Bab 26

Action Series 36349

      Harini mereka semua diberikan cuti dan disuruh untuk berehat di rumah sahaja. Si kembar pula awal pagi lagi sudah berangkat ke lapangan terbang.

Kan menyusahkan diri tu, ada kapal terbang sendiri mengatal naik yang sesak. Saja cari penyakit.

"Jom mandi swimming pool nak tak!" Cadang Rayyan mematikan suasana yang sunyi itu.

"Jom!" balas Faiq dan Keith teruja. Tangan diangkat ke udara seperti budak budak 5 tahun yang baru pertama kali jumpa kolam renang.

Ray dan Xavier tidak join mereka bertiga, Ada sesi terapi katanya.

"You jom join kitaorang sekali" ajak Rayyan sebelum tersenyum manis memandang Khayra.

"Boleh jugak, jom!" Balas Khayra cukup teruja. Entah siapa tah yang kena culik semalam sampai menggigil tak ingat dunia. Lupa entah siapa.

Mereka berempat mula melangkah ke arah swimming pool yang berada diluar rumah. Masing masing sudah membuka baju dan menayangkan badan kecuali Khayra. Takkan lah dia pun nak join bukak baju pulak kan. Free free je menayang.

Faiq, Keith dan Rayyan mula merenggangkan badan masing-masing.

"Dalam ke kolam ni?" Soal Khayra sebelum memandang air kolam yang beralun perlahan dipukul angin. Badannya dibongkokkan ke bawah sedikit untuk melihat dengan lebih jelas.

"Hah nah rasa dalam tak dalam kolam ni !" Kata Rayyan sebelum dia dengan selamba menolak tubuh Khayra masuk ke dalam air.

Gedebush!!

"Hahahaha hah dalam ke tak kolam ni? " Tanya Rayyan dengan sisa gelak tawanya. Jahat gila.

Khayra yang sudah hampir lemas itu cepat-cepat berenang ke tepi kolam sebelum menaikkan badannya. Terbatuk batuk dia kerana terminum air clorin kolam. Dadanya diurut berkali kali. Memang babi betul perangai adik boss ni!

"Rayyan you ni jahat lah!? Kalau i tak pandai berenang tadi macam mana?" Kata Khayra yang mendengus geram sebelum terbatuk batuk kecil. Terkejut dia tiba tiba sahaja ditolak masuk ke dalam air.

"Sebab i tahu you pandai berenang lah i berani tolak, alah tak mati pun kan" balas Rayyan bersahaja sebelum tersenyum menampakkan baris gigi. 

Khayra menjeling tajam.

"Kau bodoh ke apa?" Kata Keith sebelum dia pula menolak kaki Rayyan lalu jatuh masuk ke dalam kolam.

Gedebush!!

"Hahahahaaha. Padan muka. Rasakan!" Gelak Keith kuat.

"Padan muka" kini giliran Khayra pula menayang muka puas hati.

Rayyan muncul di permukaan air. Dua jari tengahnya diangkat sebelum dihala pada Keith.

"Woohooo" Faiq terjun masuk ke dalam kolam dan diikuti oleh Keith.

Mereka mula berenang renang dan bermain bola air. Khayra hanya duduk di tepi merendam kakinya ke dalam air kolam .

"Berapa kedalaman kolam ni Ayyan?" Soal Khayra ke arah Ayyan yang sedang bermain bola tampar air bersama Keith. Kaki panjangnyanya tidak jejak ke bawah.

"Entah eh, tak silap 14 kaki macam tu ah" balas Rayyan sebelum menyambung membalas pukulan Keith.

Gila 14 kaki!? Dalam sial. Kalau aku tak tahu berenang tadi mahu tenggelam ke bawah. Khayra menelan air liurnya beberapa kali. Esok esok memang aku mati betul dalam rumah ni.

Beberapa minit kemudian Khayra masuk semula ke dalam air. Dia berenang kuak lintang beberapa kali dan bermain bola tampar air bersama Rayyan sehingga penat.

Setelah puas, mereka semua naik ke atas dan duduk di kerusi kayu yang berada bersebelahan dengan kolam.

Badan dilap menggunakan tuala kering yang sedia ada di rak kecil diluar rumah.

"Kenapa Ray dengan Xavier tak join kita sekali?" Soal Khayra mendatar. Hujung baju diperah kuat. Air baju menitik ke lantai.

"Diorang ada sesi therapy" kata Rayyan mendatar. Rambutnya diramas menggunakan tuala kering berkali kali.

"Therapy?" Tanya Khayra semula.

"Aah, Ray nak hilangkan penyakit dia"

"Yang split personality tu?"

"Aah" balas Rayyan sepatah.

"Kenapa pulak?" Soal Khayra kembali.

"Kenapa apa? Mana ada orang normal ada banyak watak dalam satu badan. Bagus lah dia hilangkan dua setan dalam badan dia tu" jawab Rayyan lembut. Dia sudah selesai mengelap badannya. Air oren di meja sebelahnya diambil sebelum disedut perlahan.

"Ouh aah eh betul jugak" kata Khayra sambil duduk berjemur diluar untuk mengeringkan baju sepenuhnya. Nanti rosak lift kalau naik basah basah. Nak bukak baju memang tak lah kan. Free free je tayang dosa .

Faiq dan Keith sudah melangkah masuk untuk membersihkan diri. Hanya Rayyan sahaja yang menemani Khayra yang masih lagi berjemur diluar. 

Khayra memandang tubuh Rayyan yang masih belum berbaju. Badannya penuh dengan parut -parut lama yang nampak seperti menyakitkan. Masih teringat lagi di ingatan Rayyan menceritakan kisah silamnya yang perit.

"You" kata Rayyan tiba tiba. Sekaligus mengembalikan Khayra ke dunia nyata.

"Ya?" Balas Khayra panik. Kantoi ke dia usha abs Rayyan tadi? Tak kantoi kan?

"You nak tak jadi akak ipar i?" soal Rayyan tenang dan mendatar.

"Hah?!" hampir tersedak Khayra mendengar ayat Rayyan. Dia ni memang dilahirkan untuk buat orang rasa putus nyawa tiap masa ke macam mana?

Soalan itu dibiarkan sepi. Khayra memandang titisan air yang jatuh dihujung bajunya.

Soalan Rayyan sangat tiba tiba bagi dirinya. Dah lah tiba-tiba, tak masuk akal pulak tu.

Mereka berkenalan tidak sampai setahun. Tiba tiba nak suruh kahwin dengan abang dia. Memang betul mereka pernah berjumpa semasa dirinya kecil duhulu. Tetapi itu perkara lepas. Dah bertahun dah benda tu jadi. Manusia kan berubah.

"Nak tak?" Soal Rayyan sekaligus mematikan lamunan Khayra. Matanya dibuat buat comel.

"Nak tak apa?" Soal Khayra kembali.

"Jadi akak ipar i?"

"Kenapa tiba tiba je you tanya macam ni?" Soal Khayra mendatar.

"Bukan tiba tiba pun, memang dah lama i nak you kahwin dengan abang i" jawab Rayyan ringkas.

"Tapi i ni Personal Assistant Ray je, i bukan sesiapa pun. I tak banyak duit macam korang semua. You tak takut ke kalau i kikis duit Ray. Kita kenal pun tak lama. Tak sampai setahun. Mana tahu i ni kaki kikis, you tak takut ke?" Balas Khayra semula.

"Halah tak habis lah duit Ray tu kalau setakat you nak company dia sebijik. Kikis jelah banyak mana you nak. Entah entah dia pun suka you kikis duit dia" balas Rayyan selamba.

Khayra membulatkan matanya. Heleh tahu lah kaya. Kemudian mereka sama sama kembali diam.

"Abang i suka you" kata Rayyan mendatar. Wajahnya mula serius.

"Dah lama, sejak daripada kita jumpa masa kecik dulu tu. Dia selalu perhatikan you dalam diam. Kadang-kadang dia akan tanya pasal perkembangan you dekat Malaysia walaupun kitaorang duduk luar negara. You know like some creepy pervert stalker hahaha" Rayyan menyandar badannya pada kerusi kayu.

"Entahlah, tapi setiap kali daddy sentuh hal kahwin mesti dia akan cakap dia tengah tunggu seseorang. Seseorang yang i pasti itu adalah you" wajah Khayra dipandang.

"Ray, tunggu i?" Tanya Khayra mendatar. Tidak terlintas dalam fikirannya bahawa Ray selama ini juga menyukainya dalam diam.

"Ya, even lepas daripada kejadian abang i kena culik. Dia tetap tunggu you. Tapi oleh sebab Louis ada dalam diri dia. Lama lama dia lupakan niat dia untuk dekati you. Dia terpaksa lupakan niat dia untuk nak lamar you. Sebab dia tak nak you terluka. Tapi tiba-tiba you sendiri pulak yang datang minta kerja dengan dia" jelas Rayyan lagi.

"Kadang kadang i tertanya jugak. You ni betul ke jodoh dia? Atau pun sekadar bodoh"

Krik Krik Krik Krik.

"You nak mati ke?" Tanya Khayra.

"Hahahahahahaha i gurau jelah" balas Rayyan yang sudah tergelak kuat.

"You tak suka ke abang i?" Tanya Rayyan semula.

Khayra terdiam. Sejak kali pertama dia berjumpa di pejabat lagi dirinya sudah terjatuh hati kepada lelaki bermata hijau itu.

Tetapi tak sangka pulak bossnya itu sendiri stalker-nya dalam diam.

Oh hell klishe drama apakah ini.

"I...suka lah jugak" jawab Khayra perlahan sahaja suaranya menutur.

Rayyan sudah memandang Khayra dengan muka hodoh.

"You ni dah gila agaknya" komennya selamba.

"Hah? Dah kenapa pulak?" Tanya Khayra pelik.

"Yelah dengan kondisi dia macam tu. Seriuslah you suka dia?"

Khayra menutup mulutnya cuba menyorok sengih.

"Hah elok lah tu dua dua sama gila. Patutlah jodoh" kata Rayyan lagi. Bahu Rayyan dipukul.

Mereka sama sama tergelak.

"You boleh terima ke abang i walaupun dia macam tu? Dengan penyakit dia tu. You tahu kan penyakit dia tak mudah untuk sembuh. Kalau you kahwin dengan dia satu hari nanti pun belum tentu dia boleh sembuh dari penyakit dia" kata Rayyan lagi.

"Dia baik je layan i selama ni. Ray yang i kenal, ialah lelaki yang baik, lembut je bila bercakap, yang pandang i dengan senyuman redup dia, yang kadang kadang cuba hiburkan i dengan lawak dia walaupun nampak hambar, cuba protect i dari bahaya, sanggup letakkan diri dalam bahaya demi i. Jadi i tak kisah pun pasal penyakit dia tu" jawab Khayra perlahan. Dalam tak sedar mulutnya mengukir senyuman bahagia.

"So you setuju lah ni!" kata Rayyan yang sudah tersenyum menyakat.

"Kenapa tiba tiba je you tanya macam ni?" Balas Khayra sebelum menundukkan wajahnya. Malu weh malu! Apa benda yang dia merepek ni woi.

"Sebab i nak you selamat. You tahukan kerja kita orang ni macam mana. Musuh kitaorang pula bukan jenis calang calang orang, bila bila masa je dia boleh cederakan you. Kalau you dah kahwin dengan Ray nanti senang sikit i dengan Ray nak jaga you. Lagipun Ray dah lama suka dekat you. Sebab tu kalau boleh i nak tengok you kahwin dengan dia. Tapi tu pun kalau you tak kisahlah dengan penyakit gila dia tu" terang Rayyan panjang sebelum memandang wajah Khayra yang sudah merah. Tak tahulah sebab panas matahari ataupun sebab dia malu.

"Sekarang you tak boleh jaga i ke? Kena kahwin baru boleh jaga ke?" soal Khayra lagi.

"Sekarang you bukan siapa siapa pun nak suruh i jaga, malas lah" balas Rayyan selamba.

Laju Khayra menjeling tajam.

"Hehehe gurau gurau. Takda lah sekarang pun kitaorang jaga keselamatan you jugak. Tapi kalau you dah kahwin dengan Ray, nanti dia boleh jaga you package luar dalam" kata Rayyan sebelum tersengih seperti kerang busuk.

Khayra memukul bahu Rayyan lagi, tetapi kalini lebih kuat. Dia ni memang selamba badak ayam je kan! Tak tapis betul mulut tu.

Khayra membuang pandangannya ke arah kolam. Tidak tahu ingin menjawab apa.

"Kalau you setuju nanti kita balik Malaysia settel kan dengan parents you pulak" ucap Rayyan kembali.

Khayra berfikir sejenak, perlu ke dia berkahwin dengan lelaki bermata hijau itu. Ray seorang pembunuh. Hidupnya akan sentiasa berbahaya dan sentiasa diburu seperti semalam. Perlu ke dia masuk ke dalam kehidupan yang penuh bahaya itu. Atau dia perlu pinggirkan diri buat selamanya. Tetapi hatinya sudah terpikat dengan lelaki pelik itu. Jujur katakan dia juga sudah mula menyayangi Ray, tetapi oleh kerana kerja dia cuba menepis perasaan itu jauh jauh. Dia harus bersikap profesional terhadap kerjanya.

Tak sangka pula harini dirinya akan dilamar oleh adiknya Ray.

"Hmmm" balas Khayra malu malu. Matanya memandang ke arah lain.

"Hah apa dia?" Soal Rayyan sedikit kuat.

"Ye i setuju!?" Ucap Khayra geram.

"Hah apa dia!? Tak dengar lah! Cakap kuat sikit!" Kata Rayyan sengaja menguatkan lagi suaranya.

"Ish! Dia ni!" Ucap Khayra sebelum jelingan tajam diberikan kepada Rayyan. Dia mendengus geram sebelum bangun dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Muka tak payah cakaplah memang merah habis. Lantak kau lah badak. Malas aku nak layan.

"Hahahaha you! Sorry you ! I gurau je!!! " Jerit Rayyan kuat dari luar rumah sambil melihat Khayra yang sudah meninggalkan dirinya. Dia menyambung gelaknya semula apabila melihat Khyara sudah hilang dari pandangan.

Lighter di petik. Xavier membakar beberapa lilin aroma di sekeliling meja. Dah macam hendak menyeru hantu pun ya. Penuh dengan lilin.

Ray duduk di atas kerusi yang berada ditengah-tengah biliknya itu. Cuba untuk menenangkan diri.

"Okay sekarang ni kalau kau nak sihat kau kena ingat semula semua memori kau, jangan lari daripada kenyataan. Kau sendiri kena hadap semua kisah silam kau tanpa perlu lari. Jangan menyorok di sebalik tembok yang kau cipta dalam diri kau tu. Jangan risau. Aku akan tolong kau setakat mana yang aku mampu" ucap Xavier tenang.

Ray mengangguk faham.

"Okay sekarang ni aku nak kau ceritakan apa memori terakhir kau 10 tahun lepas. Mana yang kau ingat"

Ray diam. Dahinya berkerut memerah memori sendiri. " Aku balik daripada University dengan Ayyan lepas tu ada van hitam tangkap kitaorng" ucapnya perlahan.

Pftt van hitam clishe sungguh. Dalam drama kalau nak culik orang mesti guna van hitam. Macam takda warna lain. Putih ke pink ke biru ke.

"Sampai situ je kau ingat?" Soal Xavier lagi.

"Aah sampai situ je, aku sedar sedar aku dah dekat hospital masa tu" kata Ray tidak jujur sebelum dia memandang ke wajah Xavier. Mukanya tenang sahaja.

"Okay kau relax. Tarik nafas tenangkan diri. Apa apa yang aku citer ni kalau kau ada rasa tak okay bagi tahu aku cepat cepat" kata Xavier mendatar.

"Okay" balas Ray sebelum mengambil nafas beberapa kali.

"Orang yang culik kau dengan keluarga kau tu anak buah Clara, kau kenal siapa Clara?" Soal Xavier mendatar.

"Kenal" balas Ray sepatah sebelum mengangguk kepala. Siapa je yang tak kenal perempuan yang tamak harta tu.

"Anak buah dia culik kau dengan Ayyan dan masukkan ke dalam bilik bawah tanah dekat gudang lama" Xavier berhenti seketika untuk melihat respon Ray.

Melihat takda apa yang jadi dia menyambung kembali.

"Kau dan Ayyan kena seksa dalam bilik tu selama 29 hari. Parents kau pulak mati dibunuh oleh Clara. Diorang kena..."

"Bakar..." pintas Ray.

Xavier merenung reaksi Ray. Okay masih okay. Mungkin dia dah mula ingat sikit sikit.

"Lepas mereka kena bunuh depan mata kau, Ayyan dan kau masih lagi dikurung sehingga beberapa hari..." belum sempat Xavier menyambung kembali, Ray sudah memegang kepalanya.

"Kau okay?" Soal Xavier prihatin.

"Aku okay, teruskan" ucap Ray namun wajahnya berkerut seperti menahan sakit. Dahinya sudah di basahi dengan cecair cecair jernih. Namun matanya masih lagi metutup rapat.

Xavier mengambil nafas panjang. 

"Kau dengan Rayyan masih lagi dikurung walaupun parents kau dah mati. Kau diseksa oleh anak buah Clara" ucap Xavier mendatar.

Dia melihat reaksi Ray yang sudah tenang tidak seperti tadi. 

"Badan kau kena cucuh dengan panah panas dan kuku kau semua kena cabut..." belum sempat Xavier manyambung kembali kata katanya, Ray sudah membuka mata perlahan.

Dia menatap wajah Xavier tajam.

"So what?" Soal lelaki itu. Matanya berwarna merah gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience