"Sayang termenung apa" bisik Ray di telinga Khayra. Pinggang isterinya dipeluk kemas dari belakang.
Mereka berdua bersandar di pintu sliding menghadap ke arah kolam renang di luar laman rumah.
"Takda, sayang rasa sunyi pulak bila kita dah duduk rumah sendiri. Takda dah dengar suara suara anak buah abang, gurau gurau diorang semua" jawab Khayra sambil tersenyum manis kearah Ray.
Sudah sebulan sejak mereka mula duduk di rumah sendiri. Rumah ini sudah dibeli oleh Ray sebelum mereka diijabkabulkan lagi. Niat di hati nak pindah masuk selepas majlis perkhawinan berlangsung. Tetapi oleh kerana macam-macam perkara yang berlaku akibatnya ditangguh hinggalah sekarang.
"Aah sunyi. Tapi abang happy"
Wajah Ray ditatap manja.
"Happy sebab apa?" Soal Khayra keliru.
"Yelah kat sini abang boleh sentuh sayang tiap masa. Kalau dekat sana memang taklah. Banyak langau. Lagipun abang malu dengan mummy dengan daddy." jawab Ray lembut.
"Ceh saje lah tu alasan, dalam bilik kan boleh sentuh"
"Tak nak, kalau boleh abang nak sentuh sayang tiap masa. Taknak dalam bilik je"
"Eiiii mengada eh abang sekarang, ikut perangai siapa ni?" Kata Khayra sebelum hidung suaminya dicuit geram.
"Mengada dengan sayang je" balas Ray.
"Jom lah sayang masuk bilik, abang nak tunaikan nafkah batin abang dekat sayang" ucap Ray selamba.
"Abang!!" Jerit Khayra malu. Tak senonoh betul suami dia ni sekarang. Sejak sejak dah elok penyakit dia makin bertambah penyakit lain. Penyakit gatal.
Ray tergelak kuat.
Pintu bilik dibuka kasar dari luar. Rayyan masuk bilik pejabat abangnya itu dengan muka yang masam mencuka.
"Beb kau tahu tak pasal Kevin?" Soal Rayyan kepada Ray.
"Kenapa dengan Kevin?" Soal Ray kembali. Wajah adiknya dipandang.
Khayra mencuri-curi dengar perbualan mereka dari meja kerjanya.
"Dia bawak lari duit syarikat" balas Rayyan mendatar.
"Berapa? Bawak lari kemana?" Soal Ray lagi.
"40 billion" ucap Rayyan mendatar.
Khayra yang sedang mencuri-curi dengar perbualan mereka jelas terkejut. Serious lah?! 40 billion. Kepala hanggek atok nenek datuk cucu dia lah. Wajah suaminya dipandang pula. Pergh mamat ni boleh relax je 40 billion kena bawak lari kejadah lah. Kalau itu syarikatnya boleh kena sawan kalau hilang 40 billion.
"Alasan dia?" Soal Ray masih lagi tenang.
"Tak tahulah, budak budak tengah cari dia ni, masih tak jumpa" balas Rayyan semula.
Ray mengeluh panjang sebelum fail dimeja ditatap kosong. Tak cukup ke gaji yang dia beri selama ni? Sampaikan perlu mencuri duit syarikat. Kemudian dia mengangkat semula wajahnya memandang Rayyan.
"Hah tak pa lah, kalau budak budak ni dah jumpa dia, bagi tahu aku. Kejap lagi aku ada meeting ni" jawab Ray.
"Hmm yelah aku cau dulu" kata Rayyan sebelum kaki mula melangkah kearah pintu bilik.
"Kau nak cau kemana bingai! Meeting tu kau kena hadir sekali!" Marah Ray geram. Sesukahati dia nak cau cau. Pastu lesap kemana. Meeting tak datang. Kerja tak buat.
"Hahahah macam biasa lah bro, kau tolong attendkan untuk aku sekali" pintu dibuka, Rayyan cepat cepat meloloskan diri menghilang.
Ray sudah menggeleng kepala. Nasib baik ini syarikat abang sendiri. Agaknya kalau syarikat orang lain dah lama lingkup. Bankrup.
"Okay as we plan. This brand we will find a new model to attract more teenagers , Alfert, i trust you to proceed this plan, made a proposal and submit it to me before end of this month. Got it?" Soal Ray kepada salah satu pekerjanya.
"Orait sir" balas pekerja yang bernama Alfert .
"Dismiss" kata Ray mendatar.
Kemudian semua pekerja yang berada dalam bilik meeting itu mula beredar ke bilik masing masing.
"Sayang macam biasa nanti tolong catat eh apa yang abang cakap tadi, takut terlepas pandang" arah Ray lembut. Wajah Khayra disisi dipandang.
"Orait boss" kata Khayra mendatar.
"Apa dia? Boss?" tanya Ray semula.
"Baiklah abang" balas Khayra meleret.
Ray tersenyum nakal.
Khayra membuat muka menyampah. Marah benar kalau dia memanggil guna panggilan lain. Walaupun masing masing berada di pejabat, Ray tetap melarang Khayra memanggilnya menggunakan panggilan lain.
Mereka berjalan bersama- sama untuk masuk ke bilik.
Namun baru sahaja pintu bilik itu dibuka, Khayra cepat cepat berlari kearah tandas. Habis segala isi perutnya dimuntah kan keluar.
"Sayang kenapa? Tak sihat eh?" Soal Ray risau tangan mengusap lembut belakang badan isterinya.
"Takda lah bang, tiba tiba je sayang rasa mual, pagi tadi okay je" balas Khayra lemah. Mukanya sudah memucat.
Ray memimpin Khayra ke arah sofa sebelum dibaringkan perlahan.
"Takpalah, sayang rehat lah dulu, apa apahal panggil abang eh. Balik ni kita singgah klinik, abang pergi siapkan kerja sekejap" kata Ray lembut.
Khayra mengangguk lemah. Mata ditutup rapat. Kepalanya mula memberat dan terasa pening. Beberapa saat selepas itu dia mula terlelap di atas sofa kulit .
Setelah mengetuk pintu 3 kali Xavier masuk ke dalam bilik Ray. Sebelah tangan memegang beberapa fail.
"Ray ni fail yang nak kena ada tanda tangan kau" ucapnya mendatar. Fail tersebut bertukar tangan.
"Orait thanks" jawab Ray.
Xavier mengangguk sebelum mata menoleh ke arah sofa dimana Khayra sedang tidur. Sejak mereka berpindah jarang Xavier melihat isteri ketuanya itu, kalau jumpa pun di pejabat sahaja. Kemudian mata tertumpu pula kearah perut Khayra sebelum wajah Ray dipandang semula.
"Hah nak apa lagi?" Soal Ray apabila Xavier kekal membatu di hadapan meja kerjanya.
"Ouh patutlah nak pindah cepat cepat. Nak buat generation baru rupanya" kata Xavier mendatar.
Ray sudah membuat mula pelik. Hah? Generation baru?
"Khayra mengandung, kau tak tahu ke?" soal Xavier selamba.
Terbuntang luas biji mata Ray. Wajah Xavier dipandang tidak percaya.
"Hah!? Serious lah? Macam mana kau boleh tahu?" Soal Ray terkejut.
"Lah kau lupa ke aku ni doktor? Kenapa? sejak sejak dah sihat ni lupa dah yang dulu aku rawat kau?" Perli Xavier kembali.
Ray sudah tersenyum lebar melihat isterinya yang sedang tidur.
"Tahniah lah bro, jaga elok elok. Baru lagi tu" sempat Xavier memberi nasihat sebelum kaki melangkah keluar bilik itu.
"Thanks bro" kata Ray.
Ray menyambung semula kerjanya dengan hati melonjak gembira. Tidak sabar dia hendak memberitahu perkara itu kepada Khayra. Akhirnya mereka akan menimang cahaya mata.
Bahu Khayra digoyang perlahan. Khayra terbangun dari tidur apabila mendengar seperti seseorang memanggil namanya berulang kali.
"Sayang jom balik, dah petang ni" kata Ray lembut.
Khayra bangun daripada sofa itu. Mulut menguap besar sambil badan mengeliat.
"Ya allah abang, kenapa tak kejut sayang awal- awal. Kesian abang buat kerja sorang sorang" ucap Khayra dengan mata yang separa terbuka. Masih lagi keadaan mamai.
"Takpa lah sayang rehat. Kesian baby daddy ni mesti penat" tangan mengusap perut Khayra lembut.
Khayra yang masih lagi mamai itu kekeliruan. Hah? Baby? Daddy? Dia salah dengar ke?.
"Hah apa yang baby nya?" Soal Khayra lagi.
Ray hanya tersenyum lebar.
"Yelah, baby abang dalam perut sayang ni" kata Ray selamba.
Makin lah Khayra keliru. Laki dia ni mengigau ke apa? Siapa yang baru bangun tidur ni? Dia ke laki dia.
Ray tergelak halus apabila melihat wajah Khayra yang seperti kebingungan dengan ayat dia.
"Takpalah jom kita balik dulu" ajak Ray. Tangan memaut lembut lengan isterinya itu.
Khayra hanya menurut.
Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pharmasi. Ray turun daripada kereta.
"Sayang tunggu kejap eh" arah Ray. Kemudian dia melangkah kedalam kedai itu. Beberapa minit kemudian Ray keluar bersama sebungkus plastik ditangan. Pintu kereta dibuka sebelum dia masuk ke bahagian pemandu. Plastik dihulur kepada Khayra.
"Nah, ni hadiah untuk sayang" Kata Ray lembut.
Khayra menyambut huluran tersebut dengan muka yang penuh tanda tanya. Plastik tersebut dibuka sebelum isi di dalamnya dibelek beberapa kali.
"Seriously abang? Hadiah sayang ialah pregnancy test?" Soalnya masih lagi keliru.
Enjin kereta di hidupkan sebelum kereta ferarri itu berlalu pergi.
"Taklah, hadiah sayang ialah keputusan daripada pregnancy test tu nanti" ucapnya selamba. Mata fokus kearah pemamduan.
Jantung Khayra sudah berdegup laju. Dia mengandung ke? Kenapa suaminya seperti yakin yang dia mengandung?
Balik sahaja dirumah. Khayra cepat cepat masuk kedalam tandas untuk menggunakan alat itu. Setelah 2 minit menunggu. Keputusan di alat pregnancy test itu dipandang tidak percaya.
"ABANGGGGG!?" Jerit Khayra teruja.
Ray yang menunggu diluar bilik air sudah tersenyum lebar.
"SAYANG PREGNANT!!" Jerit Khayra lagi.
Pintu tandas itu di buka laju sebelum badan Ray terus dipeluk kuat. Ray membalas pelukan isterinya. Dahi Khayra dikucup beberapa kali.
"Ye abang tahu, thanks sayang sebab mengandungkan anak abang, suka tak hadiah ni?" Soal Ray teruja. Mulut tak henti henti tersenyum.
"Hahaha sayang suka sangat. Walaupun hadiah ni kita buat sama sama" kata Khayra pula.
Kemudian mereka tergelak bersama-sama.
"Nanti kita balik rumah abang, kita bagi tahu yang lain. Boleh buat makan makan sekali" kata Ray lagi.
Khayra mengangguk laju. Tak sabar nak bagi tahu mertuanya hal ini. Mesti yang lain pun tak sabar nak tahu.
"Wah wah dua merpati hodoh ni tiba - tiba je balik sini, ada pape ke ni?" Soal Rayyan apabila melihat abang dan akak iparnya memasuki pintu rumah.
"Sibuklah kau, pergi kumpul kan yang lain" arah Ray kepada Rayyan.
Rayyan terus sahaja memanggil mereka yang lain untuk berkumpul diruang tamu.
Mereka yang lain sudah kehairanan tiba-tiba sahaja diajak berkumpul. Kecuali Xavier yang sememangnya sudah mengetahui perkara yang ingin disampaikan itu.
"Kenapa Ray ada apa- apa masalah ke?" Soal Mrs Agnes.
"Kau tak sihat ke?" Soal si kembar pula.
"Kita nak pindah rumah baru ke?" Soal Faiq tiba tiba.
"Kau nak kahwin baru ke?" Disambung oleh Keith.
"Hah!! Ke kau dah nak mampus!?" Soal Rayyan kuat tiba tiba.
Ray pantas menayangkan jari tengah kearah adiknya itu. Dia ni kalau sehari perangai tak sial memang tak sah.
"Ehem.... Sebenarnya mummy daddy, Ray ada benda cakap, dan untuk lahanat lahanat semua, tak lama lagi aku akan jadi seorang ayah" kata Ray senada.
Beberapa saat menyepi sebelum,
"YEAH!!!"
"YEAH! NEW GENERATION OF MAFIA IS COMING"
"TAHNIAH RAY"
Khayra sudah tersenyum malu malu.
"Pergh harap dapat laki, nanti boleh main tembak tembak dengan aku" ucap Rayyan.
"Kenapa otak kau main tembak tembak" kata Ray geram. Sudah tentu tembak-tembak disini bukan seperti budak budak kecil normal diluar sana. Lagi lagi dengan adiknya itu. Confirm menyempang.
"Boleh aku ajar dia jadi pakar pengendali bom" kata Keith.
"Aku boleh ajar dia cara nak racun orang" Kata Xavier tenang.
"Kitaorang boleh ajar dia cara nak bunuh orang dengan cara paling mudah" kata kembar pula.
"Aku akan ajar dia cara mudah untuk hack sistem kerajaan. Hohoho" kata Faiq sambil tergelak kuat.
Khayra dan Ray masing masing sudah menggeleng kepala. Apa lah nasib mereka dapat anak buah macam ni.
"Jangan mimpi lah aku nak bagi anak aku main dengan korang semua!" Kata Ray geram.
"Tapi kan you kalau anak you perempuan i nak kahwin dengan anak you boleh tak?" Soal Rayyan tiba-tiba.
"Ni lagi satu bangang. Dah sah sah kau pakcik dia! Mana boleh kahwin bingai!" Balas Keith.
Khayra tersenyum hambar.
"Pergh ni kalau kau ikut petua kitaorang mesti dapat kembar. Syok sikit nak main ramai ramai" kata Zariq mendatar.
Ray menjeling geram. Ini elak kena sepak je masing-masing kat sini.
"Tahniah ye anak mummy, mummy dengan daddy bangga dengan kamu berdua, Khayra jaga elok elok kandungan tu ya" kata Mrs Agnes lembut.
"Betul cakap mummy kamu tu Khayra" balas Mr Darell pula.
"Terima kasih mummy, daddy" ucap Khayra dan Ray serentak.
"Yeah! The new generation of Mikayla!" Jerit Rayyan kuat.
Ray dan Khayra memandang wajah sesama sendiri. Sebelum tawa halus dilepas. Sesungguhnya mereka berdua gembira dengan keluarga kecilnya ini. Terima kasih semua.
AUTHOR NOTE:
Mesti ada yang tertanya apa kaitan author masukkan scene duit syarikat 40 billion hilang kan?
Tu kalau nak tahu jawapan.
Tunggu buku kedua .
Yang pasti watak utama sudah ditukarkan kepada si Rayyan. Buku kedua akan diceritakan tentang perjalanan hidup Rayyan pulak.
Yeah??
So happy buku ni dah sampai penamat.
Author nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kerana setia dengan buku ni. Tanpa korang siapalah aku ( lap air mata palsu)
Terima kasih ye readers sekalian.
Muah ciked????
Share this novel
that killer is mine
Best giler citer ni...citer mafia kot...tapi bole gelak tahap gaban bacer...enjoy sangat2...citer baru tu nama ape ye nak bacer ni pasal riwayat rayyan tu....tq sangat2 author...kasi 5