BUKK!!
Tercengang Senrose melihat fail yang setebal tiga jari itu.
"Ryan, ini fail kes peguam ke apa? yang tebal nak mampus ni. Apa aku kena tukar identiti lagi ke? jadi lawyer ke?" kata Senrose bertubi-tubi. Dia bukan rajin hendak membaca yang nak selak sehelai demi sehelai kertas dalam fail ni. Ini dah macam nak pergi sambung belajar.
"Engkau kalau tak sembur dulu sebelum dengar penjelasan itu bukan kau kan. Ini job barulah yang dah lama tertangguh. Aku nak kau selesaikan"balas Ryan yang sedang duduk dikerusi yang dikhaskan untuk Ketua Tertinggi Group Dragon King X Nine itu. Sungguh cantik kerusi itu yang diukir menjadi bentuk tubuh naga.
Di tempat leta kedua-dua belah tangan pula diukir dua ekor naga yang beberlilit terpusing sehingga kepala mereka dicantumkan dibahagian depan peletak tapak tangan. Sungguh bersinar-sinarkan mata sesiapa yang melihat kerana kerusi yang seperti ketua itu pasti orang yang duduk dikerusi itu kelihatan sungguh hebat dan berkuasa darjatnya, tambahan kerusi yang megah itu.
"Aku kan masih ada misi, suruhlah Daniel ke Sarah ke Danish ke. Hah! tak pun Kyra dia kan baru habis dari misi dia. Kau sendiri cakap misi yang sekarang aku buat ni adalah misi terakhir sebelum aku keluar, ni apa cerita pula nak main tambah-tambah ni"balas Senrose sambil bibir dibawa ke tepi sambil matanya menjeling-jeling menyampah.
Senrose sahajalah yang paling berani nak lawan mulut dengan Ryan. Dalam kata lain Senrose ni sudah seperti bendahara pada Ryan, Pembangku Sultan. Ryan suka mengunakan pendapat Senrose kerana pendapat Senrose dalam melakukan sebarang tindakkan paling berguna dalam strategi mereka.
"Kalau aku nak diaorang kenapa aku panggil kau?!!. SUDAH! kalau aku dah suruh tu, buat sajalah! jangan nak banyak bising itu ini. Dah keluar! selesaikan misi ni juga. Dalam tu ada semua benda yang aku nak. Bukan sekadar bunuh mereka ada benda yang aku nak dari mereka tu, faham?!"kata Ryan sudah berdiri dia dibuatnya. Pantang dia bila dia suruh tetapi banyak pula songgeh tu.
"Okeylah" pasrah Senrose, keluar dari bilik itu bersama fail tadi. Ketika dia berjalan ingin menuju pintu utama vila Ryan itu kedengaran seseorang memanggilnya dari arah belakang.
"Senrose!" Tertoleh dia ke belakang, melihat gelaran itu.
"Oh kau. Ye, Soffya. Ada apa-apa saya boleh bantu" Kata Senrose hanya sekadar gurauan. Yelah siapa je yang tak nak hormat pada Cik Kesayangan Ryan ini. Kekasih Abadi katakan.
"Ish! you ni ada-ada sajalah, by the way mana Ryan? i penat tunggu dia ni, kata nak pergi lunch. Jangankan kata batang hidung dia, bau minyak wangi dia pun i tak bau" Kata Soffya sambil membuat muka sedih dihadapan Senrose.
"Hush!! macam best kan orang yang kemaruk bercinta ni. Angau dia kalah langau. Eh! pergi kahwinlah, asyik couple aja, berpanjangan tak kahwin-kahwin. I yang tengok ni rasa nak bawa you dengan Ryan pergi sarung cincin,tau" balas Senrose. Tertawa Soffya sambil menampar-nampar bahu Senrose.
Senrose yang sudah merinjakkan sedikit demi sedikit bahunya dari tamparan Soffya itu. Bukan tak sakit tamparan si Soffya ni, sakitlah juga dibuatnya.
"Ermm... you kalau nak main tampar-tampar pergi tamparlah hubby you tu. I bukan hubby you tapi i ni hamba abdi you adalah. Suruh tu suruh ni bilalah i boleh merdeka merdeka"kata Senrose sambil mengangkat tangan kanannya mengayakan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sudah.Tertawa terbahak-bahak lagi Soffya. Geli hati mungkin,tengok si Senrose.
"Sayang... lama you tunggu?"
Berdiri tegak Senrose apabila mendengar suara itu.Terdiam terus dia.
"lamalah! you ni, sakit kaki i ni dibuatnya tunggu lama-lama"balas Soffya sambil merengek dengan memuncungkan bibir ke depan sesekali dia masih ketawa. Manja sungguh Soffya.
"Ermm... Boss dan landy boss, i keluar dululah nya. Maklum lah single"kata Senrose sambil sambung perjalanannya menuju ke pintu utama.
"Kau je yang tak nak, tu si Roy tu minat aje dekat kau" Laung Ryan sebelum dia menarik Soffya dan mendukungnya kedalam pelukkannya.
Soffya sudah merah menyala wajahnya kerana malu diperlakukan sebegitu, dia juga turut memeluk batang leher Ryan itu. Walaupun hubungan mereka sudah hampir 5 tahun tetapi kedua-duanya menunggu masa yang tepat untuk mereka berjalin hubungan diatas satu ikatan. Yelah, bukan mudah hendak hidup bersama tanpa dikacau sebarang masalah yang berkaitan nyawa.
"MEMANG TAK LAH!!"balas Senrose menjerit sebelum dihempasnya pintu utama itu kuat-kuat. Penjaga pintu itu pun terkejut dengan hempasan itu.
___________________________
Apabila dilarut malam, Senrose sepeti biasa akan menghabiskan masa dengan butiran-butiran kerjanya.Tetapi kali ni penambahan butiran dia harus teliti.
"Kenapalah job ni tertangguh? dahlah tebal sungguh fail ni. Dah macam kes bertahun-tahun"kata dia sendirian sambil mencapai fail itu diatas meja soleknya dan dibawa menuju ke bilik rahsianya yang terletak disebalik almari yang cantik dihiasi dengan barang hiasan. Sekadar sembunyikan rahsia disebalik almari itu.
buka sahaja fail itu, kagum dia melihat. Banyak sungguh gambar-gambar dan document entah apa lah agaknya. Satu persatu dia melihat dengan teliti.
Satu keluarga diceritakan dalam sebuah document didalam fail itu. Dengan teliti Senrose membaca tentang sebuah keluarga itu.
"Tuan Johari Zain,Wuuu. Seorang yang terpengaruh dalam dunia perniagaan. Lagi-lagi perniagaan bernilai berjuta-juta. Amboi kaya betul!. Puan Hany Wulan, cantik orangnya. Isteri kepada Tuan Johari Zain. Oh!! patutlah"kata Senrose sendirian itu, sambil tanganya membelek-belek lagi isi fail itu. Patutlah kenapa?, sama padan sama darjat. Puan Hany Wulan seorang anak bongsu kenapa usahawan terkenal di French berkahwin dengan Tuan Johari Zain iaitu seorang anak sulung kenapa usahawan terkenal di Asia.
"Mungkin disatukan untuk sebuah perniagaan. Selalunya macam tulah"bisik Senrose perlahan. Tangannya mengeluarkan lagi sebuah sampul surat, lalu dibukakan. Sehelai demi sehelai dia membaca isi kandungan surat itu dan disusuni beberapa keping gambar pula.
"Jackfer, berumur 26 tahun. Pemegang CEO City Setia. Erm, handsome! .Umur pun tak jauh beza dengan aku, aku baru 24. Jakfeer anak sulung. Patutlah mewarisi CEO tu. Next Julia, berusia 24 umurnya. WOW!! sebaya lah kita. Anak ke-dua, seorang fashion designer. Seterusnya Jelita, berusia 23 dan anak ketiga dari keluarga itu, masih belajar. Wuuu, belajaran dalam jurusan doktor. Berada di Australia. Amboi!. Hebat-hebat adik beradik ni.
Ada lagi,Johan.berumur 18 baru habis SPM ke, dik"kata Senrose sambil tertawa kecil. Sempat dia meminumkan air nescaffee ditangan kanannya itu.
SPM(Sijil Pelajaran Malaysia). Lekas tangannya membelek pula kertas lain. Dia susunkan semua mengikut angka dan tertib. Setelah dia meneliti satu persatu barulah dia tahu apa sebenarnya yang harus dia lakukan.
'Patutlah Ryan suruh aku, sebab susah rupanya job ni. Kantoi sekali boleh mati nanti. Aku harus menyembunyikan identiti aku. Erm.. apa patut aku buat 'bisik hatinya. Senrose sedang berfikir, Dia harus menjadi seseorang yang teliti untuk masuk dalam keluarga itu.
"HA!!" kata Senrose sambil memetik jarinya tanda dia sudah mendapat idea yang bernas.
'Be a maid'Kata hati Senrose sambil tersenyum sinis dia.Sempat Senrose tegakkan badan, depankan dada dan mencekak pinggang sambil mendonggakkan kepalanya ke atas. Seperti seorang yang bangga dengan diri sendiri.
_______________
KEESOKKAN HARI
"Maid?!!"Terkejut Salwa dan Tiara. Apa gila kawan aku sorang ni, bisik hati Tiara.
"Engkau biar betul ,banyak lagikan cara kau boleh menyamar"kata Tiara sambil berkerut dahinya. Salwa sudah menepuk dahinya.
"Contoh? aku nak jadi apa?"soal Senrose.Tergamam mereka berdua,tidak terlintas dikepala mereka apa patut si Senrose ini menyamar selain jadi Maid.
"See, korang pun tak ada idea kan?"kata Senrose. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Tapi beb. Kenapa sampai nak jadi maid?"soal Salwa sambil menggenggam erat tangan Senrose. Muka Salwa membuat gaya muka comel, matanya di kelip.
"Korang dengar sini elok-elok. Buka telinga tu seluas-luasnya kalau boleh macam telinga gajah pun tak apa"kata Senrose. Mereka berdua sudah memasangkan telinga masing-masing.
"Itu saja cara yang aku boleh buat untuk masuk dalam rumah diaorang dengan cepat tidak perlu makan masa yang lama, jangan cakap rumah. Silap-silap rahsia keluarga diaorang pun aku dapat tangkap"kata Senrose. Sempat Senrose menyuap sizzling ke dalam mulutnya.Itulah kesukaannya Sizzling seafood. So yummy!. Pandangan Tiara dan Salwa bertembung.
"Bila Rose dah beritahu kita itu bukan tanda untuk inginkan pendapat tapi itulah yang dia dah rancangan dan takkan berubah"kata Tiara sambil bermuka pasrah .
"Kan.."balas Salwa turut berpasrah, sempat dia juga menyuap nasi ayam ke mulutnya.
"Tahu tak apa"kata Senrose sambil tersengih-sengih.
"So kalau anak lelaki dia suka pada kau macam mana?"tertiba soalan itu muncul difikiran Tiara dan disebutnya.
Tersedak Senrose dibuatnya. Lekas dia mencapai Jus Oren itu dan disedutnya berkali-kali.Terasa hangat dadanya, yelah sizzling ni dah lah panas, bila tersedak sahaja. Tu dia, panas dia boleh mencecah kepala otak.
"Engkau,aduh!!"ngeluh Senrose.
"Engkau, janganlah tanya soalan bukan-bukan boleh tak?"sambung Senrose sambil menjeling mata ke arah Tiara sambil dia mengurut dadanya.
"Apa yang bukan-bukannya. Eh! Cik Senrose, awok tu lawo, segok, hot, cantik, molek pula tu engkau rasa dia tak syok ke kat kau nanti?" kata Tiara sambil mengayakan mek Kelantan kecek sudah.
"Ish! tak ada maknanya, aku ni bukannya nak buat job nak kena orang pandang cantik cantik ni. Job aku pergi cabut nyawa, kau tahu?. Sesekali aku jadi mata-mata sahaja. Chill aku nak bagi steel job ni, pastu yak yak yey"kata Senrose sambil tersenyum-senyum.
"Tapi kalau terjadi?, masa depan. Kita bukan tahu. Lagipun kau single bukan, Senrose?. Mana tahu dia jodoh kau. Kira kau akan jumpalah jodoh kau sambil buat kerja, alang-alang menyeluk pekasam biar menjadi asam" kata Salwa.
"Eh! bukan.. bukan..salah tu. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan"kata Tiara perbetulkan peribahasa Salwa sambil mengelengkan kepalanya.
"HAHHAHAAHAHAHAAH,salah ek?. Adoi lah, Ha!! dengar tu Rose. Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang kau jadi maid dekat rumah orang kaya tu. Sambil tu kau ngorat anak dia, mana tahu kau dapat lelaki kaya. Terjamin lah juga diri kau nanti "kata Salwa sambil menyuap nasi ayamnya.
"Eh! Cik Salwa Diri tu jangan jadi pelupa, kad memory dalam kepala otak tu tolong betulkan sikit sesekali. Cuba ingat kenapa aku join dunia tu, ingat sikit yang aku join bukan saja saja tau, Cik Kak. Tapi aku bersebab, tahu"kata Senrose pantang dia, orang nak perli-perli dia tentang pekerjaannya itu sedangkan diri sendiri tahu Senrose lakukan itu mesti bersebab. Sempat dia menjeling tajam ke arah Salwa.
"Itulah kau, sembur tak bertempat. Hah! lepaslah lagi sembur-sembur, biar terbakar mall ni dengan mulut neraka kau tu"kata Tiara sambil turut menjeling ke arah Salwa.
"Alaaa.. .Aku minta maaflah,. Aku terlupa sorry ya Rose. Rose, okey okey. Sizzling kau tu aku berlanja ok"kata Salwa dengan lembut, sedaya upaya memujuk Senrose. Mendengar perkataan belanja itu berbunga-bunga hatinya tapi terselit juga kemarahannya tadi. Tetapi dia cuba memadamkan perasaan itu. Tak baik simpan perasaan buruk terhadap kawan. Dah lah itu sahaja kawan baik dia.
"Janji kau jangan sebut lagi?"
"Janji"balas Salwa sambil tersengih-sengih.
"Aku punya kau tak nak berlanja ? "soal Tiara.
"Gunalah duit kau!!"balas Salwa sambil menjeling ke arah Tiara.
Muncung bibir tiara apabila mendengar balasan Salwa itu.
Senrose tertawa melihat gelagat rakannya itu.
__________________________________
"Boss. Nampaknya Senrose sudah masuk campur, apa patut kita buat?"kata seorang lelaki yang berdiri disebalik kegelapan malam itu.
Seperti biasa, dia akan memantau gerak geri Senrose setiasa dan akan melaporkan pada bossnya itu.
"Bagus!. Aku nak kau sabotaj kerja dia, jangan dia dapat maklumat tentang aku"kata satu suara garau disebalik panggil telefon itu.
"Baik,boss"balas lelaki itu sebelum dia mematikan telefonnya dan tersenyum sinis sambil memandang ke arah Senrose bersama, Salwa dan Tiara itu.
BERSAMBUNG.
Pengenalan kisah mafia perempuan. Bunuh? Senjata? Maaf semua dia sudah biasa. Mission impossible?, huh! Mestilah dia boleh buat. Tapi ini keluarga yang patut dijauhi, mampu ke Rose jalani mission impossible ni?. SEMANGAT!!
Share this novel