Bab 32

Action Series 36344

Hari pertunangannya telah tiba namun dia masih lagi tidak menerima apa apa mesej daripada bakal tunangnya itu. Entah datang entah tidak. Khayra melihat baju merah yang tergantung di almari.

Akhirnya nafas keluh terlepas dari mulut.

"Hey apa sedih sedih ni. Kau sepatutnya gembira tau sekejap lagi kau dah nak jadi tunang orang" ucap Kyle kawan baik Khayra. Mereka berkawan sejak daripada zaman sekolah menengah lagi. Antara satu satunya kawan baik yang Khayra ada.

Kyle atau nama panjangnya Kyle Raisya masih belum berkhawin. Ketika ini dia sedang bekerja di bawah syarikat ayahnya di R&T Holdings.

"Mana ada sedih. Aku gembira tau, kejap lagi aku dah nak jadi tunang seorang billionare yang kaya raya" jawab Khayra mendatar sebelum membuat senyuman hambar ke arah kawan baiknya . 

Baju tergantung diambil sebelum dipakai. Dia melihat dirinya dalam cermin. Cantik.

"Yelah tu, kalau tak sedih senyum lah ikhlas sikit. Ini muka nampak macam senyum terpaksa je" Kyle membetulkan sedikit tudung yang dipakai oleh Khayra.

"Ye lah..." balas Khayra meleret. Entahlah, hatinya sakit apabila diperlakukan sebegitu oleh Ray. Seolah olah dia hanyalah patung yang tidak punya hati.

"By the way siapa bakal tunang kau? Sampai hati kau tak bagi tahu aku pun kau dah ada boyfriend, tiba tiba mesej kata dah nak bertunang" tanya Kyle sebelum dia duduk di hujung katil Khayra.

"Sorry, aku tak sempat nak bagitahu, benda ni semua berlaku secara tiba tiba. Aku pun tak sangka yang aku akan bertunang secepat ini. Tunang aku asal orang France" Khayra mengoleskan sedikit lipbam di kulit bibir. Mukanya dimakeup ala kadar sahaja. Tak payahlah nak makeup beria, tunang je pun bukannya kahwin.

"Orang France!? Fuh yo mesti hensem kan tunang kau" kata Kyle teruja.

"Hensem, nanti dia datang kau tengoklah sendiri muka dia. Mata dia warna hijau gelap" jawab Khayra lembut. Hmmm rindunya dekat Ray, sudah dua minggu dia tidak berjumpa dan bertanya khabar lelaki itu.

"Wah untungnya kau. Tahniah beb. Aku tumpang gembira" kata Kyle sambil mulutnya tersenyum lebar.

"Terima kasih, hah kau pulak bila nak ada boyfriend?" Mata memandang wajah kawan baiknya itu. Keningnya diangkat tinggi.

"Lambat lagi, malas lah nak pikir. Biar jodoh datang sendiri nanti. Hahaha" jawab Kyle sambil tergelak.

Tok ! Tok ! Tok !

"Khayra ! Bakal tunang awak dah sampai ni !" Laung Puan liana dari luar bilik.

"Okay, jom keluar. Aku tak sabar nak tengok siapa bakal tunang kau" kata Kyle sebelum bangun daripada katil dan memaut tangan Khayra.

Mereka berdua melangkah keluar bilik. Kaki melangkah ke arah ruang tamu.

Masuk sahaja ruang tamu Khayra dan Kyle serentak tayang muka terkejut. Di hadapannya kini lebih 10 orang lelaki berpakaian gelap sedang duduk berkumpul di ruang tamunya. Gila wey. Ini nak pergi majlis bertunang ke nak pergi majlis berkabung. Pasti ini semua anak anak buah Ray.

Khayra jalan mendekati mereka. Mata tercari cari kelibat bakal tunangnya namun lelaki itu masih juga tidak kelihatan.

"Assalammualaikum" ucap satu suara dari arah pintu.

Khayra menoleh ke arah suara itu. Ray masuk ke dalam rumah dengan penuh sopan. Dia nampak begitu segak dengan suit merah gelap dan berkemeja hitam di dalam, rambutnya pula disisir rapi ke tepi. 

Khayra tersenyum memandang wajah Ray. Hatinya terbit rasa rindu. Sihat kah dia? Sudah lama dia tidak melihat mata hijau gelap itu.

Ray tersenyum apabila terperasan gadis itu memandang ke arahnya. Beberapa saat kemudian Rayyan pula masuk ke dalam diikuti dengan Keith , Faiq , Xavier dan juga si kembar.

Masing masing berpakaian biru tua gelap. Mereka semua duduk elok di ruang tamu.

"Wey, pehal rombongan bakal tunang kau semua pakai baju gelap gelap. Seram aku tengok dah macam geng mafia" bisik Kyle perlahan ke telinga Khayra.

Khayra ketawa mendengar komen rakannya. Memang tunangnya itu geng mafia pun. Pangkat boss lagi. Agak agak Kyle pengsan tak kalau dia bagi tahu perkara sebenar?

Setelah selesai majlis pertukaran cincin Khayra berbual bual dengan kenalan dan tetamu yang diundang. Soalan paling famous orang bertanya ialah, ' Tunang orang mana' 'Tarikh nikah bila' , 'Tunang bukan orang Malaysia ke?'. Hah lantak siapa suruh kau dapat bakal suami mata hijau.

"Weh tunang kau panggil dekat luar" Kyle berbisik di telinga Khayra yang sedang sibuk berbual dengan tetamu.

Selepas meminta izin, Khayra terus sahaja meninggalkan tetamunya sebelum melangkah ke arah luar rumah. Kelihatan Ray sedang berdiri dibalik tiang berbual bersama dengan Rayyan.

"Hi," sapa Khayra lembut. Mereka berdua memandang ke arah Khayra sebelum Rayyan terus pergi ke bawah khemah makanan. Memberi privasi buat pasangan itu.

"Hi" balas Ray lembut sambil tersenyum manis.

"You pergi mana? I call tak angkat ? I mesej tak jawab? i risau tau? Ingatkan you dah lupakan i " kata Khayra sedikit sedih di hujung ayat.

Ray tidak membalas. Dia hanya tersenyum melihat perempuan yang dicintainya itu membebel. Nampak cute. Perempuan membebel memang cute ke? Ke Khayra sorang je yang macam tu?

"You senyum senyum dah kenapa? I tanya kan, you pergi mana?"

"Kenapa? Rindu dekat i eh?" Tanya Ray lembut dengan senyumannya yang nakal.

"Takda lah, tak rindu pun. I cuma risau je kenapa i call you tak angkat angkat" bohong Khayra mendatar.

"Eleh, yelah tu tak rindu. Sorry, I busy sikit dua minggu lepas. Settel kan hal pejabat" balas Ray juga berbohong namun masih berwajah tenang. Adik beradik ni kalau menipu muka relax je macam takda apa.

"Hmm yelah tu busy"  kata Khayra sedikit merajuk . Mata memandang ke arah khemah makanan. Rayyan dan lain sedang menjamu selera di bawah khemah. 

Sah bakal adik iparnya itu membela saka. Sampai dua pinggan makanan dipegang. Kiri kanan penuh!

"Jangan lah marah marah nanti muka cepat tua. I'm sorry kay" pujuk Ray perlahan sebelum hujung baju Khayra di pegang.

"Hmmm yelah" balas Khayra mendatar. Dia kemudian memandang ke wajah Ray semula. Muka lelaki itu ditenung. Rindu setelah sekian lama tidak berjumpa. Mata hijaunya nampak sedikit berlainan. Nampak semakin gelap.

"Cantik baju yang you pilih ni, sesuai dengan you" kata Ray sambil tangan menunjuk ke arah baju yang dipakai oleh Khayra. 

"Thanks. Rayyan dengan i pilih" balas Khayra sambil tersenyum.

"Sorry sebab tak dapat teman you pilih baju"

"Takpe it's okay. Lagipun i faham kerja you macam mana" balas Khayra kembali.

"Hi Khayra" satu suara mencelah mereka.

Mereka berdua serentak menoleh ke arah suara itu.

"Hi! Dylan, tak sangka you datang. Sorang je ke?" ucap Khayra teruja sambil tersenyum memandang ke arah lelaki itu.

"Mestilah i datang, dah you jemput. Kalau you tak jemput i tak datang. I datang sorang je" balas Dylan sebelum tergelak halus di hujung ayat.

 "You dah makan belum ni, jemputlah makan dulu makanan ada bawah khemah. Self servis okay" pelawa Khayra sopan.

"Hahaha belum makan lagi, baru je sampai ni. Nak tengok jugak muka bakal suami you" kata Dylan sebelum tersenyum sinis memandang ke arah belakang Khyara.

"Ouh ni sebelah i nilah bakal suami i, dia......." belum sempat Khayra menghabiskan ayatnya dia sudah terkaku melihat mereka yang lain.

Rayyan dan semua anak buah Ray termasuk Xavier, Keith, Faiq, Zen dan Zariq sudah berada di belakangnya. Muka masing-masing dingin memandang Dylan. Tangan sudah menyeluk kocek di belakang seluar.

Khayra sudah pelik melihat situasi itu. Kenapa dengan mereka semua ni. Dia menoleh pula ke arah Ray di sisinya. Reaksi lelaki itu juga sama. Wajahnya tampak sangat marah.

"Errrr guys what are you doing?" Soal Khayra memandang mereka yang masing masing mengeluarkan aura pembunuh.

Ray menarik badan Khayra mengundur ke belakang badannya.

"What are you doing here?" Soal Ray dingin. Hilang senyumannya yang manis tadi.

Khayra jadi bertambah bingung dengan situasinya sekarang. Apa yang tengah jadi ni?

Dylan tergelak halus. Kedengaran agak sinis.

"Korang kenal Dylan ke?" Soal Khayra kepada mereka semua.

"Siapa dia ni?" Soal Rayyan pula. Soalan dibalas soalan. Mata tajamnya tidak lepas dari memandang Dylan.

"Dylan ni kawan i masa dekat universiti dulu. Kenapa?" soal Khayra semula. Mereka yang lain tidak menjawab. Masing masing merenung antara satu sama lain.

Seminit...

Dua minit...

"Hmm takpelah Khayra i balik dululah, nampaknya kedatangan i macam tak disukai je. Bye, kirim salam parents you" sempat Dylan berpesan sebelum dia berlalu pergi. Tangannya melambai ke arah Khayra.

Khayra ingin membalas namun cepat cepat dihalang oleh Ray dan yang lain.

Setelah lelaki itu hilang dari pandangan. Mereka semua menarik nafas lega. Tangan dikeluarkan dari kocek masing masing.

"Ray kenapa layan kawan i macam tu?" Soal Khayra agak kesal.

Ray memandang wajah Khayra. Mukanya sudah kembali tenang. Tidak seperti tadi.

"Fuh nasib baik aku tak tertembak babi tu, karang tak pasal pasal jadi bala majlis kau ni Ray" sampuk Rayyan selamba.

Membulat mata mata Khayra apabila mendengar bakal adik iparnya berkata sebegitu. 

"Kepala hotak you! Kenapa nak tembak kawan i!?" Khayra membentak. Suaranya naik seoktaf. Sesuka hati je nak tembak anak orang. Pikir ni monyet ke nak tembak tembak.

Wajah Rayyan yang bersahaja itu di pandang geram. Kiranya masing masing bawak pistol ke sini.

Gila.

Ray terkejut dengan perubahan Khayra. Pantas dia memandang Rayyan sebelum mata membuat isyarat agar pergi meninggalkan mereka berdua. Rayyan hanya menurut. Dia kemudian melangkah kembali ke arah khemah makanan.

"Shhh, you jangan jerit jerit. Malu nanti orang dengar.You dengar dulu apa i nak cakap" pujuk Ray lembut. " Ayyan bukan saja saja nak tembak kawan you".

"Habis tu apa? Kenapa you nampak marah dengan kawan i tadi!? Kenapa Ayyan kata dia nak tembak kawan i!? Dia pikir ni ayam ke nak tembak tembak!?" Tanya Khayra.

"Okay, fine I'm sorry. Tapi Rayyan terlepas cakap je tu" Ray masih lagi cuba berlembut.

"Terlepas cakap apa! I tak pekak lagi lah! Dah terang terang korang semua bawak pistol datang majlis ni kan!"

"Khayra dengar dulu apa i nak cakap. Kawan you, Dylan tu. Dia adik Black Death. Anak kepada Clara. Orang yang culik you masa dekat France dulu"

"Tipu! Korang tak pernah pun cakap Black Death ada adik!" Jerit Khayra.

Mereka yang berada bawah khemah sudah memandang ke arah pasangan itu.

"Gaduh ke tu?" Tanya Keith mendatar.

"Alah gaduh gaduh manja je tu" balas Rayyan selamba.

"Ye kitaorang pun baru je tahu beberapa minggu lepas, tapi tak sangka pulak dia kawan University you" jelas Ray masih lagi cuba berlembut.

Khayra terdiam. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Bukan senang dia harus menerima semua kenyataan ini. Walaupun dia sering berlagak seperti tiada apa apa yang berlaku, namun hati perempuan mana yang tak sedih jika dia perlu berkhawin dengan seorang pembunuh dan hidup sentiasa diburu pembunuh.

"Awak marah saya ke?" Pujuk Ray perlahan. Dia memandang wajah bengang Khayra.

"Awak marah saya ke?" Soal Ray lagi. Nada suara dilembutkan.

"Sorry, okay i janji lepas ni i tak buat macam ni lagi. Apa apa i akan bagi tahu you dulu. Janganlah marah i lagi" pujuk Ray perlahan.

Khayra melepaskan nafas panjang sebelum matanya melihat wajah kacak Ray kembali. "I tak marah. I terkejut. Please lah jangan nak tembak orang sesuka hati. I risau tau kalau apa apa jadi dekat you" kata Khayra mendatar.

"You dah tak marah dekat i?"

"Takkan lah i nak marah Boss sendiri, nanti tak pasal pasal kena pecat pulak" kata Khayra cuba membuat lawak sebelum tawa halus terlepas dari mulutnya. Ray juga turut tersenyum mendengar kata kata Khayra.

"Lepas habis ni you terus pack barang okay" arah Ray lembut.

"Hah? Pack barang? Nak pergi mana?" Soal Khayra pelik.

"Kita balik rumah I, rumah you tak selamat nak duduk. Dekat rumah i at least anak anak buah i boleh jaga you" kata Ray.

"Habis tu parents i? Kalau i dalam bahaya kiranya diorang pun tak selamat jugak? Siapa yang nak jaga diorang?" Tanya Khayra kembali.

"I dah arahkan kembar untuk jaga parents you. Lagipun i risaukan keselamatan you. Dylan mungkin akan datang sini semula untuk cari you"

"Hmm yelah" akur Khayra, dia sedar dia sudah meletakkan diri dan keluarganya dalam bahaya sejak daripada dia setuju untuk memasuki dunia mereka semua.


Khayra melihat rumah banglo besar di hadapannya. Cantiknya rumah diorang ni. Besar dan nampak elegent. Pintu kereta ditutup.

Walaupun rumah ni besar namun tidaklah sebesar rumah mereka yang berada di France, di sini nampak lebih normal berbanding rumah di France yang belakangnya ada airport, di sebelahnya pula ada mall, garaj kereta macam kedai kereta.

The hell?

"Jom masuk" ajak Ray mendatar.

Khayra hanya mengekor Ray dari belakang.

"Hi you," sapa Rayyan yang berada diruang tamu. 

Khayra tayang senyuman hambar. Hah mamat ni lah yang nak tembak orang macam tembak monyet tadi. 

Ray membawa Khayra masuk ke dalam bilik tetamu.

"Ini bilik you. Apa apa hal nanti panggil je i atau Rayyan. Sebab rumah dekat sini takda pembantu" jelas Ray lembut sebelum melangkah keluar bilik.

Khayra melihat bilik itu. Nampak mewah. Lengkap dengan pelbagai perabot serta penghawa dingin. Di tengah tengah bilik itu pula terdapat satu katil bersaiz queen berwarna peach cair. Khayra melompat di atas katil itu. Lembut gila. Matanya mula layu sebelum akhirnya dia termakan godaan mimpi.

Tok! Tok!

Khayra terjaga apabila mendengar ketukan daripada pintu biliknya. 

"You tido ke? Ray ajak makan sama sama" ajak Rayyan dari luar bilik. 

Khayra pantas melihat jam telefonnya. Sudah 2 jam dia terlelap.

"Okay" jerit Khayra sedikit kuat. Dia kemudian membetulkan sedikit tudungnya yang kelihatan senget sebelum terus melangkah keluar.

Suasana meja makan agak sunyi. Hanya Ray dan Rayyan sahaja yang ada. Mereka yang lain tidak kelihatan.

"Ermmm mana yang lain?" Soal Khayra memecahkan kesunyian.

 "Xavier keluar dengan Keith. Kembar pulak memang tak duduk sini, dia 24 hours jaga rumah you sampai kita kahwin nanti. Faiq dekat France jaga parents i" jelas Ray lembut.

"Ouh" balas Khayra perlahan.

Sesudah makan, Khayra mencuci pinggan mangkuk mereka semua memandangkan rumah ini tiada pembantu rumah. Ray dengan Rayyan pula sudah berada diruang tamu. 

Sedang Khayra mencuci pinggan otaknya mula terfikirkan sesuatu. Kalau rumah ni takda pembantu. Jadi siapa yang masakkan makanan diaorang?

Tiba tiba Khayra merasakan seperti seseorang sedang berdiri sangat hampir dengannya.

Perlahan lahan kepalanya berpusing ke belakang.

"Ahhhhhhhh!!" jerit Khayra terkejut melihat seorang perempuan yang berambut panjang dan berwajah pucat berdiri betul betul di belakangnya. Ray dan Rayyan cepat cepat pergi mendapatkan Khayra di dapur apabila terdengar jeritan gadis itu. 

"Avery, what are you doing? Kenapa takutkan kak Khayra?" Soal Ray kepada perempuan yang berdiri dekat dengan Khayra. 

Khayra memandang gadis di hadapannya itu sekali lagi. What? Avery!?

"Avery? Zoe Avery right? Av! Lama tak jumpa you, you ingat i lagi tak?" Tanya Khayra teruja. Perempuan yang bernama Avery itu mengangguk kepalanya perlahan.

Ray dan Rayyan sudah memandang sesama sendiri dengan muka yang penuh hairan, pelik dan keliru.

Khayra kenal ke dengan Avery?

"Eh you buat apa dekat sini Avery ?" Soal Khayra apabila tersedar yang dia berada di rumah Ray. 

Avery menghalakan jarinya ke arah Rayyan dan Ray. Khayra memandang mereka berdua. Manakala Rayyan dan Ray pula saling berpandangan sesama sendiri.

"You kenal Avery ke Khayra?" Soal Ray pelik melihat reaksi Khayra .

"Mesti lah i kenal musuh sejati i, hahaha" kata Khayra sebelum memeluk lembut bahu Avery.

"Errr musuh you?" Ray memandang Avery dan Khayra silih berganti.

"Dulu i selalu masuk pertandingan memanah international tapi i selalunya kalah dengan Avery. I selalu dapat no 2, Av ni lah yang selalunya dapat no 1. Errr by the way apa Avery buat dekat sini?" Tanya Khayra. Bingung dengan situasinya.

Ray menghela nafas panjang.

"Khayra, kenalkan nama dia Zoe Avery Mikayla, adik bongsu i. Avery kenalkan ini Nur Khayra tunang Abang Ray" kata Ray memperkenalkan diri mereka. 

Pantas Khayra memandang muka Avery yang beku itu.

Apa!? Ini adik dia. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience