Bab 10

Action Series 36344

Selepas menyalam kedua orang tuanya, Khayra memandu kereta honda HRV miliknya menyusur keluar daripada halaman rumah. Selepas 13 minit pemanduan akhirnya dia tiba di syarikat Ray. Kereta diparkir bersebelahan dengan kereta hitam berlambang kuda milik Sir Ray.

Kelihatan Rayyan dan bersama 5 orang anak buahnya yang lain sedang memasukkan beg beg ke dalam sebuah kereta. 

Khayra jalan mendekati mereka.

"Dah nak gerak ke?" Tanya Khayra kepada Rayyan. 

"Aah nanti masukkan semua beg you dalam kereta ni, 10 minit lagi kita bertolak ke airport" balas Rayyan mendatar sambil mata yang memandang ke arah gadis itu. Mukanya serious sahaja, tidak seperti selalu.

Di dalam kereta Khayra hanya diam membisu, dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Semua orang orang atasan Ray itu kelihatan sungul sahaja. Ada juga terbit rasa keliru melihat mereka seperti tergesa gesa.

Khayra memandang ke arah Faiq yang duduk disebelahnya.

"Hmmm nama Sir ,Sir Faiq kan?" Kata Khayra takut-takut. 

"Tak payah Sir, Sir panggil je Faiq. Why?" Soal Faiq kembali dengan mata yang sudah menoleh ke arah Khayra. Mukanya dimaniskan dengan senyuman.

"Ouh Ermm, mana Sir Ray?" Soal Khayra mendatar.

"Dia ada, dia dah dekat airport " jelas Faiq juga mendatar. Kemudian dia membuang pandangannya semula keluar tingkap. Keluhan berat dilepaskan.

"Ouh" balas Khayra ringkas. Dia kemudian melihat notifications yang masuk ke peti mesej iphone 6 nya itu. Ramai kawannya menghantar pesanan agar berhati hati, jaga diri di negara orang dan lain lain lagi.

Selepas 15 minit pemanduan mereka tiba di pusat lapangan terbang persendirian milik keluarga Mikayla. Khayra mengeluarkan barang barangnya dari dalam kereta. Jauh di sudut bersebelahan dengan pesawat itu kelihatan Rayyan sedang bercakap dengan seorang kapten kapal terbang.

Kemudian selang beberapa saat, beberapa orang pramugara mengambil kesemua barang barang mereka untuk diletakkan ke dalam pesawat. Passport disemak. Dan mereka pun mula melangkah masuk ke dalam pesawat.

Khayra sedikit ternganga melihat bahagian dalam pesawat itu. Fuh jauh beza sungguh dengan pesawat yang pernah dinaikinya sebelum ini. Pesawat ini nampak sungguh mewah siap ada sudut yang mempunyai dua buah katil bersaiz king. Kerusi pula tiada yang berpasangan semuanya private place. Di setiap hadapan kerusi itu pula elok terletak sebuah meja yang agak besar.

Khayra kemudian mengambil tempat duduknya di sebelah kanan tingkap.

Di hadapan tempat duduknya pula tempat duduk Rayyan. Manakala Faiq, Keith, Zen dan Zariq duduk di bahagian belakang dan kirinya. Xavier meletakkan begnya di sebelah tempat duduk kanan Khayra.

"Hmm dalam banyak banyak orang kenapalah Sir Xavier duduk sebelah aku" guman Khayra perlahan.

"Ouh ye Ayyan, mana Sir Ray i tak nampak dia pun daripada tadi, Sir Ray tak naik lagi ke?" Soal Khayra kepada Rayyan yang duduk di hadapannya. Matanya melihat di sekeliling dalam pesawat itu. 

Rayyan yang sedang bermain dengan phonenya itu terus menoleh ke belakang .

"Ada tu hah tengah tidur atas katil dekat belakang sana, kejap lagi bangun lah tu" jelas Rayyan, kemudian dia menyambung kembali bermain iphonenya . 

Khayra menoleh pula ke arah mereka yang lain. Faiq sedang menulis sesuatu di dalam ipadnya, manakala Sir Zen dengan Sir Zariq pula sedang bermain Saidina.Sir Keith pula... Hmmmm kurang pasti sedang buat apa , dia sedang menyusun wayar yang berwarna warni didalam sebuah kotak. Disebelahnya pula Sir Xavier sedang memasukkan cecair ke dalam beberapa picagari. Dia ni doktor ke apa?

Nampak bahagia je semua, pagi tadi kemain muka masing masing sedih .

Setelah beberapa minit, Xavier bangun melangkah ke arah Ray yang berada di bahagian katil. Kurang pasti sama ada sedang tidur ataupun pengsan. Mukanya nampak tenang je.

Khayra hanya melihat daripada tempat duduknya sahaja. 

"Ray bangun" kata Xavier sebelum dia mengoyangkan sedikit badan Ray.

Melihat tiada reaksi daripada jejaka itu. Dia membuka satu bekas yang mengeluarkan kepulan kepulan asap berwarna putih. Khayra hanya memerhati.

Kemudian Xavier mula mengeluarkan satu picagari dari dalam bekas tersebut. Picagari itu dibelek . Setelah yakin dengan kuantiti cecair tersebut. Dia kemudian menyuntik ke dalam leher Ray dengan berhati-hati.

Selang beberapa saat Ray membuka mata. Mata hijaunya yang gelap kini sedikit cerah agak cerah berbanding sebelum ini .

Xavier yang melihat warna mata ketuanya itu hanya menghela nafas berat.

"Arthur kita tengah dalam flight on the way ke France. Lagi 7 jam kita akan sampai" kata Xavier mendatar, sejuk, dingin dan tiada emosi.

Dia kemudian menutup kembali bekas yang penuh dengan picagari itu. Setelah itu dia melangkah ke arah tempat duduknya semula.

Arthur bangun daripada pembaringnya sebelum badannya mengeliat sedikit.

'Oh shit sakit siot kepala aku, dadah apa diorang suntik dekat aku ni '. 

"Good morning sunshine!" jerit Rayyan daripada tempat duduknya tiba-tiba. "Sedap tido? Hahaha" sambung Rayyan.

"Diam bangsat" balas Arthur keras. Dia kemudian turun daripada katil sebelum terus melangkah ke hadapan dan duduk di hadapan Xavier.

Khayra hanya mendiamkan diri . Di kepalanya kini penuh dengan soalan. Kenapa warna mata Ray nampak berbeza? Dan soalan yang paling dia musykil sekali , kenapa Xavier memanggil Ray dengan nama Arthur?? Malah sejak bangun Ray langsung tidak menyapa dirinya, Ray terus sahaja duduk di hadapan Xavier dan membelek dokumen yang telah dibawa oleh mereka yang lain.

Khayra diam membatu ditempatnya. Keadaan menjadi sungguh sunyi di dalam pesawat itu. Seolah olah ada malaikat maut menemani. Akhirnya Khayra mengambil keputusan untuk melelapkan matanya.

"Excuse me, Miss Khayra . What would you like? Tea or juice?" soal pramugara menyapa. Khayra membuka matanya.

Lelaki yang menyapanya itu tinggi dan berbadan tegap. Entah sudah berapa jam dia tertidur.

"Tea please" balas Khayra sambil memisat matanya.

"What about the meal miss?" soal pramugara itu lagi.

"What do you have?" soal Khayra semula sambil mulut menguap. Letih badannya masih belum hilang.

"Anything you want miss" balas pramugara itu kembali. 

Khayra memandang lelaki itu kebingungan. Tak pernah pernah dia naik pesawat yang boleh order anything.

Dia kemudian menoleh ke arah tepi dan belakangnya. Mereka yang lain semua sedang menjamu makanan. Sir Zen macam tengah makan chicken grill eh what the hell? Macam mana dia grill ayam tu tengah tengah atas plane ni? Dia menoleh pula ke arah Sir Zariq . Hmmmm kurang pasti apa yang dia sedang makan. Sir Xavier pula nampaknya sedang makan wangyu beef.

Sir Faiq... Eh? Pudding coffee seriously? For dinner? Pudding coffee? Hmm whatever lah orang orang atasan disyarikatnya itu memang pelik.

Akhir sekali Khayra memandang pula kearah Ayyan dan Sir Ray. Ray masih lagi tekun dengan dokumen dokumen di tangannya. Ayyan pula , ya allah macam budak tak makan 10 tahun penuh meja depannya dengan pelbagai makanan. Lobster, salmon, clam, dan macam macam lagi.

"Kenapa baby? You nak dinner apa?" Soal Rayyan dengan mulutnya yang penuh disumbat dengan salmon grill . Macam kena dera wey mulut tu.

"Hmmm belom order lagi" balas Khayra semula. 

"Just order anything you like, semua ada" balas Rayyan kemudian dia kembali menyeksa mulutnya itu.

Khayra memandang semula pramugara disebelahnya. "Salmon grill with lemon please" kata Khayra mendatar .

"Okay, anything else miss?"

"No thanks"

Pramugara itu pun terus berlalu pergi . Selang beberapa minit dia datang kembali bersama sepinggan salmon grill yang masih panas seolah olah baru sahaja di grill.

Really nigga?

Ah lantak!

Malas hendak berfikir panjang, Khayra terus sahaja membaca bismillah dan memulakan suapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience