jaga sikit perangai tu. Jangan nak tembak orang sana sini sesukahati" bebel Louis kepada Rayyan.
"Yelah, aku tahu lah. Macam Ray lah kau ni. Bebel macam orang tua pot pet pot pet" jawab Rayyan tak puas hati. Mulut mengunyah geram. Mata dijeling ke arah lain. Menyampah melihat abangnya yang beracah suci tu. Padahal dia dulu membunuh orang sana sini jugak.
Khayra hanya mendengar perbualan mereka sambil tangan laju menyuap mee goreng ke dalam mulut.
"Aku ingatkan je. Karang nanti apa apa jadi aku malas nak tanggung " balas Louis datar.
"Yelah aku tahulah" ucap Rayyan meleret.
Khayra tersenyum nipis. Walaupun perangai masing masing nampak kasar dan tak beradab tetapi meraka ssbenarnya sungguh akrab. Saling menyayangi antara satu sama lain. Cuma tak diluah kat mulut je. Adik beradik kan? Biasalah tu.
Share this novel