"Wahhhhhh!!" Jerit Khayra teruja. Dia melihat bangunan di hadapannya yang tersergam indah. Bangunan merah berbentuk segi empat yang tersusun elok di atas kawasan yang lapang itu sangat cantik.
"Abang, cantiknya bang!!" Mata meliar ke sana sini. Ramai peniaga peniaga yang berjual beli di situ. Ada yang menjual duit lama, makanan dan pelbagai lagi.
"Ye, tahu cantik. Jangan jerit jerit. Malu orang tengok" kata Louis mendatar. Dari tadi dia melihat isterinya yang terlompat lompat seperti kanak kanak ribena, teruja sangat lah tu. Apa yang dia suka sangat tak tahulah. Yang Louis nampak cuma bangunan bangunan kotak dan peniaga je. Dasar gadis pelik.
Mulut terukir senyuman nipis. Kemudian Khayra menarik tangan Louis ke arah salah satu kedai yang berdekatan dengannya. Kedai menjual cenderahati. Satu keychain berbentuk hati diambil.
"Abang cantik kan keychain ni, cuba tengok. Cantik kan?" tangan Khayra mengoyangkan keychain itu betul betul di depan muka Louis. Keychain itu berbentuk hati merah dan mempunyai simbol anak panah di sebalik lambang hati itu.
"Nak ambik je. Aku bayar " balas Louis malas. Eleh buat buat tanya cantik ke tak. Cakap jelah suruh belanja.
"Yeahhh!! Thanks abang" kata Khayra sambil bibir mengukir senyuman manis. Gila tak suka. Suami offer nak belanja. Bukan selalu. Ops suami yang ni lah. Suami yang lagi satu tu selalu.
"Yeahhh Louis belanja!" Celah Rayyan tiba tiba. Dia juga berada di kedai cenderahati itu.
Wajah Rayyan di sebelah dipandang dengan muka menyampah.
"Aku belanja bini aku je. Kau guna duit sendiri" kata Louis mendatar. Duit sendiri ada tak nak pakai. Duit simpan banyak banyak nak buat apa? Belacan?
"Elehhhh kedekut lah kau, dengan adik sendiri pun nak berkira" Mulutnya dimuncungkan ke depan.
"Memang berkira" kata Louis semula.
Rayyan terus melangkah meninggalkan mereka berdua dengan muka yang mencebik.
Aik? Merajuk ke?
Louis hanya memerhati Rayyan yang sudah melangkah jauh itu. Bagus pergi Berambus sana. Semak je kacau orang nak dating.
"Okay dah siap pilih! Abang, nak duit" minta Khayra. Tangan dihulur meminta duit sambil mulut yang dikembungkan. Di sebelah tangan kanan elok menggenggam beberapa keychain. Persis seorang anak yang meminta duit kepada ayahnya.
Haih. Nasib sayang.
Louis mengeluarkan dompet duitnya. Beberapa keping 100 euro diambil sebelum diletakkan atas tangan Khayra yang masih menghulur.
"Ya allah, sayang nak 20 euro je bang bukan 500" kata Khayra yang sudah membulat mata melihat duit yang berada atas tangannya itu. 5 keping not 100. Satu keychain tak sampai pun 4 euro.
"Takpa pegang je, lepas ni beli apa apa guna duit tu. Kalau tak cukup minta lagi" jawab Louis lembut.
"Yeah sayang abang" pipi Louis dikucup laju sebelum kaki terus melangkah ke arah penjual kedai untuk membayar keychain yang telah dipilih tadi.
Louis memegang pipinya yang baru sahaja dicium oleh Khayra. Lambat lambat bibirnya mengukir senyuman. Alahai bodohnya aku.
"Okay dah, jom kita jalan lagi" ajak Khayra. Tangannya elok memaut lembut lengan Louis sebelum kaki melangkah ke kedai kedai yang lain.
Louis pula hanya menurut tanpa banyak songeh.
"Eh mana Rayyan? Tadi dia ada dekat sini" soal Khayra setelah beberapa minit mereka berjalan. Kelibat adik iparnya itu masih belum kelihatan.
"Entahlah, tadi dia pergi arah tu" jawab Louis sambil tangan menunjuk ke arah yang dilalui oleh Rayyan.
"Biar jelah dia. Nanti kejap lagi dia datang lah tu" sambung Louis semula.
Baru sahaja Louis habis berkata. Tiba tiba terdengar suara lelaki menjerit jerit dari arah yang ditunjuk sebentar tadi. Orang ramai mula berkerumun.
Khayra dan Louis sudah memandang sesama sendiri sebelum masing masing melangkah laju ke arah kerumunan orang ditengah tengah kawasan lapang itu.
"Woi bangsat! Kau pikir kau siapa nak langgar langgar aku sial!?" Marah Rayyan kasar. Tangannya memegang kolar baju seorang lelaki.
"What a fucker huh!" Balas lelaki itu sambil membuat muka mengejek. Mulutnya tersenyum sinis memandang Rayyan.
Khayra sudah menepuk dahi. Baru je tinggal sekejap dah jadi macam ni. Louis cepat cepat datang ke arah mereka berdua sebelum pantas meleraikan cengkaman Rayyan di koler lelaki tersebut.
"What going on here!?" Dingin Louis menyoal. Mata tajam memandang Rayyan dan juga lelaki tersebut bersilih ganti.
"And another fucker, why don't you ask that little shit over there huh!" Balas lelaki itu sambil jari ditunjuk tepat ke muka Rayyan.
Orang ramai semakin berkerumun di tempat itu.
"Woi sial!? Babi punya pukimak kau nak salah kan aku pulak!? Sini lah anjing pikir aku takut ke!? Aku Rayyan lah!? Tak pernah takut dengan sesiapa!?" Rayyan ingin melangkah semakin dekat namun cepat cepat dipisahkan oleh Louis. Nasib dia tak bawa sebarang senjata harini. Kalau tak arwah dah lelaki hodoh ni.
"ENOUGH RAYYAN!?" Kata Louis tegas. Kemudian wajah lelaki yang bergaduh dengan Rayyan itu dipandang sekilas.
"And you! Get out of here!" Arah Louis. Pegangan pada bahu Rayyan masih tidak dilepaskan. Risau jika dia membuat onar.
Sempat lagi lelaki itu tersenyum senget memandang Khayra sebelum terus melangkah pergi.
"Woi anjing!? Kau pehal nak pandang pandang akak ipar aku!?" Jerit Rayyan. Lelaki tadi tidak menghiraukan Rayyan, dia terus sahaja melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Orang ramai yang menjadi penonton juga sudah mula beredar.
"Enough!?" Louis menjeling Rayyan tajam.
"Hey you! You owe me an explanation" kata Louis dingin.
Rayyan mendengus geram. Mata masih lagi memerhati lelaki yang baru sahaja cari pasal dengannya. Tangan Louis yang memegangnya ditepis ke tepi.
Pintu rumah dibuka kasar. Rayyan menghempas badannya di sofa ruang tamu dengan muka yang masam mencuka. Selang beberapa saat Louis dan Khayra juga masuk ke dalam rumah.
Louis mengambil tempat di hadapan Rayyan.
"Now Explain" kata Louis dingin. Geram melihat perangai Rayyan yang seperti budak budak. Umur dah meningkat tapi tak matang matang. Padahal sebelum keluar rumah sudah diingatkan agar menjaga perangainya itu.
"Lelaki tu hah yang mulakan dulu!?" Matanya dijeling ke tepi. Rayyan mendengus geram. Mulutnya dicebik. Ikutkan hati mahu saja dia membunuh lelaki tadi. Tapi oleh kerana Khayra berada bersama mereka dan dia juga tidak bawak apa apa senjata. Maka selamat lelaki tadi. Tetapi kalau takda senjata pun dia masih boleh membunuh lelaki tadi dengan mudah. Anggota badannya sahaja sudah seperti senjata berbahaya. Setakat satu orang. Huh petik jari je.
"Reason?" Soal Louis dingin.
Khayra sudah menapak naik ke tingkat atas. Membiarkan adik beradik itu berbincang untuk selesaikan masalah tadi.
"Dia langgar aku, lepas tu dia pijak kasut aku!" Jawab Rayyan sedikit kuat. Geram masih bersisa.
"Dia pijak kasut je pun apasal nak mengamuk lebih lebih?" Soal Louis datar.
"Tak bro, dia langgar bahu aku. Pastu aku biar je tak marah. Masalahnya dia sengaja pijak kasut aku. Siapa tak melenting macam tu. Sial punya perangai!" Ucap Rayyan kasar sebelum berdecit.
"Dia sengaja?" Dahi Louis berkerut.
"Dah kalau dia siap angkat kaki tinggi tinggi lagi sebelum pijak. Eay itu elak aku pijak je muka dia tadi. Dah lah hodoh. Macam alien" bebel Rayyan. Sempat lagi mengutuk lelaki tadi.
Louis menghela nafas. Muka diraup beberapa kali.
"Habis yang kau pergi marah bahasa melayu tu pehal? Pikir dia faham ke?" Perli Louis. Nak marah tapi pergi maki bahasa melayu. Ape kejadah? Pikir ni dekat Malaysia ke?
"Eh aku marah guna bahasa melayu ke dekat dia?" Soal Rayyan yang sudah menyang muka keliru. Dia pun tak sedar apa yang dia sebut masa marah tadi.
"Yelah bodoh, dah macam orang gila aku tengok kau tadi. Buat malu kaum je" balas Louis mendatar.
Muka Rayyan berkerut. Wajah Louis direnung dalam. Cuba memikirkan kembali kejadian tadi.
"Aah lah wey!" Bagaikan baru tersedar dari kebodohannya.
"Aku tengok muka dia muka asian, sebab tu aku tercakap bahasa melayu" sambung Rayyan kembali. Nada suaranya sudah mula mengendur tak seperti tadi.
"Hah?"
Rayyan termenung. Lelaki yang berjambang tadi mula menerjah ke fikiran. Tiba tiba dia terfikirkan sesuatu. Kenapa lelaki tadi sempat tersenyum senget dekat Khayra? Padahal dia bukan tahupun yang Khayra itu datang bersama dia.
"Woi! Pehal?" Tegur Louis apabila melihat adiknya itu tiba tiba termenung.
"Takda menda lah. Dah aku nak masuk bilik nak mandi" Rayyan tukar topik. Kaki melangkah meninggalkan ruang tamu itu.
Louis hanya memerhati dari ekor matanya. Kedua tangannya ditekupkan ke muka. Sebelum nafas panjang dilepas. Kepalanya yang sakit mula berdenyut denyut itu dibiarkan. Seketika kemudian dia juga melangkah naik ke atas.
Khayra mengambil satu kad di dalam beg sandangnya. Kad itu tertulis nombor 1 hingga 7.
Seminggu.
Dia tekad untuk membahagiakan Louis selama seminggu sebelum melepaskan lelaki itu pergi. Angka 1 dilorek. Satu hari sudah pun berlalu. Nafas panjang dilepas. Entah kenapa hatinya terasa berat setiap hari.
Tiba tiba pintu bilik itu terbuka. Khayra mengerling ke arah pintu.
"Eh abang, dah habis dah bincang dengan Rayyan?" Soal Khayra berbasa basi. Kad tadi dimasukkan semula ke dalam beg. Wajah Louis ditatap manja.
"Dah" jawab Louis ringkas. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Penat setelah seharian melayan perangai Khayra bershopping. Pergi situ lah pergi sinilah. Perempuan dan shopping memang tak boleh terpisah.
Pili air dibuka. Muka dibasuh beberapa kali sebelum mata memandang biasan wajah dalam cermin. Warna matanya yang kemerahan gelap itu ditatap lama. Nafas panjang lepas. Kemudian Louis mula membersihkan diri.
Setelah selesai mandi dia mengambil tempat di sebelah Khayra.
"Eh rambut abang basahlah, nanti busuk cadar katil" omel Khayra apabila melihat Louis baring di bantal dengan rambut yang masih menitik air.
"Aku pening lah sayang. Tolong urutkan sikit kepala aku boleh tak?" Pinta Louis mendatar. Matanya terpejam rapat. Sakit di kepalanya yang mula menyucuk itu diabaikan sebaik mungkin. Sudah beberapa hari kepalanya pening dan sakit di bahagian belakang tengkuk. Inilah yang dirasakan sejak daripada dia mengambil alih tubuh badan ini.
Khayra mengesot mendekati tubuh Louis sebelum tangan mula mengurut perlahan belakang kepala lelaki itu.
"Sakit sangat ke bang?" Soal Khayra lembut. Tangan laju memicit micit tengkuk Louis.
"Sakit..." Balas Louis perlahan. Kepalanya mula rasa selesa apabila diurut oleh Khayra. Sedikit sebanyak urutan Khayra dapat mengurangkan sakit yang mula menerjah dikepalanya.
"Esok kita nak pergi mana sayang?" Soal Louis masih lagi memejamkan matanya. Kepalanya yang berdenyut denyut tadi sudah berkurang.
"Kalau ikutkan plan, esok kita pergi Barcelona, hmmm.... Tapi kalau abang sakit takpa kita hold je dulu" jawab Khayra lembut.
"Aku okay, pening sikit je ni" balas Louis sebelum tangannya memegang tangan Khayra lembut. Kepalanya dipusing beberapa kali merengangkan otot dikepala.
Khayra terus mengambil hair dryer di almari solek sebelum naik semula ke atas katil.
"Meh sini sayang tolong keringkan rambut tu" pelawa Khayra.
Louis hanya menurut sahaja. Kepalanya dirapatkan ke dada Khayra. Hanya bunyi hair dryer kedengaran. Masing masing mendiamkan diri.
Louis mendongak kepalanya memandang wajah Khayra.
"Sayang tahu kan apa nak kena buat kalau aku hilang kawalan?" Soal Louis datar. Mata Khayra ditatap lama.
"Ye sayang tahu, panggil Rayyan cepat cepat" balas Khayra meleret. Hampir tiap malam Louis akan bertanyakan soalan itu semenjak daripada malam ketika Louis dirompak. Naik rimas Khayra mendengar soalan yang sama sahaja setiap hari.
Setelah selesai mengeringkan rambut Louis, Khayra menyimpan semula hair dryer di dalam laci meja. Kaki berjalan ke arah suis bilik sebelum lampu ditutup. Kemudian dia berbaring semula di atas katil bersebelahan dengan Louis.
Wajah Louis ditatap lembut. Mata merah gelap itu kini nampak lebih tenang berbanding dulu. Kemudian tangannya mengusap lembut pipi Louis. Bibirnya terukir senyuman.
Louis hanya diam membiarkan sahaja gadis itu bermain-main dengan pipinya. Keadaan menjadi sunyi semula. Hanya nafas mereka yang kedengaran. Selang beberapa saat Khayra membenamkan wajahnya ke dada milik lelaki itu dengan tangan yang memeluk erat di pinggang.
Seketika kemudian terdengar denguran halus milik Louis. Mesti Louis penat setelah seharian berjalan menemaninya. Louis pernah kata, waktu mereka tertukar personaliti kepalanya akan selalu rasa sakit dan pening. Itulah antara sebab kenapa moodnya sentiasa berubah rubah.
Bibir Khayra terukir senyuman manis.
"I love you Louis" ucap Khayra perlahan sahaja sebelum matanya semakin layu dan terus tertidur.
Share this novel