Bab 39

Action Series 36384

Khayra dibawa oleh dua orang lelaki bersuit hitam masuk ke dalam gudang yang agak usang.

"Korang semua ni memang takda duit eh? Dua kali aku kena culik dua kali aku duduk dalam gudang. Letak lah aku dekat dewan ke, rumah ke, pejabat ke tak pun tempat yang ada aircond. Ini tak, dah lah buruk tempat ni kipas pun takda apatah lagi aircond" bebel Khayra ke arah perempuan yang telah menculik dirinya. Alandra.

"Kau ni banyak cakaplah!? Kau diam sekarang!?" Marah Alandra. Mukanya dingin sahaja.

"Aku ada mulut, aku cakaplah! Hak alah kau ni" tempik Khayra berani.

Dia mengikat Khayra diatas sebuah kerusi cabuk. Sah diorang semua ni takda duit, nak beli kerusi pun tak mampu. Kerusi plastik baru 4 euro.

"Kenapa korang suka culik aku hah? Aku ni cantik sangat ke sampai nak kena culik culik segala ni" perli Khayra. Mata menjeling ke arah musuhnya itu. 

"Well kalau aku yang culik kau dah lama aku bunuh je terus. Tak da kerja aku nak culik pastu simpan orang macam kau ni lama lama. Memekak tak sudah. Kau patut berterima kasih kepada bekas kekasih kau" kata Alandra sinis. Kuku tangannya ditiup beberapa kali.

Khayra buat muka meluat.

"Korang semua memang tak boleh nak move on eh? Asyik nak mengungkit kisah lama. Orang lain dah hidup zaman teknologi kau masih zaman batu" kata Khayra mendatar.

Alandra ketawa kuat. Makin bertambah hodoh wajahnya apabila dia ketawa macam tu dengan mulut yang terbukak besar. Apa dia pikir dia gajah?

"Diam lah perempuan hodoh, sakit pulak hati aku dengar kau membebel" kata Alandra.

"Tapi dekat sini yang hodoh cuma kau..." balas Khayra lagi. Keningnya diangkat sebelah. Menganjing teruk.

Wajah Alandra mula berona merah menahan geram. 

Eleh sakit hati lah tu. Padan muka pikir aku kisah?

Alandra mendengus geram. Kalau ikutkan hati memang dia dah tumbuk je perempuan ni. Tapi disebabkan ini adalah wanita kesayangan abangnya dia mendiamkan diri sahaja.

"Laki kau mesti tak tahu kan? Yang kau ni sebenarnya pernah bercinta dengan abang aku. Kalau tak mesti dah lama kena cerai" ejek Alandra lagi. Masih tak berputus asa.

"Buat apa nak bagi tahu. Korang semua ni watak sampingan je, tak penting pun dalam hidup kitaorang yang dah cukup bahagia ni. Lagi lagi kau? Hahaha habis hodoh hidup aku nanti bila cerita pasal kau" bidas Khayra semula. Dia kemudian tergelak sinis.

Pangg!

Satu tamparan tepat mengena pada pipi Khayra.

"Cakap lah selagi kau boleh cakap... Aku tak heran" kata Alandra sebelum kaki melangkah pergi meninggalkan Khayra berseorangan disitu.

"Tak heran tapi tampar aku. Bodoh!"

Khayra hanya memandang Alandra dari ekor matanya. Keadaan di sekelilingnya dilihat. Gudang itu lebih buruk daripada gudang kali pertama dia diculik. Dah lah buruk, hodoh, busuk pulak tu.

Tangan digerakkan beberapa kali. Mak ai ketat betul diorang ikat. Nak dia mampus agaknya.

Beberapa minit kemudian seorang lelaki berpakaian gelap datang menghampiri Khayra. Khayra memandang wajah lelaki itu.

"Alanzo...." panggil Khayra perlahan.

Lelaki itu tersenyum manis.

"Kenapa kau buat macam ni dekat aku?" Soal Khayra tenang. Mata masih lagi menatap wajah Alanzo.

"Aku tanya kau balik Khayra, kenapa kau buat AKU macam ni?" Tanya Alanzo. Perkataan aku ditekankan. Mukanya nampak sedikit sedih. Sikit je tak banyak.

"Apa yang aku dah buat?"

"Kenapa kau kahwin dengan musuh aku? Kenapa? Kau sengaja nak menyeksa hati aku ke Khayra? Aku tak kisah kalau kau nak kahwin sekalipun. Tapi kenapa dia? Kenapa mesti si gila tu! Kenapa?" Alanzo melutut di hadapan Khayra.

"Kita dah lama takda apa apa hubungan. Kita dah lama putus Alanzo. Jadi aku berhak nak kahwin dengan siapapun. Kau siapa nak halang kebahagian aku" Khayra ketap gigi geram.

"Tapi aku masih cintakan kau" kata Alanzo lagi. Cuba merayu.

"Aku tak cintakan kau Alanzo. Aku cintakan suami aku Ray Mikayla Bin Mohd Adrien Mikayla. Aku sayang dan cintakan dia lebih dari apa pun. Nama kau dah lama terhapus dalam hidup aku" jawab Khayra mendatar.

"Kalau itu yang kau nak. Fine, aku akan lepaskan kau" Alanzo memandang wajah Khayra. Seminit...dua minit....

Sebelum dia tersenyum sinis dan tergelak kuat. Sangat kuat sehingga bergema gudang bodoh ni.

"Hahahaha bodoh. Kau fikir aku akan cakap macam tu ke?" Kata Alanzo. Wajahnya yang sedih tadi sudah bertukar menjadi sinis. 

Sebab inilah Khayra tak suka Alanzo. Psycho dia bukan calang calang. Lebih sial daripada adik iparnya.

Kepala Khayra ditarik kuat ke belakang.

"Kau dengar sini baik baik perempuan!? Kalau aku tak dapat kau orang lain pun takkan dapat kau!? Aku akan pastikan laki kau mati depan mata kau!?" Kata Alanzo dengan mata yang tajam merenung anak mata coklat gadis di hadapannya. Kemudian kepala Khayra dilepas kasar.

Khayra tersenyum sinis.

"Well gudluck. Aku akan tengok detik detik kejatuhan kau tu nanti" perli Khayra mendatar.

Alanzo menarik sebuah kerusi kayu sebelum diletakkan di hadapan Khayra. Kemudian dia duduk di atas kerusi itu.

"Khayra, kau dah semakin cantik sekarang" ucap Alanzo tiba tiba nada suaranya juga bertukar lembut. Tangan memegang pipi Khayra sebelum diusap lembut.

"Jangan sentuh aku!"

Alanzo ketawa sinis.

"Dah berani kau melawan eh sekarang. Mana Khayra yang cintakan aku dulu hmm... " tanya Alanzo lembut. 

"Dia dah matilah!? Kita dah putus lebih 3 tahun?!Sekarang aku dah tak suka kau!? Aku benci kau!? Kau faham tak!? Lagi lagi lepas aku dapat tahu apa yang mak kau dah buat dekat laki aku. Huh! jangan mimpilah aku nak suka kau!" Tengking Khayra kuat.

Pangg!

Pipi Khayra ditampar kuat sehingga terteleng kepalanya ke kiri.

"Diam lah perempuan jalang!? Kau rasa laki kau hebat sangat ke? Kalau dia hebat sangat mana dia sekarang? Kenapa dia tak selamatkan kau?" Kata Alanzo dengan nada yang angkuh! Riak! Bongkak! Takbur! Ahli neraka lah senang citer.

"Dia akan datang, aku pasti dia akan datang selamatkan aku. Kau pun jangan nak happy sangat. Takut bila dia datang nanti dia bawak sekali malaikat maut untuk jemput ajal kau" jawab Khayra berani. Bibir mengukir senyuman sinis.

Alanzo ketawa kuat.

Khayra tayang muka bosan. Eh dia ni, gelak gelak apa yang kelakarnya tak tahulah. Rasanya dia tak buat lawak pun.

"Oh ye, aku baru tahu yang kau ni Black Death. Betul ke?" Soal Khayra mendatar.

Alanzo berhenti ketawa. Matanya tajam menikam gadis dihadapannya itu.

"Yes betul, kenapa?" senyuman Alanzo menyenget. Mukanya sungguh berlagak. Persis ahli neraka.

"Kalau aku tahu kau ni Black Death. Aku rela matilah dari pada jadi kekasih kau dulu!? Kau dengar tak? Mak anak sama je!"

Senyuman sinis dimuka Alanzo terus mati. Mukanya bertukar menjadi dingin. 

"Kalau kau berani kau ulang lagi sekali..." kata Alanzo dengan gigi yang diketap geram.

"Kau dengan mak kau sama je! Gara gara mak kau suami aku sakit sampai sekarang ni!? Kau berdua memang patut pun mampus!? Kau fikir dengan cara culik aku ni aku akan jatuh cinta dekat kau ke? Jangan nak mimpilah sial !" Ucap Khayra lagi. Nada suaranya meninggi dari satu ayat ke satu ayat.

Buk!

Muka Khayra ditumbuk kuat. Khayra meludah keluar darah hasil daripada pipinya yang terkoyak di bahagian dalam mulut.

"Kau semakin berani ye sekarang. Mungkin sebab kau berkahwin dengan ketua mafia. Sebab tu kau makin berani" kata Alanzo tenang. Rambutnya disingkap ke belakang.

"Buat apa aku nak kena takut dengan syaitan macam kau" perli Khayra lagi. Mukanya masam mencuka.

"Siapa yang ajar kau cakap macam ni? Khayra aku jarang cakap benda benda jahat macam ni" kata Alanzo lagi.

"Adik ipar aku ajar. Apasal ? Kau nak belajar jugak ?" Tanya Khayra selamba. 

Tiba tiba tudung Khayra direntap kasar. Terserlah rambutnya yang keperangan .

"Kau buat apa bodoh!?" Jerit Khayra lantang. Terkejut dia dengan perbuatan Alanzo yang tiba tiba sahaja merentap tudung yang dipakai. Matanya tajam merenung lelaki itu.

"Kau buatkan nafsu aku naik" ucap Alanzo sebelum bibirnya mengukir senyuman gatal.

Khayra diangkat sebelum diletakkan di atas meja. Tangannya pula diikat disetiap penjuru meja tersebut.

"Lepaskan aku lah bodoh!? Lelaki tak guna!? Sial ! Lepaskan aku!?" Jerit Khayra kuat. Hatinya mula terasa takut. Tangan menarik kuat tali yang mengikatnya di meja itu. Namun ikatannya terlalu ketat.

"Shhhhhhh. Tiap hari aku perhatikan kau sayang. Aku tahu suami kau mesti belum jamah kau lagi kan. Apa kata kalau aku rasa dulu. Aku bagi hadiah dekat kau. Hadiah perkahwinan. Hahahaha. Takpa kau tak perlu buat apa apa pun. Just enjoy okay" Alanzo mula tersenyum gila. Tangan laju membuka butang baju kemeja gadis itu.

Khayra sudah meronta ronta kuat. Namun apakan daya tenaga seorang perempuan tidaklah kuat mana.

Butang bajunya kini sudah terbuka sehingga habis. Menampakkan perutnya yang putih melepak. Alanzo mencium dada Khayra sebelum dijilat beberapa kali. 

Air mata Khayra mula mengalir keluar. Ya allah selamatkan aku Ya allah.

"Shuhhh janganlah nangis sayang. Tak sakit pun lah. I buat slow je" kata Alanzo lagi.

Khayra menutup matanya rapat. Tidak sanggup melihat dirinya diperlakukan sebegitu. Gigi diketap kuat. Tolong aku Ya allah. Hantarkanlah sesiapa sahaja. Dia tak mahu dirogol oleh lelaki gila ini. 

Air matanya semakin laju mengalir membasahi pipi. Tidak putus Khayra berdoa agar suaminya datang dengan segera.

Tiba tiba pintu gudang itu terbuka kasar dari luar. Mereka berdua terus memandang ke arah pintu.

"Agak agaknya apa aku nak tulis dekat sijil kematian kau nanti? Alanzo si lelaki hodoh mati kerana bernafsu unta ataupun Alanzo si bodoh yang mati kerana terlalu bodoh?" kata Rayyan mendatar. Tangan mengacukan riffle putih kegemarannya tepat ke arah kepala Alanzo.

Ray pula berdiri di sebelah Rayyan dengan tangan yang memegang selaras pistol. Masing masing memakai baju jaket kulit hitam. 

"Ray..." panggil Khayra perlahan.

Ray menoleh ke arah Khayra yang berada di atas meja tiga saat sebelum memandang kembali wajah Alanzo. Tidak sanggup dia ingin melihat keadaan Khayra sekarang.

"Aku agak kau mesti dah tak sabar nak jumpa dengan malaikat maut kan. Mana anjing lagi dua ekor tu?" Tanya Rayyan mendatar. Bicaranya tenang sahaja.

Alanzo mengangkat kedua belah tangan. Bibir mengukir senyuman senget. 

"Woi, hero dah datang. Cepat betul buat kerja"

Dylan dan Alandra datang menghampiri Alanzo dari arah belakang gudang. Tangan masing masing lengkap bersenjata. Alandra terus memberikan sepucuk riffle ke tangan Abang sulungnya. 

"Bagus dua ekor babi lagi ada kat sini. Senang sikit kerja aku, tak payah aku nak cari cari lagi dekat kandang" kata Rayyan cukup selamba.

"Korang datang berdua je? Bodoh betul" kata Dylan sambil tersenyum senget.

"Cukup bodoh untuk korang berdua percaya" Ray mencelah dingin. Mukanya jelas tampak marah dengan apa yang telah Alanzo buat kepada Khayra.

Tiba tiba kepala Dylan ditembusi satu peluru sniper. Tubuhnya jatuh tersembam ke lantai. Siapa lagi kalau bukan Xavier yang buat. 

One down.

Melihat abangnya yang sudah rebah ke lantai Alandra pantas melepaskan tembakan.

Ray dan Rayyan cepat-cepat bersembunyi di sebalik tiang.

Beberapa saat kemudian gudang itu dipenuhi oleh anak- anak buah Black Death. Begitu juga dengan Kembar dan Keith yang memang sudah siap menunggu diluar. Mereka mula memasuki gudang tersebut.

Tembakan demi tembakan dilepaskan. Jumlah mayat di dalam gudang itu juga semakin bertambah.

Suasana menjadi sungguh bingit. 

Rayyan menembak kepala sesiapa sahaja yang datang mendekatinya. Manakala Ray hanya menembak dibahagian kaki dan tangan agar mereka tidak mati.

Nerd sungguh.

Di dalam suasana yang agak huru hara itu. Xavier yang berada di atas mencari sasaran kedua iaitu, Alandra.

Mata meliar mencari di antara anak anak buah Alanzo. Sasarannya telah dijumpai. Sniper hijau miliknya itu diacukan tepat ke arah kepala milik perempuan berpakaian ketat itu. 

Bang!!

Namun pelurunya hanya terkena sipi di kaki Alandra. Wanita itu sudah perasan akan kewujudan Xavier.

Alandra mengacukan rifflenya tinggi ke arah kedudukan tempat Xavier. Belum sempat Alandra melepaskan tembakan Rayyan terlebih dahulu menarik pemicu pistol putih di tangannya.

Bang! Bang! Bang!

Semuanya tepat di kepala.Tubuh Alandra jatuh tersembam ke bumi. Darah mengalir keluar dengan banyak.

Rayyan tersenyum girang. 'Rasakan. Dasar babi '

"Tu balasan sebab pecahkan iphone aku" kata Rayyan mendatar.

Ray mengangkat tangan menunjuk simbol thumb ups. 

Two down. One more.

Tiba tiba lengan kanan Ray ditembak oleh Alanzo. Darah merecik keluar. Tangan kirinya pantas menekan luka tembakan itu. Pistol yang berada di tangan terlepas jatuh ke lantai.

"Hahahaha kau fikir lepas kau tembak adik adik aku kau akan menang?" Tanya Alanzo sinis. Dia datang mendekati meja di mana Khayra diikat. Kepala Khayra di angkat sebelum diacukan dengan riffle.

"Kau tembak dia memang mampus kau aku kerjakan" kata Ray dingin. Matanya jelas berapi. 

"Kalau aku tak boleh dapat dia. Sesiapa pun takkan boleh dapat perempuan ni !" Jerit Alanzo kuat.

Ray dan Rayyan sudah kebingungan memandang antara satu sama lain. Hah?!

"Apa kau merepek ni setan !" Kata Rayyan kuat disebalik tiang.

"Korang semua memang celaka!? Aku tak kacau pun korang! Tapi apa kau buat! Kau bunuh mak aku!? Lepas tu kau rampas kekasih aku!? Pergi matilah kau !" Kata Alanzo lagi. Khayra sudah memejamkan matanya rapat.

Ray terkejut mendengar kata kata Alanzo. Kekasih dia? Jadi selama ini sebab dia diburu bukan kerana dendamnya terhadap Clara tetapi adalah kerana Khayra. Khayra adalah bekas kekasih Alanzo.

"Eh bodoh ! Kau lupa ke mak kau buat apa dekat keluarga aku !" Balas Rayyan juga nada lebih kurang sama tinggi.

"Arghh kau memang sial !"

Ray menghala pistolnya tepat di kepala Alanzo.

"Kalau kau berani kau tembaklah aku. Aku akan tembak isteri kau ni!? " Cabar Alanzo berani. Khayra mengelengkan kepalanya.

"Please jangan dengar cakap dia. Abang bukan pembunuh. Please... jangan membunuh disebabkan saya" kata Khayra merayu. Mukanya sudah basah dengan air mata.

Ray turunkan semula pistolnya.

Anak buah Alanzo yang lain? Alhamdulillah semua sudah menyembah ke bumi. Kebanyakkannya dibunuh oleh Rayyan, Keith dan Kembar. 

Faiq? dia banyak menyorok je.

Ray memandang Rayyan sekilas. Rayyan cuba mengacukan pistolnya dari arah belakang tiang.

Alanzo yang melihat keadaan itu pantas menembak kaki kiri Rayyan.

Cepat cepat Rayyan bersembunyi semula di sebalik tiang gudang. Kembar , Keith dan Faiq juga berselindung di belakang tiang.

"Arghhhh ! Sial punya anjing!" Jerit Rayyan kuat. Tangan pantas menekan luka tembakan menggunakan tangan agar darah tidak mengalir keluar.

Xavier tidak boleh membuat apa apa dengan posisinya sekarang kerana tubuh Khayra yang menghalang dirinya untuk menembak Alanzo. Jika dia lepaskan juga tembakan, pelurunya pasti terkena pada gadis itu. 

Ray memandang ke arah Rayyan sebelum matanya memandang ke hadapan semula. Gigi diketap geram.

"I know you won't kill anyone. Hahaha" ucap Alanzo kuat.

"Yeah. He's a dickhead for sure, anak haram, anak babi, anak sialan, anak anjing, anak unta semua ah dia" sempat membebel Rayyan sorang diri. Badan disandar ke tiang. Sakit di bahagian kakinya semakin terasa. 

Ray memandang anak mata Khayra yang sudah berkaca kaca.

"Jangan..." rayu Khayra lagi.

"I'm sorry Khayra" ucapnya mendatar. Pistolnya diacukan ke muka Alanzo.

Membulat mata Alanzo melihat Ray yang seperti ingin menembak dirinya.

"Yeah, Betul cakap kau. Aku memang dah lama berhenti membunuh..." kata Ray. Tangannya jelas tampak sedikit mengigil.

Alanzo tersenyum senget.

"Tapi aku sanggup jadi pembunuh semula demi orang yang aku sayang. That for sure. Cause I'm a killer and that will never change" tembakan dilepaskan tepat ke arah wajah Alanzo. Darah yang terpercik keluar turut terkena pada wajah Khayra yang sangat hampir dengan Alanzo.

Tubuh Alanzo rebah jatuh ke bumi. Khayra juga turut sama terjatuh kerana badannya yang masih lagi terikat dengan tali.

Sesaat kemudian Ray pula rebah dengan mata yang tertutup rapat.

"RAY!!!"

"Abang!!!"

Jerit Rayyan dan juga Khayra serentak.

Xavier pantas keluar daripada tempat persembunyian dan berlari mendapatkan tubuh Ray. Si kembar dan Keith juga pantas berlari ke arah ketuanya yang sudah tidak sedarkan diri.

Faiq melangkah ke arah Khayra sebelum membuka semua ikatan ditangannya . 

Khayra cepat cepat membutangkan semula bajunya sebelum kaki laju melangkah ke arah tubuh Ray.

Rayyan hanya duduk menyandarkan badannya ke tiang. Kakinya yang terkena tembakan itu di pegang kuat untuk menghentikan darah yang mengalir keluar.

"Sakit sial huhuhu..." kata Rayyan perlahan.

Tanpa membuang masa, Zen dan Zariq terus mengangkat tubuh Ray masuk ke dalam kereta. Manakala Khayra di bantu oleh Xavier. Rayyan pula di bantu oleh Keith dan Faiq. Mereka semua melangkah keluar dari gudang meninggalkan semua mayat yang bergelimpangan di dalam.

Sempat lagi Rayyan membuka jaket yang dipakai sebelum disarung ke badan Khayra yang mengigil di sebelahnya.

"Yang lain ni macam mana?" Faiq memandang semula gudang di belakang mereka.

"Burn them all.." kata Rayyan tenang. Badannya dipapah masuk ke dalam kereta.

Keith membuka bonet kereta sebelum satu kotak berwana merah diambil. Kotak itu dicampak masuk ke dalam pintu masuk gudang. Setelah itu dia berlari semula ke arah keretanya yang terletak dihujung jalan.

Setelah yakin mereka semua sudah menjauh. Button berwarna merah ditekan.

BOOMMMM!

Meletup gudang itu. Api menyala dengan marak. Asap tebal mula menutupi awan.

Kereta masing masing dihidupkan sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience