Repeated

Drama Series 9765

LAMA mereka berpandangan sebelum akhirnya Maria tertawa. Walaupun terharu, namun dia terasa lucu dengan kata-kata lelaki itu. Sebelum ini, Noah selalu menghina dirinya kerana hamil dan sekarang, lelaki itu pula menawarkan diri untuk bertanggungjawab.

"Terima kasih, Encik Noah. Tapi tak apalah," ucap Maria dengan tawa yang masih tersisa.

Saat ingin berpaling, lengannya disambar kasar oleh Noah.

"Kau jangan nak perasan! Aku buat semua ni sebab aku tak nak kau jadi pembunuh!" Bentak Noah.

"Pembunuh, kalau budak ni dah lahir. Selagi belum lahir, aku ada hak nak tentukan hidup dia, faham?" Maria masih menegakkan keputusannya. Dia harus menggugurkan bayi itu.

"Kandungan kau dah 4 bulan, Maria. Dia dah ada roh. Berdosa kalau kau gugurkan. Cukuplah dosa berzina. Jangan tambah dosa dengan membunuh." Noah sudah mulai lelah menasihat Maria.

"Daripada nasihat aku, lebih baik kau nasihat kawan baik kau tu." Maria menjeling tajam.

"Dah, aku dah nasihat. Dia bersedia untuk tanggungjawab. Kau aje degil. Konon nak tanggung sendiri. Tapi tak sedar yang diri tu lemah."
Setiap kata yang keluar dari mulut Noah tak lain hanya ingin menyakiti hati Maria.

     "Habis tu, yang kau sibuk nak jadi bapak budak ni, kenapa? Kau dah cukup hina aku, Noah. Dan sekarang ni kau nak jadi hero pulak? Terima kasih jelah." Maria terus berpaling. Langkahnya terhenti tepat di hadapan tangga sebaik Noah mencengkam kembali lengannya.

     "Kau patutnya bersyukur sebab aku nak bertanggungjawab. Kau fikir ada lelaki yang nak dengan perempuan macam kau? Tak kawin dah kena tebuk."

     Kata-kata hinaan dari Noah benar-benar sudah melampaui batas. Sebelum ini, Maria masih simpati pada Noah kerana lelaki itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

     Sekelip mata penampar Maria hinggap di pipi Noah.

     "Cukuplah, Noah. Cukup-cukuplah datang sini nak sakitkan hati aku, nak hina aku. Sebelum ni aku kesian dengan kau. Tapi makin lama, kau makin melampau, tau. Aku pun ada tahap kesabaran." Mata Maria begitu dalam menatap mata Noah.

     "Rupanya, kau tak buka lagi mata hati kau. Kau tak nampak lagi apa sebenarnya yang dah terjadi." Kepala Maria menggeleng perlahan. Semakin jauh hati dengan Noah. Lelaki itu tidak akan pernah mengetahui hal yang sebenar jika terus menyalahkan dia.

     "Semuanya dah jelas, Maria. Kau tak ubah seperti..." Noah tidak jadi melanjutkan kata-katanya.

     "Apa? Pelacur?" Maria sudah menayang wajah tenang. Dia tahu apa yang Noah ingin katakan.

     Noah mengalih pandangan seketika.

     "Tak apa, Encik Noah. Saya faham kekecewaan hati encik sekarang ni. Dengan segala kata-kata hinaan yang encik dah lemparkan, saya tahu yang encik memang benci sangat pada saya sekarang ni, kan?" Maria mengukir senyuman nipis walaupun matanya sedikit merah.

    "Teruskan membenci. Jangan sampai ada rasa cinta walau sebesar zarah pun untuk saya. Saya tak nak encik jilat balik ludah yang dah diluah," tuturnya tenang namun penuh dengan ketegasan.

     "Kau siapa nak cakap macam tu dengan aku? Disebabkan aku tawarkan diri nak jadi bapak budak tu, bukan bermaksud aku cintakan kau... lagi," berat sungguh ayat itu mahu diluahkan. Tapi, egonya sudah menggunung.

     "Jangan pulak lepas ni kau nak melutut depan aku, merayu supaya aku jadi pak sanggup."

     Maria tertawa kecil. Sengaja mahu menyembunyi hati yang remuk.

     "Jangan risau, Encik Noah. Saya tak akan berlutut depan awak," tuturnya tenang.

      "Jangan nanti, Encik Noah pulak yang berlutut depan saya," katanya lalu kembali tertawa.

     "Siapa nak berlutut depan perempuan tak ada maruah macam kau?"

      Maria terus berpaling. Semakin lama di situ, dia akan semakin sakit dengan kata-kata Noah.

     "Balik, Encik Noah," halau Maria lalu mulai melangkah menaiki anak tangga. Dibiarkan sahaja Noah terus menghambur kata-kata makian untuknya.

KANDUNGAN yang sudah mencecah 5 bulan itu  kini semakin ketara. Baju kerja yang dipakai tidak lagi mampu menutupi perut buncitnya. Maria mulai menjadi buah mulut di tempat kerjanya. Yang mereka ketahui, Maria seorang wanita bujang saat memperkenalkan dirinya pertama kali dahulu.

     Itu membuatkan Maria semakin nekad mahu menggugurkan kandungannya. Namun, kos menggugukan kandunga pula mengganggu fikirannya.

     Pernah sekali, Maria mengunjungi sebuah klinik untuk bertanya tentang rawatan itu. Dia amat terkejut kerana proses pengguguran bayi di klinik  tidaklah murah. Kosnya sudah mencecah sehingga RM3,000 bergantung kepada usia kandungan.

     Alhasil, Maria terpaksa menunda niatnya dan perlu mengumpul duit untuk kos rawatan tersebut.

BILIK yang pernah ditempati Maria dibuka perlahan-lahan. Mata Aryan mulai memerhati sekeliling bilik itu. Serta merta, rindunya pada Maria semakin membuak-buak. Kini, dia berjalan menuju ke katil kemudian duduk di situ.

     Tangan mulai menyentuh permukaan katil kemudian diusap perlahan-lahan sebelum merebahkan tubuh di tengah-tengah katil tersebut.

     Aryan mulai memejam mata sambil mendepa tangan. Bibir mulai menguntum senyuman sebaik perbuatan jijiknya dahulu berputar kembali. Nafsunay mulai mencanak naik.

     "I will find you, Maria. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing." Jiwa Aryan semakin terdesak mahukan Maria.

Walaupun selepas dicederakan, dia belum pernah membenci gadis itu. Malahan, dia semakin tercabar dengan tindakan Maria.

Petang itu, Bella bertemu dengan Noah di sebuah taman awam. Pertemuan mereka tidak lain hanya untuk berbicara tentang Maria.

     "Tentang keberadaan Maria, biar jadi rahsia antara kita berdua. Aku tak nak Aryan tahu dia dekat mana sekarang," tutur Bella, tegas. Dia tidak mahu Aryan mengetahui keberadaan Maria kerana pasti lelaki itu akan pergi menemuinya.

     "Walaupun kau dah tahu apa yang dia orang dah buat, kau masih cintakan dengan Aryan?" Soal Noah, tak habis fikir.

     "Aku cintakan Aryan. Walaupun dia dah jadi suami Kak Yana, aku tetap sayangkan dia. Setakat lepaskan nafsu dengan Maria, aku masih boleh maafkan dia," jelas Bella, begitu tenang.

     "Aku tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Aku rasa ada sesuatu yang Aryan dengan Maria sembunyikan. Atau, kau pun tahu apa yang sebenarnya dia orang sembunyikan." Noah sengaja menduga.

Serta merta riak wajah Bella berubah. Sudah pasti wanita itu tersentak kerana dia tahu tentang perbuatan Aryan terhadap Maria.

     "Tak ada apa pun yang disembunyikan," sangkal Bella.

Keadaan senyap seketika sebelum Noah kembali bersuara.

     "Okey, untuk masa sekarang ni aku ikut permainan korang. Tapi, kalau aku tahu ada yang korang sembunyi, aku tak akan tinggal diam. Kalau aku tahu korang sakitkan Maria, aku akan cari korang sampai ke lubang cacing," tekan Noah memberi amaran.

     Bella alihkan pandangan. Semakin terhimpit dadanya mendengar amaran dari Noah. Apa yang pasti, dia serta Aryan dan Yana sedang memegang rahsia yang besar.

SEDANG tekun menyusun fail ke dalam rak jualan, Maria terhenti seketika. Sakit pada pangkal paha semakin terasa. Sudah hampir sejam dia berdiri dan membongkok kerana menyusun fail-fail tersebut.

Sebaik tamat waktu bekerja, Maria sudah bersedia untuk pulang.

Amran, rakan kerjanya menyedari riak wajah Maria yang sedang menahan sakit.

“Kak Maria, okey tak ni?" Tanya Amran. Usianha setahun lebih muda dari Maria.

“Saya okey. Cuma sakit sikit," jelas Maria sedaya upaya mengukir senyuman. Dia tidak mahu lelaki itu bimbang.

Amran setia di sisi Maria sehinggalah mereka keluar dari premis.

“Jom, saya temankan kakak pergi bustop,” pelawa Amran.

“Saya tak balik naik bas. Saya jalan kaki," kata Maria dengan senyuman mendatar.

“Oh, yeke? Kalau macam tu, kita naik motor jelah." Amran masih menawarkan pertolongannya.

Namun Maria semakin tak sampai hati. Serba salah mahu menerima pertolongan lelaki muda itu.

“Jomlah. Sebelum kakak pengsan dekat sini." Wajah Amran benar-benar memancarkan kerisauan.

Maria terpaksa akur. Lagi pula tidak salah jika Amran menghantarnya pulang. Siapa tahu dia mungkin rebah di pertengahan jalan.

Amran terus membawa Maria menuju ke motorsikalnya. Disebabkan topi keledar hanya ada satu, maka ianya dipakaikan untuk Maria. Gadis itu hanya menuruti layanan Amran. Bagi Maria, ianya tak lebih dari sebuah layanan seorang adik kepada kakaknya.

Setelah itu, barulah mereka bertolak. Sepanjang perjalanan, mereka rancak berbual. Perihal kehamilan Maria menjadi topik perbualan mereka. Amran tak bertanya lebih. Hanya sebatas usia kandungan serta alahan yang Maria alami selama kehamilannya. Dia juga mempunyai seorang kakak yang sedang berbadan dua.

15 minit perjalanan, mereka pun tiba di hadapan bangunan bilik sewa Maria. Amran membantu Maria membuka topi keledar itu kemudian membantu gadis itu turun dari motorsikalnya.

“Terima kasih, Amran. Susah-susah aje hantar sampai ke sini," tutur Maria serba salah.

Amran tertawa kecil. Pertolongan yang dihulurkan tidaklah terlalu besar. Ianya sebatas dasar kemanusiaan.

Sebaik Amran beredar barulah Maria menuju ke biliknya. Setelah membuka kunci, kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Belum pun sempat menutup pintu bilik, ianya didorong kuat dari luar. Tubuh Maria terundur seiring pintu yang terbuka luas.

Serta merta, wajah bengis Noah terpampang di hadapan pintu biliknya.

“Kalau dah namanya jalang, memang takkan pernah berubah, kan?" Noah mulai melangkah masuk.

“Kau nak apa lagi, Noah?" Spontan, Maria berundur saat Noah melangkah masuk.

“Aku cuba, Maria. Aku cuba pujuk hati aku untuk maafkan kau. Aku cuba lupakan semua perbuatan jijik kau. Tapi..." Mata Noah mulai berkaca-kaca.

“Makin aku pujuk hati, makin terserlah sifat sebenar kau. Budak dalam perut kau tu tak keluar lagi tapi kau dah sibuk dengan jantan lain!" Suara nada suara Noah semakin naik.

Tangannya menolak kasar daun pintu hingga tertutup rapat.

“Kau nak apa?!" Maria sudah tak sedap hati.

“Kau senang-senang aje bagi lelaki sentuh kau, kan!" Noah semakin menghampiri Maria.

“Kau merepek apa, bodoh?!" Maria menolah bahu Noah saat lelaki itu semakin mendekatinya.

“Sudahlah, Maria! Kau tak payah nak berselindung lagi! Aku dah muak dengan dengan perangai kau!" Leher baju Maria dicengkam dengan sebelah tangannya.

Maria terdongak saat leher bajunya ditarik oleh Noah.

“Kaulah perempuan yang paling aku benci sekarang ni! Aku menyesal sebab pernah sayang kau, Maria!" Tengking Noah tepat di hadapan wajah Maria.

“Lepas, Noah!" Maria berusaha melepas cengkaman Noah dari leher bajunya namun tak berjaya.

“Dah alang-alang kau melacur, aku pun tak nak lepas peluang!"

Maria menelan liur pekat. Dia faham akan maksud Noah.

“N... Noah. Jangan buat aku macam ni..." Maria mulai merayu.

Serentak itu, air mata Noah jatuh membasahi pipinya. Hati berbelah bagi. Jiwanya sedang berperang antara simpati dan sakit hati.

“Sakit, Maria! Sakit! Aku sakit bila kau senang-senang serahkan tubuh pada lelaki lain! Tak cukup Aryan, sekarang kau nak melacur dengan lelaki di tempat kerja kau pulak?!"

“Kau salah faham, Noah. Kalau kau maksudkan lelaki tadi, kau memang dah salah faham," jelas Maria cuba untuk menyedarkan Noah.

“Kau fikir aku bodoh?!" Leher baju Maria semakin dicengkam kuat kemudian ditarik agar merapatinya. Tubuh gadis itu juga sedikit terangkat.

“Lepas, Noah!" Leher Maria mulai sakit akibat terdongak. Dia berusaha untuk melepas cengkaman Noah namun apalah dayanya mahu melawan lelaki itu.

Dengan sekelip mata, Noah merentap baju Maria. Serta merta, butang baju hadapan gadis itu tercabut hingga mendedahkan dada mulusnya.

Maria segera menutup dada dengan kedua-dua belah tangannya.

Tak berhenti di situ, Noah mencengkam kedua-dua tangan Maria kemudian dialihkan dari terus menutupi dada. Setelah itu, tubuh Maria di dorong hingga terbaring di atas katil.

“Jangan, Noah! Jangan buat aku macam ni!" Maria cuba bangun namun Noah lebih dulu menindih tubuhnya. Perutnya mulai terhimpit. Rasa sakit mulai menjalar hingga ke tulang belakang.
Serta merta, perbuatan Aryan dahulu menerpa benaknya.

Maria meronta-ronta. Wajah Aryan mulai membayangi fikirannya.

Akankah kejadian itu berulang lagi? Semalang inikah nasibnya hingga harus ternoda untuk kedua kalinya?

Noah mulai mencengkam kedua-dua pergelangan tangan Maria ke permukaan katil membuatkan gadis itu tidak mampu bergerak.

Sekelip mata, Noah membenam wajahnya ke leher Maria…

Will it happen... again? Pray for Maria.

Share this novel

Hanadhia12
2024-05-31 00:36:51 

sian maria


NovelPlus Premium

The best ads free experience