Bab 2

Drama Series 9550

"QAYRA, kenapa kau duduk dekat asrama tapi abang kau tak?"tanya Khadeeja.Acap kali Qayra di tanya soalan yang sama.Mungkin kawan-kawanya pelik kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama.

"Saja aku nak duduk asrama.Boleh berdikari."itu jawapan Qayra.

"Abang kau tu hensem lah.Kalau aku nak kawan dengan dia boleh kan?"tanya Daria.

"Kau tanya lah dia.Buat apa tanya aku."Jawab Qayra malas.

"Aku suka lah dekat abang kau.Hensem.."

"Gatal lah kau ni Daria.Kita baru form two kau dah gatal nak bercinta."

"Aku minat saja pun.Bukannya apa.Tak lama lagi abang kau kan dah nak habis sekolah.Aku nak minta nombor henfon dia boleh contact kalau tak melepas lah aku."

"Lambat lagi dia nak habis sekolah.Tahun depan baru SPM.Kau tu mengedik sungguh."kata Khadeeja.

"Qayra kau tolong aku boleh tak?Tak kan kau tak ada nombor abang kau tu."

"Kau pergilah minta sendiri."malas Qayra mahu melayan permintaan Daria.

"Aku minta tolong sikit pun tak boleh."

"Kau ni Daria.Tak payah mengedik sangat boleh tak.Kita ni muda lagi.Belajar sampai habis dulu.Dah kerja nanti ikut suka kau lah nak ada berapa banyak boyfriend pun."

"Kedekut lah kau ni Qayra.Tak apa kau tengok lah nanti aku mesti dapat punya."

"Apa-apa saja lah kau ni Daria.Kalau gatal sangat pergilah minta sendiri."kata Khadeeja dengan geram.Meluat melihat Daria seperti orang angau.

"Tak apa kau cabar aku.Tengoklah nanti."kata Daria dengan angkuh.

Qayra hanya membiarkan Daria dan Khadeeja berbahas mengenai Aus.Pada Qayra mereka berdua belum kenal sikap sebenar Aus macam mana.Dah lah garang mengalahkan bapak singa.

Qayra hampir terjerit saat tudungnya ditarik ke belakang.Sikit lagi nak terjengul rambut di dahi.

"Apa Abang Aus ni!Senget dah tudung Qayra."marah Qayra sambil membetulkan tudung putihnya.

Aus melipat baju kemeja lengan panjang berwarna biru hingga ke siku.Mukanya sudah beraksi marah sambil bercekak pinggang.
Nama saja pengawas sekolah tetapi langsung tidak beradab.

"Kau cakap apa dekat kawan kau!?"tanya Aus dengan wajah menyinga.

"Cakap apa?Dengan siapa?"soal Qayra kembali.Tidak tahu hujung pangkal.

"Buat-buat tak tahu pulak."Aus tidak berpuas hati.

"Abang Aus ni dah kenapa?Qayra nak masuk kelas dah lambat ni."Qayra ingin berlalu tetapi dihalang oleh Aus.

"Kau ni pandai berlakon kan.Kau ingat aku tak tahu kau suruh kawan kau mengorat aku.Siap bertaruh lagi."

Qayra tersentak.Mengorat dia!Bertaruh?

"Mana ada.Qayra tak cakap apa pun.Siapa bagitahu Abang Aus?"Qayra pula naik geram.Entah siapa yang petik nama dia untuk dapatkan Aus.

"Kau kalau salah memang tak nak mengaku.Kau cakap dekat kawan kau tu.Umur baru setahun jagung jangan gatal nak mengorat aku."

"Abang Aus cakap lah sendiri.Jangan nak libatkan Qayra."

"Kau ingat aku tak nampak kau selalu bisik-bisik dengan kawan-kawan kau tu bila aku lalu.Mesti kau sengaja nak kenakan aku kan."

Pelik Qayra dengan kenyataan Aus.Sama sekali tidak benar.Dia lebih rela pusing ikut jalan jauh dari terserempak dengan Aus.

"Jangan nak tuduh boleh tak.Qayra tak pernah suruh siapa pun mengorat Abang Aus apa ntah lagi nak bertaruh."

"Kau ingat bila kau heboh dekat satu sekolah aku ni abang kau,aku akan terima kau jadi adik aku!Jangan mimpi!Adik aku dah mati!Kau bukan adik aku!"Hambur Aus.

Tersayat hati Qayra.

Dia tahu Aus masih sedih atas kehilangan adik kesayangannya yang telah pergi buat selamanya.Tapi kisah Qayra lagi menyedihkan.Dia telah kehilangan kedua ibubapa,malah adik yang belum lahir ke dunia juga turut dijemput Illahi.

"Aku tak nak tengok lagi lepas ni kau cakap pasal aku dekat kawan-kawan kau.Kau jangan berangan nak jadi adik aku!Kau ingat tu!"amaran keras dari Aus.

Pedih hati Qayra dengan ayat itu.Qayra tahu dia hanya menumpang kasih pada yang tak sudi.

"Maafkan Qayra,Abang Aus."setitik dua airmata telah jatuh ke pipi.Dia cuba tahan untuk tidak menangis tetapi hari ini hatinya sangat rapuh.

"Jangan panggil aku abang!Aku bukan abang kau!"tengking Aus lalu terus meninggalkan Qayra yang sedang menangis.

Qayra cepat-cepat mengesat airmatanya.Dia tahu Aus bencikan dia.Malah semakin menyemarak rasa benci tu.

"Qayra kenapa menangis ni?"tanya Khadeeja sambil duduk di birai katil Qayra.

"Tak ada apalah.Mata aku masuk habuk."dalih Qayra.Tidak mahu sahabatnya tahu yang dia sedang bersedih.

"Meh sini aku tiup."Khadeeja meniup perlahan mata Qayra.

"Okey tak?"tanya Khadeeja lagi.Qayra hanya mengangguk kepala.

Tiba-tiba Daria muncul di muka pintu bilik asrama sambil tersenyum mengejek.

Senyuman Daria menjawab segalanya.

Qayra sudah tahu siapa punya angkara hingga Aus memarahinya dengan teruk sekali.

Dia cuma berharap dapat bertahan untuk setahun saja lagi.Bila Aus habis sekolah nanti tak payah pening kepala dah.

Doa Qayra dimakbulkan tuhan lepas peperiksaan SPM,Aus telah sambung belajar lagi.Lega hati Qayra tidak perlu menghadap muka bapak singa yang garang.Biar tak jumpa langsung pun lagi bagus.

Qayra semakin rapat dengan Zain semasa ketiadaan Aus.Kalau ada Aus jangan harap dia boleh buat begitu.Ada ker patut dia gelar Qayra perampas sepupu dia.Tak boleh langsung nak tengok orang bahagia.Memanjang cari salah Qayra.Tak ada dia aman sikit dunia Qayra.Kalau dia ada sikit-sikit nak marah.Tertelan tebuan agaknya Aus ni.

Selang beberapa tahun kemudian,Qayra juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.Pada mulanya Qayra enggan menyambung pelajaran kerana bimbang akan membebankan Encik Rosli.Namun atas desakan Encik Rosli dia terpaksa akur juga.Encik Rosli sendiri mendaftarkan dia dan membiayai sepenuh pengajiannya.

Dia bersyukur atas segalanya.Walaupun dia bukan anak kandung Encik Rosli,namun dia di layan seperti darah daging sendiri.
Encik Rosli merupakan seorang peladang yang berjaya.Dia mempunyai ladang tanaman cili yang terbesar dalam negeri Melaka dan telah berjaya mengeksport ke luar negara.

Hidup Encik Rosli sebagai usahawan bermula apabila dia menamatkan kerjayanya di dalam bidang minyak dan gas.Dahulu dia kerap berada di tengah lautan meninggalkan isteri dan anak di rumah.Selelas kehilangan anak bongsunya terus Encik Rosli mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Bermula dari situ Encik Rosli mula menanam pelbagai jenis cili di sekeliling rumah hingga mampu membeli tanah di kawasan berdekatan untuk dijadikan ladang cili.

Kini dia mempunyai ladang cili terbesar dalam negeri Melaka dan mempunyai ramai pekerja.

Penanaman cili diladangnya tidak memerlukan membajak tanah,merumput mahupun meracun kerana menggunakan beg semaian.Apabila sampai masa pokok sudah berhenti mengeluarkan hasil,dia hanya perlu menggantikan pokok lama dengan pokok baru dan hanya menggunakan beg semaian yang sama.

Setiap kali waktu cuti sekolah,Qayra akan mengikut Encik Rosli melawat ladangnya.Paling Qayra suka bila waktu memunggut cili.Suka dia melihat pokok cili yang dapat mengeluarkan hasil yang banyak.

Sekarang Enck Rosli memiliki dua ladang yang setiap hektar tanah dapat memuatkan 3000 hingga 5000 polibeg cili.

Qayra akan membantu mengutip hasil tanamam.Suka dia melihat pokok cili yang menghijau dan kemerahan.

"Qayra lepas ni kau nak pergi mana?"tanya Khadeeja.Pengajian mereka telah tamat.

"Tak tahu lagi lah.Mungkin balik rumah pakcik aku dulu."

"Dah lama kan kau tak balik."

"Lama juga lah.Tapi tak tahu lah lama mana nak tinggal sana.Aku dah minta kerja harap cepat dapat.Tak ada lah nak mengganggur saja."

"Buat apa kau susah cari kerja jauh-jauh.Ladang pakcik kau kan ada.Kerja lah dekat sana."

"Tengoklah dulu macam mana."bukan dia tidak suka tetapi dia tahu Aus pun bekerja di sana setelah tamat belajar dalam bidang keusahawanan perniagaan.

Sudah tentu Aus akan menguruskan ladang bapanya sendiri.

"Kalau aku jadi kau,memang kerja situ sajalah.Cari pengalaman dekat situ dulu.Lepas tu cari kerja lain pula."cadang Khadeeja.

Qayra muncungkan mulut.Bukan dia tidak mahu cuma bila teringatkan 'bapak singa' dia rasa malas nak kerja sekali.

"Kau masih tak baik lagi ker dengan abang sepupu kau tu?"tanya Khadeeja.Macam tahu saja apa yang Qayra fikirkan.

"Macam tu saja lah."jawab Qayra malas.

"Aku rasa dia mesti dah okey sekrang.Tak kan lah sampai besar nak cari gaduh dengan kau.Betul tak?"

"Tak nak lah aku fikir pasal dia.Malas."

"Tapi kan Qayra,kau rasa Daria masih ada hati lagi ker dengan abang sepupu kau?"

"Entahlah mana aku tahu."Qayra malas ikut campur akan hal Aus dan Daria.Baginya mereka tak wujud lagi aman dunia

"Lepas habis sekolah kita terus lost contact dengan kawan lain.Kau rasa Daria masih contact abang sepupu kau tak.Dulu dia minat giler sangat kan."

"Biarlah diaorang.Aku tak nak ambil tahu sangat."

Malas Qayra nak bagitahu Khadeeja yang Daria telah bertunang dengan Aus.Masa mereka bertunang pun Qayra tidak balik kerana dia ada peperiksaan.Lagipun pertunangan itu tetap berlangsung.

"Kau dah kemas semua barang kau ker?Aku ni banyak lagi.Esok siapa ambil kau?"

"Aku naik grab sajalah.Malas nak suruh pakcik aku ambil."

"Macam tu kau tumpang aku saja lah."

"Muat ker kereta kau tu.Dah la barang kita banyak."

"Apa tak muatnya.Kita sumbat saja.Aku hantar kau."

"Aku dah banyak susahkan kau.Pergi kampus pun tumpang kereta kau."

"Yang tu pun kau nak kira.Aku tak hal lah.Bukannya aku nak kena dukung kau."gurau Khadeeja.

Qayra tersenyum.Mujur ada Khadeeja.Dia lah sahabat sejati Qayra sejak dari sekolah menengah hinggalah sekarang.Persahabatan mereka sangat akrab.Khadeeja tempat Qayra mengadu nasib.Tiada teman sebaik Khadeeja.Dia sayang akan persahabatan mereka.

Perlahan dimasukkan baju yang telah siap disusun ke dalam bagasi.Hati dia berasa berat untuk pulang.Tak macam orang lain gembira bila dapat pulang ke rumah sendiri.Tentu bahagia bila ada insan tersayanh yang sedia menanti.Dia tiada siapa yang merindui melainkan Kak Pah sorang.Moga cepatlah dia dapat kerja dan pergi jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience