Bab 41

Action Series 36344

Louis cuba beberapa kali untuk melilit tali pingang di seluarnya namun gagal kerana tangannya yang masih lagi sakit.

"Sayang, tolong aku kejap boleh?" Pinta Louis kepada Khayra yang dari tadi asyik merenung dirinya.

Dari awal lagi Khayra hendak membantu Louis untuk memakaikan tali pinggang itu tetapi dia takut lelaki itu mengamuk tak tentu pasal. Jadi dia berdiam diri sahaja merenung lelaki itu dari sisi.

Khayra terus bangun daripada katil tangan laju menyelitkan tali pinggang itu ke dalam ruang tali di keliling seluar suaminya.

Oh ya kenapa dia memanggil Khayra menggunakan panggilan sayang? Sebab Rayyan yang paksa. Dia kata biasakan supaya orang lain tak syak terutamanya ibu bapa mertuanya nanti. Pftt bodoh kolot. Kenapa nak bohong. Bagi tahu jelah perkara yang sebenar.

Dan harini Louis juga dipaksa untuk datang ke syarikat. Untuk mula belajar cara mengendalikan syarikat Ray . Sekali lagi dia ingin katakan. Bodoh!! Tapi dirinya dua kali ganda bodoh! Sebab apa? Sebab dia setuju dengan cadangan mengarut tah apa apa ni. Huh! Dasar mahkluk tak berakal.

"Dah siap" ucap Khayra sambil tersenyum lebar.

Khayra memandang wajah suaminya yang hanya berjarakkan beberapa inci sahaja. Mata mereka bertentangan.

Lama Louis merenung raut wajah Khayra. Khayra terkaku.

Tangannya naik menyentuh pipi kanan Khayra. Walaupun sudah disorok dengan makeup namun jelas kelihatan bengkak di kawasan kulit putih mulus itu.

"Sakit ke?" Tanya Louis lembut.

"Emm sakitlah jugak. Dekat bahagian dalam terkoyak" adu Khayra.

"Kesian..."

Khayra sedikit kekok. Dia masih belum biasa dengan perangai suaminya itu. Lagi pula ditambah dengan renungan matanya yang agak menyeramkan.

"Jom lah abang kita turun dulu, diorang yang lain mesti dah tunggu kat bawah" ucap Khayra mendatar sebelum dia mengambil beg case suaminya yang terletak di depan meja solek. Maklumlah tangan suami sudah cacat. Uhuk! Kemudian diambil pula beg tangannya yang terletak diatas katil. Kaki melangkah keluar dari bilik.

Louis hanya mengekor dari belakang.

"Apa apa hal kalau kau ada masalah kau tanya Khayra, dia PA kau. Dia yang susun atur jadual kau " terang Xavier kepada Louis yang sudah duduk di atas kerusi kerjanya.

"Ye aku tahu lah aku nak buat apa, dah dah pergi keluar sana semak je" jawab Louis dingin.

Laptop mula dibuka. Entah kenapa dia merasakan seolah olah kerjanya ini sudah sebati dengannya, dia tahu macam mana hendak mengendalikan kerjanya itu. Dia juga ingat isi meeting terakhir yang Ray adakan. Ini semua memori Ray. Tetapi dia dapat melihat dengan jelas seolah seperti itu memorinya sendiri.

"Hah yelah" balas Xavier kemudian dia melangkah pula ke meja kerja Khayra.

"You tolong tengok tengok dia eh" kata Xavier mendatar.

Khayra mengangguk. Xavier keluar dari bilik, pintu ditutup perlahan.

Khayra mula membuat kerjanya yang sedikit tertunggak. Sudah 6 hari dia tidak menyentuh langsung hal hal dipejabat kerana sibuk menjaga suaminya. Sesekali ekor mata mengerling ke arah Louis yang tampak serious melakukan kerjanya. Tangan menaip laju dipapan kekunci. Kadangkala dahi berkerut menatap skrin laptop nya itu.

Kadang kadang hairan juga Khayra melihat suaminya itu. Berbeza sungguh dengan tanggapan yang dia buat setelah mendengar kisah daripada adik iparnya.

'Ye dia tu ganas. Kalau nampak orang semua dia nak tembak'

'Alah you tenggok jelah sendiri macam mana dia cekik i'

'Habis lah lepas ni mesti you pulak kena cekik dengan dia, kalau you buat dia marah'

Tiba tiba bunyi telefon Khayra berdering sekaligus mematikan lamunannya.

"Hello...ye waalaikummussalam... alhamdulilah sihat,... mama?... Ouh pasal hal tu... Maaflah mama... Abang Ray tak beberapa sihat... Dia kena kemalangan kecil baru baru ni jadi kami tangguhkan hari persandingan.... Aah... Aah... Nanti kami set kan tarikh dan masa balik.... Ye nanti kami bagi tahu.... Baiklah... Assalammualaikum... Jaga diri mama" ucap Khayra sebelum talian dimatikan.

Louis memandang ke arahnya.

"Siapa call?" Tanya Louis mendatar.

"Mama" jawab Khayra sepatah.

"Mama? Mak kau? Dia nak apa?" Tanya Louis lagi.

"Dia tanya kenapa kita tangguhkan hari persandingan, so sayang cakap yang abang tak sihat, nanti kita tentukan tarikh balik" jelas Khayra. Mata tepat memandang wajah suaminya itu. Matanya dipakaikan dengan contact lens berwarna hijau agar dapat menutupi warna asalnya yang merah gelap.

"Sampai bila kau nak tunda majlis? Sampai Ray sedar?" Soal Louis kembali.

"Agaknya lah kut" jawab Khayra mendatar.

"Macam mana kalau dia dah tak bangun?" sinis, Louis menyoal. Bibir mengukir senyuman senget.

Hati Khayra tersentak. Soalan Louis dibiar tak berjawab.

Ray tidak akan bangun? Ya memang betul kemungkinan tu boleh berlaku. Tapi dia. Bagaimana dengan dia? Apa yang akan terjadi antara dia dan Louis?

Mata teralih pula ke arah file di tangannya. Pandangannya kosong.

"Jadi aku cadangkan kau buat je majlis tu terus. Set tarikh. Terus langsung. Tak kiralah dengan aku ke tak. Sebab aku tak boleh nak jamin dekat kau bila budak nerd ni akan bangun semula. Tapi nak buat majlis tu tunggu tangan aku baik dulu" sambung Louis dingin.

Mata Khayra mula berkaca kaca mendengar ayat yang ditutur oleh Louis. Dia sayang dengan lelaki yang bernama Ray Mikayla.

Lelaki di hadapannya kini juga suaminya. Jadi kenapa perlu dia bersedih. Wajah mereka sama. Tetapi hanya jasad sahaja. Jiwanya berbeza. Ray mencintai dia. Tetapi Louis tidak.

Louis perasan dengan perubahan di wajah Khayra.

"Jangan nangis! Kau nangis aku humban kau dalam longkang" kata Louis sedikit kuat.

Khayra cepat cepat mengelap tubir matanya yang sudah penuh dengan tangkungan air. Tangan dikibas kibas ke muka.

"Sorry, abang" ucap Khayra perlahan.

Louis kembali menyambung kerjanya. Tetapi sesekali ekor matanya akan mengintai gadis di hadapannya itu. Bukan sengaja dia ingin memarahi Khayra. Cuma dia tak mahu melihat gadis itu menangis. Dia sendiri tak boleh berjanji bilakah si budak nerd dan noob ni boleh keluar.


Hari berganti hari, secara tidak sedar sudah 2 bulan berlalu. Kini tangan Louis dan kaki Rayyan sudah sembuh sepenuhnya. Lagipun peluru yang menembusi tidaklah terkena pada bahagian tulang. Jadi mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk sembuh. 

Hari berlalu seperti biasa. Ray masih juga belum sedarkan diri. Manakala Louis mengambil alih syarikatnya itu dengan baik tanpa sebarang masalah. Kadang kala ada juga dia bertanyakan Khayra tentang perkara yang tidak difahami olehnya namun dia pantas menangkap apa yang diajar oleh Khayra. 

Tarikh sanding juga sudah ditetapkan. Setakat ini semua berjalan dengan lancar.

"Kalau majlis sanding tu tak payah nak jemput ramai ramai tak boleh ke?" Soal Louis dingin. Tangan sibuk mengacau ngacau straw minuman yang berada dalam cawan.

"Saya tak tahulah bang, tapi hari tu Xavier kata Abang yang bagi jemput semua anak buah abang" balas Khayra mendatar. 

Mereka berdua sedang makan tengahhari di kedai Steak House And Grill. Jam di tangan ditilik. 1:45 pm. Masih berbaki 45 minit sebelum waktu lunch habis.

"Bukan aku okay, tapi Ray. Kalau aku memang taklah nak jemput semua, buat semak je majlis tu nanti" balas Louis mendatar.

"Tapi kalau abang taknak saya boleh suruh Xavier cancelkan. Jangan bagi semua datang" ucap Khayra lagi.

"Tak payah. Dah jemput tu datang jelah" kata Louis semula.

Khayra menghela nafas panjang. Macam ni lah perangai Louis. Kadangkala dingin, kadangkala baik. Datang angin dia ok ok lah jadinya, Tapi datang angin baran dia. Mampus jahanam. Baru je beberapa hari yang lalu. Dia hamukkan salah satu pekerjanya yang menghantar tugasan kerja lambat. Timbul pulak rasa simpati pada pekerja suaminya itu tak pasal pasal jadi tempat lepasan hamukan Louis.

"Dah cepat makan! Aku nak balik ni! Kau lambat kau tinggal !" dingin, Louis berbicara. Mata merenung ke wajah Khayra.

Khayra menganggukkan kepala beberapa kali. Sudah dua bulan beginilah kehidupannya. Tapi dia sudah mula selesa dengan perangai Louis.

Mata hijau itu ditatap. Sedikit sebanyak terubat rindu Khayra terhadap Ray. Walaupun perangai tak semegah tuan.

Suasana sepi sahaja di dalam kereta. Masing masing mendiamkan diri masing masing. Louis pula hanya memfokuskan mata melihat ke arah jalanraya.

"Abang, baju sanding kita nak pilih warna apa?" Soal Khayra setelah beberapa minit mendiamkan diri.

 Louis di sebelahnya dipandang.

"Hitam" balas Louis ringkas.

"Hitam? Serious lah bang, tak pernah dibuat orang sanding pakai baju warna hitam" kata Khayra mendatar.

"Yeke? Orang tak buat aku buat, ape de hal" balas Louis tenang.

Khayra menepuk dahinya.

"Err warna lain tak boleh ke?" Pinta Khayra. Gila kau nak sanding pakai baju hitam. Apa dia pikir ni majlis berkabung?

"Sayang suka warna apa?" Tanya Louis kembali.

"Saya suka warna merah, pink, biru, purple"

"Okay ambik warna merah" pilih Louis laju.

"Tapi waktu kita tunang dah pakai warna merah"

"Tu merah pekat, kali ni kita ambik warna merah cair sikit" jawab Louis mendatar. Mata masih lagi fokus kepada pemanduannya.

"Macam mana abang tahu yang baju tunang kita warna merah pekat?" Soal Khayra pelik. Muka dikerutkan. Mata sudah merenung suaminya di sisi.

Louis tidak menjawab pertanyaan Khayra. Dia hanya diam sahaja membiarkan soalan itu tergantung sepi.

Mereka sudah sampai di tempat parking syarikat. Handbrake ditarik. Enjin kereta dimatikan.

"Macam mana abang boleh tahu?" Soal Khayra lagi sekali apabila Louis tidak menjawab soalannya.

"Aku nampak" kata Louis dingin. Mukanya juga turut didinginkan. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan.

"Nampak? Tapi masa tu abang Ray yang...."

"Aku nampak memori dia" ucap Louis menyekat percakapan Khayra.

"Aku tak bagi tahu orang. Tapi aku rasa kau patut tahu, Khayra. Aku selama 2 bulan ni, aku dapat tengok memori Ray. Waktu kau kena culik, waktu kita bertunang. Jelas macam memori aku sendiri, sebab tu aku boleh handel syarikat ni padahal aku tak tahu satu hape pun pasal hal syarikat. Pen pun aku tak pernah pegang sebelum ni" jelas Louis dingin. Mata masih merenung wajah Khayra.

Khayra membuat muka seakan tidak percaya. Jadi jika semua memori Ray berpindah kepada Louis apa yang akan terjadi kepada Ray? Adakah dia tidak akan bangun untuk selamanya. Adakah dia harus bersama Louis sehingga akhir hayatnya? Atau.... Adakah Ray sebenarnya memang sudah tiada sejak 2 bulan yang lalu?

"Tapi kenapa? Kenapa pulak abang boleh tengok memori Abang Ray? Habis tu Abang Ray?" Soal Khayra perlahan. Terdengar sedikit gentaran di nada suaranya. Yang bila bila masa sahaja boleh menyebabkan empangan air mata pecah dan mengalir laju.

"Mana lah aku tahu. Aku takda jawapan untuk soalan kau. Sebab tu aku cakap kau jangan berharap sangat supaya si nerd tu akan bangun semula" kata Louis sambil jari menunjukkan ke arah diri sendiri.

Muka Khayra berubah muram. Seketika kemudian tangannya naik menekup ke muka sebelum esakan halus kedengaran. Khayra menangis. Bahunya jelas terhincut hincut akibat cuba menahan diri.

Louis di sebelah hanya memandang tanpa reaksi. Dadanya dipegang. Entah kenapa hatinya sakit melihat gadis di sebelahnya itu menangis. Hatinya pedih.

Tangan diangkat mendekati kepala Khayra. Ingin saja dia memeluk gadis itu agar dapat menenangkannya. Mungkin gadis itu boleh bertenang jika dipeluk olehnya. Mungkin dia boleh.

Tiba tiba Louis menarik tangannya semula. Niatnya untuk memeluk Khayra dibatalkan.

"Jangan nangis. Aku tak suka dengar orang menangis. Kalau kau menangis aku seletip mulut kau!" Kata Louis dingin. Gigi diketap kuat. Bukan ini yang dia ingin katakan. Dia ingin menenangkan gadis itu. Tetapi dia bukan siapa siapa dalam hidup Khayra. Ray adalah suaminya yang asli. Dia bukan siapa siapa. Dia bukan Ray. Dia hanya watak sampingan dalam hidup gadis ini.

Khayra mengelap sisa air matanya menggunakan tisu. Matanya mula memerah.

"Sorry" perlahan sahaja Khayra menutur.

Keadaan menjadi senyap seketika. Tiba-tiba ada satu tangan lembut menyetuh kepala Khayra.

"Abang minta maaf kalau abang dah buat sayang menangis..." suara itu tidak kedengaran dingin. Lebih kepada menenangkan. Sempat bibir Louis mengukir senyuman manis kepada Khayra sebelum cepat cepat dia keluar dari dalam kereta. Kaki terus melangkah laju masuk ke dalam bangunan syarikat.

Khayra masih lagi terkaku di tempat duduknya. Senyuman itu. Kata kata itu. Persis seperti suaminya Ray. Jika itu Louis, mengapa perlu dia kisah tentang dirinya.

Kemudian dengan pantas Khayra juga turut melangkah keluar daripada kereta sport hitam itu. Senyuman terukir di bibir. Sedikit sebanyak kata kata Louis tadi dapat melegakan hatinya.

Bilik meeting itu tegang sahaja. Dengan suhu bilik yang hanya 18 darjah celcius itu lagi menambahkan aura yang menyeramkan di dalam bilik itu. Mungkin kerana ini adalah kali pertama mesyuarat itu dikendalikan oleh orang yang berbeza. Mungkin.

"So where the hell proposal that i ask to send it on my table before i go to lunch !" Tanya Louis dingin. Mata tajam merenung setiap satu muka pekerjanya yang jelas ketakutan seolah olah dimarahi oleh guru disiplin.

"I'm sorry sir, but i just finish it" jawab salah sorang pekerja. Mata menunduk ke lantai.

"So where is it?!" Jerkah Louis.

"At my table" jawab pekerja itu perlahan. Tangan yang menggigil disorok ke bawah meja. Peluh di dahi dilap. Bilik yang sejuk itu sikitpun tidak meredakan hatinya yang sedang ketakutan. Sungguh, sungguh dia takut untuk melihat bossnya berperangai seperti setan itu. Tak pernah pernah dia menjerit dan memaki hamun pekerjanya. Harini entah apa yang terjadi sampaikan perangai bossnya itu berubah seratus peratus.

Khayra disisi hanya mampu tersenyum hambar. Kesian pulak melihat mereka semua diherdik oleh Louis. Pasti mereka tertanya tanya kenapa perangai bossnya itu berubah sekelip mata. Kerana selama ini dia tidak pernah lagi melihat Ray mengherdik pekerjanya. Dia seorang yang bertutur dengan sangat lembut jika berurusan dengan kerja. Andai saja mereka tahu bahawa di hadpannya kini adalah Louis dan bukannya Ray.

"After this i want it on my table! ASAP"

"Yes sir" jawab lelaki yang bernama Ben itu takut takut. Gila kau tak takut. Pertama kali kena herdik dengan boss. Yang bossnya ni pun satu dah kenapa tiba tiba perangai macam ni? Bini tak layan dekat rumah ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience