Suasana di meja makan sungguh tegang. Wajah masing-masing masam mencuka. Baik Xavier baik Rayyan. Masing masing buat perangai. Tak kurang juga dengan Ray.
Keith pelik melihat situasi tersebut. Dah kenapa pulak diorang ni semua. Faiq pula hanya jadi pemerhati.
"Wei, kau pehal beb? Masam je " tegur Keith sebelum menyiku lengan Rayyan atas meja makan.
"Takda apa ah" balas Rayyan takda mood.
Selang beberapa saat Khayra keluar daripada lift rumah itu sebelum melangkah ke arah meja makan dan mengambil tempat.
Dia memakai baju blouse hitam bertanah merah dan bertudung maroon. Nice, dah sesuai ikut tema Mafia dah ni.
Khayra duduk di tempat duduk biasanya iaitu bersebelahan dengan Rayyan.
"Assalammualaikum semua" ucap Khayra sambil mulut yang tersenyum manis.
"Waalaikummussalam" jawab mereka semua serentak kecuali Keith. Sebab dia bukan beragama islam.
Ray tersenyum melihat Khayra.
Suasana yang muram tadi tiba-tiba bertukar menjadi ceria. Rayyan juga tidak lagi bermasam muka.
Keith sudah mengaru kepala. Khayra ni ada bawak aura kegembiraan ke macam mana?
Khayra melihat anak mata Ray. Hijau gelap. Nafas lega dilepas. Nasib baik bukan Louis.
Selang beberapa saat beberapa pembantu menghidangkan makanan sebelum mereka mula mengambil dan makan makanan yang sudah dihidang.
"Ray, agak agak bila kau boleh baik sepenuhnya?" Tanya Rayyan kepada Ray sebelum dia mengambil sekeping roti bakar di hadapannya.
"Kenapa kau tanya?" Soal Ray kembali. Dahi diangkat sebelah. Tangannya mencapai air oren yang sudah dituang ke dalam cawan.
"Yelah bila kau dah sihat nanti boleh lah kau dengan Khayra kahwin cepat cepat" kata Rayyan selamba sebelum roti bakar yang telah disapukan jem itu disuap ke dalam mulut.
Khayra terbatuk batuk mendengar ayat yang keluar daripada mulut Rayyan. Dia mengambil cawan di hadapannya yang sudah terisi dengan air masak lalu diminum dengan rakus.
"Ayyan! You ni suka menyakat i tau" kata Khayra perlahan. Dia memandang makanannya. Malu untuk bertentangan mata dengan Ray.
Bibir Ray terukir senyuman nakal.
"Tuan badannya setuju ke?" Soal Ray kepada Rayyan.
Khayra sudah membulatkan matanya.
"Itulah benda yang kau tertinggal semalam, aku lamar dia untuk kau tau tengahhari semalam, dia kata dia terima. Dia tak sabar nak cepat-cepat jadi bini kau " ucap Rayyan sambil tersenyum mengoda.
"Hey! Mana ada i tak sabar! You jangan nak menambah eh! " Celah Khayra geram. Mukanya dimasamkan.
Ray sudah tergelak kecil melihat Khayra yang tidak senang duduk ditempatnya. Comel lah perempuan ni.
"Wow tahniah Ray. Akhirnya, Sempat jugak aku tengok anak kau" kata Keith menambah api.
Muka Khayra tak payah cakap. Memang dah merah habis. Jarinya sudah menguis nguis makanan dalam pinggan.Â
"Harap anak korang jangan perangai macam Rayyan sudah, musnah wey rumah ni nanti" kata Faiq pula.
"Tahu tak pe" Xavier pula menambah.
"Apasal pulak! Biarlah anak diaorang macam aku! Aku hensem apa!" Kata Rayyan tak puas hati.
Kemudian mereka sama sama tergelak. Kesian Khayra menjadi mangsa.
"Kalau kau nak kahwin awal, cepat cepat lah sikit buang malaun dua ekor dalam otak kau tu, menyampah aku nak hadap diorang" kata Rayyan sebelum dia mengigit roti bakarnya.
Ray hanya tergelak kecil. Aduh kelakar tengok reaksi Khayra sedang menahan malu. Lelaki kalau bab menyakat memang nombor satu.
"Tak lama lagi baik lah tu" Xavier mencelah.
"Entahnya, doktor ada melekat 24 jam apa guna kalau tak baik baik betul tak. Baik bakar je sijil sijil doktor tu semua" kata Rayyan selamba.
Xavier menjeling Rayyan yang duduk bertentangan dengannya. Pikir senang ke jadi doktor.
"Dah, stop. Kesian aku tengok Khayra ni hilang selera dia nak makan" kata Keith sebelum dia menyumbat roti bakar ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan.
"Nasib ah!" Rayyan menyambung gelak tawanya.
Muka Ray berkerut kerut menahan geram. Jiwanya terasa sangat terganggu untuk membuat kerja dengan suasana di dalam pejabatnya yang sangat bising. Akhirnya dia berhenti menaip sebelum memandang ke hadapan.
"Tak masalahnya sekarang, yang korang semua tak reti masuk bilik sendiri pehal! Masing masing memekak dalam pejabat aku ni dah kenapa!?" Marah Ray geram melihat Rayyan dan Keith serta Faiq bermain saidina di tengah tengah bilik pejabatnya. Masing masing sedang bersuka ria sedangkan dia bertungkus-lumus sedang menyiapkan kerja.
"Lek lah kitaorang ni cuba untuk lindungi Khayra, kau kan busy buat kerja. Nanti kalau dia kena culik lagi macam haritu siapa yang susah? Aku jugak..." kata Rayyan meleret sebelum kembali membaling dadu tinggi ke udara.
Ray menggengam tangannya geram. Mukanya berubah sinis. Masalahnya bukan diaorang ni jaga pun. Memekak main saidina adalah.
"Takda maknanya lah dia berani nak datang masuk ke sini. Kau sengaja buat alasan!" Kata Ray dingin. Habis hilang fokusnya untuk menyiapkan kerja.
"Eh kau mana tahu, cakap tu jangan berlagak sangat. Karang kalau dia datang betul betul kau yang susah nanti, betul tak Keith?" Tanya Rayyan kepada Keith yang berada disebelahnya.
"Aah betul tu" balas Keith mengiyakan kata kata Rayyan sebentar tadi. Kini giliran dia pula membaling dadu.
"Betul, aku setuju cakap Ayyan. Jangan berlagak nanti Allah murka" sambung Faiq pula.Â
Khayra tersenyum redha. Mana taknya mereka semua menjadikan dia sebagai sebuah alasan untuk lari dari tugas masing masing. Sabar jelah anak.
Ray mengetap giginya geram.Â
"Sudah sudah lah tu nak marah pun. Macam kau tak kenal perangai diorang" kata Xavier tenang di sebelah Ray.
Ray pantas menjeling Xavier tajam.
"Tak masalahnya sekarang ni yang kau pun sama dalam bilik aku ni dah kenapa?! Dah takda kerja nak buat?!" Tanya Ray cukup tegas.
"Lah aku kan doktor peribadi kau. Mestilah aku kena ada di samping kau 24 jam" balas Xavier sebelum tersenyum senget.
"Dalam pejabat tugas kau adalah membantu aku buat kerja sebagai orang kanan!? bukan duduk tercongok tengok badut badut semua ni main dadu!?" Kata Ray dengan nada yang semakin tinggi dari satu ayat ke satu ayat.Â
"Lah...... " kata Xavier berwajah bersahaja.
Nice. Sekarang semua dah jangkit perangai pemalas Rayyan. Tahniah aku ucapkan.
"Aku kira sampai 3, kalau korang tak blah jugak dari bilik aku. Sekor sekor aku bunuh" kata Ray dingin.
"1....."
Rayyan masih lagi bermain saidina.
" 2....."
Xavier sudah melangkah keluar daripada bilik Ray. Taknak aku cari nahas tak pasal pasal kena tolak gaji lagi.
"3...."
Laci meja ditarik. Sepucuk pistol putih ambil. Ray memandang ke hadapan.Â
Hilang. Sunyi terus biliknya. Hanya tinggal dia dengan Khayra sahaja. Khayra memandang Ray sebelum membuat isyarat bahawa mereka semua sudah pergi.
Ray menyimpan pistolnya kembali. Senyap pun. Dia menyambung kerjanya semula.
Khayra hanya tersenyum sebelum tawa halus terlepas dari bibirnya. Kelakar tengok perangai diaorang.
Keith dan Rayyan berjalan beriringan keluar dari bilik Ray.
"Apahal tah abang aku tu, nak marah marah. Period apa?" Ucap Rayyan sebelum kaki melangkah ke arah lift tingkat itu. Dia tidak masuk ke bilik pejabatnya. Buat kerja? Esok esok jelah. Duit dah banyak.
"Entahnya. Asyik nak emo" balas Keith pula. Dia juga turut melangkah masuk ke dalam lift.
Tingkat G ditekan. Pintu terbuka. Mereka melangkah keluar dan pergi ke kaunter hadapan.
Meja diketuk beberapa kali.
"Dengar sini, jangan bagi sesiapa pun pekerja yang tidak dikenali masuk dalam pejabat ni faham? Kalau tak , kau aku cari" arah Rayyan dingin. Ayat 'kau' ditekankan sedikit sebelum dia terus melangkah ke pintu utama.
"Oui monsieur"
"I know you don't understand. Just don't let any stranger come in here okay" Keith mencelah. Bahu pekerjanya itu ditepuk lembut.
Pekerjanya itu tersenyum kekok sebelum menunduk separuh tanda hormat.
Keith dan Rayyan melangkah ke arah kereta hitam audi A8 Rayyan yang elok terparkir di tempat VVIP. Pintu kereta dibuka sebelum mereka berdua masuk ke dalam.
"So kita nak pergi mana harini?" Tanya Keith sebelum tangannya mencapai tali pinggang keselamatan.
"Kita pergi cari maklumat pasal si jalang tu. Aku rasa macam ada benda yang tak kena" kata Rayyan dingin. Kereta meluncur laju membelah jalan. Pusat bandar dituju. Apabila sampai di destinasi yang ingin dituju Rayyan memakir keretanya berdekatan dengan pintu utama.
AMERICAN HOSPITAL OF PARIS.
Terpapang papan tanda sebesar besar tidak dihadapan pintu masuk.
Mereka berdua melangkah masuk bangunan itu. Kaki terus menuju ke arah satu bilik yang berada di hujung koridor di tingkat 2.
Alexandre Aubet
Tanpa mengetuk pintu. Rayyan terus sahaja menerjah masuk ke dalam bilik itu. Biasalah, Rayyan mana pernah mengetuk pintu sebelum masuk bilik orang lain. Kecuali bilik abangnya, itu pun kadang kadang je. Tunggu mood baik.
Seorang lelaki yang berpakaian seperti doktor sedang menulis sesuatu dimeja kerja terus mengangkat wajahnya apabila Rayyan dan Keith masuk ke dalam bilik itu. Mukanya dimaniskan.
"Hi Alex. I assume you already have the thing that i want" Ucap Rayyan dingin dan mendatar. Tiada senyuman langsung diwajahnya.
"Yes" kata doktor yang dikenali sebagai Alex itu sebelum menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat kepada Rayyan.
Rayyan menyambut huluran itu. Kemudian dia memberikan sekeping cek kepada Alex.
"Good job, This is your payment" kata Rayyan menghulurkan sekeping cek bernilai 4 juta euro. Kalau ditukarkan kepada duit malaysia lebih kurang 16 juta ringgit.
"Thank you Sir Rayyan. Call me again if you need anything else" kata lelaki itu tersenyum bahagia sebelum menyambut huluran cek Rayyan.
Rayyan dan Keith melangkah keluar daripada bilik itu. Malas nak berlama lama dengan si tua mata duitan tu. Dah lah tua hodoh pulak tu. Nasib baik boleh dipakai.
Mereka masuk ke dalam kereta sebelum enjin kereta dihidupkan dan terus memandu keluar daripada halaman hospital itu. Mereka masuk semula kawasan parking syarikat.
"Apa tu?" Soal Keith kepada Rayyan. Mata memandang sampul surat berwarna coklat yang dipegang oleh Rayyan.
Rayyan tidak menjawab. Sampul surat itu terus dibuka sebelum tiga helai kertas dikeluarkan dari dalam. Rayyan melihat kertas tersebut sebelum matanya membulat memandang ke arah Keith.
"Kepala hotak dia!? Kenapa aku boleh tak tahu!?" jerit Rayyan terkejut. Mata memandang muka Keith. Keith merampas surat yang dipegang oleh Rayyan sebelum kertas itu turut dibaca. Selepas beberapa saat reaksinya juga sama seperti Rayyan. Matanya membulat terkejut.
What the hell ! Lawak jenaka apakah ini?
Share this novel