NIAT aku hari ni nak bersedekah. Awal-awal lagi aku dah beritahu ayah dan ibu tentang perkara itu. Tapi pada siapa, aku belum fikir lagi. Sementera menunggu Grab sampai, aku baca buku kegemaran aku.
“Raff, Pak Majid dah sampai.”
“Okay, ibu. Raff gerak dulu ya.”
“Hati-hati melangkah tu.”
Tersenyum aku mendengar pesanan ibu.
“Jangan risau. Raff dah biasa.”
Tongkat yang biasa aku guna, itulah menjadi penunjuk setiap kali aku mahu berjalan. Berpandukan mata hati juga membantu aku untuk melangkah dengan suasana yang biasa aku lalui.
“Selamat pagi encik.”
Terdengar suara itu sekali gus bibirku mengukir senyum.
“Selamat pagi Pak Majid. Dah sarapan?”
“Dah. Hari ni Pak Majid sarapan nasi goreng.”
“Alhamdulillah.”
Dengan bantuan Pak Majid pintu kereta sudah sedia dibuka untuk aku masuk. Aku senang dengan sikap prihatin lelaki ini. Tidak seperti sesetengah pemandu Grab dan teksi.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Beginilah aku setiap hari. Keluar diawal pagi, dan pulang apabila menjelang petang. Tugasku sebagai pemangku utama bagi rumah sokongan orang kurang upaya.
Kenapa disitu? Ini adalah rumah hasil binaan titik peluh ayah dan ibu bagi membantu orang-orang kurang upaya menjalani kehidupan mereka seperti orang normal. Sama seperti aku yang sejak kecil dilahirkan sebagai seorang yang buta.
Namun, bukan semua sanggup menghantarkan anak-anak mereka disitu. Hanya mereka yang benar-benar kuat dan yakin saja akan menghantarnya. Dan disebabkan itu ayah meletakkan nama rumah tersebut Rumah Sokongan Raffhan.
Disitulah aku mengenali hidup dengan teman-teman lain yang kekurangan sifat seperti aku.
Perbezaan kami cuma fikizal dan cara berfikir. Alhamdulillah, keadaan itu aku terima dengan positif sehinggalah usiaku kini dewasa.
Mengenali Pak Majid adalah satu kebaikan buat aku. Lelaki berusia 55 tahun ini seorang pemandu yang cukup berkhemah dan jujur.
Tidak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan dengan keadaan aku yang kekurangan ini.
Mengenalinya sejak setahun lepas meletakkan rasa percaya aku pada lelaki ini apabila setiap kali dia meletakkan harga, tidak pernah dia meneka dengan harga yang tinggi.
Cara dia melayan aku juga sangat tertib dan sopan. Sehinggalah satu saat, aku sendiri mempelawa Pak Majid untuk menjadi pemandu tetap membawaku ke Rumah Sokongan Raffhan.
Mengikut dari kaji selidik yang aku buat, Pak Majid mempunyai 5 orang anak dan 4 darinya masih lagi belajar. Kiranya termasuk dia dan isteri ada 7 orang untuk satu keluarganya.
Dengan usia begitu tak pernah lagi aku mendengar rungutannya yang hanya mampu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk menampung kehidupan keluarga hari-hari.
Maka disebabkan itulah aku membayar gaji bulanan kepada Pak Majid agar dia selesa dengan pendapatan bulanan yang diperolehinya. Tidaklah nanti hidupnya terus bergantung dengan mendapat pelanggan yang ada saja.
“Pak Majid nak singgah bank sekejap ya. Encik boleh tunggukan. Tak lama pun sekejap aje.”
“Pak Majid nak guna duit ke? Kalau Pak Majid nak guna Raff boleh bagi. Ambil dulu, nanti dah gaji baru tolak.”
“Bukan nak ambil duit, tapi Pak Majid nak bank in duit tuisyen anak Pak Majid. Dah dua bulan bertangguh. Risau pula kalau lama-lama tak bayar.”
“Ooh…kalau begitu Raff bayarkan dulu. Kesian pula Pak Majid nak beratur kat depan bank tu.”
“Encik nak bayar guna apa?”
“Online bank in. Transfer dari telefon ni aje. Sekarang ni sistem dah canggih. Semua orang guna tu. Tekan-tekan dengan hujung jari aje duit dah masuk. Bagi sini no akaunnya, Raff bayarkan.”
“Allah, segannya Pak Majid dengan encik ni. Selama ni pun dah banyak encik tolong Pak Majid. Ni tolong lagi. Tak tahu nak kata apa.”
“Tak adalah Pak Majid. Benda mudahkan. Mana yang Raff boleh tolong, Raff tolonglah. Bagi sini no akaunnya. Tak sampai lima minit pun Raff bayar. Dari Pak Majid beratur kat situ lama-lama.”
“Yelah. Terima kasih tolong Pak Majid. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk encik dan keluarga. Amin.”
Sempat Pak Majid berdoa sambil menadah tangan. Tersenyum aku melihatnya dan turut mengaminkan apa yang disebut itu.
#raffhan #ciciaida #finished
Selamat membaca. Terima kasih pada yang sudi follow cerita ni.
Share this novel