Kad di tangan ditatap dengan pandangan kosong, angka 4 dilorek. Sudah empat hari berlalu. Semalam mereka mengunjungi bandar San Sebastian. Oleh kerana bandar itu terletak jauh daripada rumah. Mereka terpaksa menaiki pesawat untuk pergi ke sana.
Bandar itu sangat cantik. Pantai pun nampak bersih je. Bangunan bangunan dekat situ semua cantik cantik belaka. Lagi lagi apabila waktu malam menjelma. Makanan makanan yang dijual di sepanjang tepi jalan pun sedap. Beberapa keping gambar diambil oleh Khayra untuk dijadikan sebagai kenangan.
Khayra melihat skrin iphonenya. Gambar semalam dibelek belek. Louis nampak gembira. Rayyan pun sama. Nafas dilepas panjang. Kalaulah kegembiraan itu boleh kekal selamanya. Skrin telefon disrcoll lagi ke tepi.
Gambar mereka pada harini pula. Pagi pagi lagi mereka sudah pergi berangkat untuk ke Ronda Village. Ronda Village ini terletak di selatan sepanyol. Mereka pergi ke tempat yang paling terkenal iaitu Puente Nuevo. Jambatan batu curam. Entah kenapa tempat tu terkenal. Padahal yang dia nampak cuma curam batu yang sangat tinggi. Sekali jatuh, confirm terus jumpa neraka.
Tapi tempat itu sangat cantik. Lagi lagi jika pergi waktu matahari terbenam . Sesuai dah tu kalau nak buat photoshop wedding dekat situ.
Bibir Khayra terukir senyuman nipis.
Tanpa sedar Louis sudah pun keluar daripada bilik mandi. Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala kering.
"Sengih sorang sorang dah kenapa?" Tegur Louis mendatar. Kaki melangkah ke arah almari. Tangan mencapai hair dryer sebelum suis dihidupkan.
"Takda lah. Sayang tengok gambar kita ni hah. Cantik cantik semua" jawab Khayra sambil tersengih.
"Ouh" balas Louis ringkas. Tangan sibuk mengeringkan rambutnya yang basah.
"Sayang aku keluar kejap tau dengan Rayyan lepas ni, nanti jangan kunci bilik" muka Khayra dikerling sekilas.
"Hah? Nak pergi mana?" Soal Khayra semula. Jam dinding dipandang. Jam sudah menunjukkan pukul 10pm.
"Ada benda nak buat" balas Louis mendatar.
"Hmm yelah jangan lama lama sangat" balas Khayra mengalah. Kemudian dia membaringkan badannya atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada.
Louis menghadiahkan senyuman kepada Khayra sebelum kaki melangkah keluar bilik. Pintu ditutup perlahan. Tertutup sahaja pintu bilik itu serta merta senyuman di bibirnya mati.
"Yo!" Sapa Rayyan di sebelah. Badan serta kaki kirinya elok disandarkan ke dinding. Dia memakai jaket berwarna hitam dan berseluar sendat juga berwarna hitam. Kepalanya pula ditutup dengan topi berwarna gelap.
Louis memandang sekilas.
"Jom" ajak Louis dingin.
Rayyan tersenyum lebar sebelum turut melangkah mengikuti jejak langkah Louis.
Pintu bilik bawah tanah itu dibuka perlahan. Maka terhasil lah satu bunyi persis seperti scene cerita cerita seram di dalam tv.
Di tengah-tengah bilik itu terdapat seorang lelaki yang diikat di atas sebuah kerusi kayu. Mulutnya ditutup dengan seletip hitam. Tangan dan kaki diikat kuat menggunakan tali tebal kemudian diikat pula dengan rantai besi.
Bunyi besi bergesel memenuhi ruang apabila lelaki itu menggoyang-goyangkan tangan dengan kuat.
Louis dan Rayyan melangkah mendekati lelaki itu.
"Mmmmmmmmhmmhmhm" lelaki itu cuba bersuara. Tetapi terhalang akibat mulutnya yang diseletip.
"Hmm apa dia? Tak faham lah. Kesian. Tulah elok elok hidup bebas. Cari penyakit nak lawan kitaorang. Kau macam buat appointment untuk jumpa dengan malaikat mautlah bro. Selalu orang buat appointment ni sebab nak jumpa doktor je. Yang kau ni terbalik pulak" ejek Rayyan. Mukanya dibuat buat sedih, menganjing teruk.
Satu kerusi kayu ditarik sebelum diduduk betul betul berhadapan dengan lelaki itu.
Louis tayang wajah dingin. Seletip di mulut lelaki itu direntap kasar. Automatik bibirnya menjadi merah. Auch mesti pedih.
"Bodoh!? Lepaskan aku lah sial!?" Kata lelaki itu kuat. Badannya digoyangkan kuat cuba untuk melepaskan diri.
"Hah kau tengok ni Louis. Kan aku dah kata. Si bingai ni boleh cakap bahasa melayu" ucap Rayyan selamba. Wajah dingin Louis di sebelahnya dipandang. Ayok tak tahu Louis dah marah.
Louis menarik kuat rambut lelaki itu ke belakang. Lelaki itu terdongak. Matanya dipaksa untuk memandang mata Louis yang berwarna merah gelap.
Air liur ditelan kasar.
"Kau rasa? Kau boleh hidup lagi ke lepas ni?" Dingin sahaja suara Louis menyoal. Matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.
"Ayokkk tak tahu setan dah ngamuk, tulah kau. Cuba-cuba lagi nak bunuh aku---" ejek Rayyan lagi.
Lelaki yang diikat itu mula menggigil. Menyesal. Ya satu perkataan itu sudah cukup untuk dirinya. Menyesal dia cuba untuk membunuh keluarga itu. Sekarang dia sedang merasakan akibat daripada perbuatan dia yang bodoh. Mata dipejam rapat.
Rayyan di atas kerusi sudah tersenyum lebar. Lidah dijelir keluar. Sengaja menganjing. Padan muka. Siapa suruh kau berani lawan Louis. Dia lah paling kejam antara dalam kumpulan mafia mereka. Kalau tidak takkanlah dia dapat gelaran Heartless Devil.
"Siapa upah kau?" Soal Louis dingin.
Lelaki itu diam.
"Sekali lagi kau tak jawab aku cucuk paku bawah dagu kau. SIAPA. UPAH. KAU" kata Louis menekan ayatnya satu persatu.
Sumpah sesiapa sahaja yang mendengar bicara Louis saat ini pasti akan terus kecut. Dengan mata merahnya itu lagi. Cukup pakage nak jadi setan. Tunggu masa je tu.
"Tak. Takda siapa upah aku" balas lelaki itu takut takut.
Rayyan tersenyum mengejek. Amboi tadi kemain berani. Sekarang takut pulak.
"Habis siapa yang snipe adik aku haritu?" soal Louis lagi.
"Aku... A.. Ku yang snipe dia" suaranya mula terketar ketar.
"Dari arah?"
"Gunung"
"Kenapa kau nak bunuh kitaorang?" dingin sahaja suara Louis. Muka apatah lagi. Langsung tiada senyuman.
"Sebab kau ke... tua mafia perancis."
"Dah tahu dia ketua, kau lagi berani nak bunuh aku apa benda lah pemikiran kau ni. Cetek sangat. Otak simpan dekat lutut ke?" sampuk Rayyan tiba tiba.
"Siapa lagi budak budak kau?" Soal Louis dingin.
"Tak... Aku kerja sorang je"
Rambut dilepas kasar. Dada lelaki itu berombak kencang. Pastinya dia tahu selepas ini dia takkan boleh hidup bebas menghirup udara luar lagi. Hidupnya sudah musnah sejak daripada tertangkap oleh dua makhluk setan di depannya ini.
Sehari sebelumnya...
Louis dan Khayra berjalan jalan di tepi pantai bandar San Sebastian. Khayra terlompat-lompat teruja, kadang kala dia akan berlari dan bermain pasir di persisiran pantai itu.
Louis hanya memerhati sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Apa yang best sangat datang sini tak tahulah. Tapi oleh kerana itu permintaan Khayra, maka Louis ikutkan sahaja.
Khayra mendepakan tangannya merasai angin pantai.
Louis pula hanya melayan sahaja karenah gadis itu. Kadang kala dia pun pelik, kesemua tempat mereka lawat keterujaan isterinya itu melebih lebih. Padahal macamlah dekat Malaysia takda pasir takda bangunan petak. Takde angin pantai? Ke angin sini rasa lain? Hmm entahlah.
Namun sebenarnya Louis dan Rayyan mempunyai agenda lain datang kesini, sengaja mereka datang ke tempat lapang. Agar mudah kerja adiknya untuk mengesan seseorang.
"Rayyan, menara jam sebelah kanan" bicara Louis dingin sebelum talian dimatikan. Mata memandang Khayra yang sedang bersuka ria itu. Sesekali gelak tawanya akan menyapa halwa telinga. Membuatkan bibir Louis terukir senyuman.
Tiba tiba iphone ditangannya bergetar. Louis melihat mesej yang baru sahaja masuk.
'Gotcha! Simple! Hahaha bodoh jugak kadang kadang diorang ni. Aku dah simpan dia dalam bonet kereta'
Louis tersenyum sinis. Huh. Ingatkan hebat sangat. Khayra datang mendekati Louis.
"Abang mana Ayyan? Kenapa dia tak ikut kita sekali?" Soal Khayra lembut. Tangannya sudah dipenuhi dengan pasir pantai.
"Kejap lagi dia datanglah kut. Dia sakit perut tadi" bohong Louis selamba. Tangan Khayra ditepuk lembut membersihkan pasir yang melekat.
Beberapa minit kemudian Rayyan datang ke arah mereka berdua.
"Yo!" Tangan diangkat tinggi.
"Jom kita selfie lagi. Nak buat kenangan" ajak Khayra.
"Semalam kan dah selfie" jawab Louis malas.
"Alah tu tempat lain ni tempat lain. Takpelah kita buat kenangan banyak banyak" balas Khayra sebelum iphonenya diangkat tinggi. Dan.
Klik!
"Yeah, cantik!" matanya melihat skrin iphone itu. Yup. Perfect. Boleh tunjuk pada Avery nanti. "Ok dah jom gerak ke destinasi seterusnya!" Jerit Khayra.
"Jom!!" balas Rayyan pula ikut sama teruja.
Kereta dipandu laju membelah jalanraya. Sesekali mata Louis mengerling ke arah Khayra yang sibuk membelek iphone rose goldnya itu ditangan.
Buk! Buk!
"Eh bunyi apa tu bang?" soal Khayra pelik.
Louis memandang cermin belakang. Wajah Rayyan dipandang sebelum mulut membuat isyarat 'Kenapa kau tak pengsankan dia bingai'.
Rayyan tersengih sehingga menampakkan baris gigi sebelum dia juga membuat isyarat ' aku lupa hehe'.
Belakang kepala digaru.
"Hmm entah lah ek. Bunyi spare tayar kut, terlepas dari ikatan" tipu Louis tenang dengan wajah yang cukup selamba. Kan dah kata adik beradik ni kalau menipu muka tenang je macam ahli syurga.
Rayyan dibelakang sudah ketawa terbahak bahak. Spare tayar jadah dialah. Ooo dah pandai menipu bini sekarang.
Louis menjeling Rayyan tajam 'Diam babi'.
Khayra hanya berkerut melihat adik iparnya yang tiba tiba sahaja ketawa dibelakang sebelum dia menyambung membelek semula iphonenya.
"Kau rasa menyesal tak sebab nak bunuh kitaorang?" Perli Rayyan lagi.
"Bunuh jelah aku" balas lelaki itu pasrah. Wajahnya sudah menunduk pandang lantai.
"Eh? Siapa kata aku nak bunuh kau?" Tanya Rayyan sebelum kaki melangkah ke arah meja disudut kanan. Satu tukul besi diambil sebelum dia melangkah semula mendekati lelaki itu.
"Aku nak kau bayar balik sebab dah pijak kasut aku. For your information kasut aku ni harga beribu. So kau kena bayar setimpal dengan harga kasut aku" selesai sahaja kata begitu. Tukul besi itu diangkat tinggi sebelum dihayunkan kuat ke kaki lelaki itu.
Prak!
"Arghhhhhhh!!!" Jerit lelaki itu kesakitan. Air mata merembes laju keluar. Hah, kan dah cacat. Kan dah lumpuh kaki sebelah. Ish ish ish kesian.
"Yang ni pulak sebab kau sempat jeling akak ipar aku" sekali lagi Rayyan mengangkat tukul itu tinggi sebelum dihayun kuat.
Prak!
"Arghhhhhhhhhhhhh!!" kali ini jeritan lelaki itu lebih kuat. Jelas tulangnya hancur diketuk menggunakan penukul besi itu. Kalau ditakdirkan dia dapat keluar dari neraka ini pun. Kedua kakinya sudah lumpuh.
Louis berdecit. Telinganya terasa bingit mendengar jeritan lelaki itu. Seletip hitam diambil sebelum mulut lelaki itu diseletip ketat.
"Bising lah bodoh! Bini aku tengah tidur dekat atas tu. Kalau sampai dia terjaga, aku rodok usus kau dekat sini jugak" kata Louis geram.
Kemudian dia melangkah ke arah satu sudut sebelum mengambil tempat di atas sofa panjang yang ada dalam bilik itu. Air tin pepsi yang berada atas meja diambil sebelum dihirup perlahan.
Rayyan hanya memerhati Louis yang sudah menjauh.
"Tak join?" tanya Rayyan mendatar. Sebelah kening diangkat.
"Tak. Aku dah taubat" balas Louis datar.
"Kau buat ah" sambung Louis kembali.
Rayyan sedikit tergelak mendengar ayat Louis. Taubat anjing dia lah. Menipu je kerja.
"Haha, sukahati kau lah Louis" lelaki di hadapannya dipandang semula sebelum kaki melangkah mendekati satu sangkar.
Kunci sangkar itu dibuka. Seekor serigala putih yang agak besar merangkak keluar dari dalam sangkar. Rayyan menarik Johnny mendekati lelaki itu.
"So let's play game" kata Rayyan dengan mulut yang menyeringai.
Louis masuk ke dalam bilik tidurnya perlahan lahan. Khayra sudahpun terlena di atas katil. Jam sudah menunjukkan angka 3 pagi. Perlahan - lahan dia menghampiri katil sebelum badan dilabuhkan.
Nafas Khayra kedengaran teratur dan halus. Louis termenung memandang skrin tv yang tidak terbuka. Kepalanya yang semakin hari semakin sakit menyucuk diabaikan. Belakang kepalanya diurut.
'Seronok?'
Pantas Louis membuka matanya luas apabila mendengar suara itu. Matanya memandang kiri dan kanan. Namun tiada sesiapa dalam biliknya itu kecuali dia dan Khayra.
'Cari apa?'
Soal suara itu lagi. Kening Louis bertaut.
'Ray?' soal Louis. Tetapi tidak kedengaran dimulut. Hanya dikepala.
'Haha yelah siapa lagi'
Terdengar suara itu tergelak halus. Kenal sangat dengan gelakan itu. Tak lain tak bukan itu adalah Ray.
'Kau dah okay ke?' Tanya Louis semula.
'Dah, dah lama dah'
'Bodoh kau dah lama! Pehal kau tak keluar kalau dah sihat! Bini kau tunggu kau tahu tak' marah Louis.
Suara itu tergelak lagi.
'Aku nak bagi peluang dekat kau. Selama ini dunia kau penuh dengan dendam. Aku sengaja nak kau rasa sedikit dunia kebahagian yang aku rasa'
'Aku taknak bodoh' balas Louis dingin.
'Tapi aku nampak kau enjoy pergi bercuti.. ' perli suara itu.
'Sumpah kau manusia paling babi' kata Louis geram.
'Kau lupa ke aku ni pun kau jugak. Kalau aku babi kau pun babi' perli suara itu lagi. Kemudian Ray tergelak kuat.
'Kau nak apa ni? Nak ambik badan kau semula ke?' Soal Louis malas.
'Tak. Aku yakin Khayra akan sedih kalau aku tiba tiba ambik alih semula. Kau enjoy lah dulu lagi 2 3 hari ni. Aku ada benda nak settel dekat dalam' balas suara itu.
'Bingai kau benda nak settel kejadahnya. Apa benda je yang kau buat dalam tu hah?'
'Adalah, kau takperlu nak sibuk sibuk tahu' suara itu menjawab dengan nada mengejek.
Louis mengetap gigi geram.
'Kau tahu kan aku kena suntik dengan dadah tah pape dari Xavier kalau kau tak bangun?'
'Tahu'
'Dah tu kau tunggu apa babi!' geram pulak lama lama bercakap dengan Ray ni. Menyakitkan hati betul.
'Alah, ambik jelah dadah tu. Xavier kan dah buat khas untuk kau. Haha' terdengar suara itu tergelak lagi.
Dasar babi. Gigi Louis bergesel geram. Bibir bawahnya digigit. Ni elak aku ambik pisau cucuk terus masuk otak. Biar dua dua mati. Senang habis cerita.
'Kau memang tak guna' ucap Louis geram.
'Hello, Ray!'
Suara itu sudah tidak membalas. Louis menghela nafas panjang. Bodoh punya budak nerd. Suka menyusahkan aku. Pelepis matanya dipicit perlahan. Sebelum Louis terlena diulit mimpi.
"Good morning sunshine!" Jerit Rayyan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur.
Khayra yang sedang memasak nasi goreng menoleh sekilas ke wajah Rayyan yang berseri seri. Dia ni memang setiap pagi ada mood eh?
"Morning" balas Khayra sepatah. Tangan sibuk mengaul nasi di dalam kuali.
"Masak apa tu?" Tanya Rayyan meleret. Kepala dijengah melihat kuali.
"Masak nasi goreng je. Duduk lah dulu dah nak siap ni" balas Khayra.
"Okay" Rayyan berjalan ke meja makan sebelum mengambil tempat di hadapan Louis.
"Awal bangun?" Soal Rayyan sebelum wajah Louis dipandang.
"Saje, budak tu apa citer?" Soal Louis semula. Tangan sibuk membelek iphone.
"Dah arwah" selamba Rayyan membalas.
Louis tergelak halus.
Kemudian Khayra datang meletakkan tiga pinggan penuh berisikan nasi goreng di hadapan meja masing masing. Khayra mengambil tempat di sebelah Louis.
"Johnny dah makan, Ayyan?" Soal Khayra mendatar. Pagi tadi sempat juga dia menjengah ke dalam rumah Johnny. Serigala itu sedang nyenyak tido.
"Dah semalam, kenyang dah" balas Rayyan. Mulut penuh mengunyah nasi goreng. Baru beberapa saat sudah separuh pinggan nasinya telah habis. Sumpah budak ni ada saka.
"Dia makan apa? You bagi dia makan apa?" Khayra mula menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut setelah membaca doa makan.
Rayyan tersenyum sinis.
"Dia makan daging orang" kata Rayyan selamba.
"Haha orang mana yang dia makan?" Khayra tergelak halus. Dia sangkakan adik iparnya itu membuat lawak.
"Adalah, orang mana tah i cekut haritu. Bagi Johnny makan"
Khayra tersenyum nipis. Ada ada jelah diorang ni.
Louis mengabaikan kata-kata Rayyan. Kalau orang lain dengar cara dia bercerita pun orang akan anggap itu adalah satu gurauan. Namun hanya dia sahaja yang tahu bahawa adiknya itu tidak bergurau. Memang betul apa yang baru dikatakan. Semalam lelaki di bilik bawah itu disiat siat sebelum diberi makan kepada serigala peliharaannya itu, Johnny. Masih segar lagi bagaimana jeritan lelaki itu ketika kulitnya disiat hidup hidup menggunakan pisau rembo milik Rayyan.
"So harini kita nak pergi mana?" soal Louis datar sekaligus mematikan lamunannya sebentar tadi.
"Harini kita duduk rumah jelah, i penatlah you" Rayyan menatap wajah Khayra dengan penuh pengharapan. Mukanya dibuat buat comel.
"Aah memang cadang harini nak duduk rumah je. I pun lenguh lenguh badan ni hah, abang okay je kan" wajah Louis di sebelah dipandang sekilas.
"Aku tak kisah. Aku okay je" jawab Louis mendatar.
Kemudian mereka bertiga berbual-bual kosong sambil menghabiskan makanan. Sekali sekala Khayra akan tergelak halus mendengar lawak daripada adik iparnya itu. Walau hakikatnya lawak itu kedengaran seram di telinga orang luar. Lantaklah diorang kan memang pelik.
Share this novel
sambung chapter please....