"Kau islam,bukan?"soal Jakfeer yang tiba-tiba muncul masuk ke dalam bilik itu.
"Macam mana awak tahu?"soal Senrose yang sangat-sangatlah terkejut yang jelas terpancar pada dirinya sekarang yang sudah berdiri membuatkan contengngan lipstick tercomot dibuat oleh Julia tadi.
"Aku tahulah,aku tengok resume kau.Kau tak ada keluarga,kan?"soal Jakfeer lagi.
"Macam mana awak tahu semua ni?!"separuh terjerit Senrose dibuatnya.Lagi kuat dari tadi.Dahinya sudah seribu berkedut.
"Re.su.me! Kenapa? Kau menipu ke selama ni?"Soal Jakfeer wajahnya berubah menjadi ragu-ragu dan dijongketkan sebelah keningnya.
Terdiam Senrose,ditundukkan kepalanya sebelum digelengkan menandakan jawapan 'tidak'.
Jakfeer terus keluar.
Senrose kembali duduk sebelum otaknya berputar dengan penuh ingatan dan soalan.Senrose cuba mengingati setiap babak baris didalam resume.
'Ha! Aduhh aku baru ingat.Resume aku,Ryan yang buat.Aku tak sempat baca apa dia tulis .Aduhhhh dia bocorkan identiti aku ke? Kurang asam betullah Ryan ni'hatinya sudah menjerit-jerit menyumpah seranah si Ryan.
"Siap!"kata Julia tiba-tiba membuatkan Senrose kembali tersedar.Sekelip mata Senrose dapat melihat wajahnya dihadapan cermin.
"Wah!cantiknya Lily!! Macam model lah" kata Julia sempat pipinya dirapatkan ke pipi Senrose.
Senrose sudah terkedu,tidak sangka dia sendiri tidak percaya.Dia sangat-sangatlah cantik sekarang.Tidak percaya dia di makeup kan oleh Julia ini,sangatlah sesuai dengannya malah membuatkan wajahnya sangatlah cantik.Kelihatam seperti ayu ,sopan dan manis terpancar diwajahnya.
Jika tidak,selalunya dia hanya makeup seperti rocker.Penuh hitam. Tidak pun warna merah ,dua jenis warna sahaja dia main.Tapi kini wajahnya penuh nude warnanya.Sangat smooth.Cantik!.
____________________________
"Apa ni kak Julia!.Kenapa saya tak boleh duduk dekat dengan pengantin lelaki?"geram Senrose apabila dia disuruh duduk jauh dari pengantin lelaki.
"Manalah akak tahu.Dah Jakfeer yang atur macam ni.Dengar cerita Jessica yang minta macam ni.Dia tak nak tunjuk muka dia.Dia nak duduk jauh dari orang sikit"balas Julia matanya dipandangan pada Jakfeer yang sedang melafaz angkat nikah itu .Cair hatinya melihat adiknya itu .Sungguh manis walaupun wajahnya diketatkan. Matanya beralih pula pada tok kadi itu .Entah nak panggil apa ,tok ke atau sebaya.Nampak muda yang berjabak tangan itu.Apabila tangan dihanyunkan ke bawah bersama satu lafaz, membuatkan ramai mengucap alhamdulillah.Dua sejoli sudah disatukan.
"Kak ,kiranya saya nikah hakimlah,kan?"kata Senrose tiba-tiba.Tiba-tiba soalan itu muncul dikepalanya.
'Aku tahu aku jahil tapi sejahil aku,aku tak sanggup nak bermain jika berkaitan dengan perkahwinan'bisik hatinya.
Tertiba hati Senrose terasa risau.Matanya berlari-lari kerana risaunya itu.
'Macam mana kalau Jakfeer ternampak tubuh aku ?.Mesti kantoi nanti'Hati Senrose terasa berdebar-debar,risaunya semakin membuatkan dirinya cemas tak menentu.Takut.
"Agaknya anak hakim kut yang nikahkan kau"kata Julia matanya masih tidak lari memandang tok kadi itu.
"Hah?!"
"Kau tengok tu,orang yang nikahkan kau tu handsome,kan?"soal Julia dengan wajah miang.Tersenyum-senyum Julia memandang.
"Hah?! Mana tengok-tengok"baru sahaja Senrose ingin menolak kipas yang menjadi penghalang melihat Julia sudah menampar pahanya.
"Duduk diam-diam.Eh!Jakfeer datanglah.Ya allah tengoklah dia tu,ya allah cair aku.Nasib baiklah,adik! Aishh handsome juga adik aku ni bila pakai songkok"kata Julia yang sudah tersengih-sengih.
"Mana?"soal Senrose lagi sambil menolak sedikit kipas yang menjadi penghalang tetapi tangan ketam Julia lebih pantas.Ditamparnya lagi paha Senrose.
"Duduk diam-diam"Julia kembalikan kedudukan kipas yang menjadi penghalang pandangan wajah Senrose itu.Bak kata orang tutup muka ,ala-ala suprise untuk orang tengok baru ada seri pengantin.
"Apa ni kak Julia.Tadi suruh orang tengok.Nak tengok ditamparnya orang ni"kata Senrose sambil mukanya disayukan sakit pahanya ditampar sudah dua kali itu.Baru dia hendak menggosok pahanya ada satu tangan yang sudah menggosok-gosokkan pahanya itu.Cuba melegakan pedih bahang kesakitan dipaha Senrose itu.
"Sakit?.Aihh itulah tak menyabar tengok aku.Aku kan dah jadi suami kau.Nanti jangan cakap tengok lebih dari tengok pun bolehlah,sayang"kata Jakfeer yang sudah tersenyum-senyum.Dipandangam orang seperti romantik sungguh pengantin lelaki ini tetapi dipandangan Senrose naik geli bulu romanya.Miang.Tetapi tidak dapat dinafikan manis sungguh senyuman Jakfeer. Ramai yang tengok sudah mula cair.Lama-lama Senrose hampir cair apabila melihat tak terpejam mata melihat tapi dia cuba mengetatkan mukanya sedangkan hatinya sudah cair secairnya dengan kehangatan senyuman Jakfeer itu .Tambahan pula dengan lesung pipit dipipi kiri Jakfeer itu.
"Jangan cair sangat nanti aku pula tak duduk diam"kata Jakfeer .Senrose terasa bahang wajahnya.Mesti dah tukar warnakan mukanya.
Sesi batal air sembayang sedang berjalan. Pelbagai bunyi ada.'wuuuu...' bunyi itu pun ada.Menambahkan Senrose tidak boleh duduk diam.Jakfeer hanya menayang wajah manisnya sedangkan Senrose menayang muka ketat.
"Cubalah senyum sayang oi"kata Jakfeer yang menunduk-nunduk jika ada orang menyapa.
"Sayang? Mana pergi awak punya kau-aku tu? Dah lempar ke laut masuk mulut singa laut?"soal Senrose diseriuskan wajahnya.Tertiba pelik dengan perubahan Jakfeer.
"Salah ke kau kan isteri aku.Tak kan aku nak panggil isteri orang sayang pula.Bergaduh pula suami diaorang karang"balas Jakfeer slumber.Sambil menayang sengih.
Mata Senrose memberi jelingam yang penuh kebenci terhadap Jakfeer.Tiba-tiba Jakfeer mendekatkan dirinya disebelah Senrose. Sempat membisikkan sesuatu.
"Senyumlah.Nanti apa pula kata orang tengok kau macam kahwin paksa pula"kata Jakfeer.
"Memang kena kahwin paksa pun!.Awak nak saya senyum?! Awak tahu tak saya ni tak rela tau berkahwin.Dah lah semua ni tiba-tiba. Tiba-tiba jadi isteri orang .Isteri awak pula tu.Tak rela sungguh saya,tahu!"balas Senrose sempat dia melibaskan jambak bunga pada dada sasa Jakfeer itu.
"Eh! Kau ni dah kenapa ? Apa pula depan orang nak buat perangai.Nanti apa pula orang cakap kalau diaorang nampak nanti.Cubalah kau terima seadanya aku dah jadi suami kau yang sah,sayang oi"
"Jangan nak bersayang-sayang okey!.Saya tengah marah dengan awak ni"marah Senrose sambil menjeling -jeling matanya.Benci sungguh dilihat wajahnya.
Tiba-tiba datang satu ..Cuppp! dan klick!
Tergaman wajah Senrose apabila merasakan satu ciuman hangat bibir Jakfeer pada bibirnya.Sekelip mata berlaku.
"Diam pun"tersengih-sengih Jakfeer bersuara.Suara yang penuh kelembutan.
"Awak ni..."baru Senrose ingin menaik tangan satu suara mencelah.
"So sweet!!!"menjerit anak-anak riang dihadapan pelamin itu.Rupanya sewaktu Jakfeer menciumnya ramai yang menyaksi. Muka redha Senrose ditayang pada semua orang yang sudah semakin cair dalam kepanasan melihat kehangatan cinta sejoli itu.Cinta,ye cinta.Lah sangat.
Jakfeer sudah tertawa-tawa.Serta-merta kulit wajah Senrose yang putih itu berubah warna merah .Nasib ada sejambak bunga pada Senrose.Sedaya upaya dia menyembunyikan wajahnya dibelakang bunga itu.Tutup muka pun jadilah.
_____________________________
"Wah,sejak bila kau tukar job?"Soal seorang lelaki.Mempunyai wajah yang mirip seperti orang arabic.Mempunyai mata coklat dan berambut coklat pekat,kening yang lebat bulu mata yang cantik panjang.Matanya memerhati sahaja pengantin perempuan dipelamin itu.
"Ish!,kau ni buat aku terkejut je.Aih,Sampai bila kita kena bersembunyi dan berdiam diri?Senrose makin lama makin percaya yang kita dah tak ada"balas lelaki dihadapannya itu.
"Erm.. aku bukan siapa-siapa tapi kau.Orang yang dia kenal dan rapat sangat-sangat.Tapi untuk kau munculkan diri depan dia.Aku harap bagi kita selesaikan kerja tu dulu,okey"kata lelaki itu yang berwajah arabic itu.
"Aku rindu kenangan bersama dia.Kau rasa bila dia tengok barang hantaran tu dia akan syak apa-apa tak?"
"Kalau dia masih ingat kejadian tu dan ingat siapa diri dia,mungkin dia tak kan duduk diam bila tengok barang hantaran tu"balas lelaki arabic itu dengan satu senyuman sinis dibibirnya.
Mereka berdua hanya memerhati sahaja dua raja sehari itu yang berada di atas pelamin.
BERSAMBUNG.
Miss mafia is official married!!
Share this novel