Khayra membuka matanya perlahan. Eh kenapa ada dekat gudang? Bukan ke dia sedang berada di restaurant bersama dengan Ray?
Khayra melihat badannya yang sudah terikat kemas dengan seutas tali. Tangannya juga terikat ke belakang. Aku kat mana ni? Kenapa tiba tiba boleh ada dalam gudang. Dahlah buruk busuk pulak tu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.
Pak! Pak! Pak!
Bunyi tepukan dari satu arah. Khayra menoleh ke arah tersebut.
Seorang lelaki berpakaian gelap dan memakai mask hitam berambut perang datang mendekatinya.
"J'ai entendu que tu étais sa petite amie" kata lelaki misteri itu.
Khayra memandang pelik lelaki itu. Bermata hazel. Ini lelaki yang bertembung dengannya di restaurant tadi!
"What? Sorry i don't understand. Can you speak english?" Bohong Khayra. Dia cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan itu. Namun tidak berjaya.
"I heard that you were his girlfriend" balas lelaki misteri itu semula.
"Girlfriend? Whose girlfriend?" Soal Khayra geram.
"Ray Mikayla"
"Sorry Mister, but i think you got the wrong person. I'm only his PA"
Lelaki misteri itu mencabut masknya. Wow ok hensem gila muka dia, ada mix Russian dan France tapi Ray lagi hensem, mata Ray warna hijau hokey. Tu point paling mengoda.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Don't think I'm stupid, you live with him"
Khayra sudah membuat muka pelik. Kalau duduk sebumbung terus di kira girlfriend ke? Habis maid yang duduk sebumbung tu kira girlfriend jugak ke? Apa benda lelaki ni merepek.
"Who are you?" Soal Khayra malas.
"Me?"
"Who else, there anyone here beside you and me?" Jawab Khayra berani.
"Hahahaha amazing, so brave" kata lelaki misteri itu sebelum tergelak kuat.
Khayra masih lagi mencuba untuk membuka ikatan ditangannya namun tetap juga gagal. Aduh menyesal tak pergi kem perkhemahan kadet remaja time kecik kecik dulu.
Lelaki itu mengambil satu kerusi dan diletakan di hadapan Khayra sebelum dia duduk menghadapnya.
"My name is Black Death" kata lelaki itu mendatar dan dingin.
"But you looks more like Black Demon to me" balas Khayra bersahaja.
Lelaki itu ketawa lagi.
Khayra membuat muka annoying. Eh kau ni gelak gelak apa yang lawak nya tak tahu lah.
"What do you want from me?!" Jerit Khayra sedikit kuat.
"From you? No no no no girl. I don't want anything from you."
"Then why you kidnap me?" Soal Khayra kembali dia sudah mula rasa rimas dengan lelaki dihadapannya itu.
"I want to kill Ray that all" balas lelaki itu kembali.
"Why?"
"Sebab anjing tu dah bunuh mak aku?!" Tengking lelaki itu.
Khayra jelas terkejut. Lelaki ni pandai cakap malay rupanya. Pehal lah dari tadi dia pergi speaking.
"Bila masanya Ray bunuh mak kau hah?!" Tengking Khayra semula.
"9 tahun lepas dia bunuh mak aku"
9 tahun lepas? Kiranya setahun selepas kejadian Ray kena culik.
"Sape mak kau?!" soal Khayra dingin.
"Clara"
"Clara?" ulang Khayra .
"Ring a bell? Kau awek dia. Kau mesti tahu"
"Tak, maybe sebab mak kau tak famous" balas Khayra bersahaja.
"Kau ni memang berani kan. Kau tahu tak aku ni siapa?"
"Tak tahu dan tak nak tahu" balas Khayra ringkas kemudian dia memandang ke tempat lain.
Lelaki itu menarik rambut Khayra kuat. Tudungnya memang sejak bangun tadi sudah hilang entah kemana.
"Sakit lah bodoh! Main tarik-tarik rambut pulak!" Marah Khayra .
"Menjawablah selagi kau boleh menjawab , lepas Ray datang cari kau. Aku akan bunuh kau macam mana mak aku bunuh parents dia depan mata dia. Aku akan pastikan dia merana lagi sekali tengok orang yang dia sayang mampus depan mata dia" kata lelaki itu kasar .
Khayra pantas menjeling lelaki itu geram.
"Ooo kau ni anak pembunuh tu! Memang patut pun mak kau tu mampus!! Tak sedar diri!! Mak kau tu binatang tahu tak! Kau pun patutnya mampus je sekali!? Dasar takda hati perut!?" Suara Khayra yang tenang diawal ayat mula menengking di akhir ayat.
Lelaki itu menampar muka Khayra kuat. Mukanya terteleng ke tepi.
Khayra terdiam. Darah mengalir mula di hujung bibirnya. Mak aih tangan dia ni bapak besar macam gajah. Khayra meludahkan sisa darah yang memasuki mulutnya sedikit sebelum memandang lelaki itu semula.
"Dasar pengecut pukul perempuan!? Kau pikir kau hebat ke!" Jerit Khayra kuat.
"Hahahah.... Memang aku hebat! Lepas aku bunuh kau depan mata mafia bodoh tu, aku akan bunuh semua keluarga bangsat tu"
"Hey! Sedar lah sikit kau tu tak hebat mana pun!? Dah lah lawan dengan cara ugut perempuan. Ada hati nak bunuh Ray!? Dasar bodoh!?" Muka lelaki itu diludah.
"Kurang ajar!!"
Dia menampar muka Khayra untuk kali kedua.
Khayra mengerang kesakitan. Okay kali ni dia stop melawan. Sakit mukanya di tampar dengan lelaki itu . Tangan dia dahlah besar gila.
Lelaki itu berlalu pergi.
Setelah pasti lelaki itu tidak kelihatan. Khayra tersenyum mengejek. Dia sengaja membuang masa menjerit memarahi lelaki itu tadi kerana dia sedang cuba untuk melepaskan ikatan ditangannya.
Dan dia berjaya, ikatannya sudah longgar.
Namun dia tidak melepaskan diri. Pertama, sebab dia tidak tahu dia sekarang berada dimana, jadi dia nak lari pun tidak tahu hendak ke mana. Kedua sebab dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk lari.
Rayyan dan Keith masuk ke dalam bilik abangnya. Mereka yang lain sudah pun berkumpul disitu.
"Macam mana Khayra boleh kena culik ni?" Soal Rayyan kepada Ray. Kerusi hadapan meja kerja Ray ditarik sebelum dia mengambil tempat.
"Kitaorang pergi lunch tadi, lepas tu Khayra nak pergi tandas. Aku pun bagi jelah takkan nak halang pulak . Tapi lepas tu dia terus hilang dan aku jumpa kad ni" jelas Ray sebelum dia menghulurkan kad bewarna hitam yang sudah renyuk seribu kepada Rayyan.
Rayyan mengambil kad tersebut dan membelek.
Black Death? Kuno betul nama.
"Ni anak sial tu kan?" Tanya Rayyan mendatar.
Ray mengangguk.
Rayyan membaling kertas itu ke atas lantai sebelum wajah kusut abangnya dipandang.
"Pehal kau tak ikut dia sekali?" Tanya Rayyan semula.
"Siapa?"
"Bini kau tu ler, takkan aku pulak" jawab Rayyan kembali.
"Pergi mana?" Soal Ray masih lagi keliru.
"Pergi masuk tandas lah" balas Rayyan selamba.
"Kepala hotak kau! Takkan sampai dia masuk ke toilet pun aku nak ikut!" Balas Ray geram.
"Tapi kalau kau ikut mesti benda ni takkan jadilah! Hak alah! Ni semua salah kau!" kata Rayyan membuat alasan.
Keith memandang Rayyan. Bebal Rayyan ni kadang kadang datang memang tak menentu.
Ray menjeling geram.
"Yes aku dah jumpa!?" Jerit Faiq tiba-tiba .
"Kau dah jumpa apa? Malaikat maut?" Selamba Rayyan berkata kepada Faiq.
Faiq memusingkan skrin laptopnya menghadap Rayyan dan juga Keith.
"Lokasi Khayra sekarang" jawabnya ringkas.
"Bapak laju sial budak ni buat kerja" kata Rayyan selamba.
"Dia dekat mana sekarang?" Soal Ray dingin.
"Jalan Rou de Lourmel gudang lama yang dekat dengan sungai tu" kata Faiq sambil melihat skrin laptop.
"Eh tempat tu dekat dengan company yang aku baru je lepas buat bbq dengan Keith tadi" kata Rayyan mendatar sebelum memandang ke wajah Ray.
Keith memandang Rayyan buat kali kedua. Bbq? really nigga? Cara dia cakap macam tak buat salah langsung. Padahal dia pergi bakar satu company tu.
"Bagus, senang sikit dah tahu tempat. Xavier kau pergi bawak senjata kau" arah Ray sebelum memandang ke arah Zen Dan Zariq di sebelahnya.
"Korang yang lain pun sama pergi pack barang cukup cukup"
Mereka mengangguk faham.
"Woohoooo yes! Akhirnya dah lama aku tunggu nak perang dengan mangkuk hodoh bodoh tu!!" Jerit Rayyan sambil melompat .
Dia berlalu keluar dari bilik itu. Keith mengikutinya dari belakang. Begitu juga dengan Faiq dan yang lain.
7 biji kereta Ferrari hitam meluncur laju keluar daripada perkarangan parking bawah tanah. Nak perang tak perlu bawak ramai ramai. Cukup tujuh orang ni je. Settel !
Gudang lama yang disebutkan oleh Faiq tadi dituju. Sampai sahaja ditempat kejadian Rayyan terlebih dahulu keluar daripada kereta .
"Wahai bangkai bangkai dan anak anjing sekalian!? Tahniah aku ucapkan kerana hari ni korang semua akan jumpa dengan malaikat maut yang paling hensem! " Jerit Rayyan sedikit kuat. Riffle putih diletakkan di atas bahunya manakala sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam kocek seluar. Bergaya sungguh.
Mereka yang lain juga turut keluar dari dalam kereta.
"Jangan jerit jerit lah nanti tuhan marah, nak masuk kena beri salam dulu" kata Faiq sebelum mengeluarkan riffle yang berada di seat sebelah memandu.
"Kepala hotak kau nak serang orang beri salam!" Celah Zariq di sebelahnya.
"Entahnya dia ni..." Balas Zen pula.
Selang beberapa saat hampir beratus orang keluar daripada dalam gudang tersebut. Masing masing memegang besi tajam.
"Apa ke bangang korang ni nak lawan aku guna batang paip! Bodoh ke apa?!" Kini giliran Keith pula menjerit.
Ray melepaskan keluhan berat. Dahinya ditepuk.
"LET GO GUYS!!" jerit Rayyan.
Mereka mula menembak dan berlawan antara satu sama lain. Setelah setengah jam ke semuanya sudah tumbang dikerjakan oleh mereka berlima sahaja.
Ray hanya memerhati dari tepi. Xavier? awal -awal dia sudah mencari tempatnya yang sesuai .
"Ingatkan terrer sangat tadi nak lawan aku tak bawak senjata, rupanya bodoh alam" kata Rayyan sambil memijak satu biji mata yang sudah terpisah daripada badan.
Mereka berenam terus melangkah masuk ke dalam gudang.
Masing-masing terkejut apabila mata melihat Khayra yang berada ditengah tengah gudang itu dengan tangan yang diikat di sebuah kerusi. Mulutnya tampak bengkak dan sedikit berdarah. Rambutnya sudah agak serabai.
"Ray" panggil Khayra perlahan.
Rayyan ingin mendekati namun langkahnya terhenti apabila seorang lelaki mendekati dan berdiri di belakang Khayra.
"Sial !! Kau jangan sentuh dia!? Kalau kau berani sentuh dia memang mampus kau dekat tangan aku!" jerit Rayyan geram. Matanya tajam merenung lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam kocek seluar dan diacukan ke kepala Khayra.
"Mana head hunter korang?" soal lelaki itu tenang.
"Mana ada kitaorang bawak headhunter, dia tak ikut penat katanya" tipu Rayyan selamba. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Manakala sebelahnya lagi memegang rifflenya yang bewarna putih.
"Jangan pikir aku bodoh macam kau!? Mana dia sebelum aku tembak perempuan ni!" kata lelaki itu lagi, pistol didekatkan di kepala Khayra.
"Okay fine ! Xavier come out now!?" Jerit Ray kuat.
"Shit" bisik Xavier perlahan sebelum mengemas sniper putihnya dan turun dari tingkat dua gudang itu. Laju betul dah sampai atas.
Itulah peranannya dalam kumpulan Ray. Mencari sasaran musuh dari tempat tinggi.
Selepas beberapa saat Xavier datang mendekati mereka.
"See dia dah ada kat sini apa lagi kau nak!" soal Ray sedikit kuat.
Khayra cuba untuk membuat isyarat bahawa ikatan di tangannya sudah longgar namun mereka tidak perasan. Penat mulutnya dijuih juihkan ke tepi. Hampir serupa beruk.
"Now aku nak korang semua balik kecuali Ray" sambung lelaki itu lagi.
"Apa bodoh kau ni!? Kau nak apa sebenarnya!?" kata Rayyan tak puas hati. Eh mamat ni banyak cengkadak pulak. Ada hati nak arah arah aku. Dah lah muka tak siap.
Ray menghela nafas panjang.
"Dengar cakap aku! Kalau tak! Aku bunuh perempuan ni macam mana Ray bunuh MAK aku!!" katanya semula.
"Alah mak kau pun dah tua kereput aku tengok memang patut mampus pun !" Balas Rayyan selamba.
"Bila masa aku bunuh mak kau?" Tanya Ray tiba tiba.
Krik. Krik. Krik. Krik.
Tiba tiba bunyi cengkerik memenuhi ruangan itu.
Rayyan pantas menoleh ke arah abangnya. Aduh.. dia lupa yang bunuh mak lelaki itu dulu Louis. Bukan Ray.
Xavier memandang Ray risau. Janganlah tiba tiba penyakitnya datang time time macam ni. Sudahlah mereka berdepan dengan musuh.
"Kau tak payah nak pura pura bodoh lah!? Kau dah bunuh mak aku sekarang biar aku bunuh perempuan ni pulak" jerit lelaki itu mengertak kuat sebelum dia menunjal kepala Khayra menggunakan pistol.
Zen dan Zariq tidak berbicara dia memandang Khayra yang terikat dikerusi. Eh?
Selepas menangkap apa yang disampaikan oleh Khayra. Zen berbisik ke telinga Rayyan. Mulut Rayyan tersengih jahat.
"Okay fine kau nak sangat Ray ni kan, hah nah pergi lah bunuh dia. Aku pun dah bosan tengok dia tiap hari. Perangai pun lebih kurang macam anak anjing tepi rumah aku je" kata Rayyan selamba sebelum tiba-tiba dia menolak badan Ray kuat ke hadapan.
Ray hampir tersungkur. Laju matanya menoleh ke belakang memandang muka Rayyan tidak percaya. Serious ah si mangkuk ni. Dia sudahlah tidak memegang apa apa senjata. Babi betul.
Rayyan hanya tersenyum menampakkan baris giginya yang putih.
"Tak guna kau Rayyan... " Bisik Ray perlahan.
Lelaki itu tersenyum gembira. Akhirnya rancangan dia sudah berjaya.
Dia menghala pistolnya ke arah Ray. Ray terus mengangkat kedua belah tangannya tinggi.
Sebaik sahaja lelaki itu mengalihkan pistolnya. Khayra cepat cepat membuka tali ikatannya dan menyepak pistol ditangan lelaki itu hingga terpelanting jauh.
"That my baby" kata Rayyan mendatar sambil bersiul. Mulutnya tersenyum bangga.
Tanpa membuang masa, Keith pantas menembak kaki lelaki tersebut. Lelaki itu jatuh terduduk. Darah laju mengalir keluar.
Ray mendapatkan Khayra manakala mereka yang lain sudah menghalakan riffle masing masing ke arah lelaki tersebut.
"You okay?" Soal Ray sebelum membelek badan Khayra.
"I okay cuma muka je sakit sikit" kata Khayra sambil memegang bibirnya yang sudah bengkak dan ada darah kering dihujung bibir.
Bibir Khayra disentuh lembut.
"Halah halah si ayam ni, nak berdrama dekat rumah lah!" Celah Rayyan tiba-tiba.
Ray menjelingnya geram. Dia kemudian menarik Khayra ke belakang badannya.
"Haha bunuh lah aku!? Korang semua takkan selamat lah!? Bunuh lah aku!" Jerit lelaki itu kuat.
"Kau diam lah mangkuk!! Aku nak bunuh lah ni! Kau sabar jap!" Jerit Rayyan sebelum dia menyepak muka lelaki itu kuat sehingga tersembur darah dari mulutnya.
"Ini pula sebab kau dah cederakan baby aku" Rayyan mendirikan lelaki itu yang sudah terduduk di atas lantai. Kemudian leher lelaki itu disepak kuat sehingga dia terjatuh semula. Kaki yang ditembak oleh Keith tadi dipijak berkali kali. Darah merecik-recik keluar.
Ray menutup mata Khayra. Ganas betul setan ni. Adik siapa lah.
Yang lain hanya memerhati sambil berjaga - jaga.
"Sekarang bagi tahu aku, mana mamat sial tu!?" Tengking Rayyan kuat. Mukanya jelas tampak marah.
Pertama kali Khayra melihat Rayyan seperti itu. Selama ni dia seperti anak anjing yang comel. Harini dia seperti syaitan yang ada tanduk dua di atas kepala.
Badan Khayra mula menggigil. Hujung baju Ray dipegang.
"Ha ha ha Macam mana kau tahu aku bukan Black Death yang sebenar... " Kata lelaki itu perlahan. Hidung dan mulutnya sudah mengalirkan darah.
"Sebab kalau dia sebodoh kau dah lama aku bunuh dia awal awal lah bangkai!?"
Rayyan menyepak lagi kepala lelaki itu.
"Hahahahaha bijak betul kau ni" gelak lelaki itu kuat dengan sisa sisa kekuatan yang ada. Darah dalam mulutnya diludah keluar.
"Kau sorang je yang bodoh! Aku memang bijak sejak lahir lagi!" Balas Rayyan selamba.
"So tell me now!? Mana lelaki laknat tu!?" Tengking Rayyan lagi. Koler baju lelaki itu ditarik kasar.
"Korang memang takkan jumpa dia... " katanya meleret.
"Memang menempah maut kau ni! Ni mesti sebab dah banyak sangat pahala"
Rayyan memandang ke Keith.
"Bak pistol aku!" Keith pantas mencampakkan selaras pistol yang berukiran RY di pemegangnya.
Rayyan mengacukan pistolnya tepat ke arah wajah lelaki yang sudah nazak itu.
"Kata - Kata terakhir kau?" Soal Rayyan dingin.
"Kau... Kau semua.. akan mampus dekat tangan Black Death" kata lelaki itu tersekat - sekat.
"Hahaha, Kita tengok. Siapa mampus dulu" beberapa tembakan dilepaskan.
Bang! Bang! Bang!
Bersepai kepala otak lelaki itu. Darah terpercik dan terpancut keluar.
Ada sedikit cebisan daging terkena pada kasut Faiq.
"Eeiii geli bodoh! Geli! " Kata Faiq dengan muka yang berkerut. Kasutnya dipandang jijik.
Rayyan baling semula pistol itu kepada Keith.
"Nah simpan."
Sempat lagi Rayyan memijak muka lelaki itu sebelum kaki melangkah ke arah Khayra dan Ray.
Share this novel