"Tolong jangan apa apakan aku. Aku ada anak dan isteri. Aku sayang kan diorang" kata Zack cuba meraih simpati terhadap lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu memakai penutup mulut hitam. Sudah tiga hari tiga malam dia dikurung di dalam gudang lama ini sendirian.
Lelaki di hadapan Zack tidak memberi sebarang respon dia hanya memandang dengan tiada sedikit pun rasa simpati . Matanya yang berwarna hijau terang itu tajam menikam anak mata milik Zack.
"Tolong, kalau kau lepaskan aku, aku janji aku akan tolong kau balas dendam dekat diorang"
Zack menggerak-gerakkan tangannya dengan harapan besi yang merantai tangannya itu akan terputus. Pftt kelakar kan...
Lelaki tersebut hanya diam memerhati. Kurang pasti apakah reaksi di sebalik masknya itu. Senyum? Mungkin tidak. Kalau tidak takkanlah gelarannya The Heartless Devil.
Lama lelaki itu menyepi sebelum dia berjalan ke arah meja yang terletak dis ebelah dinding dan mengambil sepucuk pistol bewarna hitam. Kemudian dia berjalan semula mendekati Zack yang muka kian memucat .
Lelaki tersebut memasukkan pistol hitam itu ke dalam mulut Zack sebelum badannya ditundukkan sedikit.
"I'm sorry...but le diable travaille seul"(the devil works alone) kata lelaki itu mendatar.
Pemicu pistol ditarik. Maka terhasillah satu lubang yang besar menembusi mulut Zack. Darah merecik ke serata dinding. Bau hanyir mula memasuki rongga hidung. Pistol ditarik keluar dari dalam mulut.
Lelaki tersebut menarik mask yang dipakai di mukanya. Terlihatlah wajah yang kacak di sebalik mask tadi.
"Kau patut cakap ayat itu 3 tahun yang lalu Zack." Kemudian dia mengusap pipi Zack yang hanya tinggal jasad. Tangannya yang sudah dipenuhi dengan darah itu di bawa ke mulut sebelum dijilat sedikit.
"Dah settel?" kedengaran satu suara di pintu masuk gedung lama itu.
Lelaki tersebut menoleh kearah suara itu.
"Kenapa lambat" soalnya terhadap gerangan yang baru sahaja muncul di muka pintu gedung itu.
"Aduh cepatnya kau buat kerja. Aku baru nak join. Gelojoh lah kau" jawab Rayyan mendatar. Kemudian dia berjalan mendekati abangnya.
"Kau tu yang lembab sangat. Aku ingatkan dah arwah dekat tengah jalan" balas si abang mendatar.
"Haha yelah yelah. Kau pergi lah dulu nanti lambat pulak kau start meeting. Mayat si sampah ni biar aku yang uruskan."
Lelaki tersebut menganguk sebelum terus melangkah keluar daripada tempat itu. Malas nak berlama lama dengan mayat Zack... Karang dapat bala. Cukup lah dia sudah memelihara beberapa ekor bala dalam kumpulannya.
"Oh ye Art. Jangan lupa malam ni. Mummy dengan daddy nak jumpa Ray" kata Rayyan kepada abangnya.
Arthur tidak menoleh. Dia hanya mengangkat tangan sebagai tanda okay sebelum terus menghilang di sebalik pintu.
Rayyan memandang mayat Zack di hadapannya. "Haih kenapa lah kau cari pasal dengan dia. Kan begini kesudahan hidup kau. Hmm" tangan dikibas sebelum disarungkan sarung tangan hitam di kedua belah tangannya.
Taknak lah nanti polis dapat mengesan cap jarinya.
Selalunya dia akan menyuruh anak buahnya yang menguruskan hal hal seperti ini. Tetapi harini dia terlebih rajin pula . Lagipun lepas ni tidak ada apa apa yang dia hendak lakukan.
"So... Aku nak masak apa daging kau ni... Masak bbq? Kari? Lemak? Stew? Ha hahaha mesti anak bini kau suka" bisik Rayyan sendiri.
Dengan riang hati dia pun memulakan kerja memotong daging daging Zack untuk dimasak.
Ayyan atau nama penuhnya Rayyan, menonton tv sambil memakan popcorn yang baru sahaja di belinya tadi.
"Ray cepatlah sini rancangan memasak aku nak start dah ni" laung Rayyan kuat dari ruang tamu sambil jarinya menekan butang control untuk menguatkan lagi suara tv di hadapannya.
"Oh dah nak start ke?" Kata Ray sambil menurun tangga ke arah ruang tamu. Matanya masih lagi berwarna hijau seperti pagi tadi tetapi sudah kelihatan sedikit pudar. Dia kemudian mengambil tempat disebelah Rayyan sebelum kakinya disilangkan.
"Seorang isteri menjumpai sebuah kotak dihadapan rumah beliau kira kira 9 pagi ini. Beliau mendapati terdapat pelbagai lauk yang berasaskan daging didalam sebuah kotak yang berlumuran darah . Perasaan curiga, beliau menelefon pihak polis untuk mastikan keselamatan beliau. Apabila pihak polis tiba. Polis membawa kesemua barang tersebut ke makmal untuk dikenal pasti. Hasil daripada keputusan .. Daging daging tersebut ialah serpihan serpihan daging suami milik si mangsa. Kes ini dipercayai sebagi kes pembunuhan dan akan membuat siasatan yang lebih lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk memberikan kerja sama. Berita seterusnya.... "
"Hahaha mummy, mummy why daddy turn into a meal ? Hahahaha" gelak Rayyan kuat .Habis tersembur popcorn yang berada di dalam mulutnya , dia membuat suara seolah-olah budak berumur 7 tahun.
"Gelak gelak.. Kerja kau jangan lupa pulak nak buat... Asyik nak mengelat je.. Jangan sampai kau aku goreng jadi daging kunyit..." kata Ray mendatar.
"Alah relex lah babe, kita banyak lagi masa" jawab Rayyan mulutnya penuh dengan popcorn.
Dengan pantas Ray menayangkan tengah ke arah adiknya itu sebelum kaki terus naik ke tingkat atas.
Kerjanya yang menimbun harus disiapkan dengan segera. Nak mengharapkan adiknya yang satu ini. Kiamat pun belum tentu dia rajin nak buat.
Share this novel