Ramai tetamu undangan yang hadir pada hari ini. Rata rata hampir semua berpakaian gelap. Sebab majlis pada kali ini Ray menjemput anak anak buahnya lebih ramai berbanding majlis di Malaysia.
Khayra dan Louis menayangkan senyuman manis kepada tetamu tetamu yang menyalami mereka. Mereka duduk di atas sofa pelamin yang berwarna putih peach.
"Yang mana satu mak bapak sayang?" Bisik Louis kepada Khayra yang duduk di sisinya. Mata tercari cari mertuanya disebalik orang yang berkerumun di meja hidang makanan.
"Tu yang pakai baju purple sepasang tu" bisik Khayra perlahan.
Tangan ditunjuk ke arah pasangan yang sedang berbual dengan tetamu yang lain.
"Ouh"
Beberapa minit kemudian Dato Raqif dan Puan liana datang menghampiri mereka.
"Cantiknya.. Anak mama..." ucap Puan Liana sebelum memeluk erat bahu Khayra.
Khayra membalas pelukan ibunya. Selepas itu dia dan Louis bersalaman dengan mereka berdua.
"Ray Sihat? Haritu Khayra kata kamu terkena kemalangan kecil? Teruk ke?" Dato Raqif mulakan perbualan.
Louis mengukir senyuman manis.
"Eh takde lah bapak. Sikit je. Dah baik dah pun" balas Louis mendatar.
Pantas Khayra menyiku badan Louis.
"Abang, bukan bapak! Panggil mama dengan papa" kemudian Khayra tersenyum hambar ke arah ibu bapanya sebelum tergelak yang kedengaran amat palsu.
Dato Raqif memandangnya pelik. Bapak? Sejak bila pulak Ray memanggilnya dengan panggilan bapak. Kampung betul bunyinya.
Louis juga berpura pura tergelak halus.
"Ouh hehe Papa dah makan?" Soal Louis sengaja bertanya untuk menutupi kesilapannya tadi.
"Dah, tadi datang datang je papa terus makan."
Kemudian keadaan menjadi sunyi semula. Louis tersenyum hambar.
"Lagi aku nak bual apa ni?" Bisik Louis perlahan kepada Khayra.
"Manalah sayang tahu, selalu ada je benda abang berbual dengan papa" balas Khayra juga dalam keadaan berbisik.
"Itu Ray, bukan aku. Aku tak reti berbual !"
"Abang cakap jelah pape. Hari mendung ke apa ke"
"Otak mu hari mendung. Langit pun aku tak nampak sekarang ni"
"Kamu berdua ni dah kenapa berbisik bisik?" Soal Puan Liana pelik tengok anak dan menantunya yang berbisik bisik sesama sendiri.
"Hehe takda apa mama, mama duduk dululah berbual dulu dengan siapa siapa ke" kata Khayra lembut.
"Hah yelah" balas Puan Liana sebelum dia dan suaminya berlalu meninggalkan mereka berdua.
Setelah pasangan itu menjauhi, Louis memandang ke arah wajah Khayra semula.
"Kenapa kau tak bagi tahu awal awal yang kau panggil mak bapak kau mama dengan papa?" Soal Louis datar.
"Hehe... Sayang lupa lah, sorry lah abang" Khayra mengukir senyuman nipis. Dia terlupa bahawa Louis tidak pernah berjumpa dengan ibu bapanya.
Seketika kemudian Rayyan datang mendekati mereka berdua dengan muka yang masam mencuka.
"Bro, aku penat lah nak baring belakang pelamin kejap boleh?" Soal Rayyan kepada Louis mendatar.
Sejak akhir akhir ni mereka melayan Louis seolah olah itu adalah Ray. Kenapa? Kerana itu adalah arahan yang dikeluarkan oleh Khayra. Dia kata Louis perlu diberikan layanan yang baik sebelum tiba hari di mana dia akan meninggalkan mereka semua. Layan dia dan Ray sama adil.
"Kau memang suka buat perangai sendiri ek?" Perli Louis. Tapi dia tak marah. Dia membiarkan sahaja adiknya itu melangkah ke belakang sofa pelaminnya dan terus berbaring.
Khayra melihat Rayyan yang sudah berbaring di belakang sofa putih itu dengan sebelah tangan diletakkan keatas menutupi mukanya.
"Kenapa tiba tiba je you nak baring sini" soal Khayra mendatar. Nasib baik sofanya tiada paku, sofa itu jenis rapat ke lantai. Jadi badan Rayyan tidak dapat dilihat oleh orang lain.
"Pening" balas Rayyan sepatah.
"Pening?"
"Ramai sangat perempuan. Aku nak muntah tengok" jawab Rayyan ringkas.
"Kenapa tak masuk je dalam bilik, kan kita sewa semua bilik?" Soal Khayra lagi. Yelah kalau penat masuk jelah dalam bilik kenapa perlu berbaring di belakang sofa. Adik iparnya memang suka buat perangai pelik-pelik.
"Malas, kejap lagi nak sambung makan semula" jawab Rayyan datar.
Khayra menggelengkan kepala sebelum menghadap semula ke hadapan.
"Khayra!"
"Kyle!"
Jerit Khayra teruja melihat rakan baiknya itu. Kemudian mereka berpelukan sesama sendiri.
"Weh thanks sebab datang"
"Takkan lah aku tak datang. Tiket flight free, hahaha" balas Kyle sebelum tergelak halus. Bahu Khayra ditepuk perlahan.
Majlis sandingnya kali ini Louis memberikan tiket penerbangan percuma kepada semua tetamu undangan yang di jemput daripada Malaysia. Sponser 100 peratus. Lagi pun duit dia banyak. Apa salahnya kalau beri kepada orang lain. Betul tak?
"Wey cantiknya kau... Sejak sejak dah kahwin ni makin lama makin cantik pulak aku tengok" ucap Kyle. Kyle memakai blouse berwarna biru cair paras paha. Rambutnya yang panjang itu diikat ke belakang menampakkan lagi lehernya yang putih.
"Haha takdalah biasa je"
Kemudian mereka berdua mula berbual dan bergelak ketawa sehingga mengabaikan kewujudan Louis di sebelah.
Louis berdehem sedikit menyebabkan mereka berdua berhenti bergelak ketawa tanpa dirinya.
"Hehe ops, sorry abang" balas Khayra sebelum tersengih.
"Hi, Ray kan? Terima kasih tau sebab jemput datang sini" Kyle tersenyum memandang Louis.
"Ouh takpa lagi pun sebab bini aku paksa" selamba Louis kata. Sebelum mulutnya tersenyum kerek.
Khayra menyiku badan Louis lagi sekali tapi kali ni lebih kuat sedikit.
"Apa abang ni tak baik tau" ucap Khayra, nadanya sedikit marah.
"Hehe takda, aku gurau je" kata Louis lagi. Tapi dalam hati dia sudah menyumpah yumpah. Daripada tadi dia memaksa dirinya untuk tersenyum memandang semua orang yang sudah jelas dia tidak kenali.
"Haha its okay, okay lah beb aku pergi makan kejap" pinta Kyle sopan sebelum berlalu pergi. Khayra mengangguk sebelum tersenyum memandang sahabatnya itu sehingga hilang dari pandangan.
Louis dipandang geram.
"Apa abang ni tak baik tau cakap macam tu nasib kawan saya tak terasa" ucap Khayra. Dahinya dikerutkan.
"Yela yela sorry....." balas Louis malas.
"AKAK!!" jerit satu suara.
"Dah sampai dah badut ni" guman Rayyan di belakang sofa.
Khayra menoleh ke arah suara tersebut.
"Avery!!"
Avery datang mendekati Khayra sebelum mereka berpelukan lama.
"Rindunya dekat akak, akak sihat?" Soal Avery. Pipi mereka dilagakan beberapa kali.
"Sihat alhamdulilah" Khayra melepaskan pelukan sebelum Avery memandang pula ke arah Louis yang masih dengan senyuman paksanya.
"Louis!" Jerit Avery teruja tiba tiba. Jelas mukanya tampak ceria.
"Yo!" Balas Louis sebelum dia juga tersenyum. Kemudian mereka berdua membuat bump fist.
Pelik Khayra melihat keakraban mereka. Macam mana adik iparnya itu boleh membezakan mereka dengan hanya sekali pandang sedangkan Louis memakai contact lens berwarna hijau.
"Errr, macam mana Av boleh tahu yang ni Louis?"
Avery tergelak kecil sebelum wajah Khayra dipandang.
"Mesti lah Av tahu. Ni kan abang Av jugak" balas Avery sambil tersenyum manis.
Wajah Avery dan Louis dipandang bersilih ganti. Sebelum nafas panjang dilepas. Lantak lah.
"Eh mana abang Ray? Kenapa Abang Louis pulak yang bersanding dengan akak" soal Avery dengan nada yang sangat perlahan. Tak nak bagi orang lain mendengar perbualan mereka.
"Panjang ceritanya" balas Khayra sebelum tersenyum hambar.
Louis mendekatkan mulutnya ke telinga Avery sebelum berbisik perlahan. Khayra hanya memerhatikan mereka berdua. Sesekali Avery mengangukkan kepalanya. Apa yang dibual tak tahulah.
"Ouhhh, lah yeka. Takpe lah Louis, Av sentiasa sayang abang abang Av semua" balas Avery selepas mendengar penjelasan Louis.
"Takpa akak, apa apa pun pilihan akak. Av tak kisah. Av sentiasa sayang akak dan abang abang Av. Ouh ye kecuali abang Rayyan. Av sayang dia sikit je" kata Avery sebelum tergelak dihujung ayat. Tangan Khayra digenggam erat. Khayra agak tergamam dengan jawapan yang keluar dari mulut Avery. Walaupun umurnya lebih muda dari dia. Tetapi Avery nampak sangat matang tentang hal ini.
"Woi aku dengar eh!" Rayyan tiba tiba bersuara dari belakang sofa. Kemudian dia bangun daripada baring.
"Eh abang, hehehe abang buat apa kat belakang tu" Avery berpura pura tanya. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Apa kau kata tadi? Kau sayang aku sikit je? Meh sini kau" Rayyan mendekati Avery sebelum telinga adiknya itu ditarik kuat.
"Aduh duh abang, Avery gurau je tadi aduh" Avery menepuk nepuk tangan Rayyan yang memiat telinganya.
Khayra dan Louis tergelak melihat perangai mereka. Kemudian Rayyan menarik Avery entah kemana mereka pergi menghilangkan diri. Tinggallah Khayra dan Louis sahaja disitu.
Khayra melihat baju yang dipakai olehnya. Cantik. Baju gown merah cair itu dipilih oleh Louis. Kemudian tangannya mengusap lembut kain baju itu.
"Apasal?" Tanya Louis apabila dia melihat Khayra yang mengusap usap kain bajunya itu.
Khayra mengangkat mukanya sebelum wajah Louis ditatap dengan senyuman yang manis.
"Abang nak tahu tak?"
"Tahu apa?" balas Louis lembut. Kening diangkat sebelah. Alahai kacaknya suami dia ni.
"Baju sayang semua sayang beli dengan orang lain. Masa tunang, sayang beli dengan Rayyan. Masa kahwin dekat Malaysia sayang beli dengan Avery. Sanding dekat sini pulak sayang beli dengan abang" balas Khayra.
"Aku tahu"
"Abang tahu?"
"Aku nampak, kan aku kata aku nampak memori Ray"
Khayra menatap mata Louis sedalam dalamnya. Senyuman dibibirnya berubah kendur.
"Abang" panggil Khayra lembut.
"Hmm" sahut Louis mendatar.
"Boleh tak kalau sayang nak tahu pasal abang" pinta Khayra. Tangan Louis dipegang lembut. Matanya mula berkaca kaca. Entah kenapa dia sedih jika teringat kembali dia perlu memilih antara mereka berdua.
Bibir Louis mengukir senyuman.
"Ya, malam nanti aku cerita okay. Jangan nangis. Malu orang tengok. Nanti makeup sayang cair" pujuk Louis lembut apabila dia melihat mata Khayra yang sudah bertakung dan bila bila sahaja takungan air itu boleh pecah.
Khayra mengangguk laju. Kemudian dia tersenyum kembali. Tangannya masih belum dilepaskan. Malah makin erat dia menggengam.
Louis memandang tangan yang digenggam Khayra. Lama. Sebelum dia juga mengukir senyuman. Entah kemana perginya sifat baran dan kejamnya dahulu. Semua sifat sifat itu seolah olah hilang bersama dendam yang telah tercapai.
Pintu bilik ditutup rapat. Khayra menarik tangan Louis ke arah katil sebelum dipaksa duduk menghadapnya. Louis hanya menurut tanpa banyak bunyi. Setelah Louis duduk Khayra pula mengambil tempat di hadapan Louis. Mata mereka bertentangan.
"Sekarang sayang nak abang cerita semua tentang abang. Sayang nak tahu" arah Khayra lembut. Mata merah suaminya itu dipandang sedalam- dalam mungkin.
Louis menghela nafas panjang. Ingatkan ditarik ke katil nak dapat habuan lain rupanya disuruh cerita tentang diri dia. Ek?
"Sayang nak tahu pasal apa?" Balas Louis malas.
"Semua lah"
"Semua tu apa?" Soal Louis kembali.
"Semua yang berkaitan dengan abang lah"
"Urgh fine..."
Louis berdehem kecil. Hatinya gugup. Entah kenapa dia terasa sedikit takut untuk menceritakan tentang dirinya. Sebelum ini hanya ada seorang sahaja yang berani bertanyakan tentang dia. Dan orang itu ialah adik perempuannya sendiri. Avery satu satunya keluarga dia yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
Berbanding dengan yang lain, yang hanya menganggap Louis sebagai watak tambahan.
"Nama penuh aku Louis Rachel" kata Louis datar.
"Bin takda?"
Louis menggeleng.
"Takda, nama aku itu je. Louis Rachel. Hmmm Umur aku pulak sebaya dengan Xavier"
"Eh? Abang tak sebaya dengan Ray? Kenapa abang lebih muda daripada Ray?" Soal Khayra pelik. Dahi berkerut melihat suaminya itu.
"Tak, aku pun tak tahu kenapa tapi memang umur aku lebih muda daripada Ray" balas Louis mendatar.
"Bila first time sebenarnya abang wujud dalam badan abang Ray? Masa dekat hospital lepas dia bangun tu ke?"
"Tak. Aku wujud masa dia masih lagi dalam tahanan. Sebab tu dia tak ingat apa apa. Sebab aku yang lalui semua peristiwa masa dia kena seksa dengan perempuan nama Clara tu. Kalau Ray lalui sorang sorang. Mungkin dia tak ada dekat sini? Entah entah sekarang dalam hospital sakit jiwa"
"Kiranya abang yang tangung memori tu?"
"Aah, aku yang rasa semua sakit tu" balas Louis lagi.
Khayra memegang tangan Louis lembut. Dengan harapan dapat memberikan sedikit kekuatan kepada Louis. Bukan mudah apa yang dia lalui. Sudah banyak perkara yang dia tolong demi Ray. Tetapi mereka yang lain tidak pernah untuk berbaik dengannya malah membenci dengan kewujudannya.
"Tapi abang, kiranya abang wujud sebab dendam abang dekat Clara?" Soal Khayra.
"Aah" balas Louis sepatah.
"Jadi dendam abang dah terbalas?"
"Dah"
"Jadi abang nak buat apa sekarang?" Tanya Khayra kembali.
"Kau halau aku ke ni?" Soalan dibalas soalan. Kemudian Louis tergelak melihat wajah Khayra yang jelas terkejut ingin menafikan kata katanya sebentar tadi. Matanya membulat besar.
"Ish abang ni mana ada sayang cakap macam tu, tak baik tau tuduh" rajuk Khayra, tangan yang mengengam sudah dilepaskan. Matanya dialih ke arah lain.
"Hahaha aku gurau jelah sayang " balas Louis lembut sambil tersenyum lebar. Sah, sah dia sudah gila. Tak pernah pernah perangainya sebegini. Nak melayan rajuk orang? Apatah lagi bercakap lembut.
Louis melihat wajah Khayra yang sudah merajuk dengannya. Senyuman dibibir mula kendur.
"Tapi, seperti yang kau tahu. Memori aku semakin hilang. Dah beberapa kali aku hilang kawalan. Aku adalah orang pertama yang paling bahaya untuk sayang. Bila bila masa je aku boleh bertindak luar kawalan dan mungkin akan cederakan sesiapa. Dan aku takut kalau sutu hari nanti aku akan.... " nada suara Louis semakin perlahan dan lahan sebelum senyap. Dia melihat tangannya sendiri. Tapak tangannya yang putih itu menampakkan lagi urat urat hijau yang timbul di lapisan kulit.
Tangan seorang pembunuh. Bila bila masa sahaja dia boleh membunuh sesiapa pun orang disekitarnya. Seperti mana dia hilang kawalan pada tempoh hari dan membunuh perompak itu tanpa dia sedar.
Sedang dia merenung tangannya sendiri tiba tiba tangan itu ditarik dan dilekupkan ke pipi seseorang. Louis terkejut dengan perlakuan Khayra.
"Tak, abang bukan orang bahaya. Saya tahu abang sayangkan saya. Sebab tu abang cepat cepat suruh panggil Xavier waktu malam haritu. Sebab abang taknak cederakan sayang. Sayang tahu abang bukan orang yang kejam. Sayang tahu abang sangat sangat sayangkan saya. Saya tahu tu. Walaupun abang selalu cakap yang abang tak sayang saya. Tapi saya tahu abang tipu" bibir terukir senyuman manis.
Louis terkedu. Pandangannya jadi kabur. Tiba tiba kepala Khayra ditarik ke depan dan bibir merah itu dilekapkan ke bibir seseorang. Khayra terkejut dengan tindakan drastik Louis.
Louis mencium bibirnya lama. Namun Khayra tidak menolak ciuman yang diberikan oleh Louis. Dia merelakan malah membalas semula ciuman suaminya itu. Bibir mereka bertaut lama.
Setelah beberapa saat, Louis melepaskan bibir Khayra dan menjarakkan semula wajahnya. Mata merah gelap itu ditatap. Dan untuk sekian kalinya Khayra tergamam melihat pipi Louis yang kini sudah dibasahi dengan air mata.
Louis menangis. Kali pertama dia melihat Louis menangis di hadapannya. Mata merah itu, bulu mata yang sudah basah dengan air mata itu nampak sangat menawan.
Khayra tersenyum.
Louis juga tersenyum manis sebelum pipi Khayra dihelus lembut olehnya. Rambut Khayra yang terjuntai di hadapan diselitkan ke belakang telinga.
"Tolong... bunuh aku Khayra. Jangan pilih aku"
Serta merta senyuman dibibir Khayra mati apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Louis.
Share this novel