Bab 1

Action Series 36344

Empat tahun kemudian....

Harini merupakan hari yang penting buat Khayra kerana harini dia perlu menghadiri sesi temuduga di sebuah syarikat yang terkenal. Bekerja disyarikat itu adalah salah satu daripada impiannya sejak dia habis belajar lagi. Bukannya dia tidak mempunyai duit , ayahnya sahaja gaji sudah mencecah RM100,000 ribu ringgit sebulan. Kiranya dia dilahirkan dalam kalangan orang yang berada . Namun dia tetap ingin berdikari dan mencari rezeki atas titik peluhnya sendiri.

Khayra membetulkan tudungnya yang kelihatan agak senget sebelum mengoleskan lipbalm berwarna baby pinkish di bibirnya supaya tidak kelihatan terlalu pucat.

"You can do it Khayra" bisiknya sendiri.

Selepas meniupkan kata semangat untuk dirinya dia mengemaskan sedikit file yang perlu dibawa untuk sesi temuduga nanti.

Jam tangan fossilnya dilihat , 8:15 am masih berbaki 1jam lagi sebelum sesi temuduga itu dijalankan. Khayra melihat ke arah cermin. Tudung putih, berbaju blouse bunga merah dan kain coklat tanah. Perfect. 

Setelah yakin dengan penampilannya itu dia pun turun ke tingkat bawah.

"Morning pa, ma" kata Khayra mendatar.

"Morning Khayra. So, ready to get a job?" Balas Encik Raqif.

"Of course I'm ready" balas Khayra terselit nada gurau di ayatnya.

Kemudian mereka sama sama tergelak.

"Okay pa, i got to go now. Takut lambat" kata Khayra sedikit tergesa. Khayra cepat cepat menyalami tangan kedua orang tuanya. Adab mestilah dijaga sentiasa .

"How about your breakfast dear?" Soal Puan Liana .

"Not today ma, nanti Khayra breakfast je dekat MCD or somewhere else. Okay bye dah lambat ni. Love u so much" kata Khayra sebelum hilang disebalik pintu.

Puan liana hanya menggelengkan kepala memerhatikan gelagat puteri sulungnya itu. Tahu sangat bahawa Khayra memang susah untuk breakfast katanya nanti perut meragam.

Khayra menyarungkan kasut tumit tinggit yang berjenama Cristal, sebelum dia masuk kedalam kereta Honda HRV nya yang berwarna merah.

"Let's have a ride babe" kata Khayra sendiri sebelum dia terus memulakan pemanduannya.

Setelah sampai di syarikat yang hendak di temuduga itu dia mencari tempat letak kereta yang kosong. Tetapi malang baginya kerana semua tempat parking disyarikat itu sudah penuh . Setelah beberapa kali berpusing barulah dia jumpa tempat kosong.

Jam tangannya dilihat.

"Habis dah masa aku nak cari parking je" ngomelnya sendiri, Khayra cepat cepat mengambil beg yang berisi filenya ditempat duduk belakang dan terus melangkah memasuki pintu masuk utama syarikat tersebut.

Khayra mempercepatkan langkahnya kerana jam tangannya sudah menunjuk angka 9:00 am, ini bermakna masih hanya berbaki 15 minit sahaja lagi sebelum sesi temuduga tersebut dijalankan.

Sedang dia berjalan laju, nasibnya sungguh malang apabila tumit kasutnya patah akibat tersandung dengan karpet yang terbentang dihadapan kauter pertanyaan . Lebih malang lagi sebelum dia terjatuh tangannya tertarik baju wanita yang sedang berdiri betul-betul dihadapannya sambil memegang secawan coffee.

Habis tertumpah semua air coffee itu di atas kepala Khayra.

Orang -orang yang berada di hall syarikat itu mula berbisik sesama sendiri apabila melihat kejadian itu. Ada juga yang menggelakkannya.

"Oh so Klishe babak scene ni, now what? Ada knight datang nak aku tolong ke?" Ngomel Khayra perlahan. Cukup untuk dia seorang yang mendengar.

"Heh! Mata you tu letak mana hah. Jalan tak pakai mata eh. You tak nampak ke i ada dekat sini hah, mata you tu untuk perhiasan je ke !" Perempuan yang memegang cawan coffee tadi mula menengking Khayra.

"Haih malang betul nasib aku. Dahlah kasut patah, tudung habis dah basah terkena coffee minah ni... Diherdik pulak tu. Aduh malunya" ngomelnya sendiri. Rasa macam nak tutup je muka lepas tu terus keluar. Lantaklah temuduga tu.

Khayra hanya mengendahkan sahaja perempuan yang memarahinya itu dan mula membetulkan bajunya , tangannya menggibas sedikit tudung yang sudah lencun dengan air coffee. Dia kemudian mengutip pula filenya yang sudah berterabur di atas lantai.

Setelah puas dia menilik badannya sendiri dia menunduk kepada perempuan dihadapannya itu.

"Saya minta maaf makcik, saya tak sengaja, lagipun saya yang terkena simbah dengan coffee makcik, kasut saya juga yang patah, jadi makcik tak perlulah terjerit-jerit disini memalukan saya dan juga diri makcik sendiri" kata Khayra mengucapkan kata maaf dengan selamba melabelkan perempuan itu sebagai makcik.

Bukan dia tak tahu bahawa perempuan dihadapannya ini berumur 20an. Tetapi dia sengaja ingin menyakiti hati perempuan itu kerana telah mengherdiknya sebentar tadi.

Membulat besar mata perempuan itu apabila digelar makcik . Orang disekitar hall itu juga ada yang sudah tersenyum senyum melihat kearahnya.

"Kau panggil aku makcik?!" Jerit wanita itu lagi. Tangannya sudah diangkat tinggi untuk melempang Khayra.

Khayra yang masih lagi dalam keadaan posisi menunduk itu hanya mendiamkan diri. Bukannya tidak mahu melawan tetapi dia malas mahu bergaduh. Dia kesini bukan untuk bergaduh. Jadi dia mengambil keputusan merelakan sahaja jika dirinya ditampar oleh perempuan di hadapannya ini.

Belum sempat tangan itu sampai ke muka Khayra ada satu lagi tangan yang memakai sarung tangan kulit hitam menghalang perbuatan perempuan itu.

Lelaki tersebut tersenyum manis memandang ke arah Khayra. Khayra yang sedar hal itu terus menegakkan badannya semula.

Khayra sedikit tergamam melihat lelaki itu yang mempertahankannya itu. Betul betul datang wey knight aku!

"Well well.... Can i ask what's going on here Miss.... Anis" dengan mata yang tajam lelaki itu terus memandang wajah perempuan yang menjerit tadi.

Perempuan yang bernama Anis itu sudah kekalutan apabila ditegur oleh lelaki tersebut. Khayra pula hanya memerhati .

"Aik tadi berani sangat nak tampar aku. Datang lelaki ni terus pucat muka." Bisik hati Khayra sendiri.

"I'm sorry Sir Rayyan this will never happen again" ujar Anis sambil wajahnya memandang kearah lantai. Tak berani ingin bertentang mata dengan lelaki tersebut.

Tangan Anis dilepaskan kasar oleh Rayyan sebelum dia  membisikkan sesuatu ke telinga perempuan itu.

"Meet me at my office right now" arah Rayyan cukup tegas. Suaranya itu sahaja sudah mampu membuat sesiapa yang mendengarnya takut untuk menjawab apatah lagi melawan.

Anis sudah menggigil ketakutan ditempatnya . Memang hari ini hari yang cukup malang buat dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience