Ramai tetamu yang hadir,kesemuanya tetamu Senrose bukan lah tetamu biasa.
"Welcome to the party in conjunction with the welcome of our new leader of the group. We welcome everyone to the meal. Asked not to make a fuss if you come across your enemy here and pleased" kata Rudy yang tersengih sengih diatas pentas itu. Hati Senrose terasa bahang dan segan apabila mendengar ayat terakhir Rudy. Setelah sampai sahaja Rudy turut, satu pukulan tepat di kepala Rudy.
"Aduh!"
"Yang engkau kata nampak musuh jangan buat kecoh tu dah kenapa?!" bengang Senrose.
"Yela, kita jemput semua ketua mafia kut. Buatnya ada antara dia orang bermusuh tak ke kecoh nanti" balas Rudy sedikit memuncungkan bibirnya. Merajuk dia sedikit apabila dimarah dikahlayak ramai.
Dari jauh ada sepasang mata tidak hilang dari meneliti Senrose.Sempat dia mengambil gambar Senrose dari jauh sebelum dia mengetaip sesuatu di telefon nya.
"Hi, Senrose" sapa seseorang lelaki. Tertoleh kepala Senrose melihat lelaki itu. Lelaki yang sangat tampan tetapi sedikit agak muda, Senrose rasa muda lagi lelaki itu darinya.
"Hi, welcome to the party"sapa Senrose membalas sapaan tadi. Senyum manis dia. Apabila dia meneliti wajah lelaki itu agak sedikit seperti wajah yang dia kenali. Berkerut dahinya apabila cuba mengingati wajah sama persis itu.
" Kita ada terjumpa di mana-mana ke?" kata Senrose.
"Maybe. Well sebelum ni ada kita jumpa time.."
"Your wedding " bisik sedikit lelaki dihadapnya. Terdiam Senrose. Nampaknya lelaki dihadapnya itu bukan sebarangan orang. Kerana tiada siapa yang tahu dia telah berkahwin tetapi mungkin orang yang ingin tahu tentang kehidupannya tanpa dia mengenali orang tersebut.
" Who are you?" soal Senrose matanya di kecilkan. Wajah sekelip mata serius.
"Hi, like me introduce myself. Nama i Adlien Syarief. You can call me..... My.. Baby.... Boooo"
Tergamang Senrose, Rudy yang dari tadi sebelah turut Tergamang malah mulutnya ternganga.
"Erkk.. Sorry I dah berpunya" balas Senrose tersengih sengih. Rudy sudah tersembur ketawa.
"my baby boooo... HAAHAHAHAHAHAHAHAH.. Bapak arrr geli sial" Rudy sudah gelak terbahak-bahak sempat dia menampar nampar bahu Senrose sehingga wanita itu tertolak ke tepi.
Dua pasang mata itu memerhati sahaja gelagat Rudy yang sakan tertawa itu. Sehingga dia habis ketawa.
"I'm so sorry, My baby booooo.. Hahahaah that very funny like a........ FUCKING.. SHITT!! HAAHAHAHAHAHAHA"Rudy menyambung tawanya sehingga dia berjalan menuju ke konco Senrose yang lain. Sempat dia menceritakan kepada konco Senrose yang lain. Apabila habis cerita mereka yang lain juga turut tertawa terbahak-bahak sehingga mereka semua menjadi tumpuan.
"Apa yang kelakarnya. The name very cute, OKEY" kata biggest baby boo itu,Adlien.
"yaaa.. Very cute like a.... "
" Fucking shit" perlahan suara Senrose, seakan berbisik tapi sampai ke telinga Adlien.
"I'm so sorry, Mister..."
"My baby boo"masih nak menangkan baby boo itu.
"erm.. Adlien. I have to go. So enjoy the party, I'll see you later" kata Rose terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu keseorangan yang hanya memerhatinya sehingga pergi.
"Aih!. Sorang nampak. Macam mana dah try bercakap dengan dia?" soal satu suara dari belakang. Toleh sahaja Adlien, mukanya hanya biasa tetapi ada sedikit kecewa.
"Erm.. Nampaknya begitu saja. Dia mana nak kenal aku. Lain lah engkau. Tapi engkau pun sembunyi dari dia" kata Adlien pada suara itu yang merupakan seorang lelaki. Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil meneguk air di dalam gelas yang berada di tangannya.
"Belum masanya lagi. Kita tunggu sahaja Green Light dari abang kau tu"
Mata mereka hanya menumpu pada Senrose.
Rose berpakaian merah gelap, agak terdedah sedikit di bahagian bahu dan betis. Mejoriti tetamu yang hadir memang akan berpakaian gelap. Tetamu tidak dibenarkan memakai baju warna merah, tidak kiralah marron atau merah jambu, jika ada sedikit merah mereka auto dikira tidak diundang ke majlis ini.Dalam kata lain, orang asing!.
CANTIK! Itu yang boleh digambarkan dari pandangan mereka semua. Hanya orang tentu tahu mengapa Rose berpakaian agak sopan. Jika nak diingati semula jenis pakaian Rose sebelum ini. Mungkin disebabkan statusnya yang digelar 'isteri' tapi itu pun hanya orang tertentu yang mengetahui. Ini dikira sopan dari pakaiannya yang sebelum ini Senrose pernah pakai.
"Rose. Ni ada orang bagi kau bunga" kata Soffya. Soffya yang berpakaian serba hitam. Mengenakan dirinya yang masih bersedih atas pemergian kekasihnya. Senrose yang perasaan akan itu sedikit sebak di hatinya. Terasa bersalah pula di hatinya. Agak tidak sopan Soffya berada di party ini, kerana seperti gembira akan kepergian Ryan pula. Tetapi Soffya asyik tersenyum membuatkan Senrose menganggap, 'mungkin Soffya menutupi kesedihan dia'.
"Siapa yang bagi?" pelik. Siapa pula yang bagi bunga rose ni?. Otak dia ligat berfikir. Kenapa bunga rose?. Merah? Setahu dia orang semua tahu dia suka hitam. Tapi hanya dia... Tak mungkin!.
Mata Rose berlegar lebar mencari sosok yang bermain difikirkannya. Terhenti dia pada sosok yang sedang memakai topeng merah itu. Anak matanya seperti mahu keluar kerana terlalu terbuntang matanya melihat sosok itu.
Apabila dia kelip kan sahaja matanya beberapa kali sosok itu hilang. Senrose cuba mencari cari sosok itu kembali tetapi tiada. Okey.. Siapa dia tadi tu?.
-------------
"Hi, hottest girl" kata seorang lelaki ini pada Salwa, dengan perut buncit ke hadapan. Sambil tangannya mendapatkan tangan Salwa diatas meja makan itu. Sempat punggung nya dijatuhkan diatas kerusi di sebelah Salwa.
"erm.. Hi" Salwa teragak agak membalasnya. Sambil matanya tercari cari orang yang dikenal berdekatannya. Malangnya tiada satu pun, semuanya jauh dari dia.
"Duduk sorang nampak. Marilah i temankan.What your name, sweetheart?" soal lelaki itu sambil cuba mencium hujung rambut Salwa. Belum sempat hidung nya menghirup bau rambut Salwa, seseorang sudah menarik Salwa jauh darinya.
"Sayang.. Kan I dah cakap tadi, jangan jauh jauh dari I. Tengok ada badak berendam perut ke depan ni kacau you dah" suara itu sungguh lembut dan romantik. Syukur! Salwa rasa. Entah kenapa diri Salwa yang memang anti-Man terasa sungguh selamat dengan kehadiran lelaki itu.
"Oh sorry I tak tahu dia dah ada orang punya" kata lelaki itu. Memandang sahaja wajah lelaki yang menyelamatkan Salwa semakin pucat wajahnya. Salwa yang tidak tahu apa-apa hanya berdiam diri. Yang penting dia selamat dari lelaki tadi. Leganya hati aku ni.
"Arghhh... Thanks!. Nasib baik awak tolong" kata Salwa sambil mengurut dadanya. Betul! Dia rasa lega hati dia. Dia sendiri tak tahu apa patut dia buat jika lelaki itu dekatkan diri dengannya. Nak tumbuk atau tendang?. Tapi jika nak difikirkan balik tetamu Senrose semua ni bukan orang sebarangan, semuanya gangster dan mafia kongsi gelap. Nak tempah batu nisan jika dia buat begitu?.
"Tak apa. Saya sebenarnya dah lama perhatikan si tua tadi. Dengan semua perempuan dekat sini dia nak sapu. Tapi nasib awak saya selamatkan,hahahaah"tawa lelaki itu.
Salwa terasa jantungnya terhenti seketika sebelum dia dapat oksigen untuk bernafas semula. Jantungnya seakan akan baru lepas dia berlari seratus meter. Salwa melarikan pandangannya ke arah lain. Melihat tawa lelaki itu makin jantungnya tak duduk diam.
'Hehsem! Astaghfirullahhalazim. Jantung aku macam nak berlari, siak' Salwa cuba duduk dengan tenang tapi tak boleh.. Dia makin terasa seperti tiada udara di sekitarnya.
Dengan lesung pipit, senyuman yang manis itu. Ya Salwa sudah tidak betul.
"Erm.. Awak okey?. Muka awak tiba-tiba merah sangat ni, kenapa?. Dengan macam tak boleh bernafas. Awak sesak nafas ke? Asma ke?" bertalu talu soalan lelaki itu bertanya.
"okey!. I'm fine. Saya nak pergi tandas" kata Salwa berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
'aduhhhh!!! Wa!!! Kenapa tak tanya nama,?nombor telefon. Aduhhhuhhhh melepas aku... Ermmm'
Kecewa Salwa dibuatnya, kerana dirinya yang terburu-buru itu.
"Kau okey tak?!" Soal Rudy pada lelaki tadi yang menyelamatkan Salwa. Melihat rakan nya itu seperti sudah tidak betul sejak bertemu rakan Rose tadi.
"Engkau nampakkan dengan siapa aku cakap tadi?" soal lelaki itu masih matanya tercari cari seseorang. Pasti Salwa.
"Salwa" sepatah Rudy membalas.
"Ooooo.. Nama dia Salwa" kata lelaki itu. Tersenyum senyum dia apabila telah mendapat nama itu.
"Engkau ni dah kenapa tersenyum-senyum pula" soal Rudy, pelik tengok rakannya itu yang seorang yang tegas tiber jadi macam ni.
"Itu Danish panggil" kata Rudy.
"Aih lah leader aku tu. Tak cukup rehat lah nanti" kata lelaki itu sambil menggeleng geleng kepalanya melihat Danish yang sudah separuh mabuk diatas satu kerusi yang ditemani ramai perempuan dikelilingnya.
"Steven!. Jangan lupa tanya pasal Salwa dekat Rose mana tau kau dapat info" kata Rudy sambil tertawa kecil.
Terbeliak mata Steven mendengar. Seakan akan 'engkau gila?! Nak mati?!' macamlah mereka tidak tahu perangai Rose jika orang orang kenalan dunia ini cuba untuk berkenalan dengan kawan rapatnya itu. Memang minta maki. Jangan kata maki, kaki pun boleh sampai.
Bersambung..
Apabila mafia paling kacak jatuh cinta
Share this novel